Assalamualaikum…
Baru2 ni terbaca pasal kisah Doktor yg dpt save RM10k sbb bwk moto ke tmpt kerja…
Aku pun terdetik kat sini nak share jugak kisah aku as a rider Yes! Aku seorang rider!… Beza aku dgn Tuan Doktor, aku hanya la junior eksekutif biasa dan aku adalah perempuan.
Pro yang tak dapat disangkal:
1) Jimat!
Ni memang tak dapat aku nafikan. Motor yg aku bawa hanya la Modenas cc100 yang aku beli secara cash berharga RM 3600.. kos minyak pula hanya la RM 5 hingga RM 6 seminggu. Parking motor ditempat kerja aku pula free. Sedangkan kereta dikenakan bayaran mengikut jam melainkan anda mempunyai season pass yg sangat limited. Bayaran season pass kereta pula sebanyak RM 150 sebulan. Dekat sini aku dah jimat banyak..Aku mampu simpan 60% gaji aku…hehe
2) On Time!
Aku tak perlu bersesak2 menghadap jem. Aku boleh mencilok dan menyelit diantara 2 kereta… Aku sentiasa on time!
3) Banyak masa terluang
Bila aku tak perlu menghadap jem, aku tidak perlu bersiap awal ke tempat kerja. Biasanya pkol 8pg baru aku bertolak ke tmpt kerja dan hanya memakan masa 10 hingga 15 minit untuk tiba ke tempat kerja yang jaraknya 10km…
Sejujurnya bawa motor ni sememangnya jimat duit dan masa aku. Walaubagaimanapun, terdapat juga CONS menjadi rider ni.
1) Risiko kemalangan!
Tak nafikan bahawa bawa kereta pun ada juga risiko kemalangan. Tetapi impak kemalangan sekiranya bawa motor ni lagi tinggi dari kereta. Kes ini terjadi pada diriku sendiri. Walaupun hanya dipotong oleh kenderaan berat yang laju, aku hilang kawalan dan terbabas. Akibatnya kasut koyak da kuku kaki aku tercabut disebabkan terseret dengan tar.
2) Risiko kena kacau!
Ini selalu berlaku sekiranya aku pulang lewat dalam pukul 9 – 10 mlm. Dan aku percaya benda ni jadi kepada rider perempuan sahaja. Waktu2 mlm macamtu, sekiranya sedang berhenti ketika lampu merah, ada la budak2 yang akan kacau. Ada yang duk press motor lama2 sampai aku rasa tak selesa dan ada juga yang kelilingi aku dan bertanya nak pergi mana, nak ikut la… tapi Alhamdulillah setakat ini hanya kena kacau macamtu sahaja.
3) Risiko hujan
Benda ni tak boleh nak elak dah. Kalau hujan samada berhenti berteduh atau redah sahaja. Tapi kalau redah, risiko keselamatan pulak. Jalan akan jadi sgt licin, dah vision akan jadi sgt limited. Motor juga boleh rosak.
Secara keseluruhannya, aku rumuskan bawa motor ni ada PRO dan CONS. Aku masih prefer menjadi rider. Entah la mungkin sebab aku dah biasa naik motor. Tapi aku tak rancang untuk menjadi rider selama2nya. Mungkin lepas kahwin aku akan bawa kereta pula.hehe.. Mohon pembaca doakan keselamatan aku senantiasa.
Wassalam.
– Akak Rossi
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment