Saturday, 31 March 2018

Perkahwinan Aturan Nenek III

PengakuanKu

Assalamualaikum, maaf kali ni aku muncul lagi. InsyaAllah, ini last confession aku pasal Aina. Mungkin confession kali ni panjang sikit, yelah last confession kan. Mana yang belum baca part sebelum ni. Haa ni aku letak sekali linknya kat sini.

Part 1 : http://iiumc.com/perkahwinan-aturan-nenek/
Part 2 : http://iiumc.com/perkahwinan-aturan-nenek-ii/

Okey, dah baca part 1 and 2. Baca pulak part 3 ni, mungkin ramai yang tertanya kan, apa yang ada kat Aina ni. Sampai aku ‘Terhegeh-hegeh’ kan sangat kat dia. Mungkin kat confession sebelum ni, aku cerita sikit je pasal Aina, so ini kisah latar belakang Aina.

Parents Aina meninggal dalam accidents, masa umur dia 7 tahun. Aina anak tunggal, and dia tinggal dengan makcik dia, sampai umur 10 tahun, makcik dia pula meninggal sebab ada sakit jantung. So umur 10 tahun tu dia tak sekolah, sampailah neklong aku jumpa dia, masa tu tengah kerja tolong ambil order kat 1 warung kat kampung, and dia duduk dengan makcik warung tu. Lepas neklong aku jumpa dia, barulah dia sambung sekolah. Ini aku tau cerita daripada nenek aku.

Jadi, aku rasa Aina tu tanggungjawab aku. Walaupun kalau nak ikutkan aku boleh je terima orang lain, bukannya takde siapa nak kat aku. Tapi aku yang taknak, aku ada rupa, ada harta. Dan disebabkan itu, perempuan pandang aku kerana apa yang aku ada je. Aku boleh masak dan kemas sendiri, aku pun dah biasa berdikari tapi Aku cuma nak Aina, aku taktau apa yang istimewanya Aina.

Aina anak yang baik, tak pernah melawan cakap ibu aku, cakap neklong. Aku tak boleh nak cerita kebaikan dia, sebab dia tak pernah tunjuk baik dia. Bila dengan aku, dia tunjuk yang perangai buruk je. Tapi aku percaya, dia perempuan yang baik. Bila dia dengan family aku, baru aku nampak. Oo dia ni sebenarnya baik..

Mungkin dia berkasar dengan aku, sebab dia nak aku lepaskan dia. Aku tak salahkan dia pun, kahwin paksa kan. Siapa yang rela kan ? Dan salah aku juga, sebab tak pandai ambil hati dia.

Semalam (Jumaat), D ada mesej aku. Dia bagitahu yang Aina mengadu dekat D yang Aina baru lepas kena tampar dengan Suami dia. Aku baca ni terus naik angin aku, aku suruh D cakap kat Aina. Yang aku masih tunggu Aina, kalau sudi terima aku. Ambil no aku, dan aku tunggu jawapan dari dia.

Aina balas mesej D tu, dan Aina cakap “D, kau boleh cakap kat Far yang aku taknak dia dah. Even aku cerai pun aku takkan balik dekat dia!!” Aku tau, aku salah sebab bagi mesej ni. Sebab Aina masih isteri orang, tapi aku betul-betul tak terfikir. Sebab dah marahkan suami dia punya pasal..

Lepas dari mesej tu, aku sedar. Aku kena ‘move on’, tak boleh terus berharap dengan apa yang aku inginkan. Aku kena terima hakikat, yang jawapan Istikharah aku bukanlah Aina. Berkali-kali aku buat Istikharah, tapi aku masih yakin dengan Aina. Allah buat aku yakin dengan Aina bukan sebab untuk bersatu, tapi Allah yakinkan aku yang Aina lah yang aku patut lupakan yang patut aku berhenti kejar.

Betul cakap korang, tak perlu kejar orang yang belum pasti sayangkan kita, tapi aku degil. Dan berharap dia akan terima aku balik, malangnya Aina berkeras buang aku terus.

Dah 3 kali airmata jantan aku jatuh hanya kerana Aina, pertama masa aku lafaz aku terima nikahnya Nur Aina bt ********, kedua jatuhnya airmata aku masa aku lafaz cerai. Dan ketiga, masa aku berdoa meminta Allah memudahkan hati aku untuk lepaskan Aina.

Sekarang aku pandang Aina bukan dengan Pandangan sebagai Bekas Suami, tetapi pandangan sebagai seorang Abang kepada Adik perempuannya. Sekarang aku anggap Aina sebagai Adik, sama seperti adik perempuan aku.

Sayang ada 2 jenis,

1. Kalau kita sayang, kita kena lepaskan dan doakan kebahagiaan dia.
2. Kalau kita sayang, kita kena berusaha supaya dia jadi milik kita. Dan jangan lepaskan dia, terus-menerus tembak dia dengan doa.

Dulu, aku jenis no 2. Tapi sekarang, aku terpaksa untuk menjadi jenis no 1 pula. Bercerai tak semestinya harus membenci. Hidup 1 pilihan, pilihan itulah yang akan menentukan pilihan seterusnya.

Dengan Lafaz “Aku Terima Nikahnya” aku bersatu dengan Aina, dan dengan lafaz jugalah berpisah dengannya. Lafaz yang setiap lelaki berhati-hati dalam tutur bicara. Lafaz “Aku ceraikan Nur Aina”

Aku doakan semoga Aina baik-baik saja dan semoga dia dapat menyelamatkan rumahtangga nya. Sunggu, menyelamatkan sebua rumahtangga itu ibarat sebuah kapal kecil yang dipukul ombak, ditengah lautan yang bergelora.

Dan aku buka semula hati aku.. Doakan aku kuat. First time confess, dan tak sangkat sampai 3 part. Aku akhiri confession ini disini, terima kasih atas nasihat yang korang bagi. Sekian, Assalamualaikum.

– Far Away From You

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Semuanya Berpunca Daripada Aku

PengakuanKu

ssalamualaikum. Aku nak luahkan segala perasaan yang selama ni aku pendam sampai dah busuk. Thanks admin kalau siarkan confession ni. Aku student sem 2 di universiti tempatan. Aku nak cerita pasal diri aku. Aku ni jenis pasif dan introvert kot. Aku senang je kawan dengan orang tapi susah nak masuk dalam lagi. Maksud aku susah nak ngam lah. Hubungan aku dengan classmates hanya di dalam kelas. Bila keluar je dari kelas,memang terus buat haluan masing-masing.

Kalau dalam kelas pun,aku akan duduk hujung-hujung je sebab tempat dah penuh dengan member-member yang sama geng. Kalau bernasib baik,nanti ada lah seorang dua yang offer duduk sebelah. Tapi jaraaaang lah. Jadi,bila aku sedar yang hubungan aku dengan classmates macam ada border,aku try masuk dalam geng diorang. Macam kalau diorang tengah berbual ke apa aku akan cuba menyampuk tak pun ketawa bila diorang ketawa. Sedih kan? Lagi satu,kalau aku tanya soalan dekat diorang,aku kena tanya dua tiga kali. Sebab apa? Sebab diorang tak dengar apa yang aku cakap. Aku rasa suara aku dah cukup kuat untuk diorang dengar. Tapi,entahlah aku rasa aku macam kena ignore je.

Lagi teruk bila ada assignment berkumpulan.Student biasalah kalau lecturer bagi assignment mesti ada tangguh-tangguh. Aku pun jenis macam tu jugak tapi tak ade lah sampai dah nak sumbit baru nak buat. Jadi,aku tanya lah member aku bila nak start buat assignment. Diorang kata ‘entah lah,tak tahu,ikut kau la nak start bila. Aku ikut je ‘. Tapi masalahnya bila aku dah start nak bincang,diorang tak free pulak.

Kesudahannya,aku yang buat assignment tu. Selalu slide dengan report sikit. Pastu aku tunjuk diorang suruh tengok dan edit betulkan format sikit-sikit. Diorang pun okay je lah. Bila nak submit tu,aku check balik. Tak ada apa-apa perubahan pun. Berhuhuhu jugak lah aku kat situ . Tapi mungkin aku fikir dengan buat macam ni diorang tak ignore aku lagi. Tapi sama je haha. Classmates aku ni jenis cakap lepas je so kadang-kadang sentap jugak la bila dengar diorang cakap.

Life aku pergi kelas balik kelas je. Serius. Ada satu hari tu ada hari yang 1 kelas aje lepastu aku tengok kat Insta diorang keluar sama-sama ramai-ramai. Kenapa diorang tak ajak aku? Aku tak tahu pun diorang plan nak keluar. Aku like je gambar-gambar diorang tu sambil tersenyum hambar. Aku rasa aku dah push diri aku sungguh-sungguh untuk dekat dengan diorang.

Kadang-kadang aku rasa aku dipergunakan jugak. Lagi-lagi bila test dengan quiz. Diorang nak duduk dekat-dekat dengan aku. Aku tahu,tapi aku tak berdaya nak bertindak apa-apa. Paling aku sedih bila tanya soalan ke cuba start conversation je mesti kena ignore. Apa yang patut aku buat? Takkan aku nak terus je macam ni. Kadang-kadang benci jugak dengan diri sendiri sebab lembik macam ni. Korang ada cadangan apa-apa tak nak bagi dekat aku? Terima kasih.

– Ugly Duckling

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Semua Salah Doktor

PengakuanKu

Assalamualaikum. Tujuan aku menulis di sini bukan untuk menimbulkan perbalahan ataupun pandangan serong dari masyarakat. Bukan mahu defend siapa yang salah dan siapa yang betul. Sebelum ini aku pernah confess di sini bertajuk ‘jangan hina doktor’ dan ‘realiti hidup seorang doktor’-cerita tentang abang dan kakak aku. Aku baca semua komen-komen di confessions sebelum ini dan terharu kerana ramai yang defend dan menghargai penat lelah seorang doktor. Aku menulis lagi di sini berikutan satu kisah yang viral di media sosial yang menuduh perawat kesihatan di sebuah hospital ‘district’ lembab dan mengabaikan pesakit; yang mana kkm sendiri terpaksa membuat kenyataan rasmi dimana terbukti bahawa kisah yang disebarkan itu adalah tidak benar.

Sungguh, aku tidak faham mengapa masih ada lagi segelintir dari masyarakat yang gemar untuk viralkan sesuatu perkara tanpa usul periksa. Sebagai ahli keluarga, aku berasa terkilan, lebih-lebih lagi hospital yang diviralkan itu adalah tempat abang aku bekerja dan mungkin abang aku juga terlibat dalam cerita ini (aku kurang pasti). Tercalar imej seluruh doktor di tempat tersebut. Mereka bekerja siang dan malam, oncall, berpenat lelah hanya untuk dituduh membuta tuli seperti ini.

Rungutan dan aduan yang biasa aku dengar kebanyakannya datang dari hospital district. Untuk pengetahuan, di hospital ‘district’ (daerah), TIADA doktor pakar ataupun houseman seperti di hospital besar. Yang ada hanya medical officer (MO), staff nurse & PPP. Di hospital district juga, sesetengah MO yang bertugas di sana baru sahaja melepasi fasa sebagai HO (doktor pelatih). Jadi, tidak pelik jika kita lihat mereka seperti kekok dan kurang cekap dalam memberi rawatan.

Jika berlaku kes kecemasan, semuanya bergantung kepada MO untuk menyelamatkan nyawa pesakit. Bayangkan jika MO yang oncall pada malam tersebut hanya beberapa orang, sedangkan pesakit berpusu-pusu datang tanpa henti. Boleh bayangkan bagaimana mereka mahu merawat pesakit tersebut serentak? Itu belum termasuk lagi pesakit kritikal yang memerlukan rujukan segera ke hospital besar. Pernah, abang aku mesej pada malam dia oncall “Wad malam ni berkicap. Dari maghrib sampailah ke pagi tak boleh duduk langsung. Buat cpr tak berjaya, 2 patient meninggal”. Ayatnya mungkin kedengaran bersahaja, tapi siapa tahu kekecewaan dalam hati kerana gagal untuk menyelamatkan nyawa pesakit.

Itu baru sahaja situasi di zon merah, belum termasuk lagi di zon kuning dan hijau yang memerlukan perhatian. Pernah juga abang aku whatsapp tengah-tengah malam “dalam ambulans lagi, baru hantar pesakit”. Anak isteri ditinggalkan di rumah demi melunaskan amanah yang diberikan. Mereka terkejar-kejar seharian ke sana ke mari, tapi masih ada cakap-cakap dari pesakit ‘doktor tak senyum pun masa rawat aku’, ‘aku tunggu tiga jam baru boleh jumpa doktor, servis hospital ni teruk’, ‘doktor main henfon, pesakit merungut dia buat tak endah’ dan macam-macam lagi ayat yang menggambarkan ‘semuanya salah doktor’.

Pesakit, bayangkan jika kamu berada di tempat doktor tersebut, adakah kamu masih boleh tersenyum manis padahal dari pagi sehingga ke petang, kamu tidak sempat langsung untuk duduk ataupun rehat? Adakah kamu masih boleh senyum jika pesakit yang baru kamu rawat tadi meninggal dan tidak dapat diselamatkan? Adakah kamu masih boleh tersenyum jika baru sebentar tadi ada pesakit yang marah dan mengherdik kamu kerana menunggu lama?

Doktor juga manusia seperti kita. Emosi turun dan naik. Lebih-lebih lagi dalam keadaan stress dan tidak cukup rehat, emosi sukar untuk dikawal. Tidak melampau aku katakan emosi seorang doktor juga sebenarnya bergantung kepada perangai seseorang pesakit. Boleh ke doktor itu senyum jika pesakit tersebut datang dengan marah-marah dan masam mencuka?

Tahukah kamu bahawa ada sesetengah doktor rasa bersalah untuk mengambil MC lama, padahal itulah peluang untuk mereka berehat di rumah. Mereka sanggup datang bekerja lebih awal dari cuti yang diberikan walaupun mereka belum sihat sepenuhnya; kerana memikirkan pesakit dan kerja yang bertimbun di hospital. Beberapa tahun lepas, seorang doktor yang sedang mengandung, meninggal kerana ambulans yang dinaiki accident ketika dalam perjalanan menghantar pesakit ke hospital. Ada juga kisah-kisah doktor yang meninggal kemalangan selepas pulang dari kerja. Ada juga kisah doktor diludah oleh relative pesakit, tapi mereka bersabar dan tak cepat melatah.

Mata aku sendiri juga pernah melihat kakak aku (rujuk confession aku sebelum ini) pergi bekerja dalam keadaan kurang sihat dan tidak bermaya. Sampaikan ibu aku sendiri risau nak lepaskan dia bekerja dalam keadaan sebegitu. Tak pasal-pasal dia sendiri yang rebah dalam wad, siapa yang susah?
Pernah seorang doktor bagitahu aku, kepuasan sebenar mereka dalam bekerja adalah ketika melihat pesakit yang mereka rawat itu sembuh dan hidup normal seperti sediakala. Jadi, tidak logik di sini jika doktor sengaja untuk mengabaikan dan membiarkan pesakit mereka menahan kesakitan kecuali jika mereka dalam keadaan terpaksa.

Benar, mungkin ada segelintir doktor yang lalai dan cuai dalam menjalankan tugas. Tapi, itu hanyalah segelintir, bukan semua. Nasihat aku, jika kita sebagai pesakit atau relative berada dalam situasi ini, cuba bertenang dan kawal perasaan dahulu. Istighfar.Ingatlah satu pepatah inggeris pernah berkata ‘boiling water doesn’t reflect’ yang bermaksud jika kita bertindak dalam keadaan marah, itu bukanlah diri kita yang sebenar. Setelah bertenang, barulah kita berfikir dan membuat keputusan sama ada untuk membiarkan sahaja ataupun membuat aduan kepada pihak berwajib. Bangsa kita bangsa berilmu dan bermaruah, jadi bertindaklah seperti orang yang berilmu dan bertamadun.

Aku akhiri confession ini dengan petikan kata-kata almarhum tuan guru nik aziz “mencari salah dan aib orang hanya untuk memuaskan hati sendiri, itu petanda hati kita rosak.” Beringatlah sebelum berkata-kata, kerana ianya mungkin ‘membunuh’ mereka yang tidak berdosa.

Sekian.

– Adik penyayang

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Benci Ayah Tiri

PengakuanKu

Assalamualaikum..

Tujuan aku ceritakan semua ini adalah kerana, aku dah terlalu sedih, sakit hati dan untuk meluah apa yg terbuku dalam hati ini.

Aku berumur 26. Aku anak tunggal. Ayah aku meninggal masa aku darjah 1. Selepas itu, mak aku bekerja siang malam utk membesarkan aku. Dan mak aku dimurahkan rezeki utk buat rumah sendiri di atas tanah arwah nenek aku. Pakcik aku sendiri yg tolong buatkan rumah.

Lama jugak mak aku menjanda. Sampai lah aku dapat tahu, mak aku dan pakcik aku iaitu adik tiri kpd arwah ayah aku, ada hubungan. Masa itu, aku hanyalah seorang budak2 yg tak tahu apa2. Hubungan aku dgn pakcik aku ketika itu amat baik dan sangat rapat.

Sehingga lah pada hari di mana mak aku buat keputusan utk berkahwin dgn pakcik aku. Pada mula nya, ramai adik beradik mak aku yg menentang sebab mereka tak berapa suka dgn pakcik aku itu, kerana dia kerja tak tetap, rumah tak ada, harta pun tak ada. Sikap dia jauh berbeza sekali dgn arwah ayah aku dimana semua adik beradik mak aku sayangkan arwah ayah aku.

Usaha makcik pakcik aku utk memujuk mak aku supaya tidak berkahwin dgn pakcik aku tidak berjaya sebab mak aku tetap berkeras utk berkahwin juga dgn lelaki itu. Aku pernah memujuk mak aku supaya tidak meneruskan perkahwinan itu sebab hati aku rasa macam ada sesuatu yg tak kena dan aku dapat rasa yg hidup aku dan mak aku akan berubah. Tiba lah majlis nikah mak aku dan pakcik aku. Semua makcik pakcik aku rasa sangat sedih dan aku boleh lihat dari wajah mereka yg hiba. Apatah lagi aku. Masa mak aku nikah kat masjid, aku tak pergi pun, aku menangis dalam bilik. Aku tak tengok langsung pun masa mak aku bersanding, makcik aku ada yg menangis sebab kata mereka, mereka teringat waktu mak aku dgn arwah aku kahwin dulu.

Selepas itu, satu2 dugaan yg Tuhan uji. Pada mula nya pakcik aku a.k.a ayah tiri aku menunjukkan sikap yg baik. Tetapi tidak lama selepas itu, satu2 sikap dan belang dia mula keluar. Dia buat macam2 pd mak aku, dia ambil kesempatan atas kesenangan mak aku. Walhal masa dia berkahwin dgn mak aku, dia takda apa2, masuk rumah mak aku sehelai sepinggan! Segalanya mak aku yg sediakan dan tanggung hidup dia. Padahal dia suami, dia ketua keluarga dan patut bertanggungjawab!

Selain itu, dia pernah menampar, memarahi dan menengking aku dgn menggunakan kata2 hinaan. Sedangkan arwah ayah aku tak pernah angkat tangan walaupun cubit pd aku

Dia tak pernah hargai segala pengorbanan mak aku pd dia. Bila dia tak kerja, dia takde duit, tahu pula dia minta duit kat mak aku. Bila tak bagi, di maki nya, di marah nya, di pukul nya mak aku! Harta benda mak aku, dia buat macam harta dia, dia buat sesuka hati dia! Tak sedar diri menumpang atas harta mak aku, ambil kesempatan saja. Dasar ayah tiri iblis! Selalu aku dengar mereka bertengkar tapi Aku tak berani melawan sebab aku perempuan, aku tak nak dia buat yg teruk-teruk pd mak aku. Tapi sampai bila aku harus bertahan, dari dulu aku perhati je sikap dia, tapi aku tak mampu nak melawan. Ada satu tahap, aku suruh mak aku bercerai dgn dia sebab aku dah terlalu benci dgn org tua itu. Mak aku pernah luah pada aku, yg dia menyesal kawin dgn pakcik aku tu. Tapi dah terlambat! Oh ya, sepanjang dia jadi ayah tiri aku, aku tak pernah sekalipun panggil dia AYAH sebab bagi aku dia tak layak jadi ayah aku.

Kadang2 aku pernah terfikir utk lari dari rumah. Tapi aku sedar, aku anak tunggal. Mak aku hanya ada aku, aku lah harapan dia seorang. Tapi aku dah cukup menyampah dgn ayah tiri aku. Aku takkan pernah ikhlas, takkan pernah redha dan takkan pernah terima dgn hati yg terbuka dgn apa dia buat! Aku takkan pernah halalkan segala duit aku yg dia makan, aku takkan pernah maafkan dia. Ya aku sangat bencikan dia!

Kadang2 aku fikir, kenapa Tuhan ambil arwah ayah aku cepat sangat. Aku hanya sempat utk merasa kasih sayang dia sampai umur aku 7 tahun. Tapi waktu itu, aku rasa bahagia sangat. Aku nampak ayah aku seorang yg rajin bekerja, bertanggungjawab. Walaupun masa tu ayah aku hanya ada motor, hanya mampu menyewa rumah sewa buruk, hidup pun tak mewah, tapi aku rasa dah cukup sangat di tambah pulak dgn kasih sayang ayah aku yg tak berbelah bahagi. Semua org senang dgn sikap dia, pakcik makcik aku semua sayangkan dia sebab dia juga seorang yg baik hati, suka buat org terhibur dan peramah. Kenapa Mesti Tuhan uji aku dan mak aku macam ini. Sekian ini saja luahan hati aku.

– Nurul Umairah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Roommate Baikku

PengakuanKu

Aku harap sangat siarkan cerita aku ni sbb ni bukan cerita rekaan. Cerita ni tentang roomate yg nampak baik, lembut dan alim tapi hakikatnya baik ke??

Aku kenalkan diri aku sebagai Nur je ye. Roomate aku pulak aku kenalkan sebagai Nurul. Aku kenal Nurul ni waktu dia lapor diri kat tempat kerja baru. Kebetulan, bilik yg company provide untuk aku ada kosong sebab roomate lama dah resign. Masa dia awal2 masuk, aku suka.. sbb dia lemah lembut, jaga solat, peramah..datang pulak dari Kelantan. Negeri yg aku anggap lindungan kaabah. Mmg org yg baik2. Sopan santun semua cukup la.

Lagi aku suka, dia jenis yg boleh masuk kepala. Maksudnya tak kekok bila bergurau kasar n selesa bila cerita macam2. Nak dijadikan cerita, dia share kat aku yg dia bercinta dengan suami orang. Masa dia cerita tu, aku macam.. what? Seriously? Hm..Tapi aku cuba chill. Aku ni mmg anti perempuan yg batak kat suami org. Tapi mengenangkan yg dia ni perempuan baik2, aku cuba positif. Aku keep in mind that she is nice person. she must have a strong reason behind her wrong doing.

Tapi benda tu tak berhenti kat situ. Kat tempat kerja kitaorang, assistant manager gatal. Dari dulu mmg tak berhenti2 nak try aku. Bukan aku je, org lain yg baru masuk mmg akan jadi tester dia. Yang jenis ‘senang’ mmg akan jadi mangsa. Tapi aku tak kisah sngt dengan benda tu. Sbb as long as kita pandai jaga diri, dia mmg takkan dapat apa-apa kan? Aku dengan Nurul ni mmg tak suka dorang. Bila kat bilik, sesi mengumpat akan berlaku. Hahah

Nurul ni mmg nampak sangat mcm tak suka dngan assistant manager tu. Dia cakap jijik, Orang tua tak sedar diri and so on. Aku pun ye kan jelah. Sbb memang betul. Assistant manager tu umur dah lingkungan 40an, anak bini pun dah ada tapi still menggatal. Dia ni punya strategi tabur duit.

Tapi lama kelamaan, aku mcm pelik. Sbb Nurul ni selalu nampak bersembang bertepuk tampar dengan Assitant manager tu tapi dia akan pura2 tak bersembang, bila ternampak aku. Tapi dekat bilik, dia akan berterusan mengutuk orang tua tu. Sampai aku jadi mcm menyampah sebab nampak hipokrit. Tapi aku layankan je.

Suami org yg dia bercinta tu selalu busy. Time hujung minggu je dorang akan oncall. Time tu aku nampak la perangai gedik dia, bersayang sayang dengan suami org, rindu lah,tak sabar nk jumpa lepas rindu lah, ini lah, itu lah..bila bersembang, dia tak cover. Sebab bersembang dialek kelantan. Tapi aku boleh je faham sbb roomate lama pun kelantan jugak. Aku tak tahu la nk cakap benci tu mcm mana. Dia kata boyfriend dia yg suami org tu renggang dengan isteri dia dah lama. Sekarang tinggal berasingan dah 4bulan sebab dia ada projek kt Pineng yg memerlukan dia melawat site setiap hari. Hm dengar mcm kaya je kan boyfriend dia. Tp aku dengar je.

Tapi aku start pelik. Sbb dengan suami org tu dia akn oncall timu hujung minggu je. Tp skarang hari2 oncall tp taktau dngan siapa. Bersayang sayang jugak. Bila keluar malam pulak,balik pagi. Satu hari tu aku masuk awl ke tempat kerja. Terserempak dia dngn assistant manager dlm kereta otw nak pergi parking. Dia nampak cuak. Terus suruh asst.manager tu berhenti sebelah aku. Aku tak tanya apa2 pun, tpi dia ckp yg asst.manager tumpangkan dia dari station bas kat dpn tu sbb dia baru balik dri rumah makcik dia. Pergi rumah makcik? Makcik kau bukan duduk kelantan ke? Hm..Aku pun okayyyyyyy.

Bila hampir 3 bulan duduk sebilik, aku mula menyampah. Sebab dia ni tak reti nak beli barang mandi. Dia pakai syampu aku, pakai ubat gigi aku, pakai sabun mandi aku. Tapi nasib baik berus gigi tak share..huhu..Aku tak kisah pun berkongsi. Tapi dia ni bila nampak barang habis, dia buat tak tau, sampai la aku beli yg baru. Hampir 3 bulan duduk sekali, sekali je dia beli sabun mandi. Yg lain semua harap aku punya. Aku punya rexona pun dia pakai. Sampai aku kena beli dua untuk elakkan dia pakai aku punya. Pad yg dia dah pakai pun dia longgok je kat dalam tandas. Menjijikkan. Aku setiap kali dtg bulan akan gantung plastik dan masukkan semua pad dlm tu. Aku banyak kali jugak tegur dia suruh buat benda yg sama. Tp sekali jelah dia ikut. Lepas tu jadi balik.

Dia ni kurang cantik. Muka banyak sngat jerawat yg aktif. Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin masalah hormon. Produk yg aku pakai pun tak berkesan kt kulit dia. Tu tak jadi masalah. Yg jd masalah, rutin malam dia. Kadang2 dia tepek asam jawa semalaman, tepek kunyit, tepek ubat gigi. N paling latest, dia tepek aloevera sekali dengan kulit2 dia sekali. Aku jadi semak sebab dia pakai bawak tidur. Benda2 alah tu semua berlambak lambak kt ats katil die. Semak betul bila tengok. Pagi pulak dia bergegas nk siap2 pergi kerja. Mmg tak sempatla nk kemas. Kadang aku kemaskan sementara dia makeup atau mndi. Tak larat aku nak kemas hari2.

Hm..lupa nak mention. Dia ni anak sulung. Dia cerita yg family dia buang dia. Atas kesalahan yg dia tak buat. Jadi, lepas kena halau dri rumah, dia tinggal dengan makcik dia. Puas jugak la aku fikir, kesalahan apa yg kau buat sampai family sndiri buang kau. Family kot. Hm. Tapi aku diam. Aku dengar je. Ada mcm rasa was2 setiap kali dia bercerita. Sbb mcm ada part yg dia skip. Tapi lama2 dia asyik cerita benda yg sama, aku dapat tangkap yg dia ni rupanya lari rumah ikut lelaki. Tapi aku tak pasti lelaki tu boyfriend dia yg sekarang ni atau tak. Dia terlepas ckp sbb dia kata, dulu 7 bulan dia tak kerja..boyfriend dia tanggung. Dia duduk rumah je. Time tu aku spontan cakap ‘aik? Nurul duduk sekali dngn dia satu rumah ke? Nurul tak kerja?”

Time tu muka dia terus berubah. Tau apa dia jawab? Dia terus menangis teresak esak. Dia kata dulu dia kena pukau..sampai 7bulan tak balik rumah. Sbb tu family dia buang dia. Bila dia balik rumah, ayah dia tampar dia. Mak dia pulak halau dari rumah. Kat sini aku mmg dah syak yg dia ni bkn perempuan baik. Mula2 dia ckp duduk dengan boyfiriend. Eh alih2 boleh pulak cakap kena pukau. Dah la kena pukau, lepastu boleh pulak kau balik rumah? Aku layan kan jugak lakonan dia. Masa dia nangis2 tu, dia cakap ‘tapi Nurul ada dara lagi. 26 tahun Nurul jaga dara Nurul. Org yg pukau Nurul tu just kurung Nurul dlm bilik je. Dia tak sentuh Nurul.” Kau rasa? Aku rasa nak carut. So apa motif jantan tu ‘pukau’ kau? Dia pukau untuk letakkan kau dlm bilik selama 7 bulan je ke? Kalau ikutkan hati, mcm2 aku nak sembur tp aku biar lagi. Nak tengok jauh mana bodoh dia boleh pergi.

Satu hari, aku cek phone dia. Guess what? Dia brhubungan dengan asst.manager tu. Siap borak lucah. Malam2 yg dia slalu hilang tu rupanya dia pergi bilik asst.manager. Yg boyfriend suami org tu pulak, dia siap hantar gambar aset2 dia. Borak lucah tu takyah cerita la. Tu belum lagi part yg dia buruk2 kan aku, cakap aku ni keluar malam balik pagi, siap cakap tak pernah nampak aku sembahyang kat bilik. Padahal telekung yg dia sembahyang tu pakai telekung aku. Dia siap mintak nak pinjam duit dari org dengan alasan yg aku pinjam duit dia beratus2 tak bayar sampaikan dia takde duit nk survive. Padahal dia yg tak bayar2 lagi hutang dia kat aku.

Dulu masa nak pinjam, mcm biasa lah,menangis tersedu sedu sbb cakap duit hilang. Aku tak faham dengan dia, hari2 dia ckp duit hilang. Lepastu mengadu menangis2 mintak pinjam duit. Tp kat belakang, dia boleh ckp aku hutang dia. Fuhh mmg bergetar tangan time check phone dia. Perempuan jalang. Muka buruk, perangai pun buruk.

Sekarang aku pindah bilik lain. Tukar department lain. Mmg aku jauhkan diri dari dia. Org yg bodoh mmg percaya dengan perwatakan dia. Tp dia lah yg ajar aku supaya berhati hati dengan roomate yg nampak baik alim ni. Kalau aku nak cerita, 10 muka surat pun tak muat. Aku bukan berniat nk burukkan perempuan dari Kelantan. Roomate aku yg sebelum dia pun dari kelantan. Aku ok je dengan yg tu..dia tu tak alim tapi tak hipokrit. Dia mmg baik tpi resign sebab dah kahwin. Pada Nurul, aku tau kau boleh baca ni. Aku harap kau tanggung lah dosa2 hutang, dosa2 reka cerita pasal aku, n Dosa2 maksiat kau. Berhenti la buat mcm kau tu mangsa keadaan.. Mcm yg kau selalu update, kifarah tu wujud. Yes. Aku tunggu kifarah kau.
Sekian.

– Nur (bkn nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Adikku Depression

PengakuanKu

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Admin sekiranya post aku ini disiarkan.
Aku berumur 20an, sudah berkahwin dan merupakan anak sulung dari 4 orang adik beradik. Telah kehilangan ayah ketika berumur 17 tahun. Namun kisah ini bukanlah kisah aku tetapi kisah adik perempuan ku, Y – anak yang ketiga, berumur 15tahun.

Adikku mempunyai sixth sense(mungkin) kerana kerap terlihat benda ghaib dan suara-suara berbisik. Dia mula ada anugerah ni sejak umur 13 tahun secara tiba-tiba. Satu hari ketika dia pulang ke rumah dari sekolah, dia pernah ternampak manusia tidak berkepala berjalan megikutinya dari belakang. Aku tak tahu dari mana nak mula sebab depression dia mungkin berkait dengan sixth sense yang dialaminya.

Tahun ini, ketiga-tiga adikku telah dimasukkan ke asrama. Penghujung bulan Januari, aku terima panggilan dari pihak asrama untuk berjumpa denganku secepat mungkin. Setelah berjumpa, warden tersebuk memaklumkan bahawa adikku tidak hadir ke sekolah. “Kenapa?” Dia kelar tangannya semalam dan telah dibawa ke klinik pada pagi tadi. Aku agak pelik kenapa Y kelar tanganya secara tiba-tiba sedangkan dia tidak mempunyai masalah serius. Kalau masalah terpaksa masuk asrama, agak mustahil kerana dia sendiri excited ketika hari pertama masuk asrama. Warden tidak menelefon ibu ku atas permintaan Y. So aku bawa dia pulang dan berdasarkan conversation kami, dia stress di sekolah kerana apa yang cikgu ajar, dia langsung tak faham. Dan dia kelar hanya “suka-suka”.

Aku juga buat pertama kalinya tahu bahawa Y selalu terlihat lembaga tinggi berwarna hitam, bermata hitam senyuman lebar hingga ke telinga, selalu ikut dia pergi mana-mana. Try cari gif ‘depression’ kat Whatsapp, ada kat situ. Lebih kurang je rupa gif tu dengan apa yang adik aku lukis (ini kemudian aku cerita). Makhluk tu nak bawa adikku yang bongsu, N, lari (means nak hilangkan dia dan tak dijumpai), so Y cuba protect N dengan cara suruh N keluar dari asrama (serius mula-mula aku dengar dia cerita ni rasa macam drama Korea pula, absurd). Y mempunyai patung teddy bear dan makluk tu nak ambik patung tersebut dari dia.

Patung tu patung preloved – dari bundle-bundle. So aku assume mungkin patung tu ada “penjaga”, jadi aku minta Y jangan terlalu kerap bersama patung tu. Korang percaya tak dia meraung tiba-tiba lepas aku cakap tu? Dia kata dia tak boleh hidup tanpa patung tu. Patung tu tempat dia meluahkan perasaan, sedih, marah, gembira. I said, no wonder kawan-kawan kau cakap kau gila, kau bercakap dengan patung. *Ada pelajar yang ejek dia gila sebab pernah ternampak Y bercakap sorang-sorang.* Tapi setelah pujuk, dia tak bawa patung tu ke rumah aku.

Doktor yang merawat adikku selepas dia kelar tangannya memaklumkan bahawa Y mempunyai ciri-ciri depression dan schizophrenia dan suruh aku bawa Y jumpa doktor psikiatrik.

Waktu di tinggal di rumah aku, perangai okay, tiada episode-episode yang menjengkelkan. Dia dengar arahan dan tidak melawan. Cuma dia kerap menyendiri, masuk bilik terlalu awal dan tak pasang lampu, bergelap sedangkan baru jam 7 malam. Bila aku buka pintu, dia cuma duduk sambil tutup mata tapi bukan tidur. Cuma pernah satu kali ketika baru balik dari urusan, dalam jam 11-12 tengah hari, Y takde di rumah tapi nasi tengah masak. Call handphone, off pula. Cari sekitar kawasan rumah, takde. So aku decide call mak cik aku dan ibu. Tapi aku tak tanya direct. Aku tanya bila ambil Y nak hantar pegi asrama?

And berdasarkan jawapan diorang, adik aku tu bukan bersama diorang waktu tu. (Ya allah, pandainya aku berlakon sedangkan aku panik macam nak nangis). So aku keluar dari rumah and cari dia kat bandar. Leganya aku bila nampak dia jalan-jalan dengan beli barang sambil dengar lagu kat earphone. Lega dan nak marah yang amat sebab buat aku panik!! So aq panggil dia dan instead of tanya “KAU PEGI MANA TADI??!”, aku tanya “pegi mana tadi?” sambil senyum. Nak marah, budak tu depress so aku terpaksa bersabar dan kawal suara serta mimik muka.

So since dia asyik terperap di rumah dan risau kalau dia jalan lagi tapi tak inform kitorang, aku decide bawa dia jalan kaki ke bandar, kot-kot mood dia pulih. Sambil kitorang jalan, aku minta dia lukis nenek yang dia nampak mula-mula ketika dia dapat sixth sense. Nenek tu pernah cakap kat dia yang sitxh sense tu hanya anugerah sekejap sahaja sampai dia berumur 18tahun. Selepas 18, anugerah tu akan hilang. So dia cakap okay nanti dia akan lukis. Aku tak sangka pula permintaan aku untuk melukis nenek tu adalah satu jalan untuk dia kerap melukis makhluk hitam tu.

Selepas dia tunjukkan aku gambar nenek tu, dia kerap melukis makluk yang selalu bersama dengan dia. Dan melalui lukisan tu, aku nampak makhluk itu bukan lagi makluk yang menakutkan bagi dia tapi seolah-olah makhluk itu kawan baik, teman rapat, tempat dia meluahkan. Aku tak tahu lukisan itu adakah lukisan untuk dia pujuk diri dia bahawa masih ada orang yang care dan sayang dia, ataupun dia meluahkan tiada seorang pun yang peduli dia melainkan makluk tersebut.

Bersambung…

– T

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Budak Pun Ada Perasaan

PengakuanKu

Assalamualaikum, thanks admin kalau siarkan confess aku ni. Sorry kalau cerita aku berterabur sebab aku tak amik spm pon. Hahaha

Aku Melur (bukan nama sebenar) dan semua dalam cerita ni bukan nama sebenar ya. Hehe. Aku bekerja sebagai muslimah hairstylist dalam bahasa melayu tukang gunting jerk. Haha. Umur tak sampai 20 tahun lagi. Bekerja di sebuah salon terletak di pantai timur.

Aku kerja sini baru setahun tiga bulan. So dalam masa setahun tiga bulan ni agak banyak karenah manusia yang pelik pelik aku jumpa. And aku nak cerita salah satu karenah customer aku yang aku langsung tak setuju. Walaupun dia okay je ngan aku.

Satu hari ada sorang akak ni (nama Ros)ngan anak sedara dia datang salon. Ni dah kali kedua dia datang. First time dia datang dia bawak anak dia sendiri dua orang, lelaki dalam darjah 2 camtu aku namakan dia Adam dan sorang lagi dalam 5 tahun dan dia juga bawak anak sedara dia yang sama, aku namakan Hawa.

Masa first time dia datang, dia mintakkan aku dengan kawan aku (staff jugak) guntingkan rambut Hawa ngan anak dia yang kecik tu. So kawan aku gunting rambut Hawa and aku gunting rambut anak dia yang kecik tu, masani anak dia langsung tak duduk diam, geram aku, tapi hanya mampu tersenyum. Sementara tu dia dengan Adam duduk kat kerusi menunggu tau. Pastu kawan aku tanya la, Akak rambut Hawa ni nak gunting macam mana? Dia cakap ” Awak gunting je pendek sependek pendeknya terus, dia ni tak reti jaga rambut pon”

Tapi si Hawa ni cakap la taknak. Pastu dia cakap ” takyah takyah kau gunting je rambut pendek terus, bukannya kau reti jaga rambut” dalam nada yang agak kasar.

Aku ngan kawan aku diam jela. Sebab bagi kami budak sekolah ramai je potong macamtu sebab senang urus.

Then masa tengah tengah gunting tu. Kitorang borak borak la dengan Hawa tu tanya kelas ke berapa. Hawa ni kelas hujung hujung jugakla. Pastu dengar Kak Ros ni berborak ngan anak dia Adam tu, “Adam bijakkan bukan macam Hawa tu” dengan nada yang sangat lembut dan mendayu. Aku tak tahu apa motif dia nak cakap macamtu. Annoying sangat. Pastu apatah lagi dia bebel pasal Hawa tu, yang pasti dia membandingkan Hawa dengan anak dia, depan aku ngan kawan aku.

Korang dapat bayang tak rasa malunya Hawa tu diperlekehkan depan orang lain?

Okay tu masa first time dia datang. Second time dia datang dalam dua minggu lepas. Kali ni Kak Ros tu datang berdua je dengan Hawa. Macam biasa, dia mintak aku guntingkan rambut Hawa ni pendek sependek pendeknyaa.
Dan lagi sekali si Hawa ni geleng kepala.

Kak Ros ni terus membebel “Potong je pendek, kau bukan reti jaga pon” dalam nada yang keras. Aku pon just akur and cakap ngan Hawa tu “Takpe dik, nanti dah besar dah reti jaga rambut sendiri bolehla simpan rambut pajang ea” dengan nada memujuk. Pastu Kak Ros ni cakap lagi “Dia ni tak reti jaga rambut, lepas mandi bukan reti nak sikat, bukan nak tunggu kering pastu pakai tudung terus”. Aku just senyum pahit sambil tangan bergerak. Mata aku terpandang la muka Hawa. Dia tengok aku melalui cermin dengan pandangan yang sangat sayu. Sedih aku tengok. Serius tak tipu. Ingat lagi sampai sekarang cara pandangan dia tu. And kak ros ni asyik dok ulang ulang je yang si Hawa TAK RETI JAGA RAMBUT. Padahal rambut Kak Ros takdela lawa sangat pon. Huhu

Aku tanya la Kak Ros, dia ke yang jaga Hawa ni. Dia cakap “haah” pastu aku tanya lagi mak ayah Hawa duduk mana?, pastu lambat je Kak Ros cakap “Ayah Hawa ni kerja jauh”. Tapi aku tak rasa yang mak ayah dia kerja jauh, aku rasa macam Hawa ni from broken family. Sebab dia duduk dengan kak ros dari kecik.

Masa first time diaorang datang tu, Hawa ni ada la tanya pasal cuci rambut, tapi mak sedara dia cakap “Eh takpayah takpayah, ni pon gunting rambut kau ni nak claim ngan ayah kau” pastu terus kak ros tanya salon ni ada sediakan resit atau tak.

Aku tak tahu kenapa Kak Ros layan Hawa yang merupakan anak sedara dia macamtu. Mungkin dia cakap macamtu sebab Hawa tu budak budak lagi. Tapi walaupun Hawa budak budak still ada perasaan. Lagi satu budak budak ni akan ingat tau apa orang buat kat dia. Tak semua perkara, tapi bila dia rasa sedih atau malu dengan kata kata seseorang tu dia akan ingat apa yang orang tu buat.

Sebab masa aku sekolah rendah dulu, aku ada masuk pertandingan becerita. Masatu sekolah aku jadi tuan rumah. So sehari sebelum tu aku practice la guna mikrofon semua. Dalam dewan hanya ada aku dengan sorang cikgu lelaki yang set up mikrofon. Pastu dia suruh aku test bercerita ngan mikrofon tu. Aku pon bercerita la macam mana aku berlatih sebelum ni. Boleh dia cakap kat aku “Kalau macamni awak bercerita Melur, awak takkan menang!”. Aku sedih gila time tu, terasa sangat. Tapi esoknya hari pertandingan aku juara. Tapi sampai sekarang kata kata cikgu tu melekat kat otak aku.

Nampak tak? Lagi satu kita takboleh cakap benda yang negatif kat budak budak sebab nanti mindset dia akan lebih mengarah ke perkara macam tu. Dan bila dia besar dia kurang keyakinan diri. Akan sentiasa rasa rendah diri.

Please la cakap benda benda yang positif and please sangat jangan malukan someone depan orang lain. Tak kisah la dia budak budak atau tak.

Semoga dapat beri iktibar pada diri aku dan semua. Dan semoga Hawa dalam lindungan Allah selalu. Moga Allah jauhi kita dari sikap yang tidak elok.

– Tukang Gunting Rambut

– Melur

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Friday, 30 March 2018

Pilihlah Pasangan Baik-Baik II

PengakuanKu

​HI Assalamualaikum…

Ingat lagi tak kat aku ni? Iols issss Tullip Merah. Hohoho. Dulu aku pernah confessed pasal kisah pertarungan harta si mati yang menjadi rebutan bagi si hidup antara bini kedua arwah abang ipar aku dengan anak-anak bini pertama dia. Bagi yang tak mengikuti confession sebelumnya, dipersilakan membaca confession pertama terlebih dahulu…

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1610419662374176&id=729187373830747

Well this is the sequel…

Perbicaraan mahkamah kembali lagi. Cuma kali ni aku dah tak follow mak mertua aku sampai ke Seremban (depa bicara di Seremban) sebab aku baru tukar tempat kerja, so tak boleh cuti-cuti sangat. Nehi~Nehi~Nehi (baca gaya Hindustan).

Tapi pada hari perbicaraan tu, lepas habis kerja aku+anak kecik+ laki aku terus shoot ke rumah kakak ipar aku sebab mak mertua aku lepak dekat sana. Sampai-sampai je belum pun hempas bontot dekat atas sofa kakak ipar aku, aku terus mulakan mesyuarat bawang dengan mak mertua aku.

Kata mak mertua aku; “Abe mu nikoh nga ore gilo! (baca gaya ore Klate) means “abang ipar aku ni kahwin dengan orang ‘gila’,”.

Kenapa mak mertua aku cakap macam tu? Sebab Kak Nang (isteri kedua abang ipar aku) sendiri mengaku dia tu tak betul kepala otak. Siap ditunjuknya dekat hakim yang dia pemegang kad OKU. Dia kata dia cuma ada kad tapi tak buat rawatan.

Aku tepuk dahi. Sampai macam tu sekali dia buat, semata-mata nak dapatkan simpati hakim. Kenapa aku kata dia hanya berpura-pura nak dapatkan simpati pihak mahkamah? Sebab dia nak bolot semua harta atas nama dia. Sebelum ni dia pernah call mak mertua aku dan cakap duit arwah semua dekat tangan dia, jadi dengan duit, semua benda dia boleh buat. Jadi tak mustahil dia boleh buat apa-apa dokumen palsu yang boleh mengesahkan dia sebagai pesakit mental/OKU.

Kakak ipar aku cerita, depan hakim buat macam tak bermaya, lembik, macam dialah yang dianiaya kami sekeluarga, tapi bila keluar saja bilik mahkamah, suara dia paling nyaring bertempik dekat mak mertua aku. Siap bertekak lagi.

Dalam mahkamah, mak mertua aku persoal dia ke mana pergi kesemua duit-duit simpanan arwah yang sepatutnya difaraidkan kepada anak-anak arwah (anak-anak arwah dengan isteri pertama, Kak Bah). Dia kata duit arwah diguna untuk bayar hutang-hutang arwah. Eh hello kau ingat kami bodoh? Last time punya perbicaraan, dia claim kata arwah banyak hutang, arwah berhutang dengan company dia, terus kami singgah company arwah untuk tengok sebanyak mana hutang yang arwah ada.

Yes,tak dinafikan memang arwah banyak hutang, tetapi hutang tu dah lama langsai. Dicover insurans selepas arwah meninggal. Hutang kad kredit yang berderet-deret pun sama, insurans cover. So pegi mana duit arwah yang beratus ribu ringgit dalam kwsp tu? Duit simpanan arwah pun dikaut lesap.

Hakim tak puas hati bila pihak kami bentangkan surat pengesahan kata hutang arwah dah setel. So hakim minta penjelasan pegi mana duit-duit tu semua. Jadi dia list kan penipuan demi penipuan yang terlintas dari kepala dia.

Dia kata dia pernah balik kampung dalam beberapa kali nak jumpa dengan mak mertua aku untuk bincang pasal ni, so die kata dia pakai duit simpanan arwah untuk balik kampung. (hakikatnya dalam tiga tahun arwah dah meninggal ni, cuma sekali dia balik kampung jenguk mak mertua aku dengan kubur arwah). Dia kata tiap kali balik kampung dia tidur hotel. So kat situ memang pala otak dia la (maaf iols isss mencarut). Dia balik kampung tidur rumah mak mertua aku,dia tidur dalam bilik aku dengan laki aku. So apa benda hotelnya? Kat situ dia claim habis ribu riban.

Lepas tu korang bayangkanlah, depan hakim, dia ungkit balik semua duit yang dihabiskan untuk kos rawatan arwah semasa arwah masih hidup. 1st, duit rawatan semua pakai duit sumbangan kawan-kawan arwah yang datang melawat+duit insurans+duit pampasan berhenti kerja arwah. 2nd, arwah buat rawatan kat Putrajaya pakai GL company yang pada masa tu masih valid walaupun dia dah diberhentikan. 3rd apa benda nak claim-claim pulak, tu dah jadi harta peninggalan kot., harta anak yatim. So kau faraidkan jelah so yang layak dapat ni dapat bahagian masing-masing. And FYI, semasa arwah meninggal, duit sumbangan kawan-kawan arwah masih berbaki berbelas ribu, di mana sebelum tu arwah abang Nan pernah bagi segedebak duit atas tangan, (berbelas ribu baiii) pada aku dan ex-tunang aku (sekarang suami) untuk didepositkan dalam akaun arwah. Berpeluh kami dua cari Maybank terdekat untuk depositkan duit tu. (cuak takut kena rompak, isk)Bila jumpa atm yang boleh depo, berulang kali kami depositkan sebab one shot depo limit hanya sampai 99 keping not je. Huhu.

Depan hakim Kak Nang mengaku arwah abang ipar aku sangat banyak hutang. Hari ni jugak, tiba-tiba terbukak cerita yang arwah berhutang dengan ah long. Entah mana dia kutip petik idea ah long ni aku pun tak tahu. Arwah dah meninggal dekat tiga tahun, tak penah pulak keluar cerita berhutang dengan ah long sebelum ni, tak kan la ah long tu nyanyok kot orang dah meninggal tiga tahun baru sekarang nak mai tuntut hutang??? Lagipun di akhir-akhir hayat arwah, ayah mertua aku ada tanya, ada tak berhutang dengan sesiapa sebab ayah mertua aku nak tolong jelaskan hutang-hutang dia. Arwah kata tak ada. Tapi kali ni boleh berbangkit pulak ceritera ah long pernah datang rumah dan tuntut duit RM10 ribu, iaitu hutang arwah. Dia jugak mengaku kat hakim dia bagi ja la RM10 ribu tu kat ah long yang datang mintak duit tu. Bila mintak bukti, dia tak boleh nak kasi pulak.

Lepas dihitung kira, masih lesap berpuluh ribu daripada jumlah duit arwah, bila hakim mintak penjelasan dia senyap tak nak beritahu ke mana duit-duit tu semua. So perbicaraan ditangguh setakat itu.

Marah? Yes aku memang marah sangat-sangat. Tu hak anak-anak sedara aku kot. Hidup depa masih panjang lagi. Kenapalah kau terlalu pentingkan diri sendiri Kak Nang? Kami tak nak pun bahagian kau. Yang kami nak faraidkan adalah bahagian arwah, dibahagi kepada yang berhak dan yang layak, TERMASUK KAU SEKALI, bukannya kami menidakkan hak kau. Aku dengan suami pun tak ada satu sen pun yang layak ke atas duit tu. Kami tak nak pun makan harta anak yatim, besar dosanya. Allahu3…Gigil jari nak menaip bila fikir azab ALLAH..

Aku marah sebab dulu anak-anak sedara aku ni duduk dekat Semenanjung lagi, senang aku nak ‘kidnap’ depa nak bawak pegi berjalan ke, balik kampung ke apa. Now Kak Bah dah bawak diri dengan anak-anak sedara aku sekali balik ke Sabah. Korang rasa susah ke senang aku nak jumpa balik dengan diorang? Nak mintak Kak Bah sharing alamat, memang tak lah. Silap hari bulan kalau terlampau memaksa, memang beliau tukar nombor terus, langsung dah tak dapat contact dah. Dulu masa raya aku boleh mintak dengan Kak Bah nak bawak balik anak-anak arwah ni, now dengan kekangan jarak dan komunikasi memang segalanya hampir kepada mustahil.

Kepada readers, please…ingatlah kami dalam doa kalian meskipun kalian tak mengenali kami. Jadikan apa yang kami lalui hari ini sebagai pengajaran kepada semua. Supaya kita semua beringat dan berhati-hati dalam memilih jodoh. Siapa sangka masa arwah masih hidup, dia tampak sempurna di mata kami, tapi di sebalik senyumannya tersembunyi rencana jahat.

Aku pun dah pesan dekat suami, esok kalau nak cari jodoh lagi, jangan cari orang gila tau! Yang merana nanti anak akulah. Hahah! Duhhh

Aku juga baca komen hangpa2 semua. Untuk menjawab soalan2 kalian, bukan kami tak nak jaga kebajikan anak-anak sedara, tapi susahnya nak contact Kak Bah tu ALLAH je tahu. Call nak mintak no akaun nak kasi duit pun susah. Call tak pernah dapat. Katanya nombor kena terminate sebab dah lama tak topup. Macam mana aku contact Kak Bah? Hanya dengan melalui Whatsapp. Tu pun kalau dia nak balas, kalau dia tak nak balas, memang termenung korek idung jela masing-masing. Rumah? Sampai sekarang semua tak tahu dia duduk mana. Masa dia duduk di Semenanjung, dia tak share alamat rumah yang dia sewa. Mungkin dia takut kami pegi serbu sebab dia menyewa bilik je. Bila aku try tanya anak-anak buah, jawapan diterima agak menghampakan. Yela budak-budaknya, kau memang tak boleh nak expect lebih daripada depa pun. Tapi selagi boleh, setiap kali kami dapat anak-anak buah, family suami aku tak pernah gagal laksana tanggungjawab, nak bagi makan apa, nak pakai apa, semua beres belaka.

Satu lagi, aku cerita ni bukan nak harapkan pujian tauu… Tujuan aku ni cuma nak berpesan-pesan dan beringatlah sesama kita. Tak lain tak bukan hanya dengan niat ‘for a better us and Islam in future’. Aku tahu kisah keluarga aku ni tak kan menjadi titik noktah selepas ni. Akan ada lagi keluarga lain yang akan mengalami ujian sama, jadi sekurang-kurangnya jadikan perkongsian aku ni sebagai panduan dan rujukan untuk korang.

Satu lagi, buatlah sesuatu dengan harta yang korang ada. Aku sendiri dah bahagikan EPF aku ikut peratusan faraid, supaya tak bergaduh berkekah masing-masing nanti bila aku dah meninggal. Buatlah sesuatu sementara kita masih hidup, supaya senang kelak bila kita tak lagi bernyawa.

Sekarang mahkamah kat Seremban tu nasihatkan mak mertua aku supaya bawa kes ni ke mahkamah sivil di mana kat sana nanti akan diadili dan dibahas secukupnya. Nanti sequel seterusnya (kalau ada yang nak baca haha) aku update lagi.

Sekian

Tullip Merah

– Tullip Merah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Aku Masih Mencari

PengakuanKu

Assalammualaikum, hi admin dan readers. First of all, thanks admin sebab sudi siarkan confession aku dan thanks juga pada readers yang sudi baca. Nama aku Lili, haruslah bukan nama sebenar dan ini confession aku.

Aku ni anak angkat yang dibela oleh keluarga kandung mak aku. Aku dihantar oleh JKM pada keluarga angkat aku seawal usia 3 bulan and sekarang umur aku dah 28. Dari pemahaman aku, aku ni mangsa dera mak aku, jadi JKM mengambil tindakan dengan merampas aku dari mak kandung aku lalu dilucutkan hak penjagaan darinya dan kemudian aku diserahkan pada keluarga mak kandung aku. Juga dari apa yang aku dapat tahu recently ialah mak angkat aku tanak anak ramai-ramai, jadi masa JKM serahkan aku pada dia, dia tolak, tapi disebabkan hanya dia sahaja yang dah berkahwin masa tu, jadi dia terpaksa terima. And now, semuanya dah jelas kenapa dia tak pernah layan aku dengan baik. Tapi aku confess ni bukan nak cerita tentang layanan mak angkat aku, tapi apa yang aku dapat tahu few days ago pasal diri aku.

Orang cakap, ‘truth hurts’, yes, at first. What do I mean? Korang nak tahu, sepanjang aku hidup ni, aku ingatkan lelaki yang duduk dera mental and fizikal mak kandung aku tu, ayah kandung aku. Rupanya tak, dia hanyalah ayah tiri aku and yes, aku rasa relieved gila kot. Like, finally I can breathe easy. Itu yang pertama, yang keduanya aku dapat tahu yang ayah kandung aku orang Indonesia! Now I can gladly said that ‘I have a not-so-lot of mix’. Haha. IndoMalay gittew. Yes, I am indeed proud of myself for having a mix blood. Isn’t that weird? Maybe a little. And third, yang ni buat aku quite depressed, why? Sebab tiada siapa pon dalam family yang tahu nama ayah kandung aku. My bio mom and dad eloped. So, one day, out of nowhere, mak kandung aku balik kampung bawak aku je. Dari apa yang dorang tahu, parents aku divorce right before I was born. And that, the reasons why my mom abused me. She was depressed and lost and take it out on me, a fragile one month old baby till’ the neighbor decided to call the police, JKM ambil aku, the police had her locked up in jail and rest is history.

Benda ni semua diceritakan just few days ago. I’m all excited bila dapat tahu, but apparently someone was not. Ayah angkat aku, I think he’s been trying to keep this matter/truth away from me. Aku faham apa yang dia rasa. All my life he’s been such a wonderful father to me and I’m thanking him for that. But after finding out that I know the truth somehow changed him. Not in a good way I may say. Dia as if menjauhkan diri dari aku. Every words that came out of his mouth, either perli or just simply mean. Aku tak tahu lah sama ada aku ni yang emosi lebih atau apa. Tapi, korang imagine la, ayah aku ni tak pernah nak menyakitkan hati anak-anak, but since dia dapat tahu yang aku dah mula mencari ayah kandung aku, dia jadi bitter. Seriously. Mak angkat aku memang okay je kalau aku nak cari ayah kandung aku sebab memang dari dulu pon dia tak pernah nak suka aku.

Apa yang aku tahu, ayah kandung aku ni orang Aceh or Madura. Since aku dapat tahu benda ni, hati aku memberontak nak cari ayah kandung aku. Aku nak tahu if dia masih hidup or dah meninggal. Aku rasa seolah-olah ditarik untuk balik ke Indonesia untuk mencari ayah kandung aku. Kalau aku dapat tahu nama dia pon cukuplah, at least aku ada something untuk mulakan pencarian aku. Ni, mak kandung aku entah hilang kemana. Aku ada je nombor dia, tapi berkali call tak pernah dapat. And aku bersyukur sangat husband aku okay dengan semua benda ni. Dia pon encourage aku untuk cari ayah kandung aku and he’s happy for me.

Okay takat ni je confession aku. Kalau ada antara korang yang tahu macam mana nak cari asal usul seseorang, let me know in the comment okay? Jangan pulak korang tanya pasal surat beranak sebab dalam surat beranak takde nama ayah aku, yang ada nama mak kandung aku and aku dibintikan Abdullah. Habis dah aku selongkar dokumen berkenaan dengan aku, but I found nothing. Aku harap sangat aku dapat jumpa ayah kandung aku, at least dapat tahu dia masih hidup pon aku dah bersyukur. Tak silap aku dia tak tahu kewujudan aku pon sebab masa dorang cerai mak aku baru je pregnantkan aku and mak kandung aku tak nak dia tahu dan tuntut aku. Jadi aku harap reader doakan aku jumpa ayah kandung aku and doakan juga semoga ayah angkat aku lembut hati yea. Tak seronok bila dia jadi macam ni. Habis dah bucu katil aku lenjun sebab menangis mengenangkan layanan ayah angkat aku ni.

Terima kasih admin dan readers.

– Lily

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Pengalaman Biar Banyak Rumah, Jangan banyak Dalam 1 Rumah

PengakuanKu

Assalamualaikum… Terima kasih admin kalau confession ni di publishkan. Nama aku Na, aku bekerja,isteri dan juga ibu kepada 3 org anak-anak comel. Umur aku dah berada lewat 20an. Aku nak bercerita berkenaan 1 artikle yang kerap sangat lalu lalang dekat wall fb aku. Artikle berkenaan “Biar banyak rumah,jangan banyak dalam 1 rumah..” Pernah dengar atau bacakan? Haa.. ni yang nak aku kongsi dengan pembaca semua.

Awal perkahwinan aku dan suami,kami duduk menumpang almost 2y++ dekat rumah mertua..Sampai la dah ada anak sorang. Masa tu memang mengais betul sampaikan hujung bulan suami terpaksa meminjam dengan mak ayah dia sebab duit poket kami selalu kering..Memang tak dak simpanan,tak sempat menyimpan langsung lah masa tu.Duit selalu tak cukup,tak tau lah kemana la duit2 tu mengalir.. Masa tu belanja barang dapur kering memang kami suami isteri yang keluarkan,tapi lain-lain seperti bil,duit rumah,barang basah memang kami tak mampu bagi..Memang sedih..

Selepas 2tahun lebih tu,kami dapat rumah sewa yang brdekatan dengan rumah mertua. Masa nak pindah tu mertua ada jugak la tanya kenapa nak pindah rumah lain,payah nak main dengan cucu la,rumah ada bilik kosong la,itu ini dan macam-macam la ayat supaya kami tak jadi pindah. Tapi aku pujuk suami yang kami kena belajar hidup sendiri atas usaha sendiri. Dan suami setuju, Alhamdulillah..

Kami pindah kosong,apa pon tak da..bantal tilam pon tak ada..Masuk rumah melangkah bawak kain baju saja sebab kami memang tak ada barang sendiri..Tilam bantal sebelum ni semua Mertua punya.. Jadinya awal-awal kami pindah tu kami tidur dekat ruang tamu sebab kat situ je ada kipas..anak tidur atas tilam baby,kami suami isteri tidur lapik selimut berbantalkan kain pelikat buat bantal..Kami memang tak ada duit nak beli barang-barang apa pon sebab duit gaji bulan tu dah guna untuk deposit rumah..Lega betul deposit boleh bayar separuh-separuh (tak kenal tuan rumah tapi jiran yang rekomen kami pada tuan rumah tu tolong pujuk tuan rumah..untung time petang-petang aku rajin tegur sapa beramah mesra dengan jiran-jiran)

Seminggu pertama pindah,mertua bagi beberapa kelengkapan asas dapur. Mak aku pon bagi pinggan mangkuk dia dekat aku. Mertua bagi toto sehelai dan 3 biji bantal buat lapik tidur. Suami pinjam rm200 dekat kawan dia utk beli dapur,tong gas,kuali. Masa tu atas tangan ada RM150..berbekalkan duit tu kami mampu survive makan minum dan duit minyak kereta motor sampai hujung bulan..Tak sangka betul..Memang cukup..Ingat lagi hari gaji aku still ada rm11.45 atas tangan..Happy sangat tak terkata..Kami tak makan mewah,no ayam-ayam or ikan mahal-mahal..makan saja apa yang ada asalkan makan..cukup untuk masak sarapan,bekal tengahari dan makan malam..

Time gaji aku dan suami bayar semua hutang-hutang apa yang patut dulu,kawan yang pinjamkan rm200 dekat suami bagi suami bayar 2 kali or 3 kali dia tak kisah katanya asalkan bayar..Lepas settle semua kami pergi topup barang dapur kering,disebabkan tak ada peti sejuk kami stock up telur 2papan.. sardine tin dan kentang banyak-banyak. Megi kosong,bihun pon kami stock up lebih. Duit yang lebih tu habuan nak beli ikan or ayam dan sayur bila perlu. Ada lebih lagi kami topup beli cerek untuk masak air,sebelum tu kami masak air dalam periuk je. Kami beli tudung lauk dan beberapa kelengkapan masak yang lain. Masa tu memang tak nak beli rice cooker sebab rasa mahal, aku masak nasik atas dapur gas.Punya la nak berjimat aku tak pernah hangitkan nasi..masak elok je..kalau hangit rugi beras oii..suami pon terkejut aku boleh masak nasi pakai dapur gas ( untung aku asal keluarga susah yang mak jenis masak nasi pakai dapur gas).

Bulan seterusnya suami dapat bonus,semua duit bonus dia bagi dekat aku. Dia kata guna la untuk beli apa pon untuk diri sendiri,dia kata dia kerja untuk anak bini.. Time tu tak dak bayangan baju or kasut dalam kepala aku. Yang aku nampak nak beli blender,kipas,rak pinggan,tikar getah.. Nampak tak?? 3 bulan duduk rumah tak dak tikar getah..Hahahahaha..Memang dalam tempoh tu aku tak pernah bagi sapa-sapa datang rumah sebab malu..Lunch time dekat tempat kerja aku,aku lari pergi beli kipas meja,kipas dinding dengan blender. Petang tu balik kerja ajak suami pergi beli tikar getah. Balik rumah sesi pasang tikar getah..Ingat sangat moment tu,kami 3 beranak pasang tikar getah sambil gelak-gelak..Anak aku paling seronok sebab lantai dah cantik,siang pasang tu dia berguling-guling 1 rumah sebab teruja sangat..

Bulan ke bulan kami start stock up barang rumah,beli barang elektrik dan dan anak pon dah jadi dua orang. Sepanjang tempoh tu memang rasa bahagia sangat-sangat,Tapi 2tahun selepas tu bapak mertua aku sakit mengejut dan dijemput kembali ke rahmatullah. Tinggal MIL dan adik ipar terkapai-kapai nak meneruskan hidup. Atas dasar tanggungjawab sebagai anak dan menantu sulung,kami pindah balik ke rumah mertua,kami duduk disana bantu uruskan rumah,segala perbelanjaan kami uruskan dan bayarkan.

Kenapa tak duduk asing macam sebelum ni dan tolong bayarkan segala komitmen dan perbelanjaan mertua?? Suami aku technician,aku pulak kerani..dua orang anak di pengasuh.. Kami tak mampu bayar banyak komitmen guna gaji kami berdua.. Jadi solution nya,pindah duduk dengan mertua dan bayar apa yang ada saja. Disebabkan komitmen terlalu banyak, MIL aku sanggup mintak kerja sebagai cleaner untuk topup mana yang kami tiris. Awal-awal pindah semuanya indah dan berjalan lancar,sampai lah 1 masa dimana ipar-ipar yang bujang yang sebelum ini menyewa diluar pindah duduk sekali di dalam rumah.

Penghuni semakin ramai tapi ramai yang liat nak menghulur perbelanjaan rumah. Bil air dari belas-belas ringgit dah melonjak hampir ke rm100 lebih,bil elektri sebulan melambung sampai ke ratusan ringgit. Kami dah tak mampu lagi nak membayar,2 kali rumah dipotong bekalan elektrik sebab tunggakkan terlalu tinggi. Banyak kali aku dan suami bergaduh kerana masalah duit,aku kerap meminjam ke sana sini,sampaikan 1 tahap,kami tak mampu renew roadtax kereta dan motor..setahun lebih kami guna kenderaan yang tiada roadtax insuran. Dan Alhamdulillah,masih dipanjangkan umur dan dijauhkan dari kecelkaan dan malapetaka diatas jalan raya..

Ipar aku semuanya lelaki,dan mereka dengan rokok tidak pernah berpisah. Ditambah pulak dengan ketagihan ketum yang semakin teruk. Aku pernah nampak ipar aku bungkus air ketum di dapur depan anak aku yang sulung. Dan aku perang besar lagi dengan suami disebabkan kes itu,suami dah berkali menegur sampai hampir-hampir mereka bertumbuk didepan anak kami. Ya Allah,masa tu tuhan saja yang tau ap yang aku rasa dalam hati.. Perasaan bercampur baur. MIL aku dah purus asa nak menegur ipar-ipar aku sebab semuanya “sejenis”..

Sampai 1 tahap,anak aku sakit teruk. Ohh..waktu tu aku dah bersalin anak ke 3..anak yang ketiga ini lah yang kerap berulang alik check in di ward hospital. Asal sakit sikit,dia akan melarat ke hospital. Tak boleh batuk dan demam sikit,end up dia terbaring di katil hospital.tak sampai umur setahun dah 5kali di ward. Apa punca penyakit anak aku? Terdedah dengan asap rokok,bulu kucing, dan orang dewasa yang kerap batuk dan tak sihat. Aku bagi petunjuk sikit,penagih air ketum (air ketum yang dicampur bahan terlarang),kalau dia tak dapat air tu..dia akan kerap batuk,sakit badan macam demam dan akan baring tersadai sebab tak larat sangat-sangat..

Disebabkan keadaan rumah yang huru-hara tu,aku nekad cari rumah sewa lain yang jauh dari rumah mertua. Aku tak nak besarkan anak-anak aku dalam keadaan mcam tu..Budak-budak mudah terpengaruh,aku paksa suami cari rumah sewa. Disebabkan dah ada ramai dalam rumah tu.Mintak yang mana ada tu,tolong MIL aku settlekan bab rumah. Dalam 2minggu mencari,yess..kami dapat rumah agak jauh sikit dari rumah mertua. Mil terpaksa rela dengan keputusan kami sebab kami berterus terang yang kami tak selesa nak besarkan anak-anak dalam keadaan rumah begitu. MIL paham dan dia izinkan.

Belum sempat kami pindah,rumah MIL kena ambush dengan polis.. Ok,ni tak tipu..memang betul. Ada orang yang lapor,masa tu kami anak beranak tengah tidur. Mil pon dah tidur tapi polis tu suruh panggil tuan rumah..Kami anak beranak pulak memang tidur kerap dlam bilik tak sedar langsung kejadian tu. Pukul 1 pagi..dalam 12 org ++ kena tangkap (tengah layan air ketum ramai-ramai,port baik sangat dekat rumah MIL),aku tau sebab 3 hari selepas kena ambush tu ada sorang polis perempuan datang rumah nak ambik keterangan MIL sebagai waris. Suami aku?? Dia tak masuk campur,dia siap cakap biar mereput dekat dalam sana..

Pasal yang kami nak pindah tu memang kami tak tarik balik,kami pindah jugak sebab nak bagi anak-anak aku membesar dalam environment baru. Jauh dari benda atau kejadian yang anak-anak aku pernah alami dan nampak.. Biar 1 hari nanti moment-moment pergaduhan,bungkus ketum semua tu hilang dari ingatan anak aku. Berterus terang,sepanjang aku di rumah MIL aku selalu merungut pasal berkenaan ipar dan MIL dalam hati..Aku kerap tak bercakap dengan Mil sebab ada beberapa hal yang tak kena di mata masing-masing. Bab duit ringgit memang sempit,aku kerap slaahkan suai hal berkaitan duit ringgit dan aku salahkan ipar-ipar aku..Ishh..macam-macamlah yang aku rungutkan..Bergaduh pasal duit yang tak pernah-pernah cukup tu memang tak lari dari 2,3 hari sekali..Sikit-sikit gaduh sampai anak-anak pernah duduk di penjuru bilik tengok aku dan suami bergaduh..Ada masa anak sulung aku yang baru umur 5tahun tinggikan suara pada ayahnya sebab dia tak suak tengok kami suami isteri bertengkar. Betapa teruknya memori anak-anak aku di rumah MIL.

Tapi tu semua dulu,masa kami masih lagi disana..Sekarang kami dirumah sewa yang kami duduk beberapa bulan lepas. Hubungan aku dan MIL makin baik. Anak-anak happy,suami dan aku dah tak pernah bergaduh melainkan bebel-bebel sikit. Anak bongsu aku dah sihat,tapi still ambil pam Budesonide setiap hari. Anak-anak dah tak tanya di mana pakcik-pakcik mereka. Anak dah tak tanya kenapa polis datang rumah nenek bila terserempak polis di jalan raya. Anak-anak dah tak tanya kenapa pak cik dia degil dan suka melawan bila nampak scene pergaduhan di dalam drama tv. Anak-anak semacam dah lupa apa yang mereka pernah Nampak dan dengar di rumah sana dulu. Selepas berpindah aku belum pernah sekali pon bawa anak-anak ke rumah MIL. Kalau nak jumpa Mil aku hanya jemput MIL didepan rumah untuk bawa dia keluar atau bawa MIL ke rumah kami. Bagilah masa untuk anak-anak aku lupa kenangan yang tak sepatutnya mereka Nampak di usia mereka.

Jadi apa yang terjadi dalam kehidupan kami anak beranak memang boleh relate dengan “biar banyak rumah ,jangan banyak dalam 1 rumah..” tiap kali Nampak ayat ini..aku amat-amat terkesan.. Doakan anak aku cepat sihat tanpa berantung pada pam,doakan anak-aku lupa kenangan buruk di sana,doakan hubungan kami suami isteri bahagia sampai syurga,doakan hubungan aku dan MIL akan berterusan baik sampai hujung nyawa.. Buat ipar-ipar aku di penjara Pokok Sena, aku tak redha apa yang kalian lakukan sampai memberi kesan pada anak-anak aku.. Aku tak redha melihat MIL aku berendam air mata menahan malu pada jiran-jiran dan menahan perasaan di maki hamun anak-anak sendiri.. Moga kalian semua keluar nanti,kalian akan berubah.. Aku tak mampu maafkan kalian sekarang.Mungkin 1 hari nanti hati ini akan memaafkan tapi entah bila,aku pon tak tahu.

– Ibu Na

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Pilih Untuk Bersangka Baik

PengakuanKu

Assalamualaikum hi, I’ll introduce myself as Girl, 24y/ o. Recently didiagnose dengan Bipolar Disorder II. Maaf penulisan aku kacau, sekacau kepala otak aku sekarang. Persetan grammar, aku luah apa yang terlintas.

Ramai yang punya cerita lagi berat. My story, hanya picisan. Imajin saja, berusia 14 tahun di mana kau dapat punya segala, tanpa diundang, rasa kosong tiba tiba. Rasa yang di mana, you just wish you’re not exist.

I’m really far from the word perfect and that’s why I hate it the most. Because I could never reach it. Let’s say, dari kecil dibrainwashed untuk menjadi terbaik. Somehow you failed yourself. You failed at being you.

People keep on telling me, it’s just on your mind. Tapi entahlah. Aku sendiri pun tak faham aku.

Aku tak tahu macam mana aku boleh end up went to the hospital. Waiting is such a long journey. My history; 14, substance abuse. A number of panadol- which end up just muntah balik isi perut. 20+, drug abuse. I smoked weed on/ off. Ikut mood. Promised myself nak jadi a better person. Dan sekarang masih on off meds, sebab aku tak nak bergantung pada ubat. And kau tahu, rasa penat bila tiap kali bau urine bau ubat. Penat. Sumpah.

..
.
Labelled and somehow that’s the only thing that makes you learn yourself better,

Overthinking consumed a lot of energy. Aku penat. Sumpah aku sendiri penat jadi aku.

Untuk manusia yang suka, “It’s just on your mind”, “Janganlah fikir benda sedih” etc, aku harap keturunan kalian tak merasa, one of those mental illness. Aku akan anggap segala ayat sebegitu, bullshit semata. Jadi what most people told so, terbang gi belakang je.

24 tahun dan masih tak matang. I wonder where my journey will bring me. Hari ini, esok, lusa, tulat. Entahlah. Moga yang baikbaik sahaja. Pilih untuk bersangka baik pada Tuhan. Reread my post before I post it, maaf kalau tak faham apa aku coret.

– Girl

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Satu Amalan Memudahkan Urusan

PengakuanKu

Assalamualaikum.

Saya nak share tentang bagaimana nak permudahkan urusan dalam apa jua keadaan. In shaa Allah, kalau diamalkan apa pun kerja boleh jadi mudah dan kalau susah sangat pun kira bearable and doable.

So I will start off with basic things yang kita semua tahu. Even most of us amalkan. Which are:
1. Kita mudahkan urusan orang lain and in shaa Allah, Allah SWT mudahkan urusan kita
2. Doa seorang hamba untuk hamba yang lain sangat mustajab. Especially bila orang yang kita doakan tu tak tahu kita doakan dia.
3. Bila kita doakan kebaikan untuk orang lain, berkali-kali kebaikan akan datang balik pada kita.

Jadi, bila kita gabungkan tiga perkara ni menjadi satu amalan, bam, berganda ganda kebaikan sampai kepada kita dan orang lain. Tapi macam mana? Siapa kita nak doakan? Bila? Kebaikan apa yang kita nak kepada mereka? Urusan apa yang kita nak mudahkan? Orang selalu minta kita doakan, so, by right dia tahu kita doakan dia. Hmmmm

Apa yang boleh diamalkan adalah, bila nampak orang susah, atau sedang bekerja, atau sedang sibuk untuk apapun, doakan dalam hati: “Ya Allah, permudahkanlah urusan orang ni”. Tak kiralah pakcik sedang sapu sampah, adik naik motor nak ke sekolah, polis sedang buat roadblock, semua pun lah. So, dia tak tahu kita doakan dia. Kita doakan kebaikan untuk dia. Kita mudahkan urusan dia. In shaa Allah, untuk kita nanti ada yang baik-baik menunggu.

Satu lagi, honestly, kadang kadang hati kita suka nak judge orang lain. Especially bila jumpa kali pertama. Bila kita amalkan berdoa yang baik baik, belum sempat judge kita dah doa yang baik-baik. Kan lagi berganda ganda baik.

Okay, itu saja. Terima kasih.

-A-

– A

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Thursday, 29 March 2018

Dosa?

PengakuanKu

Hai. Aku D. Umur 25 dan baru bekerja awal tahun ni. Aku confess just nak minta pendapat sahaja sebab aku dah takada siapa2 utk mengadu. Even my family sbb family aku bukan jenis mcm tu.

Lately ni aku dapat rasa aku makin nak menjauh dari keluarga aku. Aku kurang spent time dgn keluarga. Kalau dlu waktu kerja prt time masa cuti sem ke apa malam2 mesti duduk dekat ruang tamu. Sbb bg aku hari2 kena ada family time. Even duduk kat ruang tamu tak borak apa still kena duduk situ. At least you are there with your family.

Tp sekarang sejak berlaku satu kejadian tu( nnti cerita kat bawah) aku jadi tawar hati nak spent time dgn keluarga. Aku sampai ke harini macam susah nak maafkan sikap mak ayah aku. Tu sebab aku berat hati nk bersama mereka.

Actualy 8 9 bulan lalu ayah aku mengamuk naik hangin sebab aku minta mereka utk berjumpa dgn ex aku( dah 5 tahun dan ingin ke step seterusnya). Lg sekali aku mention, aku hanya minta berjumpa kenal sahaja. Bukan minta nak tunang atau kahwin dlm masa terdekat. Tapi sebab dia hanya lulusan diploma, automatik ayah aku terus mengamuk. Mak pulak xpernah nak pujuk ayah. Lagi disokong. Fyi, kakak aku bercerai sebah ex suami dia diploma dan tak jalankan tanggungjawab sebagai suami dan bapa. Jadi sebab tu mak ayh aku terang benderang reject.

Aku sedih. Aku tak boleh terima alasan mereka. Aku tak dapat nak maafkan baran mereka and Pandangan mereka terhadap org yg lebih rendah dari mereka atau anak mereka. Sebab bagi aku not all people are same. Aku nampak usaha ex aku cari duit. Aku terasa dgn sikap mak ayah aku yg pandang rendah terhadap org lain..

Disebabkan kejadian tu aku jadi kurang minat bersama keluarga. Even family abg and kakak aku dtg, aku kurung dalam bilik. Aku kdg2 sakit dengar gelak tawa mereka anak2 mereka. Kdg2 menangis sorang diri dalam bilik tu. Even kalau family buat lawak aku dah tak dapat nak gelak ikhlas.

Kadang2 aku tertanya, berdosa ke aku tak spent time dgn family sendiri? Sebab sometimes aku takut mak ayah aku terasa. Tp aku sendiri tak mampu. Selalu aku paksa diri aku duduk dgn family sebab aku tahu hati mak ayh still kena jaga. Aku hari2 menangis. Dah dekat 10 bulan. Rabun pun makin teruk sbb byk sgt menangis. Aku susah sgt nak terima alasan mama ayah aku. Kdg2 aku nak sgt jumpa ustaz2 yg boleh nampak jodoh tu baik utk kita atau tak. Atau paling2 kalau betul mak ayah dpt rasa ex aku bukan yg baik tolonglah bagi tahu aku. Jgn la bg reason diploma. Aku tak berani nak pujuk mak ayah aku lg. Sebab pernah ayah aku tengking halau rumah kalau aku nak kat laki tu. Sakit sangat. Sakit sebab aku sedih mak ayah aku terlalu pentingkan pangkat darjat semua. Aku kerja company bumiputera pun ayh aku tak minat. Its not easy to have a high expectation parent lagi2 bila kau bukan jenis yang selalu banggakan mak ayah. Hm.

If you can give me an advise then i would be much appreciated (btw aku dalam fasa membaiki solat agama hati dn sikap aku juga). Thank you.

The end.

– D

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Apa Yang Korang Dapat

PengakuanKu

Assalamualaikum wbt. Aku harap admin hidekan profile aku. Aku seorang penuntut di sebuah sekolah agama bantuan kerajaan di semenanjung. Hakikat sebenarnya, sekolah je nama ‘sekolah agama’ tapi pelajarnya tidak. Aku tulis confession ni bukan utk mengaibkan mana2 pelajar sekolah agama atau sesiapa sahaja.. tapi utk mintak pendapat, nasihat dan kata2 semangat dri korang.. juga utk menjadi pedoman kepada korang.

Aku tahu memang kalau namanya manusia..memang tak sempurna. Aku mengaku yang aku juga tidak berapa sempurna. Tetapi, aku sekurang-kurangnya usaha utk jadi baik dan aku cuba jaga hati orang sebaik mungkin.

Aku ni seorang yang agak pasif. Di sekolah aku, semua orang gelar aku ‘sajat’ akibat sifat aku y agak feminin. Aku tak pernah balas balik ejekan mereka. Tapi dalam hati memang aku sakit, cuma aku biarkan saja. Pernah satu hari, seorang ‘rakan’ aku cuba utk mengambil kesempatan ke atas aku. Kejadian berlaku didalam surau. Aku duduk dan dia datang ke arah aku lepas tu cuba ‘merogol’ aku. Dia menolak aku berbaring lalu menindih badanku sambil berkata ‘sayang.. jomlah. Tak sakit’ berulang kali dihadapan rakan2 aku yang lain. Semua orang gelakkan aku. Kenapa dia buat aku macamtu?! Aku tk pernah sakitkan hati sesiapa. Aku jaga hati semua orang. Sekarang, aku rasa maruah aku tercalar.

Aku juga selalu menjadi bahan lawak bodoh ‘cikgu’ aku. “Haram salam. Bukan muhrim” apabila aku menghulurkan tangan nak bersalam dgn guru lelakiku. Setakat ayat “asal tak pakai tudung?” tu dah biasa sangat aku dapat daripada cikgu aku tu. Depan rakan2 kelas aku yang lain lagi tu.

Satu hari. Semasa berborak dengan ‘rakan2’ .. aku didatangi ‘cikgu’ itu. Dia menyebut namaku. “Tali bra nampak” sambil tangannya cuba utk konon2 nya membetulkan tali bra aku. Rakan2 aku semua gelak dan join membahan aku. “Cikgu, haram pegang” kata seorang rakanku. “Balik ni samak jela” kata yang lain. Mereka semua sambung ketawa.

Aku tahu y aku tk sempurna. Aku feminin. Perlukah sampai korang menghina aku dan tak jaga hati aku. Pernah ke aku sakitkan hati korang. Aku tk mintak simpati korang. Tapi aku mintak korang berfikir.. apa bagusnya menghina orang seperti aku?! Apa yang korang dapat?

Aku harap korang bagi kata2 semangat dan komen2 yang membina.. jangan hina aku pulak. Aku tahu aku tk sempurna. Tapi aku tak pernah mintak. Last sekali, aku mintak maaf kalau tulisan aku ni mengguris mana2 pihak. terima kasih sekali lagi sudi baca luahan aku. Terima kasih juga admin sebab publishkan cerita aku. Kalau boleh doakan aku. Assalamualaikum.

– Sufian (bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Lady Boss Pilih Kasih

PengakuanKu

Aku ade sorg lady boss yang amat pilih kasih. Kenape? Sebab ade sorg staff dia aka kawan baik dia ni yang selalu tak datang keja atau mc. Dan kerja-kerja kesayangan dia akan dibagi dekat orang lain. Bukan tu ja. Baru-baru ni banyak staff baru yang masuk dekat tempat aku. Masa mula-mula si Lady boss ni interview dorang punyalah angkat bakul. Cakap dorang reti buat keja la, boleh speaking la, boleh itu la. Tapi bila dah start keja. HABUK! Semua tak ada. Lepas tu suruh kita orang staff lama yang train dorang. Tapi bila dah train ade yang tak dengar kata ke, tak follow arahan ke, Lady boss ni akan tutup sebelah mata ja. Alasan sebab orang baru. Then? Masa dulu dia train kita orang macam nak mati tak ada plak dia nak hargai sekarang. Lagi nak bising ada la.

Baru-baru ni ada kes dekat tempat aku. Tak tau la apa budak tu buat. Sampai si LB ni hasut semua yang rapat dengan budak tu untuk pulaukan dia. Kesian aku dekat dia. Kawan-kawan yang dulu rapat, yang sama-sama pergi makan, yang sama-sama lepak semua tak hiraukan dia. Pasal kes dia ni aku tak tau macam mana nak ceritakan. Tapi aku tak rasa Si LB ni patut hasut semua orang. Budak tu sendiri dah cakap kalau dah tak perlukan perkerja mcm dia, dia boleh behenti. Tapi si polan- si polan LB ni suruh dia pikir. Kesian kat LB la. Nama dia busuk la. Dah tu yang kau nak simpan dia lagi nak buat apa? Kau orang yang tak nak layan dia. Tak nak bagi tau apa-apa pasal kes dia. Kata aja kawan. Tapi pura-pura jugak. Apa yang aku boleh nampak kawan-kawan dia ni semua dah pulaukan dia. Semua berpihak pada LB. Mana tidak, bila tanya sepatah, jawab sepatah. Bila dia kata nk behenti semua kata jangan. Perangai dia orang ni macam budak-budak. Tapi umur ada yang dah masuk 30an, ada yang 20an. LB pon satu! Yang bersalah tu dia. Patut kau bincang dengan dia bukan pergi jaja cerita-cerita dia dekat orang lain. Baru tadi aku nampak kawan budak tu keluar dari bilik LB aka dia ni pon kira anak emas LB jugak la.

Paling aku rasa tak profesional bila LB main jeling-jeling dekat budak ni. Pastu bila masa perbincangan LB ni betul-betul tunjukan yang dia tak profesional. Big Boss pon boleh try relax dengan budak tu kenapa LB nak tarik-tarik muka? Aku tak ada la masa dia orang bincang. Aku dengar dari dua belah pihak. Pihak LB dan dari budak tu sendiri. Apa yang aku nampak memang LB and the team bersungguh-sungguh nak clearkan kes ni. Tapi dalam masa yang sama layan budak tu macam pesalah menanti hukuman gantung.

Aku tak berpihak mana-mana pihak. Sebab baru sekarang aku sedar, ada ramai-ramai kawan pon tak sementinya dia orang akan sama-sama nak susah dengan kita. Terutama KAWAN YANG KITA ANGGAP SAUDARA. Senang cakap dalam kes ni masing-masing dah tunjuk warna sebenar.

Kepada yang membaca, aku harap kau orang doakan lah budak tu. Semoga semua urusan dia dalam kes dia ni berjalan lancar dan dia dapat berhenti dengan aman. Amin. Terima kasih.

– Melly

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Wednesday, 28 March 2018

Nasib Test JPJ

PengakuanKu

Hai semua!! terima kasih kepada admin IIUM confession jika sudi siarkan cerita aku ni..aku ni tak pandai sangat nak karang cerita..tapi takpela sis cuba..aku perempuan umur 20 tahun…

Aku baru lulus test jpj kereta hari isnin baru ni…perasaan lulus dapat lesen tu hanya Allah saja yang tahu..tak dapat nak gambarkan perasaannya macam mana…memag happy giler sebab lulus sekali percubaan..sebab aku tak nak sejarah berulang kembali sebab sebelum nim kali ketiga baru aku lulus test komputer..aku ni jenis confident bila aku yakin tu memang insyaAllah aku dapat..and guess what tengah – tengah confident tu plus dengan gementarnya..last – last slali aku dapat markah 41/50..kalau markah atas tong 42/50…memang aku kecewa sangat2…tapi nak buat pahtu aki repeat lagi untuk kali ke2 tak lepas kali ke3 baru lepas…huh akhirnya lepas jugak

Aku pom mintak jugak la tips2 dari orang lain cara nak lulus jpj macam mana…salah satunya adalah dengan berselawat…sepanjang perjalanan tu sampaila dekat wimozad tu aku selawat banyak2 dan berzikir mintak dengan Allah semoga dipermudahkan urusan aku hari ini…sesungguhnya Allah Maha Mendengar akan permintaan hambanya..aku mintak jugak dekat Allah supaya permudahkan aku untuk buat rsm dan rpk..rsm dan rpk tak susah pom korang cuma perlu ingat je benda2 yang berkaitan dengan kereta tu…tapi bila dengan jpj memang akan jdi nervous habis semua jadi tak ingat

Okay untuk bahagian litar Alhamdulillah aku lulus sekali test saja…terima kasih kpd cg yg ajar aq memandu…first naik bukit lulus skali je..atas bukit dua kali sahaja percubaan..sekiranya korang gagal jugk untuk kali ke2..memang gelap la kalau korang nk ke step yg lain plak…ianya dikira fail untk dlm litar shja…atas jalan raya still lagi boleh jalan sebab markah lain2…lepas main bukit terus pergi jalan z lepas tu jalan s dan parking akhirnya sekali simpang T…memang bersyukur sangat2 lulus sekali test saja..time tu memang aku confident dh nk lulus dan Alhamdulillah…

Lepas dah habis dlm litar terus main jalan raya..aku sesi 2 jadi waktu petang aku baru main atas jalan…aku dapat kereta no 16 dan jpj yg aku dapat org lelaki…masa masuk dlm kereta tu aku bagi salam dkt jpj tu terus aku buat rsm semua tu..time tu jpj tu cakap sudah2 la dah ptg da nim saya letih…tapi aku still buat rsm smpai habis sebab nanti takut dia potong markah…jadi aku memang tak layan la jpj tu suruh berhenti…habis rsm baru la naik atas jalan raya sepanjang atas jalan tu aku fokus je dekat jalan sebab aku takut aku lupa gear brape main dan aku masih lagi berselawat…tapi jpj yang aku dapat ni memang baik la mase nk berhenti tu dia suruh tarik handbrake turun gear 1 pastu tolong tengok kereta yang lalu..lepas habis round jalan dan masa nak u turn tu aku turun gear 3 aje sbb cg aku ajar turun gear 3 je…time tu la jpj tu suruh aku turun sampai gear 1 sebb dia cakap kalau turun gear 3 nanti kereta akan mampus

Masuk je dalam wimozad tu mesti org2 dekat pondok tu akan tengok kereta no brape sampai siapa yang bawak kalau kau yang bawak Alhamdulillah tapi kalau jpj yang bawak habis la kau…memang org cop takmo jpj yg tu…sampai je dlm tu kereta aku plak mampus aku rase dah turun gear 1 rupanya gear 3 aku turun nasib baikla jpj tu baik hati kalau tak menangis tak berlagu la aku sbb tak lulus…okay itu saja la yang aku nak cerita…tips nk lulus jpj tu takde la sangat tapi korang kena selalu berselawat dan berdoa semoga dapat jpj yg baik hati tak terlalu tegas…jadi sis doakan kepada sesiapa yg test jpj hari isnin akan datang lulus dgn jayanya..amin

– Miss AA-

– Athira

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Kahwin Muda dan Realiti Kehidupan

PengakuanKu

Assalamualaikum, terima kasih admin kerana menyiarkan confession saya di ruang ini.

Baru-baru ini, telah menjadi trend anak muda umur lewat belasan dan awal 20-an untuk kahwin muda, dan seterusnya mengarang post panjang di laman instagram, atau thread di twitter, untuk menyatakan betapa bahagia nya dapat berkahwin dengan pilihan hati masing-masing, di usia yang muda setelah setahun dua perkenalan. Kadang-kala turut terpalit nasihat tentang bagaimana si ibu bapa sepatutnya tidak melarang hasrat murni mereka, sebab ikut sunnah, kan? Juga bagaimana perkahwinan dapat mengelak daripada maksiat.

Walaupun aku bersetuju tentang sunnah Rasulullah untuk berkahwin, dan bagaimana perkahwinan dapat menjaga kehormatan diri, aku lebih memandang kepada statistik penceraian yang sangat tinggi di negara kita. Bukan aku mendoakan yang buruk, tapi inilah realiti kehidupan. Perkahwinan bukan perkara yang main-main, sekiranya budak-budak muda tersebut faham dengan sebenar-benarnya apakah tanggungjawab yang datang bersama perkahwinan, tentu mereka berfikir 2, 3 kali sebelum menyatakan hasrat untuk berkahwin. Tanggungjawab suami untuk menyediakan keperluan asas, si isteri untuk taat dan melayan suaminya. Bunyinya mudah, tapi kalau benar-benar mudah nescaya tiada seorang pun yang bercerai. Kewangan, kesetiaan, hormat-menghormati, serta pandai mengawal konflik turut patut dititikberatkan.

Umur yang muda, mereka belum benar-benar melihat realiti kehidupan ini bagaimana. Mereka hanya terdedah kepada persekitaran sekolah, atau universiti, atau jika yang sudah bekerja secara sendiri, hanya kepada kelompok manusia yang sedikit. Apakah mereka tidak pernah berfikir, beberapa tahun akan datang, rakan sebaya mereka gah berjalan mencari pengalaman hidup, ada yang semakin berjaya, kerana tiada kekangan komitmen yang tinggi. Dan apakah mereka boleh redha dengan pilihan sendiri, tanpa ada sedikitpun rasa cemburu atau penyesalan di dalam hati? Apakah cita-cita mereka hanya untuk berkahwin muda, dan bercinta hingga mati?

Juga pernahkah mereka berfikir secara dalam tentang dari mana datang wang untuk hari esok, sekiranya keluarga semakin membesar? Walaupun janji Tuhan untuk membuka pintu rezeki bagi pasangan yang berkahwin, rezeki tidak akan datang bergolek tanpa ada usaha. Jika perkahwinan dilanda badai, sanggupkah mereka bertahan bersama-sama, atau memilih jalan singkat untuk bercerai?

Ada alasan kenapa ada ibu bapa melarang anaknya berkahwin muda, untuk menghabiskan pengajian terlebih dahulu. Sekiranya anak tersebut belum tentu pandai mengurus diri, mana mungkin ibu bapa rela melepaskan anak tersebut untuk bertanggungjawab menguruskan orang lain. Biarlah kita bekahwin sedikit lewat, asal diri sudah benar-benar bersedia. Sudah puas merasa duit sendiri, sudah puas berbakti kepada ibu bapa.

Dan janganlah menjadikan “untuk mengelak daripada maksiat” sebagai sebab utama perkahwinan, tetapi lebih kepada mencari redha Tuhan, untuk memikul amanah dengan sebaik-baiknya.

Soalan yang paling aku ingin tanya kepada yang sibuk untuk mengelak maksiat,
“kau memang hari-hari bermaksiat ke macam mana sampai kena kahwin? kau kawal nafsu pun fail, ada hati nak kahwin”

– Anonymous

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Where Are You Papa?

PengakuanKu

Assalamualaikum… Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Admin kerana sudi menyiarkan hasil coretan saya. Apa yang dicoretkan disini bukanlah untuk memalukan sesiapa dan bukan niat untuk memburuk-burukkan sesiapa. Apa yang baik itu datang daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu dari kelemahan diri saya sendiri. Pertama sekali saya memperkenalkan diri. Nama saya Aina dan saya merupakan anak perempuan tunggal di dalam keluarga. Kehidupan yang ingin Aina coretkan bermula dengan perkhabaran mama menghidap kanser pangkal rahim. Sewaktu itu usia Aina 16 tahun.

Pada awalnya, mama dan papa cuba menyembunyikan perkara tersebut daripada pengetahuan Aina. Namun hari semakin hari kesihatan mama semakin merosot dan Aina mulai mengesyaki sesuatu kepada mama. Akhirnya, mama memberitahu dokor mengesahkan mama menghidap kanser pangkal rahim. Papa seorang yang setia pada pandangan mata Aina. Papa setia disisi mama dan tidak pernah lekang senyuman di muka papa untuk mama. Sepanjang mama menjalani rawatan papa akan sentiasa menemani mama. Bulan berganti bulan, mama terus menjalani rawatan, namun kesihatan mama masih merosot. Aina ketika itu hanya mampu memberikan sokongan dan doa untuk mama.

Sikap papa mulai berubah sedikit demi sedikit. Kalau dahulu papa sering menemani mama membuat sesi rawatan, namun kini tiada lagi papa disisi mama. Kadang-kadang Aina perlu memanggil teksi untuk membawa mama ke hospital. Papa mula memberi alasan sibuk dengan urusan kerja. Aina pada awalnya tidak ambil kisah dengan sikap papa memandangkan kerjaya papa yang memerlukan papa perlu memberi fokus yang lebih untuk kerjanya. Namun lama-kelamaan, papa mula tinggalkan mama dan Aina dirumah sendirian. Kadang-kadang dalam masa seminggu adalah 2 @ 3 kali berjumpa papa dirumah. Perbelanjaan rumah juga dikurangkan dengan alasan perlu berjimat cermat disebabkan kos rawatan mama yang mahal.

Jika sebelum ini, Aina mengikuti kelas tuisyen tambahan diluar waktu sekolah namun papa memberitahu supaya Aina berhenti daripada kelas tersebut. Bila tanya kepada papa, alasan yang diberikan mama sendirian dirumah dan yuran tuisyen Aina mahal. Aina mengikut sahaja kehendak papa. Selepas habis waktu sekolah Aina akan terus balik ke rumah untuk menjaga mama. Tahun berikutnya Aina bakal menghadapi SPM. Tahun yang paling sibuk dan mendebarkan untuk Aina. Tambah pula dengan keadaan mama yang tidak sihat dan papa yang tidak mempedulikan mama.

Papa mula naik suara dengan mama dan Aina. Apa yang membuatkan Aina terkilan dengan papa apabila suatu hari sewaktu Aina pulang dari sekolah, Aina terdengar perbualan mama dan papa. Papa cakap mama menyusahkan hidup dia, mama tak sembuh-sembuh, hidup papa musnah dan bermacam-macam perkataan yang menyakitkan keluar dari mulut papa. Allahuakhbar….. Berang dengan cakap-cakap papa, Aina mula bersuara kenapa tiba-tiba papa mula berubah, kenapa papa layan mama macam sampah, kenapa papa tak lagi disisi mama bila mama perlukan papa?…. Papa terdiam.

Hubungan Aina dengan papa tidak lagi rapat seperti dahulu. Papa bukan lagi papa yang Aina kenal. Papa dah berubah. Sangat berubah. Mama pula kini penghuni tetap di hospital. Mama tak mampu untuk bergerak sendirian dan semakin lemah disebabkan kansernya mula merebak ke organ-organ yang lain. Dikala sanak saudara datang mengungjungi mama, papa tiada. Yes, papa tak datang menjenguk mama. Mujur ahli keluarga yang lain menolong Aina menjaga mama sepanjang di hospital. Mama tidak lagi berharap dengan papa. Aina masih berharap agar papa datang melawat mama ketika itu sebelum terlambat.

Selepas tamat peperiksaan SPM, Aina ambil alih tanggungjawab sepenuhnya menjaga mama. Suatu hari, mama meminta Aina untuk menghubungi papa. Aina mengikut kehendak mama dan menghubungi papa. Paling mengejutkan Aina apabila panggilan telefon dijawab oleh seorang wanita dan wanita tersebut memperkenalkan diri sebagai isteri papa. Aina rasakan ibarat sebijik batu yang menghempap kepala. Sampai hati papa! Wanita tersebut memperkenalkan diri sebagai Maria dan dia memberitahu mereka telah berkahwin 6 bulan yang lepas. Katanya papa tiada dirumah ketika itu. Aina dengan berat hati memberitahu mama tengah sakit tenat dan nak berjumpa dengan papa.

Selang beberapa hari selepas kejadian telefon itu, seorang wanita lingkungan 30-an datang melawat mama dan dialah Maria @ isteri baru papa. Mama tidak menyangka dengan kehadiran madunya itu. Maria bersalaman dengan mama dan memberitahu dia isteri baru kepada papa. Aina yang tidak dapat menahan perasaan ketika itu mula menyerang Maria dengan kata-kata yang terkubur dalam hati. Mama ketika itu hanya mampu mengalirkankan air mata. Aina memberontak dengan sikap papa dan kata-kata kesat dilontarkan kepada Maria. Maria mula bersuara. Dia sendiri terkejut apabila mengetahui mama sakit dan masih lagi hidup kerana sebelum mereka berkahwin papa memberitahu dia seorang duda, telah kematian isteri dan tiada anak. Papa, what the hell are you doing?? Sampai hati papa cakap mama dah mati. Sampai hati papa cakap papa tak ada anak. Allahu…. Jadi selama ini papa memang mendoakan supaya mama mati cepat.

Selepas peristiwa di hospital, Aina nekad untuk berjumpa dengan papa. Papa agak terkejut dengan kedatangan Aina dirumah barunya bersama Maria. Aina cakap mama tengah tenat dan dia nak sangat jumpa papa sebelum terlambat. Papa ketika itu diam dan kemudian papa bersuara.. Maafkan papa sebab tinggalkan Aina & mama. Papa sudah tawar hati dengan perkahwinan papa & mama. Papa sudah jumpa dengan seseorang sebagai pengganti mama. Mama tidak mampu lagi bagi apa yang papa mahukan seperti dulu. Mama bukan lagi mama yang dulu. Itulah kata-kata hikmat yang amat perit yang keluar dari mulut seorang lelaki yang Aina hormat & paling Aina sayang sebelum ini. Sampai hati papa. Manusia jenis apa papa ni. Sanggup tinggalkan seorang wanita yang telah berkorban apa sahaja untuk seorang lelaki bergelar suami.

Dipendekkan cerita, selepas mengharungi liku-liku yang mencabar bagi keluarga Aina, pada tanggal 12 Mac 2015 mama telah menghempuskan nafasnya yang terakhir di katil hospital. Innalillahiwainnailaihirojiun… Pulanglah mama ke sisi pencipta-Nya. Papa? Jangan ditanya apa yang telah dibuat. Seminggu sebelum pemergian mama, Aina dikhabarkan papa bersama isteri barunya sedang bercuti di luar negara. Aina hanya memaklumkan pemergian mama melalui mesej dan hanya dibalas selepas 2 hari mama meninggal. Kejam betul papa sampai mama meninggal pun papa tiada di sisi mama.

Kini, Aina tinggal bersama ibu saudara di selatan tanah air. Kenangan dengan mama & papa adalah yang paling indah dalam hidup Aina. Kata-kata akhir mama yang Aina masih ingat sampai sekarang ‘Aina, kita bukan hidup seorang diri, kita ada tuhan. Yakin dengan-Nya’. Papa jarang sekali untuk menjenguk Aina. Perbelanjaan bulanan sepenuhnya ditanggung oleh ibu saudara Aina dan hasil simpanan arwah mama.

Dear papa,
Seandainya papa ada terbaca coretan ini, Aina harap papa sentiasa dalam lindungan tuhan. Walaupun apa yang papa buat adalah perit untuk Aina & arwah mama, Aina maafkan papa sepertimana mama memaafkan papa. Mama telah maafkan papa sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Arwah mama tersangat rindukan papa. Aina harap suatu hari nanti Aina dapat bertemu semula dengan papa.

Dear Maria,
Jagalah papa dengan baik. Apa yang berlaku adalah takdir yang telah ditentukan. Arwah mama telahpun memaafkan Maria.

Aina dah penat untuk mengejar kasih sayang seorang lelaki yang bergelar papa.

-Aina D-

– Aina D

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Doa Yang Masih Belum Dimakbulkan

PengakuanKu

Assalamualaikum semua. First of all, tq sebab sudi approve confessions saya. Saya kenalkan diri saya sebagai Mama AA. Tujuan saya post confession ini adalah untuk minta jasa baik pembaca semua, doakan saya dan suami saya dibebaskan dari kesulitan dan kepayahan yang kami lalui sekarang.

Usia perkahwinan saya nak masuk 6 tahun, kata orang-orang tua pada 5 tahun pertama, normal kalau pasangan hidup susah. Ya, betul dan itu yang kami alami sekarang. Dan sebab itulah saya perlukan doa kalian semua. Alhamdulillah suami saya sangat baik, sangat bertanggungjawab dan ringan tulang. Dia juga seorang ayang yang sangat ‘care’ kepada anak-anak. Sebelum ini saya bekerja, kira saya bekerja dari tahun 2010 hinggalah tahun 2017. Gaji suami saya tak sampai 2K, dan gaji saya, saya akan bayar dan bantu apa yang patut. Selebihnya kami kongsi untuk buat belanja harian. Tapi saya tetap bersyukur sebab kelengkapan anak-anak dan rumah cukup walaupun gaji kami tidak besar.

Hidup kami bertambah susah bila saya terpaksa berhenti kerja pada tahun lepas disebabkan mother in law (MIL) saya kurang sihat. Kenapa saya berhenti kerja? Sebab MIL saya selalu warded dan pitam2. Anak mana yang tak risau bila sesuatu jadi pada ibu kan. Walaupun bagi sesetengah orang, setakat pitam tu apatah sangat, tapi bagi saya dan suami ia cukup merisaukan. Pernah suatu hari saya dapat call yang MIL saya kat dalam emergancy, tak sedarkan diri, masa tu tengah kerja, lebih kurang jam 10 pagi kalau tak silap, then suami ajak EL n balik kampung. Saya minta kebenaran pihak management untuk EL, korang tahu apa yang management cakap. Dia benarkan saya balik awal iaitu sejam sebelum waktu kerja habis. Waktu kerja last jam 6 ptg, tapi saya dibenarkan balik jam 5 ptg. Apa korang rasa? Sgt terkilan ok. Kerja kat sini kalau korang dari keluarga berada, ada duit byk, anak someone, ada pangkat, korang bolehlah nak balik awal ke, nak cuti tanpa isi form ke. Kalau orang mcm saya ni, korang kene hadap la orang2 ofis buat muka nanti, kene perli2 nanti, kene tnjuk bukti bagai. Pernah anak demam teruk terpaksa juga bekerja dan saya terpaksa bawa anak ke ofis sebab takut demam dia lagi teruk.

Okey, back to tajuk saya di atas. Sekarang MIL saya dah sihat sepenuhnya. Bulan 2 dia dh kene operation buang rahim sebelum merebak jadi kanser. Lepas berhenti kerja, saya cuba cari kerja lain. Dah mcm2 interview saya pergi, tapi masih belum dapat lagi. Ada yg call inform kata HR ofis lama saya cakap saya ni pekerja yang tidak bagus, itu sebab ofis baru tak nak hire saya. Tapi xpe, Allah itu satu, Allah tahu siapa yang betul dan siapa yg salah. Semoga Allah balas kebaikan kpd HR itu. Skrg saya masih cuba usaha untuk cari kerja yang kawasan berdekatan sebab senang untuk saya ambil hantar anak saya nanti.

Saya mohon doa kalian agar saya dikurniakan kerja yg lebih baik, dan jumpa majikan yg lebih baik, yang bertolak ansur. Ofis suami saya pula dijangka tutup pada bulan 6 ni disebabkan ekonomi yg teruk sekarang. Itu yg merisaukan saya. Saya sendiri tak sanggup tengok suami saya susah, sedih. Doakan kami supaya dilapangkan rezeki, dibebaskan dari segala hutang dan dibebaskan dari kesusahan skrg. Mungkin Allah belum makbulkan doa doa saya sebab Allah masih belum puas untuk dengar saya merayu, saya meluah, saya menangis. Allah masih belum puas luang masa dengan saya sebab kalau saya kerja, hanya waktu malam saya luang masa baca al Quran, waktu siang tak sempat.

Saya minta maaf sekiranya confession saya ni terlalu panjang dan berterabur. Saya memang tak pandai nak menulis sangat. Semoga doa-doa kalian Allah lontarkan kembali kepada kalian dan keluarga kalian. Amin

-Mama AA-

– Mama AA

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

My Lucky Teeth

PengakuanKu

Hai. Aku gadis awal 20an. Baru bekerja tak sampai 2 tahun. Aku jongang. Tapi jongang aku ni dia pattern lain sikit. Gigi lain semua elok tersusun cuma yang 2 depan tu je dia terlebih menonjolkan diri.

Dari kecik usikan ejekan tak pernah lekang. Sampai sekarang pon kadang2 masih ada yang usik2. Kalau dulu bila kena ejek konfirm berair mata. Biasalah budak kecik. Siapa yang suka kena ejek. Kawan2 ejek. Kadang2 budak2 yang tak kenal pon bila nampak gigi aku ejek jugak. Tapi yang paling sakit hati bila keluarga sendiri pon mengejek. Tak tahulah mungkin bagi diorang benda tu gurauan dan lawak. Tapi bagi aku budak kecik hati tak berapa nak sado itu semua satu ejekan. Aku benci semua orang. Aku benci adik beradik aku. Kenapa perlu nak guna gigi aku sebagai topik gurauan. Rabbit tu dah jadi nama kedua aku.

Keluarga aku ni hidup tak la senang tapi tak susah jugak. Tahap pendidikan semua ahli keluarga kurang la sikit. Jadi masa kecik2 dulu aku tak tahu pon gigi aku tu boleh repair bagi dia rata balik. Maksud pakai braces la. Dan sebenarnya dulu ada skim pelajar bawah umur 16 rasanya boleh pakai free braces dekat hospital kerajaan. Dan aku langsung tak tahu sebab takda pendedahan. Aku baru tahu masa aku tingkatan 5. Jadi terlepas la peluang. Life aku masih sama. Ejekan usikan ada je. Kawan aku pernah sekali tanya kenapa cara aku makan pelik. Sentap gila masa tu. Nak menangis rasa sampai makanan dalam mulut tak tertelan. Disebabkan gigi aku tu kedepan sangat bila makan aku kena tutup mulut rapat2. Dan aku sedar rupa aku jadi macam mana. Korang bayangkan unta tengah mengunyah. Sedih. Pernah jugak aku masuk pertandingan pidato dekat sekolah. Kebetulan peserta tinggal 3 orang sebab ada yang tarik diri. Dah konfirm la kitorang 3 dapat hadiah. Yang sakit hati bila sebelum mula pidato cikgu yang jadi juri tu cakap ” nak bertanding ke. ke kita bagi hadiah je ikut rupa”. Whattt. So konfirm aku no 3 la kan. Sebak weh. Rasa nak lari tarik diri taknak bertanding. And yes aku no 3. Rasa taknak naik pentas ambik hadiah pon. Nangis dalam hati.

Bila habis sekolah aku nekad taknak jumpa lagi kawan2 sekolah. Cari kawan baru je yang tak judge orang. Masuk universiti tak ada pon kawan2 yang mengejek. Yela agaknya semua dah besar2. Tahu jaga hati orang. Dan ada kawan yang tak kisah pon kongsi makanan dengan aku. Siap makan bekas yang aku dah gigit. Aku jadi rileks konfiden pon dah naik sikit. Presentation kelas ke group ke selalu memang aku leader. Sekarang aku dah kerja. So tengah kumpul duit nak pakai braces. Aku ada baca haram pakai braces sebab mengubah ciptaan. Tapi kalau keadaan kita memudaratkan diri boleh pakai braces. Aku bukan nak nampak cantik pakai braces. Aku memang dah comel dah. Serius tak tipu wey. Hahaha. Aku kalau senyum manis je ramai tergoda. Tapi senyum kena tutup mulut la. Kalau senyum nampak gigi takut orang lari pulak. Sebabnya aku nak pakai braces ialah gigi aku ni kadang2 berbahaya dekat orang sekeliling. Pernah tau aku dukung baby tetiba macam mana entah tak ingat apa jadi aku terhantuk kat kepala baby tu. Dan ye kepala baby kena gigi aku dulu. Kau rasa. Syukur la baby tu tak ada apa2. Pernah jugak bergurau2 gigi aku tersagat dengan tangan orang. Jangan bayangkan macam mana tersagat. Lagi satu bila tidur aku tak boleh tutup mulut dan ada komplikasi2 dia la. Contoh gigi berdarah lepastu bibir bawah ada kesan gigi. Ada la beberapa hal yang aku hadapi.

Sekarang ni kalau orang usik aku pasal gigi jongang ni aku senyum je. Malas aku nak layan orang cetek pemikiran. Yang kau kutuk2 ni ciptaan Allah tau. Kadang aku go with the flow. Dah kau beria nak buat lawak guna gigi aku sebagai topik. Aku respon to the jokes la. Contoh dia cakap “gigi besar macam arnab”. Aku jawab “comel kan..orang cakap gigi tuah”. Org:”cabut la gigi tu”. Aku: ” memang nak cabut. tolong cabut boleh ke”. Org: “ehh gigi kenapa mcmtu”. Aku: “lucky teeth”.
Sekarang setiap usikan atau ejekan aku sambut dengan positif. Walau kadang terusik hati kecik ni tapi aku abaikan je. Anggap angin lalu je. Kalau budak2 kecik yang tanya aku senyum je. Yelah budak2 tak tahu apa2. Dia curious kenapa gigi aku tak sama macam dia.

Aku bukan apa. Cuma terfikir orang2 ni senang je mulut cakap lepas. Mungkin bagi kau itu lawak saja usik2 manja tapi kau tahu ke tak orang tu boleh terima ke tak. Kalau orang tu hati tisu dia dendam dengan kau. Mujur la aku hati kecik je tak hati tisu. Jaga la percakapan kita ni. Tak semua orang boleh terima apa yang keluar dari mulut kita.

– Miss Abit

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Powered by Blogger.