Wednesday, 21 March 2018

Samun

PengakuanKu

Terima kasih admin kerana sudi siarkan confession ni.

Aku Yaya, bekas pelajar sebuah universiti tempatan. Aku cuma nak cerita pengalaman aku kena samun. Aku yakin tak ramai yang ada pengalaman macam ni. Benda ni berlaku, kalau tak salah aku masa cuti semester 2. Mungkin boleh jadi pengajaran bersama supaya selalu berhati hati.

Aku anak sulung. Masa aku cuti, aku sorang kat rumah. Adik adik semua sekolah. Mama abah kerja. Macam biasa sebelum pergi kerja mama abah pesan, buka tingkap, jangan tidur pagi nanti rezeki susah masuk. Kawasan perumahan aku tu memang ramai yang kerja. Jadi, kalau pagi memang agak sunyi sikit. Lepas semua orang keluar,aku kunci semua pintu. Tapi tingkap semua aku tutup sebab ada kucing suka masuk dalam rumah (aku takut kucing. Hahaha). Aku ingat apa yang abah mama pesan tapi setakat tutup tingkap je kan. Pagi tu aku macam biasa aku on laptop sambil tengok tv. Last aku tengok jam pukul9.30 atau 9.45pagi. Aku rebahkan badan, baring depan tv. Mata aku mengantuk. Aku tertidur.

Baru sahaja terlena, aku dengar bunyi hentakan kuat di pintu dapur. Dari posisi baring, aku terus berlari. Hahaha. Terkejut weh. Dalam kepala memang terus fikir ada orang. Tapi hati aku masih berdoa harap tu bukan orang. Aku berlari ke pintu dapur. Tak sempat sampai pintu dapur, aku dah terserempak dengan seorang lelaki. Di tangan dia ada sebatang besi yang dia pakai untuk cungkil pintu. Masa tu aku fikir 1 je. Hari ni aku mati. Sumpah aku fikir tu je. Paling tak pun aku mati lepas kena rogol. Dalam panik, aku jerit sambil lari ke ruang tamu. Aku jerit dengan harapan ada jiran lalu ke dengar aku jerit. Masa tu dia kejar aku, dia angkat besi tu macam nak pukul aku, suruh aku diam. Aku diam sebab takut kena pukul. Tangan aku sejuk, menggigil. Aku menangis. Takut wei. Gila tak takut. Masa tu aku fikir jugak dia bawak geng ke. Kalau ada geng, habis lah aku.

Dia suruh aku tunjuk bilik parents. Dia geledah 1 rumah. Tapi rumah aku bukan ada apa. Barang kemas dah pernah kena curi dalam 10tahun sebelum tu. Sebenarnya ni kali kedua rumah kena pecah masuk. Kali pertama masa sekolah. Tak ada orang kat rumah. Ok. Berbalik kepada cerita. Akhirnya dia ambil laptop dengan rantai tangan aku, handphone aku dan adik adik dan beberapa barang lagi yang aku dah lupa. Tapi aku rayu kat dia jangan ambik laptop sebab aku student. Lagi lagi aku student IT. Laptop tu ibarat nyawa aku kot. Sebab aku tak kasi laptop tu, dia tarik aku bawak masuk bilik, cuba nak buat something kat aku. Jadi, aku kasi dia ambik laptop.

Selepas hampir sejam, dia dah puas geledah, dia ikat tangan aku kat tiang, tutup mulut aku dan terus keluar. Aku tak lega kat situ sebab aku masih fikir mungkin dia masuk balik bawak geng dia sebab tahu aku tak boleh lari. Aku cuba bukak plaster kat mulut. Aku gigit tali untuk buka ikatan kat tangan. Aku terus gi kunci pintu dapur. Oh ya. Pintu dapur ada 3 lock. Pagi tu aku lock 1 kunci je lepas sidai baju. Jadi 1 tu je rosak. Jadi, pintu masih boleh dikunci.

Aku cuba bertenang, call abah aku pakai telefon rumah. Dengar suara abah, aku terus nangis. Abah tanya kenapa. Aku cakap ada orang masuk rumah. Terus abah aku pecut balik. Tempat kerja abah jauh. Sejam perjalanan. Sebelum abah sampai, abah call mama, call jiran, call pakcik sebab ada pakcik yang sekampung dengan aku. Rupanya abah ingat penyamun tu ada lagi dalam rumah. Terkejut aku bila pakcik aku datang bawak geng. Haha. Abah aku paling lambat sampai sebab dia jauh. Aku ingat lagi, abah aku sampai, terus dia lari peluk aku. Tu kali pertama dalam hidup aku tengok abah menangis. Aku taip ni pun sebak bila ingat balik. Btw, semua orang fikir aku kena rogol. Haha. Yelah. Aku sorang kan masa tu. Tapi alhamdulillah aku tak apa apa. Aku buat report polis tapi tak dapat tangkap pun orang tu sampai sekarang. Lagipun kalau tak salah aku lepas 2 kali prosedur, aku minta hentikan laporan sebab aku trauma. Tiap kali pergi balai, aku kena ingat balik peristiwa tu dengan muka penyamun tu. Aku tak boleh. Aku trauma, aku takut. Tiap kali tu tangan aku menggigil, aku nak nangis, jantung aku berdebar.

Lepas peristiwa tu, kesan pada aku, aku takut bila sorang. Jadi aku kerja kat kantin sekolah masa aku cuti. Aku tak boleh tidur beberapa malam. Asal keluar rumah, aku rasa diperhati. Makan tahun jugak la trauma tu. Pernah sekali tu, ni beberapa tahun lepas kejadian tu, aku ingatkan aku dah ok. Aku cuba stay rumah sorang walaupun masih ada takut. Kali ni memang aku tak tidur, tingkap semua buka. Tiba tiba aku dengar bunyi atas bumbung. Sebenarnya aku tahu ada kucing kat atas tu tapi aku masih fikir ‘kalau orang macam mana?’
Aku terus ambik kunci kereta, drive pergi rumah makcik. Tingkap, tv semua aku tak tutup. Aku cuma kunci pintu utama je. Sampai rumah makcik, badan aku menggigil, muka aku pucat. Huhu. Trauma weh.

Sekarang alhamdulillah aku dah kahwin. Trauma aku ada lagi sebenarnya cuma dah makin ok. Rumah parents aku tu banglo. Jadi, aku trauma nak tinggal dalam rumah yang atas tanah macam teres, banglo. Aku prefer rumah bertingkat. Sebelum ni aku takut bila bunyi orang ketuk pintu, ada orang datang rumah ke, mesti badan aku sejuk menggigil. Tapi yang tu dah ok sejak aku kahwin dan pindah dari rumah parents.

Pengajaran dari cerita aku, sekecil mana pesanan parents sekalipun, jangan abaikan. Kadang gerak hati mereka ni betul sebab tu mereka pesan macam macam. Sebenarnya orang tu masuk rumah aku sebab dia fikir dalam rumah tu tak ada orang sebab sebelum tu kan aku kat universiti. Jadi rumah tu kosong. Bila aku ada, aku tak buka tingkap. Jadi, memang macam tak ada orang. Kalau aku buka tingkap atau aku tak tidur, mungkin boleh elak benda ni dari terjadi.

Oh ya. Aku panggil samun sebab polis yang klasifikasikan kes ni sebagai samun dan bukannya rompak atau curi. Polis cakap rompak tu kalau kat rumah tu tak ada orang.

Oklah. Itu sahaja cerita aku. Terima kasih kerana sudi membaca.

-yaya

– Yaya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.