Assalamualaikum..ni dh kali ketiga aku confess kat sini..tapi satu pun tak pernah tersiar..aku harap kali ni ada la yer..Thanks admin..
Aku anak bongsu dari tiga beradik dan satu-satunya anak perempuan dalam family.Berbanding mama dan abah, aku lagi rapat dengan abah(sewaktu kecil). Sebab bagi aku, mama selalu lebihkan abang2 aku. Aku jarang sangat baik dengan mama sampai la bila aku dah semakin meningkat ke alam remaja barulah aku mula rapat dengan mama. Bila teringat semua kenangan ni aku jadi sebak. Sebak sebab terlalu rindukan mama. Semua orang boleh cakap sabra tapi hanya orang yg pernah rasa mcm aku dia tau betapa peritnya kau nak bangkit balik saat kau hilang seorang ibu.
Mama aku baik sangat.Seorang yg sgt sayangkan anak2 kecil2.Seorang yg rajin dan paling aku tak boleh lupa, mama aku dia seorang wanita yg kuat. Bayangkan dia sakit mcm mana pun, tak pernah mengeluh. Sentiasa kuat, sentiasa tersenyum. 2 tahun dia sakit. Masuk keluar hospital dh mcm rutin dia tapi tak pernah sekalipun kau akan nampak muka sakit dia. Sampailah 3 bulan sebelum mama dijemput Illahi, itu kali pertama aku tengok dia mengadu sakit. 9 hari sebelum Hari Raya Cina thaun lepas, mama admit wad sebb serangan jantung. Waktu ni aku ada dirumah menghabiskan sisa cuti semester aku. Aku tengok sendiri mcm mana pucatnya wajah dia, macam mana dia merayu mintak dibawa ke hospital.Katanya dh tak tahan. Sampai hospital aku ikut masuk ke kecemasan, dan tengok semua prosedur yg dilakukan ( aku minta izin doctor bertugas). Aku ingat lagi tangan mama melambai ke aku yg ada dihujung katil. Aku tahan airmata dari jatuh sebb aku tau kalau aku menangis, mama pun akn menangis. Aku ingat lagi bila doctor kata makcik klu taknak buat treatment makcik hanya ada masa 2 tahun untuk hidup.pergh dia punya ayat mcm nk cili mulut.. Tapi tu ramalan dan teori doctor. Hal hidup mati allah dh tentukan..Sepanjang 9 hari tu mama lawan sakit dia dan alhamdulillah dia kembali sembuh.
Lepas habis cuti semester, aku balik semula ke kolej. Pertengahan bulan Feburari 2016, aku dpt tau kaki mama sakit pulak. Waktu tu, ulang alik utara selatan pun aku dh tak rasa apa2. Sebab dlmfikiran hanya fikirkan mama. Siang malam cuba cari segalabagai penawar sebab mama selalu merayu untuk minta doctor discharged kan dia. Selepas operation, masih tak tau punca kenapa kaki mama tiba2 ada kandungan air. Dan time ni hari2 aku dapat call dari mama dan hanyalah dengar rayuan dan esakan tangis mama nak balik rumah.( sebb time ni kt kolej lg) .Mana than beb. Gugur juga airmata weyh. Aku nekad. Kebetulan hari tu adalah hari last kelas sebelum midsem break so lepas presentation aku terus beli tiket balik kg. Aku sampai kg pn dah lewat malam time tu so esok pagi2 lepas subuh baru aku gerak ke hospital. Macam biasa dari jauh dia dh tersenyum melambai aku. Duduk ja aku di katil mama terus dia bagitau; adik nanti mintak keluar ok, mama nak balik. Aku masih membatu sbb mcm mana pun aku kena ikut procedure hospital. Tapi rengekkan mama tu yg aku tak tahan.
Pagi keesokkanya kebetulan doctor pakar yg mmg handle kes mama dtg ke wad jumpa mama. Dia terangkan semua benda tapi mama still sama keputusan nak balik jugak. Korang tau, bila doctor ckp puan tak boleh discharged lagi terus menitik airmata mama. Aku selangkah kebelakang, dan mula merayu dgn doctor tu. Hampir 15 minit perbincangan akhirnya doctor benarkan. Mama punya happy hanya allah yg tau. Balik rumah, rutin harian untuk cuci luka tetap diteruskan tapi mama tak mcm org sakit. Dia boleh masak..tnam segala pokok bunga dia..
Seminggu lepas discharged wad, keadaan mama kurang memberangsangkan. Mama admit balik di hospital yg lain. Di kawasan utara hospital kerajaan ni mmg terkenal dgn pelbagai pakar dan layanan yg bagus. Lagipun mama mmg pernah dapat treatment disini dlu. 2 minggu pertama aku berkampung disini. Pagi petang siang malam. Alhamdulillah mama Nampak sihat lepas buat operation sekali lagi di tempat luka tu. Sampailah 2 hri sebelum aku balik kolej, mama kena sekali lagi operation. Lepas dari keluar bilik bedah, dia meraung, muntah darah. Bak kata org bleeding la senang. Bayangkan hari aku kena balik ke kolej tu muka mama pucat gila, bercakap pun taknak lansung.. Aku terpaksa kuat sbb seminggu aku dh tertinggal kelas. Setiap masa aku akan call mama. Tu memang rutin sepanjang 3 tahun duduk jauh dari family.
Kami bersembang mcm biasa. Mama selalu ckp, mama ok dh..dh sihat.. time ni abang aku yg jaga.. Ada sekali tu aku call mama, aku Tanya abang aku mana? Mama kata mama suruh dia balik rumah rehat. Time ni aku nangis sambil ckp fon..aku kata klu dia mama suruh rehat tp bila adik nk gerak sikit dri katil pun mama tak bagi. Adik pun letih maa terus aku letak fon time tu.. Aku taktau kenapa dgn aku time tu.. Sampailah mlm tu aku dgr satu ceramah ni.. Ustaz tu terangkan sebab apa mak atau ayah nak sangat anak tu jaga dia..Dari situ aku mula belajar fahami apa yg mama rasa. Sebab aku perempuan, lebih senang untuk mama mintak pertolongan apa2 berbanding dengan ank lelaki. Minggu kejaidian ni adalah minggu2 akhir mama.
Sepanjang aku sambung belajar mama mmg tahu jadual aku setiap sem so mama memang takkan call lansung time aku ke kelas. Tapi ptg 18/4/16 mama tiba2 call. Time tu aku dlm kelas.. tekezut weyh and terus aku keluar kelas. Mama call sebab nk gtau mama dh boleh discharged and dia kata ptg ni adik last kelas kan, pastu isnin minggu depan pulak bru start balik kan? Adik balik kan minggu ni.
Aku tipu mama. Aku cakap aku ada test dan presentation and aku kena get ready semua tu. Mama senyap. Mama kata adik tak balik sbb takde duit kan? Aku jawab bukan la maa, duit ada Cuma adik memang kena get ready utk minggu depan. ( hakikatnya dlm purse aku hanya ada rm 20 ja dan betul kata org naluri mak tu kuat). Lepas tu mama dh tak call aku dan bila aku call dia, dia taknak ckp. Sedih weyh tp aku memnag takde duit time tu..Sampailah hari khamis petang tu abah call suruh balik dan bagitau dh masukkan duit. Abah kata balik la dik nanti kita bincang. Malam tu aku terus shoot ke stesen bas, dan Alhamdulillah rezeki masih ada tiket. Maka baliklah aku ke kg.
Pagi tu abah yg jemput. Dibawanya utk sarapan dan baru abah gtau mama admit wad balik. Keadaan dia dh semakin teruk. Aku senyap. Sampai rumah aku mandi dan bersiap ke hospital. Dalam kereta abang aku nangis cter pasal mama sebelum dia admit tu. Abang aku kata kalau ikut abah dia taknak call aku and abg aku yg sorang lagi sbb taknak susahkan selagi diorang boelh handle. Tapi abg aku yg first ni cakap yg mama panggil aku, tu dia mintak abah call aku. Sampai pintu bilik wad, mama tengah tido and bila dia jaga aku tanya maa kenal tak ni sape? Mama geleng terus tutup mata. Dari petang jumaat semua keluarga dan kawan2 family aku datang melawat tp mama tetap tak kenal. Aku dh tak mampu nk tahan, aku lari keluar wad nangis semahunya.. Sampailah pagi ahad tiba2 mama panggil adik jom la balik.. kitakan ada rumah. Aku senyum sebab mama kenal aku. Aku pujuk dia sbb ada rawatan yg tak selesai lagi. Dia diam dan kembali tido, Cuma sesekali merengek bila doctor dtg dan tanya mcm2.. bgi dia, dia sedang bersedia utk kembali semula tapi kita yg tak memahami ni masih menggangu dia.
Lepas waktu melawat pkul 2 tu aku balik rumah kemas brg sbb mlm tu nk gerak dri hospital ke stesen bas sbb ptg isnin aku ada test. 4.30 waktu melawat aku pegi balik hospital. Time tu mama mintak makan. Aku suap mama makan. Kebetulan jiran aku sampai dan borak dgn abg pasal mama. Pakcik tu tnya abah aku jadi ke balik mlm ni.. Abah trus jwab ya sebb dia ada test. Tapi mama stop makan dan berpaling ke abah. Mama kata jangan bagi adik balik. Abah pujuk mama yg aku kena balik jugak malam tu dan mama tengok aku. Dia dh tolak makanan dia. Ayat last dia ‘ ADIK, JGN BALIK..JAGA MAA OK MLM NI’.. dan selepas tu nafas dia berombak dan segala mesin dan alat2 perubatan moden dipasang. Ya mama memang tak respond apa2. Katanya doctor apa2 kemungkinan keluarga kena redha. Aku dan keluarga masih disisi mama.
Tepat 2.30 pgi, 25/4/16, kosong jiwa aku. Nafas mama perlahan turun.. Kalimah syahadah sentiasa didengarkan. Dan wanita terindah dlm hidup aku telah kembali kea lam abadinya. Bersaksikan suami, anak2 dan ahli keluraganya, Allah itu maha kuasa. Diambilnya perlahan-lahan bidadari kami.. Saat tu baru aku tau apa makna redha. Aku cuba bangkit semula walau jiwa dan hidup aku kosong. Aku bangkit demi janji aku untuk tamatkan perjalanan ni. Aku kuat sebab aku belajar dri dia.. Dia yg tak pernah mengalirkan airmata di hadapan org. Dia yg berlagak kuat walau hatinya penuh luka. Dan alhamdulilah, allah kuatkan aku untuk tunaikan janji aku dengan mama. Sikit ja lagi maa..In sha allah segulung ijazah yg akan adik terima tu adalah cerita di setiap pengorbanan mama.. TERIMA KASIH WANITA TERAKHIR.. BIDADARI INDAH KURNIAAN ALLAH..SEMOGA TENANG DISANA MAMA..ALFATIHAH..
Rindu MAMA…
*bukan nak tunjuk baik tapi nak mengingatkan.. Hargailah selagi ada.. Tertutup matanya maka tertutuplah keberkatan doa dari seorang IBU
– Nur
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment