Assalamualaikum wbt
Selamat sejahtera (:
Thank you admin sebab post confession aku ni.
Sebenarnya aku ni bukan jenis taip mesej panjang-panjang utk beritahu sesuatu. Tapi ini salah satu usaha aku untuk aku dapatkan pandangan dan doa daripada pembaca IIUM ni.
Alkisah, nama aku Kasya. Aku berusia 27 tahun. Sudah hampir 2 tahun mendirikan rumahtangga. Tapi masih belum punya baby lagi. Rata-rata orang yg single, sibuk ditanya bila nak kahwin. Bila dah kahwin, orang sibuk tanya pulak, bila nak ada anak? Pada mulanya, aku mmg sensitive sikit bila orang asyik tanya bila nak ada baby. Aku jadi macam konfius. Kahwin memang wajib dapat anak cepat ke macam mana?
“Kasya, kau merancang ke dengan laki kau?”
“Kasya, bila nak ada baby ni? Anak aku nak kawan dgn anak kau cepat.”
“Kasya, kau period lagi ke?”
Ada juga member aku yang always tanya date period aku, tanya bila aku subur dan sebagainya. Nak check aku dah pregnant ke belum. Setiap kali orang tanya soalan macam ni, pipi aku mesti jadi panas. Aku rasa malu. At the same time, of course rasa sedih. Sedih sebab aku rasa aku ni tak jadi wanita yang sempurna. Tak bole pregnant seperti orang lain. Tak bunting pelamin seperti orang lain. Upload gambar dengan suami, kucing di kala orang lain menunjukkan baby bump masing-masing. Tapi aku rasa aneh, kenapa sebelum aku kahwin, tak pernah sibuk hal aku, dah berkahwin siap tanya tarikh period dan tarikh bersama. Cuma aku bersangka baik. Aku tahu dia care. Positive Kasya.
To be honest, tipulah kalau aku cakap aku tak cemburu. Aku wanita. Tengok orang lain countdown pregnancy week, amik gambar baby bump, share maklumat tentang pregnancy, ada juga yang ambil video perut mereka bergerak-gerak (baby menendang), tak kurang juga yang update morning sickness masing-masing, sudah tentu ada rasa cemburu dalam hati aku. Depan kawan-kawan aku berlagak kuat saja. Tak pernah menangis. Tak penah sedih. Dan aku masih mampu tersenyum.
Suami aku? Alhamdulillah. He is the best. Allah beri suami yang terbaik buatku. Dia tidak sempurna. Tapi dia selalu membantuku. Memberikan kata-kata semangat untuk aku. Ayat dia yang paling aku ingat selalu dan buat aku kuat :
“Sayang, Allah bagi bila sampai waktunya. Dia tahu bila kita perlu dapat anak. Dan Dia Maha Mengetahui.”
Dan pada mulanya aku rasa tahap kesihatan aku okay saja. Takdelah berpenyakit ke apa. Sehinggalah aku datang bulan dan kali ini lain macam ‘bulan’nya. Aku tak pasti tumpah darah atau apa. Tapi sakitnya pelik dan aneh. Sudah ke klinik wanita, doktor kata tak ada apa-apa. Kemudian ibu minta aku berjumpa dengan mana-mana ustaz untuk berubat. Katanya, usaha. Aku pergi jua.
Terkejutlah aku, kata ustaz , pada tubuhku ada jin yang hidup bersamaku. Jin itu sentiasa menghalang aku daripada beribadah dan akan memusnah benih suamiku juga. Dia mengubati aku dan meminta aku berzikir selalu. Dia bertanyakan sama ada aku pernah berbuat sesuatu yang menyekutukan Allah Taala. Buntang mata aku. Mana pernah. Lalu, ustaz menasihati kami berdua :
1. Jangan berubat dengan orang sembarangan. Yang tidak menggunakan ayat Al-Quran untuk mengubati. Kerana dia mungkin akan meletakkan perkara yang tidak sepatutnya kepada kita.
2. Jangan keluar waktu maghrib. (seboleh-bolehnya)
3. Berilah salam setiap kali masuk ke rumah.
4. Baca Al-Quran. Bukan bila perlu. Tapi setiap hari.
5. Zikrullah. Zikrullah. Zikrullah.
6. Jangan menuntut ilmu yang bukan-bukan. Tidak kisah la berkaitan dengan adat atau tidak. Kerana khuatir ada perkara yang akan menyekutukan Allah Taala.
Aku depan ustaz memang muka macho je. Tapi dalam hati, sedih dan takut. Sedih kerana usaha kami untuk mendapatkan anak sia-sia dan takut kerana terjadi perkara ini lagi. Suami aku pujuk, Allah nak kita cari Dia. Kita selalu leka, jadi kita kena sentiasa ingat Allah Taala.
Jadi, selepas dari itu, aku berubah. Aku jadi positive. Susah macam mana hari yang aku lalui, aku positive dan bersangka baik dengan Allah. He gives me what I need. Not what I want.
I have my husband, my parents, my in laws, my siblings and my family. Aku akan cuba untuk hamil tahun 2017. Dan untuk para isteri yang cuba untuk hamil, keep on trying. Never stop. Allah wants us to work on it. Dan setiap kali aku nampak post-post kawan aku tentang pregnancy, aku selalu visualize aku yang akan pregnant dan update juga benda sama. Amik feeling kononnya.
Dan buat pembaca post ini, doakan kami supaya dapat menikmati nikmat menjadi ibu dan bapa, menikmati rasa ada jasad di dalam rahim aku. Dan aku sentiasa mendoakan bakal-bakal ibu di luar sana supaya hamil dan melahirkan anak-anak yang soleh solehah, sempurna fizikal dan akalnya dan dapat menjadi khalifah di bumi Allah ini.
Amiinn.
Amiinn.
Doakan kami,
Kasya dan suami.
– Kasya
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment