Saturday, 24 March 2018

Keluarga 69

PengakuanKu

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kisah yang bakal aku kongsi ini baru sahaja terjadi beberapa minggu lalu, namun baru kini aku merasa terbuka untuk berkongsi.

Aku merupakan seorang golongan kolar putih di salah sebuah syarikat yang terkemuka di KL. Gajiku terlebih2 banyak pada setiap bulan dan aku sama sekali tidak merasa sukarnya hidup di kota batu ini. Dilahirkan dalam keluarga susah yang konservatif, aku masih mengamalkan nilai2 tradisi walaupun pelbagai bentuk anasir dunia baru menjadikan aku matang dalam menempuh dunia dewasa. Pada tahun lalu, aku telah ditakdirkan bertemu dan menyewa dengan sebuah keluarga yang aku gelar keluarga 69.

Keluarga 69 ini terdiri dari sepasang suami isteri dan ibu bapa mereka. Awal kehadiran aku di situ tidak aku ketahui bahawa aku telah termasuk ke dalam jerat penipu. Mereka begitu berahsia, memandangkan aku hanya menyewa, aku mengambil keputusan untuk tidak menghiraukan keadaan mereka. Keluarga ini kelihatan agak kurang normal,liar. Pada permulaan aku menganggap dengan adanya ibu bapa mereka, keadaan terkawal. Namun jangkaan aku meleset sama sekali.

Pergaulan bebas, lelaki dan perempuan bercampur di dalam rumah bagaikan pemandangan biasa pada awalnya. Sehinggalah pasangan muda ini akhirnya ditimpa susah akibat kemalasan sang lelaki enggan bekerja biasa2. Pagi mereka jam 11, dan malam mereka bagaikan tiada. Sang isteri tetap menyalahkan kawan2-kononnya mereka tiada saat mereka memerlukan. Dasar drama. Mereka melihat ibu bapa sekadar mesin atm. Kedua orang tua mereka juga susah, meninggalkan kampung semata2 mahu melihat dan menjaga dua orang dewasa. Hairan kan? Kedua orang tua dilayan seperti orang asing, seringkali juga aku terlihat riak sedih mereka bila aku pulang dari pejabat. Aku menjadi tempat mereka meluahkan rasa. Tidak dilupakan sahabat dan keluarga mereka yang bertandang jam 2 3 pagi, kadangkala juga bertukang saat mata seharusnya lelap. Makanan janganlah ditinggalkan di dalam peti ais, pasti lenyap dan selamat. Maintenance rumah? Seringkali aku diminta untuk berkongsi sedangkan aku cuma menyewa 1 bilik dan membayar separuh lansung dari sewa rumah tanpa menggunakan apa2 peralatan rumah. Sedangkan pada awal perjanjian masuk, sewa aku termasuk dengan furnishings rumah. Aku selalu tidak redha dan sering mengadu di atas tikar sajadah akan perangai dan perilaku mereka. Lama kelamaan aku memilih untuk menjauh. Lebih mudah begitu.

Bulan berganti bulan. Keadaan keluarga ini jika diekstrapolasikan menjadi graf akan menunjukkan pola menurun secara berkala. Bermula dengan kereta yang ditarik, perlahan-lahan apa yang mereka buat tidak menjadi. Benar, setiap kali aku menghulurkan sewa, aku akan terdetik rasa tidak redha dan ketika mereka menerima sewa jugalah akan terjadi musibah seperti tayar diclamp oleh DBKL, saman dan sewaktu dengannya. Alhamdulillah aku semakin maju dalam kerjaya dan segala yang aku kerjakan.

Penangan ini aku rasai setelah balik dari outstastion, aku menerima notis untuk mengosongkan bilik dari tuan rumah sebenar. Aku yg tidak pernah diberitahu sebenarnya aku cuma menyewa sebagai sublet dan akhirnya kedua mereka mengaku bukan tuan rumah sebenar sedangkan aku telah mengetahui hakikat itu dari mulut ibu mereka sendiri. Tunggakan selama 3 bulan diberitahu oleh ibu mereka tidak pula mereka nyatakan, malahan bermati matian menyalahkan tuan rumah. Mereka juga enggan memulangkan depo dan sewa bulan semasa yang berjumlah hampir 1k yang mereka ambil dgn pelbagai alasan. Aku bersangka baik dengan aturan Allah,mengeluarkan aku dari lembah dan kancah kebingungan ini, bersubahat menyewa bersama keluarga 69 ini.

1k bukanlah jumlah yang banyak bagiku. Yang menjadikan aku sedih adalah layanan mereka saat kami dihalau. Aku ingin berkongsi pengalaman ini sebagai pengajaran kepada semua. Walaupun anda sublet, betul2 ambil tahu. Berhati2 dengan pasangan ini (hint :mereka mula mencari rumah baru pada 15/3) dan aku sangat berharap tiada siapa akan menerima nasib seperti aku. Aku pernah berada di dalam kasut tuan rumah dan penyewa. Sama sekali aku tidak menyalahkan tuan rumah dalam hal ni. Berhati2lah tuan rumah sekalian dengan pasangan ini.

– Anonymous

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.