Friday, 3 February 2017

Berbaloikah Bergelar Mahasiswa

PengakuanKu

Assalamualaikum kepada semua pembaca IIUM Confession. Terima kasih admin atas kebaikan terbitkan confession aku ni. Aku lebih suka dikenali sebagai Syabab. Aku nak tulis satu hal yang buatkan aku rasa macam, pelik dan sedih. Aku harap sangat korang tolonglah ambil pengajaran. Terimalah nasihat ni.

Baiklah, aku ingat aku hanya tengok dalam tv jer sain2 kehadiran kawan-kawan yang tak hadir ni. Rupanya, realiti. Aku dah banyak kali dengar dah tapi selama ni aku diamkan. Tapi harini tak. Aku nak bukak mata korang. Aku nak korang fikir baik-baik. Hadam betul-betul. Dan sila insaf serta taubat.

Korang, sejujurnya kita tak masuk uni atau sambung belajar sebab kita ni pandai ke. Sebab kita ni dapat cemerlang masa spm. Semua tu jadi asbab jer. Kita ni masuk uni dan dapat sambung belajar atas sebab izin Allah. Kalau Allah tak izinkan, takdalah kita dekat sini. Tapi yang buat aku sedih bila banyak mahasiswa dan mahasiswi ni macam tak hargai nikmat Allah. Berapa ramai dekat luar sana yang nak masuk uni? Aku ada ramai kawan yang tak dapat sambung belajar. Tapi, alhamdulilah diaorang ni pandai nak hidup. Aku kagum dengan diaorang. Dia orang selalu cakap, aku kena beljar rajin-rajin. Bangunkan negara kita ni. Aku semangat sangat bila masuk uni sebab aku rasa semua budak yang masuk uni ni pembangun negara.

Tapi sayang, bila sikap menipu wujud dalam diri. Kau malas datang kelas, tapi suruh kawan sain kehadiran. Mana kejujuran kau? Kau rasa benda tu sikit jer. Tak beri kesan pun. Kau silap besar! Pertama kau meniupu. Kau tak jujur dengan pensyarah. Kau tak jujur dengan diri sendiri. Kedua, kau ajak orang lain buat dosa. Kau sedang banyakkan jenis yang suka menipu macam kau. Ketiga, kau anak tak kenang jasa. Mak ayah kau hantar kau pergi uni untuk belajar. Berjaya. Tapi anak dia datang bukan setakat belajar ilmu tapi belajar menipu. Keempat, kau sedang menunjukkan “Dimana Allah dalam hati kau?”.

Aku bukan “overthinking”, tapi aku sangat sayangkan negara. Aku cintakan agama dan bangsa. Aku sedih yang buat benda macam ni, sejenis aku jugak. Kau bising negara korup. Kau bising Malaysia mundur. Banyak kes rasuah. Aku nak tanya kau, ada beza ke kau dengan apa yang kau kritik? Tindakan kau sebenarnya sama dengan tindakan mereka yang kau kritik tuh. Menipu sain kehadiran waktu belajar, nanti dah kerja macam mana? Mungkin korang kata, kerja banyak pengawasan, takda kes macam ni. Ingat ye, orang menipu bukan orang bodoh. Orang nak menipu ni automatik jadi cerdik.

Fikirlah, kau akan grad. Kau akan grad dengan satu muslihat. Sebab apa aku cakap macam ni? Peraturan uni, tak datang melebihi kuota digariskan tak boleh ambil exam. Bila, hal macam ni wujud, pensyarah tak tahu, kau hidup sebagai mahasiswa/wi yang enjoy dengan apa kau buat selama ni. Tak fikir gaji kau? Duit yang kau bagi dekat parents? Dekat Family? Fikirlah. Insaf. Aku tak boleh bangunkan negara seorang diri. Aku perlukan korang.

Orang kata, Pemimpin yang baik, lahirkan pengikut yang baik.
Tapi korang lupa, Pengikut yang baik juga melahirkan pemimpin yang baik.

Fikirlah, kenapa kita sekarang macam ni? Asyik nak salahkan orang, bila nak muhasabah diri? Bila nak didik diri jadi pemimpin yang benar-benar mengikut syariat? Bila? Sekian.

– Syabab

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.