Wednesday, 15 February 2017

Selva Kumar

PengakuanKu

Assalamualaikum pembaca semua..

Baru-baru ni heboh tentang selva kumar yang dikatakan bekas perogol bersiri yang baru dibebaskan dari kanada dan dihantar pulang ke Malaysia.

Allah, terdetik dalam hati kerisauan dengan berita ini..khabarnya selva kumar sekarang menetap di batu caves. Beliau seorang yahudi.

Saya tak tahu kenapa, hati kecil minta untuk menulis confession ini supaya rakyat malaysia khasnya pembaca iium confession ni dapat berjaga-jaga dengan kehadiran seseorang seperti ini.

Bayangkan berpuluh tahun di dalam penjara, kerana melakukan jenayah rogol, kini dibebaskan dan hidup di kalangan kita rakyat malaysia. Memang diakui, bukanlah dia saja penjenayah yang wujud di malaysia ni, tapi mengukur jenayah yang dilakukan terlalu sukar untuk merelakan kehadiran dia di kalangan kita.

Dia seorang perogol, kini berpeluang hidup di kalangan gadis-gadis cantik yang ayu di malaysia. Malah dihidangkan pula dengan gadis manis di media sosial yang ‘free’ saja untuk dicari dan dikenali. Aduh, berjaga-jagalah kita semua.

Minta dijauhkan dari sesiapa saja kejadian yang tidak diingini..apa yang mampu kita lakukan adalah berhati-hati dan berdoa meminta pertolongan dari Allah semoga dilindungi selalu.

Gadis-gadis jangan terlalu berani berjalan sendirian, berjaga-jaga selalu, tolonglah, tolong jangan berpakaian seksi dan cubalah tutup aurat dengan sempurna. Ada sebab islam suruh tutup aurat. Lelaki kebanyakannya boleh membayangkan yang bukan-bukan hanya dengan sekali pandang. Jagalah diri dari pandangan lelaki.

Dan kalaupun sudah menutup dengan sempurna, elaklah berfesyen yang menarik perhatian lelaki..lelaki ni pandangannya lain, lagi bertutup lagi misteri kan? Lagi tertarik untuk didekati namun kaum wanita yang dikasihi sekalian, apabila kita sudah berusaha semampunya, jangan lupa berdoa dan bertawakal kepada Allah.

Kurangkanlah gambar-gambar di media sosial, kita takut lelaki memandang dengan pandangan nafsu, nauzubillah kan. Namun zaman ni semua sudah menjadi tidak terkawal maka jagalah semampunya.

Pesan saya, bila kaki mahu melangkah keluar dari rumah, amalkan membaca ayat kursi dan mohon perlindungan dari Allah sepanjang perjalanan pergi dan pulang dari kerja/ sekolah dll.

Silva kumar, dia mungkin berubah. Namun dia juga mungkin tidak berubah. Saya paranoid? Tak apa, berjaga sebelum terkena. Zaman ini zaman fitnah. Terlalu sukar untuk bersangka baik apabila saban hari berita-berita buruk menghiasi dada akhbar. Sayangilah diri kita, hargailah maruah yang ada. Semoga sifat malu menjaga semua kaum wanita dari sifat yang tercela.

Sekian, pesanan ikhlas saya buat semua. Ayah, abang, adik lelaki juga para suami, jagalah perempuanmu dengan sebaiknya. Perempuan, jagalah diri seeloknya sebelum terlambat.

– Nur

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.