Assalamualaikum.. Terima kasih jika saya punya coretan ini disiarkan oleh pihak iium..
Saya ingin berkongsi pengalaman saya sebagai individu yang pernah menghidapi kanser mata (Retinoblastoma). Kanser ini berlaku pada bayi dan kanak-kanak kecil.. Dalam kes saya, ibu dapat kesan perubahan mata kanan saya (semasa berumur 3 bulan) apabila cahaya(kamera) yang dipantulkan oleh mata itu seperti mata kucing atau dipanggil cat’s eye reflex.
Nak ceritakan lagi memang panjang tapi Alhamdulillah saya masih boleh melihat walaupun hanya dengan sebelah mata (kiri) serta saya tidak perlu menjalankan rawatan kemotrapi dan sebagainya cuma perlu ke hospital untuk follow-up appointment.. Kerana ibubapa saya mengesan perubahan awal dan berjumpa dengan doktor, mata kanan saya dibedah (enucleation). Jadi, saya pakai mata palsu (eye prosthesis) dari bayi sehinggalah sekarang.
Tidak ramai yang menyedari akan kanser mata ini sangat berbahaya kalau tak dikesan lebih awal kerana ia boleh menyebabkan kematian.
Nak diceritakan, ada beberapa situasi yang saya tak boleh lupakan dengan memakai mata palsu ini.
Pernah sekali, mata palsu saya pernah terkeluar dari mata saya kerana memandang ke atas tanpa mendongakkan kepala. Nasib baiklah, time tu tak ada siapa-siapa pun yang nampak.
Time saya sekolah menengah jugak, saya pernah terlanggar pintu sebab pintu tu kat sebelah kanan dan saya tak dapat agak sebab tak nampak.
Yang tak boleh lupa, saya dan kawan-kawan tengah borak-borak then tiba-tiba kawan depan saya tegur;
“Eh, takutlah tengok mata awak”
Saya pun tanyalah kenapa then dia bagi saya cermin untuk tengok. Rupa-rupanya mata saya terpusing jadi mata hitam tu dia pandang ke arah lain. Terus saya tergelak and pergi tandas untuk betulkan balik position mata palsu tu.
Apa-apa pun, walaupun ini kekurangan saya, saya tetap melakukan yang terbaik dalam hidup saya. Kekurangan bukan menjasi penghalanh untuk mencapai kejayaan. Saya harap para ibubapa akan beri perhatian dekat anak-anak kalau ada perubahan pelik pada mereka. And, jangan buat kesimpulan sendiri, jumpa doktor yang mana pengetahuannya lebih daripada kita.
Sekian, Assalamualaikum.
– Seorang insan
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment