Assalamualaikum, admin. Aku harap confession aku diterima untuk publish. Terima kasih jika berjaya.
Aku ada dilema dan rasa hampir hilang pegangan dan kewarasan.
Aku anak lelaki sulung. Ada 2 adik. Lelaki dan perempuan. Masing2 berkerja. Cuma aku baru sahaja sebulan menganggur (bakal sambung kerja baharu dalam masa terdekat)
Ayah aku baru meninggal 3 bulan lepas. Kewangan keluarga sekarang ni hanya bergantung kepada pencen arwah ayah aku. Mak aku stay at home mum yang jaga anak orang. 3 orang. Itupun kesian juga kepada dia sebab dah makin tak larat katanya tapi nak juga jaga budak sebab sunyi.
Masa arwah masih hidup semua okay. Banyak benda berubah secara drastik dan menjadi-jadi bila ayah dah tiada. Adik beradik aku makin pijak kepala dan Mak aku mula mengongkong langkah hidup aku.
Aku belajar tahap Degree di universiti swasta 3 tahun lalu dan banyak peluang kerja diterima dari sekitar KL/PJ. Setiap peluang yang ada aku terima walau gaji tak ngam dengan kelulusan aku. Bawah RM1,800 kebanyakkannya. Tiap-tiap bulan tak gagal bagi mak duit tampung keperluan dan kalau ada sikit beri kepada adik-adik. Baki tinggal cukup2 makan untuk aku sruvive. Saving masih tak mampu. Selama berjauhan sejak belajar di KL aku tak fail nak call mak ayah setiap hari. Lebih sekali sehari ada juga.
Kerja aku terima terbaru ni jenis contract basis (seperti setahun lepas juga). Aku menumpang rumah mak cik. Dah jimat sikit. Bukan senang-senang menumpang. Mampu sikit aku tolonglah apa2. Waktu kerja aku 7-6 dan lepas kerja aku balik terus dan rehat. Hari minggu cuti aku luang bantu mak cik urus hal rumah, urus pakaian aku, jumpa kawan2 dll. Nak buat side income tak mampu setakat ni. Kadang2 aku bawa balik kertas kerja di rumah.
Yang aku mula rasa tertekan bila arwah dah meninggal. Adik2 aku makin kuat pijak kepala dan semacam hina kondisi aku. Pasal gaji tak ngam dengan kelulusan. Lagi satu diorang kerap tinggi suara tak kena tempat. Aku sepanjang tempoh menganggur aku balik kampung teman mak. Buat kerja rumah termasuk basuh dan sidai baju diorang. Beli lauk pauk sampai aku betul2 tak ada wang yang tinggal. Kadang beli makanan tak luak aku habiskan juga sebab tak nak bazir. Aku duduk rumah bukan goyang kaki. Tapi setiap kali diorang balik kerja aku kena maki dan jadi mangsa marah diorang yang tiba-tiba. Diorang perli aku pemalas, tak usaha cari kerja dan lain2. Sampai aku persoal dalam hati mana respect terhadap aku sebagai abang yang beza 5 tahun lebih daripada diorang. Aku jenis tak berapa nak melawan balik. Aku senyap pendam dan cakap baik2. Tapi lama2 sabar kau tercabar dan buat aku tertekan/tersepit.
Diorang mula suggest dan paksa aku apply kerja2 kosong yang diorang jumpa. Rajin betul ambil borang untuk aku. Contoh bawa teksi, kerja retail, dll. Bukan kecenderungan aku kebanyakkannya. Diorang tak puas hati dengan gaji aku peroleh dan rasa kerja aku terima sia2. Kerja admin. Luar bidang aku belajar, pendidikan. Memang kalau berkumpul sesama keluarga akan jadi bahan perli tahap hina. Diorang, adik2 aku cucuk mak aku suruh aku kerja di kampung dan try apa yang diorang suggest tu. Sedangkan aku tak pernah nak masuk campur hal personal diorang. Mak aku pun dah mula ungkit-mengungkit pasal duit. Dia kata aku beri tak banyak dan gaji sikit. Mak aku tak rasa nak bantu beri satu sen lagi. Aku lihat kata2 dia tu mungkin sebagai motivasi untuk aku. Yelah anak laki sulung dan insyaAllah kalau ada rezeki berumah tangga dengan sesiapa. Ya itu suatu motivasi untuk aku untuk bina hidup berdikari. Tapi at same time aku tertekan bila orang nak kawal hidup aku. Decide mana baik untuk aku mana tak untuk aku. Aku anak laki dan cucu laki sulung. Ya lelaki patut tak sepatutnya cengeng macam ni tapi aku rasa tak sedap hati. Salah ke?
Aku nak minta pendapat korang bagaimana nak deal situasi ni. Harap secara sopan dan baiklah komen2 nak diberi. Bukan untuk aku sahaja. Tapi untuk orang lain yang mungkin hadapi masalah sama.
– Zulhilmi
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment