Assalamualaikum w.b.t
Aku bukan la follower page ni cuma rasa terpanggil untuk tulis kat sini lepas aku baca beberapa confession baru2 ni berkaitan 2 perempuan yang umur baru 24 dan 27 tapi dah risau pasal title andartu dan sebuah lagi cerita pasal pasangan yang berkahwin hampir 4 tahun belum dikurniakan cahaya mata tapi akhirnya mengandung. Alhamdulillah.
Sedikit pengenalan berkenaan diriku. Berusia 35 tahun. Masih bujang. Tiada calon langsung. Tapi gembira, bahagia dan tersangat happy dengan hidup aku sekarang. Bukan la tak nak kahwin. Aku juga perempuan biasa yang ada naluri dan perasaan untuk berkahwin dan mempunyai anak. Cuma aku redha dengan ketentuan Allah bahawa mungkin jodoh aku lambat atau mungkin jodoh aku sedang menunggu aku kat syurga. Kesimpulannya aku adalah wanita normal, biasa yang kau jumpa setiap hari.
Aku tak nafikan, aku pernah melalui fasa di mana setiap hari sedih dan kecewa sebab lambat bertemu jodoh. Tapi Alhamdulillah ujian dan pengalaman hidup sehingga kini banyak mengajar aku untuk sampai ke tahap di mana aku berada sekarang. Fasa redha dan happy. Aku harap pengalaman aku ni sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang senasib dengan aku. Dan aku harap jugak agar korang tak perlu melalui fasa sedih yang aku lalui.
Aku rasa kalau korang jumpa orang yang tak kahwin lagi after umur 30 korang mesti akan tertanya sebab kenapa dia tak kahwin lagi. Gay ke? Lesbian ke? Garang sangat ke? Memilih ke? Entahla. Aku pun takde jawapan tu. Cuma yang pasti dari aku sekolah rendah sampai la sekarang dah kerja almost 10 tahun ni, aku memang ada penyakit susah nk bercakap dengan laki yang sama usia dengan aku atau pun lebih tua. Kalau laki lebih muda dari aku je aku boleh bercakap. Pelikkan. Aku pun pelik dengan diri sendiri. Bukan tak pernah berkenalan dengan orang. Tapi mungkin belum sampai jodoh. Walaupun aku boleh cakap dengan orang yang lebih muda dari aku, tapi sukar untuk aku terima diorang sebagai pasangan hidup. Kebanyakan yang aku kenal, laki yang muda dari aku ni jarang yang aku jumpa fikiran diorang matang or same level dengan aku. So kesimpulannya aku nak carik yg lagi tua dari aku tapi masalahnya aku tak boleh bercakap (memulakan perbualan) dengan diorang. Mungkin sebab tu sampai sekarang aku masih single. Haha.
Ok. Enough about me. Berbalik pada tajuk asal. So here I want to share few tips on how to be a happy single/ happy childless couple/happy person. Pertama sekali, selalu bersyukur dengan apa yang kita ada. Fokus pada apa yang kita ada. Jangan fikir pasal benda yang kita takde. Bersyukur ada kerja best, bersyukur ade kereta, bersyukur dapat bernafas, bersyukur ada mak ayah, bersyukur ade kawan2, bersyukur cukup anggota badan, bersyukur dapat makan. Every single thing yang kita ada adalah kurniaan dari Allah. Belajar bersyukur walau di mana situasi Allah letakkan kita. Single. Berkahwin. Lambat dikurniakan cahaya mata. Bercerai. Bersyukur dalam setiap keadaan. Untuk yang lambat dikurniakan anak, bersyukur sekurang2nya Allah bagi rezeki untuk merasai nikmat perkahwinan, bersyukur ada pasangan menemani di saat sedih dan gembira. Untuk pasangan yang lambat dikurniakan anak, sila la lebih prihatin dengan perasaan orang yang lambat bertemu jodoh atau belum berkahwin. Kalau korang nak complain sedih or kecewa takde anak, bayangkan perasan kitorang yang takde pasangan langsung. Kadang2 bila aku baca status pasangan macam ni, rasa nak tampar je muka sorang2 yang tak reti bersyukur tu. Aku ni kalau Allah bagi kahwin pun dah sujud syukur. So kesimpulannya belajar la untuk bersyukur dengan apa yang kita ada dan apa yang kita tiada. Barangkali apa yang kita tiada tu pun rahmat jugak. Cuma kita tak tau. Sila rujuk surah Al Baqarah ayat 216.
Kedua. Jangan letakkan kebahagian kita pada manusia. Do not define your happiness base on other human. Happiness is inside you. You need to find it yourself. Kebahagian tak datang dari seorang manusia bernama lelaki, suami, boyfriend etc. Kegembiraan tak datang dari manusia bernama anak. Kalau bahagia tu datang dari manusia, takde la kes cerai, buang bayi etc. Ada jugak pasangan yang dikurniakan anak tapi tak bahagia dan akhirnya bercerai. So adakah anak punca kebahagian? Tak semestinya.
Ketiga. Sila abaikan manusia2 bermulut tempayan. Jangan pedulikan apa orang kata. Ramai yang aku baca single dan pasangan yang takde anak ni paling tak suka balik kampung sebab malas nak jawab soalan cepu emas. Aku pun pernah mengalami fasa tu. Tapi Alhamdulillah selepas mengamalkan tips pertama dan kedua, aku jadi lebih kuat untuk menghadapi soalan cepu emas tu semua. Kalau saudara mara tanya, aku akan ketawa sambil minta tolong mereka untuk carikkan untuk aku. Dan mereka akan jadi teruja untuk memperkenalkan aku dgn kenalan mereka yang single. Aku pun pura2 excited nak berkenalan. Aku tak sedih, diorang pun happy. Win-win situation. Jangan biarkan apa yang orang kata menganggu perasaan kita. We are in control of our emotions and reactions. Yang penting kita tahu kita happy. Apa orang nak cakap atau kata pada kita adalah hak diorang. Takde kena mengena dengan kita. Setelah mempraktikkan tips ni, aku rasa bahagia yang luar biasa. Kerana bagi aku, aku susah dan senang bukan diorang yang bagi aku makan. So why bother! Sekarang aku berani untuk menghadiri majlis kahwin/kenduri seorang diri. Takde pulak orang berani tanya aku soalan bodoh dah sebab maybe diorang nampak aku confident and happy je.
Keempat. Stop comparing your life to other people’s life. Simple. Hidup orang lain. Hidup kau lain. Allah Maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Untuk orang yang takde anak lagi, takyah gatal tengok gmbar kawan korang yang ada lapan orang anak ke apa. Memang korang carik masalah sendiri. Kalau korang tengok pun please be genuinely happy for them bukan lepas tengok kau masuk tandas nangis. Not cool bro. Not cool sis. Senang cerita limit kan masa korang dengan sosial media di mana kau akan nampak orang upload gambar budak, gambar pregnancy test, gambar perut boyot (which aku pun tak faham motif orang2 ni). Once kau tak nampak benda2 ni, kurang rasa sedih kau. Ignorance is bliss! Yang single pulak, sama je. Asyik tengok gambar kawan kahwin rase sweet, nak pulak tengok video2 yang diorang buat supaya nampak macam sweet sangat tahap diabetes. Pastu kau pun tersedu2 masa nak tidur sebab memikirkan nasib kau yang bakal jadi andartu. Please guys. Wake up! Do yourself a favour by stopping yourself from indulging in self pity. Kalau nak tengok video bagus tengok video pelarian Syria ke, nasib muslim Rohingya ke supaya kau belajar erti bersyukur dengan kehidupan kau sekarang. Faham? Yang dah bercerai pun sama, tak perlu tengok gambar pasangan yang tengah bahagia. Hati manusia ni selalu nak benda yang dia takde. Benda yang dia ada, dia tak nampak.
Kelima. Mungkin Allah rindu kat kau. Allah nak kau carik Dia dulu before dia boleh bagi kau apa yang kau nak. Entahla, memang dari pemerhatian aku, once kau dah kahwin, masa kau untuk Allah memang akan kurang. Nak solat, anak menangis, nak ambil wudhu anak jerit nak makan, nak mengaji anak panjat kat belakang. Bukan la aku cakap anak ni bebanan. Tapi anak ni datang dengan tanggungjawab yang sangat besar. Kau kena kuat mentally, physically and spiritually untuk ada anak. Bayangkan la kau single pun malas nak bangun tahajud, subuh pun susah nak bukak mata, apa lagi nanti kau ada anak. So anggap la masa yang ada ni Allah kasi kau peluang tambah amal ibadah kau before kau kahwin dan ada anak. Masa ni solat boleh kusyuk, boleh khatam Quran setiap bulan, kau boleh bangun tahajud dengan tenang, kau boleh pergi dengar ceramah. Semua la kau boleh buat. InsyaAllah nanti bila sampai masa Allah kurniakan kau pasangan dan anak, kau dah terbiasa dengan benda semua ni, baru senang nak istiqamah. Nampak tak perancangan Allah tu terbaik?
Keenam. Live your life to the fullest! Time ni la kau nak buat benda2 yang kalau kau ada anak susah nak buat. Pergi travel tengok dunia. Aku penah travel dengan budak2. Percaya la tak best langsung. Semua kena ikut diorang. Nak kencing, nak berak, nak makan nasi goreng. Kau nak makan kebab, nak rasa ramen. Takde duit nak pergi oversea, travel dalam negara pun banyak tempat best. Kau google je. Pergi buat benda yang kau takut. Conquer your fear and you will conquer everything. Go bungee jumping. Go hiking. Go backpacking. Go find yourself. Travel alone and you will discover yourself. Kau akan lebih jelas dengan apa yang kau nak dengan hidup kau. Pasangan macam mana yang kau nak. Macam mana kau nk besarkan dan didik anak kau. Semua kau akan jumpa bila kau spend time alone. Trust me. Sebab itu lah hobby aku. Mula2 nak start tu memang takut sebab aku perempuan, tapi percaya la once kau start, you will be addicted to this alone thing. Kau akan rasa lebih happy alone. Sekarang aku memang berani makan sorang kat luar, tengok wayang sorang, travel sorang. Pokok pangkal kalau boleh semua benda aku nk buat sorang2 sebab kau tak payah fikir perasaan orang lain. Kau boleh makan apa kau nak makan. Boleh tengok cerita apa kau nak tengok. Boleh pergi mana kau nak pergi. You are free as a bird. Untuk pasangan yang takde anak, boleh buat dengan pasangan. Lagi sweet, merapatkan hubungan etc. Just enjoy this moment cause this moment will not come back. Jangan fokus pada takde anak je. Nanti pasangan kau pun bosan nak layan perangai sedih kau. Go discover the world. Banyak lagi tujuan Allah lahirkan kau kat dunia ni. Bukan untuk kahwin and ada anak je. Banyak lagi kau boleh buat. Dunia ni besar.
Ketujuh. You are what you think you are. Kalau kau rasa kau awesome, then memang kau akan jadi awesome. Tapi kalau kau tiap2 hari duk fikir kau ni andartu la, mandul la, janda la memang itu je la kau akan jadi. Seriously sepanjang hidup aku ni, aku tak pernah consider myself as andartu/spinster. Aku rasa memang belum masa je. That’s why walaupun aku dah 35 tahun tapi orang yang first time jumpa aku semua cakap aku mcm 20an je lagi. Sebab perangai aku happy go lucky, aku suka buat lawak etc. So nampak tak? You are what you think you are. Aku rasa aku muda je lagi untuk kahwin. Hahaha. So stop putting a label to yourself and other people.
Kelapan. Be positive. Allah knows best! Mungkin kalau kau kahwin sekarang, kau lupa kat Allah sebab kau sibuk nak bahagiakan suami kau. Mungkin ibubapa kau lebih memerlukan kau sekarang. Mungkin kalau kau ada anak, kau tak mampu nak jaga anak dengan elok. Macam aku cakap tadi, ada anak ni tanggungjawab dia besar. Bukan seronok2 upload gambar comel anak kat ig dan facebook. Aku tengok sekarang ramai orang ada anak tapi tak jalankan tanggungjawab mereka dengan baik. Tak didik anak kenal Allah. Bagi anak makanan tak sihat. Banyak lagi la kalau nak cerita. Mungkin masa yang ada ni, Allah nak kau siapkan diri kau untuk beri yang terbaik untuk anak kau nanti. Daripada kau sibuk nangis kat tandas, baik kau pergi seminar parenting ke apa ke. Yang single pegi seminar pasal perkahwinan. Tak semestinya seminar tu untuk orang dah kahwin je. Percaya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Dia yang cipta kita, of course Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Sebab aku pernah jumpa la manusia yang bila jumpa orang lambat kahwin ke, lambat dapat anak ke, dia akan cakap maybe kena buatan orang la, gangguan jin la etc. Pada aku senang je. Hanya Allah yang maha berkuasa. Aku percaya pada Allah. Tiada kuasa lain yang dapat menandingi kuasaNya. Dia cakap jadi, maka jadilah. Tak perlu risau lambat ke cepat ke. Semua Dia dah atur cantik untuk kita semua. Faham?
Kesembilan. Usaha dan tawakkal. Bila kau berusaha dan tawakkal kau memang kepada Allah je percaya la kau takkan sedih. Kau takkan nangis dalam tandas bila pregnancy test kau negatif, kau takkan terasa kalau orang tanya kau bila nak kahwin. Sebab kepercayaan kau hanya pada Allah, Tuhan sekalian alam. Kau percaya ni semua ketentuanNya dan hanya Dia yang mengetahui apa yang terbaik untuk kau. Bukan manusia yang bermulut tempayan itu. So kau boleh abaikan apa orang nak cakap. Kau ada Allah tempat kau meminta dan mengadu.
Dan akhir sekali, kesepuluh. Muhasabah diri. Cuba carik apa salah kau dulu yang mungkin boleh sebabkan jodoh kau lambat, lambat dapat anak. Mungkin dulu kau pernah mengata orang andartu. Mungkin kau pernah berlagak cakap kat orang kau akan kahwin masa umur kau 24. Mungkin kau secara tak sengaja menyakiti hati orang yang bernasib malang seperti lambat jodoh dan lambat ada anak. Mungkin dulu kau pernah cakap kau tak nak anak. Banyak lagi kemungkinan. Melalui pemerhatian aku ramai je yang aku jumpa dulu pernah sakitkan hati orang, berbuat maksiat dan sekarang Allah uji dengan berbagai ujian. Tapi sedih sebab tengok diorang ni macam tak ingat langsung dosa lampau. Malah bertanya mengapa diuji sebegitu rupa. Ujian adalah tanda kasih sayang Allah dan mungkin juga petunjuk dari Allah agar kita dapat muhasabah dosa kita yang lampau. Aku pun banyak dosa. Mungkin sebab tu Allah uji aku macam ni. Aku redha. Kalau ujian ini adalah untuk menghapuskan dosa aku yang lalu. Kalau kita rasa ujian ini sebab kita pernah sakitkan hati orang yang lambat kahwin or takde anak, pergi la carik orang tu dan mintak maaf. You will live a happier life.
So aku rasa cukuplah dulu. Macam dah terlampau panjang je. Sorry la kalau korang bosan dengan apa yang aku tulis ni. Aku pun bukan sesiapa. Aku cuma dah muak dan bosan baca kisah sedih orang2 yang tak reti bersyukur. Harap lepas korang baca ni, takde la aku nampak orang up status sedih lambat kahwin, suami curang etc.
– Miss ABC
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment