Monday, 19 March 2018

Derhaka? Aftermath

PengakuanKu

Assalamualaikum dan terima kasih kerana admin approve confession saya sekali lagi. Haritu saya ada confessed pasal mak saya nak pinjam duit ahlong guna nama saya.

Saya nak ucapkan terima kasih kepada mereka yang memberi nasihat kepada saya. Selepas dari haritu, saya tak buat report polis tapi ugut mak saya sahaja, dan dia terus diamkan diri.

Mak ganggu abang saya pula, dia minta abang saya bagi dia menggunakan nama kakak ipar saya pula. Hm, saya tidak berniat untuk menyaibkan mak saya tapi saya harap kisah saya ini menjadi mengajar.

Selepas abang saya desak, dia cakap dia nak pindah rumah, nak bayar duit deposit. Then abang saya minta mak pindah duduk bersama dia dan isterinya, mereka pun belum ada rezeki ada anak so takdelah nak susahkan mak ke apa.

Tapi mak taknak, marah2 abang malah dia mengungkit sikit duit bulanan yg dia bagi kat wan and atuk untuk jaga kami 4 beradik masa kami sekolah dulu.

Masa dia cakap nak guna nama saya untuk buat loan tu, dia cakap selasa settle. Lepastu, dengan abang saya dia cakap in this week pula. Sampai semalam ahad dia masih merayu abang bagi guna nama kakak ipar untuk buat pinjaman ahlong.

Abang saya cakaplah, macam mana mak nak bayar duit ahlong tu? Nanti kitorang yang susah. Dia cakap nanti dia dapat duit. Abang tanya lagi, macam mana mak dapat duit pulak? Mak kata dah berhenti kerja, pindahlah duduk rumah abang.

Dia pun send screenshot email.

Rupanya dia beria nak duit sebab dia received email say that mak menang apatah and kena bank in kan RM1K untuk activekan account.

Yes, itu scam.

Allah, luluh hati kami. Sanggup dia menipu kami, hampir guna nama kami untuk buat loan dengan ahlong semua.

Selepas dapat tahu itu scam, dia terus tidak reply whatsapp kami, call pun tak angkat.

Saya tidak 100% menyalahkan mak, dia agak naive dan mudah percaya orang tetapi dia sepatutnya bertanya kepada anak2 dahulu dan berbincang.

Saya tak rapat dengan ibubapa saya sebab saya dibesarkan oleh wan dan atuk, result SPM kami adik beradik pun mak taktahu, lagilah cgpa masa study tapi saya masih hormat dia dan beri duit jajan bulanan.

Tapi ini case ni betul2 buat saya tawar hati. Saya harap ibubapa lain janganlah berkelakuan seperti mak saya. Bincang dengan anak apa2 hal. InsyaAllah kalau benda tu releven dan mampu, kami akan cuba sedaya upaya untuk tolong.

– AI

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.