Saturday, 31 March 2018

Semua Salah Doktor

PengakuanKu

Assalamualaikum. Tujuan aku menulis di sini bukan untuk menimbulkan perbalahan ataupun pandangan serong dari masyarakat. Bukan mahu defend siapa yang salah dan siapa yang betul. Sebelum ini aku pernah confess di sini bertajuk ‘jangan hina doktor’ dan ‘realiti hidup seorang doktor’-cerita tentang abang dan kakak aku. Aku baca semua komen-komen di confessions sebelum ini dan terharu kerana ramai yang defend dan menghargai penat lelah seorang doktor. Aku menulis lagi di sini berikutan satu kisah yang viral di media sosial yang menuduh perawat kesihatan di sebuah hospital ‘district’ lembab dan mengabaikan pesakit; yang mana kkm sendiri terpaksa membuat kenyataan rasmi dimana terbukti bahawa kisah yang disebarkan itu adalah tidak benar.

Sungguh, aku tidak faham mengapa masih ada lagi segelintir dari masyarakat yang gemar untuk viralkan sesuatu perkara tanpa usul periksa. Sebagai ahli keluarga, aku berasa terkilan, lebih-lebih lagi hospital yang diviralkan itu adalah tempat abang aku bekerja dan mungkin abang aku juga terlibat dalam cerita ini (aku kurang pasti). Tercalar imej seluruh doktor di tempat tersebut. Mereka bekerja siang dan malam, oncall, berpenat lelah hanya untuk dituduh membuta tuli seperti ini.

Rungutan dan aduan yang biasa aku dengar kebanyakannya datang dari hospital district. Untuk pengetahuan, di hospital ‘district’ (daerah), TIADA doktor pakar ataupun houseman seperti di hospital besar. Yang ada hanya medical officer (MO), staff nurse & PPP. Di hospital district juga, sesetengah MO yang bertugas di sana baru sahaja melepasi fasa sebagai HO (doktor pelatih). Jadi, tidak pelik jika kita lihat mereka seperti kekok dan kurang cekap dalam memberi rawatan.

Jika berlaku kes kecemasan, semuanya bergantung kepada MO untuk menyelamatkan nyawa pesakit. Bayangkan jika MO yang oncall pada malam tersebut hanya beberapa orang, sedangkan pesakit berpusu-pusu datang tanpa henti. Boleh bayangkan bagaimana mereka mahu merawat pesakit tersebut serentak? Itu belum termasuk lagi pesakit kritikal yang memerlukan rujukan segera ke hospital besar. Pernah, abang aku mesej pada malam dia oncall “Wad malam ni berkicap. Dari maghrib sampailah ke pagi tak boleh duduk langsung. Buat cpr tak berjaya, 2 patient meninggal”. Ayatnya mungkin kedengaran bersahaja, tapi siapa tahu kekecewaan dalam hati kerana gagal untuk menyelamatkan nyawa pesakit.

Itu baru sahaja situasi di zon merah, belum termasuk lagi di zon kuning dan hijau yang memerlukan perhatian. Pernah juga abang aku whatsapp tengah-tengah malam “dalam ambulans lagi, baru hantar pesakit”. Anak isteri ditinggalkan di rumah demi melunaskan amanah yang diberikan. Mereka terkejar-kejar seharian ke sana ke mari, tapi masih ada cakap-cakap dari pesakit ‘doktor tak senyum pun masa rawat aku’, ‘aku tunggu tiga jam baru boleh jumpa doktor, servis hospital ni teruk’, ‘doktor main henfon, pesakit merungut dia buat tak endah’ dan macam-macam lagi ayat yang menggambarkan ‘semuanya salah doktor’.

Pesakit, bayangkan jika kamu berada di tempat doktor tersebut, adakah kamu masih boleh tersenyum manis padahal dari pagi sehingga ke petang, kamu tidak sempat langsung untuk duduk ataupun rehat? Adakah kamu masih boleh senyum jika pesakit yang baru kamu rawat tadi meninggal dan tidak dapat diselamatkan? Adakah kamu masih boleh tersenyum jika baru sebentar tadi ada pesakit yang marah dan mengherdik kamu kerana menunggu lama?

Doktor juga manusia seperti kita. Emosi turun dan naik. Lebih-lebih lagi dalam keadaan stress dan tidak cukup rehat, emosi sukar untuk dikawal. Tidak melampau aku katakan emosi seorang doktor juga sebenarnya bergantung kepada perangai seseorang pesakit. Boleh ke doktor itu senyum jika pesakit tersebut datang dengan marah-marah dan masam mencuka?

Tahukah kamu bahawa ada sesetengah doktor rasa bersalah untuk mengambil MC lama, padahal itulah peluang untuk mereka berehat di rumah. Mereka sanggup datang bekerja lebih awal dari cuti yang diberikan walaupun mereka belum sihat sepenuhnya; kerana memikirkan pesakit dan kerja yang bertimbun di hospital. Beberapa tahun lepas, seorang doktor yang sedang mengandung, meninggal kerana ambulans yang dinaiki accident ketika dalam perjalanan menghantar pesakit ke hospital. Ada juga kisah-kisah doktor yang meninggal kemalangan selepas pulang dari kerja. Ada juga kisah doktor diludah oleh relative pesakit, tapi mereka bersabar dan tak cepat melatah.

Mata aku sendiri juga pernah melihat kakak aku (rujuk confession aku sebelum ini) pergi bekerja dalam keadaan kurang sihat dan tidak bermaya. Sampaikan ibu aku sendiri risau nak lepaskan dia bekerja dalam keadaan sebegitu. Tak pasal-pasal dia sendiri yang rebah dalam wad, siapa yang susah?
Pernah seorang doktor bagitahu aku, kepuasan sebenar mereka dalam bekerja adalah ketika melihat pesakit yang mereka rawat itu sembuh dan hidup normal seperti sediakala. Jadi, tidak logik di sini jika doktor sengaja untuk mengabaikan dan membiarkan pesakit mereka menahan kesakitan kecuali jika mereka dalam keadaan terpaksa.

Benar, mungkin ada segelintir doktor yang lalai dan cuai dalam menjalankan tugas. Tapi, itu hanyalah segelintir, bukan semua. Nasihat aku, jika kita sebagai pesakit atau relative berada dalam situasi ini, cuba bertenang dan kawal perasaan dahulu. Istighfar.Ingatlah satu pepatah inggeris pernah berkata ‘boiling water doesn’t reflect’ yang bermaksud jika kita bertindak dalam keadaan marah, itu bukanlah diri kita yang sebenar. Setelah bertenang, barulah kita berfikir dan membuat keputusan sama ada untuk membiarkan sahaja ataupun membuat aduan kepada pihak berwajib. Bangsa kita bangsa berilmu dan bermaruah, jadi bertindaklah seperti orang yang berilmu dan bertamadun.

Aku akhiri confession ini dengan petikan kata-kata almarhum tuan guru nik aziz “mencari salah dan aib orang hanya untuk memuaskan hati sendiri, itu petanda hati kita rosak.” Beringatlah sebelum berkata-kata, kerana ianya mungkin ‘membunuh’ mereka yang tidak berdosa.

Sekian.

– Adik penyayang

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.