Assalammualaikum Admin..
Terima kasih sekiranya sudi publish kan confession aku ini. Aku sebenarnya tertarik dengan confession “Bila Kita Tanya Dia” dan ”Berbual dengan Allah”. Bila aku baca Confession mereka, aku jadi tertarik untuk ceritakan penghijrahan aku.
Aku seorang gadis, berumur pertengahan 20-an. Jujurnya kehidupan aku masa sekolah dan awalan diploma memang sangat Jahil. Ye, bagi aku sangat jahil. Aku banyak ketepikan Allah. Aku selalu tinggalkan solat. Aku tak mengaji. Banyak tipu mak bapak. Maksiat aku buat. Aurat aku tak jaga walaupun aku pakai tudung, tudung aku singkatkan sampai nampak dada, pakaian aku ketat. Sampaikan bapak aku tegur pun aku masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Bila kenangkan zaman jahilah aku tu, sumpah aku rasa malu gila dengan diri sendiri. Sampai tengok gambar lama aku yang berpakaian ketat tu pun aku rasa malu gila. Macam manalah dulu aku boleh berpakaian macam tu tanpa ada rasa malu. Allahu…
Okaylah, aku bukanlah nak cerita kisah silam aku sangat. Aku cuma nak cerita penghijrahan hidup aku. Jujurnya aku mula berubah bila aku lalui pelbagai ujian di dunia nie. Lepas satu, satu aku diuji. Sampai aku cakap dalam hati, ”Ya Allah, penatnya rasa hati ini. Letihnya nak rasa sedih”. Entah macam mana aku terbaca satu artikel dekat facebook, dalam artikel tu dia tulis “”Dekatkan diri dengan Allah, kita akan dapat ketenangan”. Aku tersentak bila baca ayat tu, kemudian aku terfikir. Bila last aku betul-betul khusyuk dalam solat? Bila kali terakhir aku solat?
Entah macam mana, aku tergerak hati untuk mendirikan solat masa tuh. Dan selesai solat aku beria berdoa dan menangis meluahkan semua perasaan aku masa tuh. Lillahi Taála, selesai solat Allah bagi satu nikmat ketenangan yang aku sendiri tak pernah rasa selama ni. Allahuakhbar… Aku rasa tenang dan tak serabut, sedangkan masa tu aku tengah ada masalah yang besar sampai aku rasa tak boleh nak survive. Tapi dengan ketenangan yang Allah bagi tu, aku hadap semua tu dengan tenang setenangnya. Dan sejak dari itu, aku mula yakin yang Allah tu sangat dekat dengan aku. Dan sentiasa ada dan memerhatikan aku.
Sejak itu, aku mula stabilkan ibadah aku. Aku praktiskan solat 5 waktu cukup. Aku amalkan solat sunat dhuha dan taubat hari-hari. Kemudian aku membaca Al-quran dan baca terjemahannya sekali. Dan masa aku berubah tu, aku rasa sebak dan terharu dengan petunjuk dari Allah. Lagi-lagi masa tu bulan Ramadhan. SubhanaAllah… Allahuakbar.. Aku tak pernah terfikir atau terbayang sekali pun yang aku akan berubah jadi macam ni. Sampaikan aku ‘period’ tak boleh solat tu pun, aku cakap dekat diri sendiri “cepatlah habis period. Tak sabar nak solat. Tak sabar nak mengadu dekat Allah. Tak sabar nak baca Al-quran”. Sampai macam tu sekali aku rasa masa tu.
Lepas aku rasa yakin yang ibadah aku mula stabil, aku mula tergerak hati untuk ubah penampilan aku. Masa tu aku rasa malunya bila pakai baju singkat, tudung nampak dada, seluar ketat. Rasa macam diri ni tengah berbogel laa orang cakap. Dan masa tu juga, di bulan Ramadhan Al-Mubarak aku mula niat dalam hati aku nak berubah pakai baju longgar-longgar, tudung labu, nak pakai handsocks, nak pakai stoking. Dan Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan aku. Penampilan aku totally berubah. Ya, siapa kenal aku yang dulu memang kata aku nampak lain sangat. Tak macam dulu. Mana taknya, aku berjubah, bertudung labuh, berstokin dan siap berhandsock lagi. Sampai kawan aku tanya aku, aku nak pergi mana dengan pakaian macam ni. Aku cakaplah tak ada nak pergi mana. Dia cakap, aku buang tebiat sebab pakai jubah siang-siang hari. Macam nak pergi kenduri je. Masa tu ada juga yang macam gelakkan penampilan aku. Tapi Allah kuatkan hati aku, dan aku ignore je apa yang orang cakap.
Since aku mula dapat petunjuk dari Allah, aku masih diuji macam-macam. Cumanya penerimaan hati aku bila ujian tu datang adalah berbeza. Dulu aku rasa tak tenang dengan ujian yang datang, since aku dapat petunjuk dari Allah aku mula rasa ketenangan. Sampai aku cakap dekat diri sendiri, tak apa ini semua tanda Allah sayang aku. Allah nak dengar rintihan aku, Allah nak menghapuskan segala dosa-dosa aku yang terdahulu.
Sekarang, aku masih mencari jalan Allah. Sebab banyak lagi yang aku kena belajar. Banyak lagi aku kena tingkatkan diri aku lagi. Apa yang penting, selalu positifkan diri, dan letak keyakinan dekat Allah 100%. Buat pembaca semua, doakan aku semoga terus istiqomah, dan aku pun doakan korang semoga Allah beri korang ketenangan macam mana aku rasa sekarang. Lagi satu, sajalah nak bagitahu. Lagi 2 bulan aku akan bernikah, dan minta jasa baik korang doakan yang baik-baik untuk hubungan kami. Doakan semoga urusan kami dipermudahkan juga. Terima kasih semua.
– Nurul
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment