Bila tengok tajuk mesti ada yang dapat agak aku follow cerita wan rm 5 tu kan? Hahahaha yes anda betul. Nama aku ikram cerita aku nak share ni lebih kurang sama la macam wan tu tapi tak melibatkan duit yang aku beri sebaliknya aku tukarkan duit tu kepada makanan.
Mak aku memang dah ajar dari kecik jangan kedekut dengan orang walaupun seposen. Ok aku memang dah dididik begitu dari kecik jadinya aku memang takde masalah dari segi belanja orang. Cuma aku tak gemar belanja bagi duit. Aku lebih suka belanja orang makan atau belikan keperluan asas. Sebab kadang kadang bila aku nak bersedekah hati aku was was lagi lagi zaman sekarang banyak kes menipu kan. Jadinya aku fikir kalau orang ni betul betul susah kalau dibagi makanan pun mesti dia ambil kan?
Ok nak jadikan cerita satu hari tu aku keluar dengan akak aku tetiba akak aku ajak pergi kedai roti sebab nak beli roti buat bekalan makan dalam kereta. Masa tu dia je keluar aku duduk dalam kereta je sebab rasa malas nak jalan waktu tu hahahaha lepas tu masa akak aku dalam kedai tu aku terperasan sorang pakcik tua ni dia jenguk jenguk dalam kedai roti tu. Mula mula aku ingat dia cari anak dia ke apa. Tapi lama lama aku perasan dia bukan tengok orang tapi dia tengok roti dan kek yang ada dalam kedai tu! Haa masa ni hati aku dah sayu dah rasa cuma masih belum ada kekuatan nak dekati dia. Jadinya aku perhati je dia sepanjang akak aku kat dalam kedai tu. Then masa akak aku dah masuk kereta dia tanya la aku tengok siapa. Aku cakap la aku perhati kan pakcik tu. Aku tengok dia macam tengah lapar. So tanpa buang masa aku masuk dalam kedai tu pulak berbekalkan 10 ringgit aku belikan la dia beberapa jenis roti & air sekali kang tercekik siapa nak tanggung kan. Lepas dah beli aku hulur la kat dia. Dengan pantas dia ambil terus cakap terima kasih & pergi. Ternganga aku kat situ sebab sepantas kilat dia terus hilang.
Lepas bayang dia dah hilang aku masuk la kereta semula. Tapi aku cuba lupakan la kes tu kejap. Btw aku ni fully buat bisnes online sahaja jadinya rezeki harian aku memang bergantung dari pembelian customer. Aku dah 2 minggu takde customer beli barang. Jadinya boleh la dikategorikan jejaka pokai masa tu. Ada la beberapa ringgit je tinggal dalam wallet masa tu. Tapi yang ajaibnya start petang tu sampai esok pagi tak putus putus orang whatsapp kata nak order barang. Memang terkejut biawak aku masa tu. Aku cuba fikir balik mungkin Allah hantar pakcik tu utk jumpa aku sebab nak test tahap keimanan aku mungkin. So the moral of the story korang jangan la sesekali kedekut nak keluarkan duit untuk bersedekah. Sebab power of sedekah ni kadang kadang tak tercapai dek akal kau Allah boleh bagi dalam sekelip mata. Tu la kadang kadang aku terfikir memang betul orang cakap dalam rezeki kita sebenarnya ada rezeki orang lain. Niat aku kongsi cerita bukan nak riak ke apa cuma aku nak korang tahu yang bersedekah ni takkan pernah memiskin kau.
– Ikram
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment