Sunday, 12 February 2017

Sekadar Berkongsi

PengakuanKu

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pertama sekali sudah tentu ucapan terima kasih aku tujukan kepada admin kalau perkongsian aku telah admin approve dan publish kan.

Sebenarnya aku bukanlah jenis yang bercerita panjang atau taip panjang lebar macam nak buat latihan ilmiah, cuma aku lebih kepada nak berkongsi kisah teman-teman seperjuangan aku di IPT memandangkan kami dah di semester akhir. Aku pasti korang semua yang sambung pengajian di IPT masing-masing ada teman atau sahabat seperjuangan yang amat korang hargai kan? tak kisah lah yang sekepala ke, masuk air ke, atau penghabis maggi kawan sekali pun, aku pasti korang ada.

Okay, berbalik pada topik asal pulak. Aku mula menjejakkan kaki ke sebuah IPTS yang terletak di Melaka pada Disember 2013. IPTS ni rata ratanya orang Melaka United, JDT, Negeri Sembilan dan kawasan yang berdekatan mungkin tahu dan pernah dengar.

Awal bulan pertama semester satu memang susah nak hadap, dan semestinya memang tanggungjawab student semester satu kena join MMS dan program. Tapi takpalah, masa ni kalau kita manfaatkan dapat jugak kenal kawan -kawan baru kan?

Pada sem satu ni aku dapat roommate orang JDT dan Alhamdulillah tak yang macam aku sangka macam introvert, psychopath ke, amal ilmu hitam ke atau lain-lain. Aku gelarkan roommate aku ni dengan nama Clichy sebab dia minat player satu Team EPL iaitu Arsenal. Dia ni awalnya memang susah nak bercakap sikit tapi betullah kata orang bila kita dah mesra baru nampak gila masing-masing. Clichy ni memang jenis mudah badmood dan kalau time badmood baik kau jangan kacau dia, tapi InshaAllah beliau ni cepat je sejuk. Alhamdulillah dia ni memang jenis suka menolong dan yang penting kelakor. Tak lupa jugak dia ni daripada sem satu hinggalah tahun akhir aku sebilik dengan dia. Nampak tak setiakawan tu ?

Masuk semester dua kami buat keputusan untuk keluar rumsis dan menginap di rumah sewa pulak. Ramai jugak la student degree sem dua yang keluar rumsis sebab nak bagi ruang pada pengambilan student baru. Daripada berdua kami jadi bersepuluh di rumah sewa, rata-ratanya daripada negeri seluruh Malaysia.

Apabila bersepuluh dan semua sama kursus ni maka bertambah lah roommate aku, tak ramai sorang je. Aku gelarkan dia Si H. Orangnya nak kata sado tu tak lah tapi Alhamdulillah takda lah six pack tu. Maybe one pack je kot. Dia ni taklah lawak sangat tapi yang lawaknya bila lawak dia tak jadi. Tu lah, kadang-kadang punchline ada kat mana mana kan ? Haa dia ni memang pakar bab modi motorsikal tapi LC je la kot.

Housemate aku yang ketiga ni aku bagi nama AZ je, dia ni anak kedua dalam family dia. Yang menariknya birthday mak dia dengan mak aku sama cuma lain tahun je. Kalau bab lawak memang lawak tapi yang menariknya selain hebat dengan gitar dia pun hebat main badminton!, Cuma taklah sampai level DLCW tu. Juga sorang yang amat mudah tolong member-member dan tak berkira. Takpa aku doakan kau yang terbaik ya terutamanya bab jodoh .

Yang keempat ni senang-senang aku gelarkan je MSS, juga singkatan nama dia. Orangnya comel-comel dan ala-ala ustaz. Yelah, banyak pengalaman mengajar dan berlatar belakangkan sekolah agama biasanya akan dapat gelaran ni, hahaha. Yang aku respect, dia ni juga pernah jadi “guru” Bahasa Arab aku untuk tempoh dua sem pengajian. Biasa jugaklah balik sama-sama memandangkan bas kami ni sebenarnya lalu jalan yang sama. Benda yang aku takkan lupakan sampai bila-bila masakan dia, memang terbaik terutamanya nasi ayam yang dia buat, tak cukup tambah kot. So siapa kata lelaki tak reti masak ?

Sorang ni pulak aku sebut AA jelah . Dia ni first tegur aku masa pendaftaran semester satu dulu. Orangnya Alhamdulillah okay cumanya mudah badmood sama macam roommate aku yang sorang tu. Macam biasa lah, badmood macam mana pun mudah je sejuk dia ni. Pujuk sikit cair la tu, hehehe. Yang dia ni pun hebat jugak dalam satu bab tu, apa dia ? main sukan petanque ! kalau dah sampai SUKIPT tu kira hebat la kan.

Kalau yang ni pulak aku pendekkan sebagai MFZ jelah, nampak dah macam motor nama dia. Dah memang adat dalam ramai-ramai kawan korang mesti ada yang “kuat agama” kan?, dan kalau kawan aku kat rumah sewa ni lah orangnya. Kalau dia start mengaji atau imam kan solat, suara dia Ya Allah memang sedap, ya satu anugerah Allah swt untuk dia. Dia juga lah yang kadang-kadang jadi guru Al-Quran dak-dak rumah kami ni. Alhamdulillah, zaman bujang dia ni macam dah nak tamat. Semoga dipermudahkan ya MFZ.

Dalam rumah sewa kami ni tak cukup sorang yang expert bab motor ni. Tambah lagi sorang yang singkatan dia ni MFMR, boleh dikatakan expert la bab motor terutamanya 125zr. Kalau cuti sem memang bengkel la tempat dia ni, juga antara peminat tegar ProEvolutionSoccer. Kalau dah dapat main PES, fokus dia tu 101% jauh berbeza dengan time kuliah. Senang cerita dia ni baik je, dan yang penting muka hampir sama dengan Beto pelakon tu !

Tak cukup lengkap rasanya team rumah kami ni kalau takda member yang pakar IT. MN ni sememangnya kalau bab IT melibatkan software & hardware dia terbaik. Kalau duit belanja dia ni hasilnya banyak daripada baik pulih laptop dengan servis formatnya sekali untuk pelajar IPT kami. Ramai jugak student yang format dengan dia sebab harga untuk pelajar memang murah termasuk servis ambil dan hantar laptop tu percuma. Jadi, nanti kau mungkin boleh tukar bidang untuk level master kot.

Akhir sekali, housemate aku yang aku pendekkan nama dia jadi RI, RI ni pulak memang professional bab perubatan tradisional urut-mengurut ni. Student lelaki yang rata-rata injured time bersukan memang ramai la yang berurut dengan beliau. Apabila ilmu tradisional dimanfaatkan, memang banyak la faedahnya kan. Tapi kalau bab “urut lelaki” tu rasanya dia ni boleh jugak, lelaki je lah perempuan wallahu’alam.

Alhamdulillah, sekarang kami semua dah di final year dan sedang menjalani latihan industri pada semester akhir. InshaAllah kalau semuanya lancar pengajian kami selama tiga tahun setengah akan tamat pada Mei ni, dan aku rasa korang pun akan teringatkan kawan-kawan korang yang rapat dan bermacam ragam dengan korangkan, semoga apa yang aku kongsikan ni dapat ingatkan korang pada kawan-kawan baik korang ya.

Maaf kalau perkongsian ni kurang menyengat, cuma ingin berkongsi dan bukan nak bandingkan siapa yang paling menarik kisahnya, yang pasti setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Aku doakan korang semua sentiasa dipermudahkan segalanya.

InshaAllah, dan selamat jalan teman .

– AH

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.