Tuesday, 28 February 2017

Obses Dengan Kerjaya

PengakuanKu

Assalamualaikum Admin dan semua (Jika cerita aku disiarkan)

Aku bukanlah budak yang belajar tinggi. Aku cuma amik sijil pentadbiran selepas aku habis SPM dulu. Senang cite aku amik sijil aku nie lebih kurang macam kemahiran. Aku mula masuk ke alam pekerjaan nie pada tahun 2012. Lepas habis je praktikal, aku terus dapat kerja. Firstly tu aku keje Kerani Insurans. Gaji masa tu RM650. Waktu kerja biasalah office hours 830pagi-530petang. Tempat solat pun ada. Sempatlah 2 bulan aku kerja, aku berenti sebab aku rimas dengan akak kat situ yang hari hari nak marah aku. Die ikut angin die je. Yang lain semua ok tapi daripada aku stress sebabkan dia, baik aku chow awal2 kan. Nasib baik lah bos tu memahami mungkin sebab dah ramai berenti kerja kot.

Lepas tu aku kerja kat satu company swasta sebagai Kerani Akaun.Pun office hours jugak lah 800pagi-500petang. Masa nie gaji aku RM900. Kat sini aku kerja dalam 8bulan macam tu. Sebenarnya semua ok kat sini. Aku selesa. Mungkin sebab cuma aku sorang yang uruskan kerja pejabat jadi senang aku uruskan takde campur tangan orang lain. Aku berenti sebab bos dia gatal sikit lah, hahaha. Seram jugak aku kadang tu. Korang bayangkan, bilik die kan pintu kaca tu, meja aku duduk pulak depan dia, kira belakang aku lah. Bila aku bangun or berjalan aku rse macam orang perhati. Bila aku pusing nampak die tengah tengok dengan muka yang errr. Seram aku. So sebelum pape jadi, aku resign! Hahaha. Aku bagi alasan aku dapat kerja bank. Nasib die percaya je.

Lepas tu ade lah aku kerja kerani kat beberapa tempat lagi. Makin panjang lah kalau aku nk cerita satu satu kan. Lepas tu, aku ternampak lah satu kerja kosong dan aku try call. Haa dari sini lah hidup aku mula berubah sikit demi sikit. Ok sambung cerita semula ok, Die cakap boleh dtg terus interview. Aku pun terus lah masuk office tu. Gila cantik! Sebab kiranya bukan setakat office lah, die jual barang lengkapan rumah. So mestilah decoration kedai die cantik kan. Aku first masuk tu dah fall in love sebab aku memang suka kalau kerja tempat yang cantik nie. Bukan ape, kita pun selesa kan.

Time tu manager die yang sambut aku, die cakap boss besar ade so boleh terus interview. Bila sorang laki Cina datang kenalkan diri, so aku tahu lah tu boss besar die. Tak besar mana pun, kecik je. Hahaha. So aku paham lah owner tempat nie cina kan. Kalau jadi nie kali ketiga aku bekerja gn cina. Seriusly memang die baik. Borak semua die cakap aku boleh mula kerja next week. Pasal gaji semua die akan terangkan time first day nanti. So aku sempatlah pusing2 dulu usha keadaan sebelum balik. Balik tu aku cerita lah dekat family aku. Of coz dorang happy aku dapat kerja. Pulak tu aku memang cepat je dapat kerja. Hari nie benti kerja, lusa dah dapat kerja.

So jawatan aku Sales Executive. Tapi just jawatan pada name card semata. Sebenarnya tugas aku lebih kepada akaun jugak. Aku layan customer yang datang lagi. Aku nie jenis muka mudah senyum, so sesuai lah gamaknya kerja bahagian macam nie kan. Firstly basic aku dia bagi RM900 + OT + Komisyen. Waktu kerja? 9pagi-7malam. Family aku rasa macam awal lagi, so dorang izinkan. Sebulan tu semua okey, kiranya masih lagi dalam proses belajar menda baru kan. Tapi semua berubah lepas beberapa bulan. Aku nie jenis cepat belajar, kiranya aku mula uruskan banyak kerja. Invois bulanan, DO, List Hutang customer, nak serve cutstomer lagi.

Lagi satu, lunch time aku dah hilang start keje situ. Makan bergilir2 time customer takde. Pernah je tak makan sampai petang sebab customer ramai sangat. Tapi sebabkan aku have fun dengan kerja aku nie, aku tak merungut lah. Bagi aku, aku suka apa yang aku buat. Gaji aku makin lama makin banyak disebabkan komisyen aku makin naik. Setiap kali gaji aku bawak family aku pergi makan, semuanya happy je. Bila ade event, aku balik kadang tu pukul 12am kadang tu pukul 1am. Kesian mak aku tak tidur tunggu aku balik. Yelah orang tua mana yang tak risau anak dara balik lewat malam kan.

Pernah tu gaji aku RM3900 sebulan. Mungkin korang rasa tak banyak, tapi bagi aku jumlah tu besar sangat dengan kelayakkan aku. Mungkin sebab aku usaha kerja, ot semua tu kan. Setahun lebih aku kerja, aku mula rasa something. Macam ada yang tak kena. Kadang duit aku cepat je habis. Dapat gaji sedar2 dah habis. Paling sedih bila mak aku tanya solat ke tak kat tempat kerja, aku jawab aku solat. Tapi aku berdosa sebab aku tak solat, menipu mak lagi. Double aku dapat. Memang ade ruang solat tapi taklah selesa, cuma ruangan stor tu je. Lagipun, bukan sengaja taknak solat, disebabkan staff tak ramai, jadi bila customer penuh, kene serve tanpa henti. Bila cakap nak solat kejap, terus muka berlagak cakap dah lama tunggu. Allah, padahal sesama islam pun tak reti paham. Macam macam manusia aku jumpa sepanjang kerja situ. Yang paham ok lah boleh tunggu.

So bab solat yang sepatutnya menjadi kewajipan tu aku dah jadikan sebagai ‘kalau sempat’. Sedangkan aku sepatutnya utamakan solat kan? Jahil sangat aku masa tu. Pernah terfikir nak cari kerja lain, tapi aku dah lebih setahun kerja situ, gaji pun dah ok. Tapi aku tak sedar, dalam sibuk aku nk kejar kerjaya tu, aku dah hampir hilang sesuatu lebih berharga..

Semangat kerja makin menjadi lepas aku dapat naik jadi Supervisor. So gaji aku makin naik lah. Rutin harian aku? Bangun pagi siap pergi kerja, lewat malam baru balik. Kadang hari Ahad pun kerja. Hari sabtu yang sepatutnya balik awal pun aku balik lewat. Pernah aku demam dapat MC 2hari kat klinik kerajaan, tapi aku mintak doc tu potong and bagi sehari je MC. Ya Allah kalau fikir kenapalah aku gigih sangat dulu kan? Hmm..

Sampai lah satu hari, aku nk salam mak aku nak pergi kerja, mak aku pun cakap..
‘Kakak, ayah sedih sebab die cakap dah lama tak borak dengan awak, dah lama tak nampak awak’..
Tersentak aku dengar macam tu.. Terkedu.. Aku salam lepas tu terus drive pergi kerja. Sepanjang perjalanan tu aku asyik terfikir apa yang mak aku cakap. Ya Allah, masa tu menangis aku. Aku baru sedar semua tu. Aku dah lama tak salam tangan ayah aku. Aku dah lama tak bergurau,borak dengan dia macam sebelum sebelum nie. Ayah aku berkerja sendiri, lepas subuh die dah keluar kerja. Aku? Sbuh dah nak habis baru aku tergesa-gesa bangun. Malam pulak, bila dah lewat orang lain dah tidur baru aku balik. Ada aku bawak dorang pergi makan, tapi dorang terus tunggu kat restoran yang aku bagitau. So aku terus datang dari office. Kadang tu lepas makan aku suruh dorang balik dulu sebab aku nak sambung kerja.

Seharian aku termenung. Aku rasa bersalah sangat. Aku bersalah pada family, pada Allah.. Aku tinggal apa yang wajib sebab lebih pentingkan kerja. Yang paling menyedihkan, bila ayah aku mengadu macam tu pada mak aku. Korang tahu kan, seorang ayah nie die susah nk cakap menda2 macam tu. Aku ingatkan semua ok.. tapi tak ok langsung! Aku pun sedar mungkin sebab aku sering tinggal solat time kerja, duit gaji aku entah kemana mana. Kejap kereta rosak habis seribu lebih. Kejap hal tu, kejap hal nie. Ada je masalah. Tuhan tu dah bagi pentunjuk awal lagi, tapi aku lalai. Aku tak sedar sampai akhirnya aku dah lukakan hati orang tua aku. Bila fikir kadang aku buat rumah tu macam hotel je. Balik untuk tidur.

Malam tu aku lewat jugak balik. Tapi dalam letih aku solat jugak, aku menangis semahunya. Aku mintak maaf, aku mohon ampun. Lepastu aku tidur. Esoknya macam biasa lah rutin aku. Aku buat selamba konon macam tak sedih dan buat tak ingat je ape mak aku cakap sebelum tu. Tapi serius aku takde semangat nak kerja. Tengah aku check invois, dapat call dari salah satu IPTA untuk hadir interview. Masa tu aku happy sangat. Aku terus call mak aku bagitau, die pun seronok sangat. Aku kaji semua latar belakang IPTA tu. Salah satu tempat pengajian Islamic.

Alhamdulilah, aku dapat jawatan Pembantu Tadbir Kewangan. Walaupun tak tetap dan gaji tak sebesar dulu, banyak yang aku belajar. Gaji aku kurang dari dulu, tapi tak pernah putus rezeki aku. Ada je entah dari mana kadang aku pun pelik. Masa solat dah confirm ada. Masa dengan keluarga pun laginya lah. Syukur sangat sebab Allah bagi aku peluang untuk tebus silap aku. Setiap orang tak sama. Dan dari dulu aku memang periang yang amat dalam keluarga aku. Pulak aku cuma dua beradik je. Bila aku terlalu fokus dengan kerjaya sampai mengabaikan dorang, tu yang dorang terasa kan.

Tak lama lagi aku pun bakal menamatkan zaman bujang aku. Betul orang cakap, jodoh tu datang bila kita dah betul2 sedia. Kalau dulu masa untuk keluarga pun takde, macamana aku nak kawin? Hahhaha. Malas cerita soal jodoh nanti makin panjang lah entry aku nie. Korang doakan yang baik baik untk aku ye sebab kiteorang bercinta lepas tunang. Buat masa nie semua ok walaupun kiteorg jauh. Kerja aku pun semua ok. Buat yang lain, tak salah kita nak kerja keras tapi janganlah kita terlalu mengejar sehingga kita tinggal segala yang sebenarnya jauh lebih berharga. Ingat tuuu. Aku stop dulu lah nanti meleret leret cerita nie.

– -Permata

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.