Wednesday, 15 February 2017

Salahkan Diri Sendiri

PengakuanKu

Assalammualaikum W.b.t.
Fuh. Ini kali kedua aku cuba untuk luah dekat IIUM Confession sekiranya disiarkan oleh admin. Terima kasih aku ucapkan. Sebab aku rasa ini salah satu saluran yang boleh aku luah something dengan baik. Aku boleh dapat feedback and respon dari orang ramai.

Aku harap apa yang aku nak sampaikan ni jelas dan padat sebab aku sendiri malas nak tulis and baca panjang panjang. Sekarang ni macam mana semua orang tahu zaman sekarang krisis ekonomi, kegawatan ekonomi, masalah duit, masalah rumahtangga, (eh bukan masalah rumahtangga) jadi isu dan topik utama anak muda, mak bapa, orang tua terutamanya pelajar. Pelajar sinonim sangatlah dengan masalah kewangan. Confirm semua boleh agak. Tambah tambah tahun yang ada angka 7 kat belakang ni selalunya akan alami masalah ekonomi. Contoh 1897, 1997, 2007, 2017.. Aku pun malas nak ulas panjang bab ni sebab aku yakin lebih ramai orang kat luar sana yang lebih mahir bab ni.

Aku perati rata-rata kawan aku akan merungut, mengeluh, bising duit takda, masalah duit apa semua. Waktu ni, korang semua akan blame dan salahkan orang lain. Semua korang salahkan, baik najib, rosmah, hatta kawan korang yang nampak hidup mewah pun korang salahkan. (Sorry eh, aku bukan nak bincang isu politik sebab aku masih mencari hidayah politik). Berbalik isu tadi, ada sesetengah mulut bunyi, boleh lah korang anak orang kaya, bolehlah mak bapak korang sponsor, tak fikir masalah duit. Wehhh. What? Satu je masalah. Korang atau aku tak pernah semak balik diri sendiri. Satu je korang tak pernah salahkan dalam isu ini. DIRI SENDIRI!

Korang tak tahu macam mana strugglenya hidup orang senang juga. Aku nak bagitahu awal awal yang aku bukan anak orang kaya dan aku bukan juga susah sangat. Tapi aku kategori hidup sederhana. Mak Ayah aku support semua family, adik beradik lain yang belajar. Ada juga lah abang aku yang dapat PTPTN. Dan mungkin ada lagi yang luar sana lebih banyak tanggungan even bergaji besar dan sederhana. Kita tak tahu kepayahan mereka.

Macam nilah, kenapa korang tak salahkan diri sendiri sedikit atau sebanyak. Korang makan kalau boleh nak hipster, setiap minggu nak fast food, wayang, baju nak vavavoom, belum cuti dah listkan senarai nak Vacay sedangkan kita masih belajar. Lepastu korang bising duit takda dan blame manusia manusia lain. Ini yang aku kecewa! Aku nak cakap, belajar buat cara belajar. Kalau tak mampu buat cara tak mampu. Tak perlu nak ligan orang lain yang selalu update kat instagram, fesbuk kemewahan diorang.

Aku ni bukanlah penjimat sangat. Kadang kadang ada juga borosnya. Tapi aku tahu nak simpan duit. Aku tahu nak buka akaun tabung haji, aku tahu nak buka akaun bla bla bla.. Aku tahu tu. Secara ringkasnya. Kalau korang dah tahu kemampuan korang banyak mana, simpan dulu kehendak korang tu. Mana tahu bila dah kerja nanti korang boleh dapat semua tu. Ini tak, korang cerita family korang susah bla bla bla tapi korang makan everyday kalah family korang kat rumah.

Aku nak cerita juga. Waktu cuti semester, aku tahu ada kawan aku yang berpart time termasuk aku. Tapi majoriti classmate aku bergoyang kaki je kot kat rumah. Wallahuallam. Aku tak tahu. Tapi yang pasti, aku tahu aktiviti aku. Aku akan struggle cari duit sampingan sebab aku tahu walaupun keluarga aku NAMPAK SENANG, hakikat kehidupan itu berbeza. Bila masuk semester baru, aku dengar mulut mulut kawan aku dah mula cakap duit takda, duit takda.. Kalau diorang bercatu nak makan, aku macam nampak mewah nak makan. Aku tahu mesti akan ada orang cakap “alarh, mak bapa support bagi duit boleh.” Come on. Korang tak tahu betapa susah payahnya aku ni nak cari duit part time pagi siang malam jadi kuli batak boss yang anggap pelajar ni macam apa. Sampaikan aku pernah cuci toilet awam seh! Aku seorang perempuan. Betapa payahnya nak dapat duit, tak cukup tidur, tak cukup rehat. Tiba tiba korang senang cakap mak bapa support. Itsokay. Tapi aku nak tanya. Why not, waktu cuti macam tu, korang grab peluang untuk cari duit lebih, kalau mampu buat bisnes online, buat dan teruskan.. Kalau mampu lagi, minta je kerja part time ibarat korang betul betul nak kerja. Kisah aku, setiap cuti semester aku akan kerja part time. Aku pernah part time waktu belajar, aku pernah bisnes online waktu belajar tapi result aku jatuh. So aku decide, aku kerja waktu cuti sahaja dan duit tu aku simpan lah untuk bukak semester nanti. Semata mata tak nak bergantung dengan parents.

Aku rasa dah panjang aku membebel. Korang dah besar. Korang pelajar IPT yang boleh berfikir. Malah ramai pelajar yang cari peluang berbanding cari alasan untuk salahkan orang lain sahaja. Ingat aku cakap. Kalau taknak ingat takpe, aku tak paksa pun sebab korang yang nak hidup.

1. Semak diri sendiri
2. Ukur baju di badan sendiri. (Belanja ikut kemampuan)
3. Buat saving.
4. Tetapkan matlamat saving korang. Once korang dah capai KPI saving, bolehlah rewards diri dengan something makan hipster sikit ke.
5. Cari peluang dan ruang untuk jana duit bukan perabihkan duit.

Itu jela kot apa yang aku buat. Sekarang pun, aku tengah ambil satu langkah lagi untuk berjimat dengan multicooker. Aku boleh masak nasi, aku boleh goreng telur sendiri. Kalau rasa muak, sekali sekala beli jela kat luar. Jangan sampai korang sekat rezeki makanan korang juga. Aku cuba ingatkan orang lain dan diri aku sendiri rezeki kita ni sentiasa berbeza beza. Bukan duit sahaja. Mana tahu, kita bersyukur dengan kehidupan kita sekarang, pelajar susah, kita dapat rezeki pelajar cemerlang, rezeki kerja cepat, rezeki keluarga bahagia dan macam macam. Berbanding korang kaya tapi rezeki keluarga pecah belah. Aku sendiri aku tak sure sama ada family aku bahagia atau tidak. Mungkin terlalu privasi untuk diceritakan. Tapi aku harap aku tergolong dalam manusia yang sentiasa bersyukur.

– Addy

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.