Sunday, 18 March 2018

Solat Tak Dapat Solat

PengakuanKu

Assalamualaikum, terima kasih buat admin sebab post kisah ini.

Aku merupakan seorang guru sekolah rendah. Sekolah yang aku ajar sekolah beraliran agama yang menekankan silibus tahfiz.

Pelajar sejak dari tahun 1 sudah dilatih menghafaz juz 30 dan keatas. Pelajar bukan sekadar menghafaz tetapi ditekankan juga bacaan dengan tajwid dan makhraj yang betul alhamdulillah.

Ada juga ibubapa yang proaktif mencari kelas al quran hafazan dan taranum di luar supaya anak ini dapat membaca al quran dengan baik dan sedap.

Cumanya aku lihat ibubapa masa kita lebih ghairah menghantar anak anak belajar al quran, tarannum dan tajwid. Beri penekanan yang penuh agar anak jadi Hafiz al quran.

Itu satu trend yang sangat baik dan patut dicontohi. Cuma aku sedikit terkilan apabila ramai ibubapa lebih menekankan anak menghafal al quran lebih daripada menekankan anak belajar solat dan ilmu tauhid mengenal Allah swt.

Anak anak sangat dijaga dari segi bacaan al quran dengan taranum dan tajwid. Tetapi anak anak tidak ditekankan bab solat. Solat sekadar solat. Ilmu berkaitan solat tidak ditekankan. Amat jarang ibubapa yang menitikberatkan ilmu solat kepada anak anak.

Solat dianggap remeh. Solat yang sempurna tidak mendapat perhatian masyarakat umum. Tetapi bacaan al quran yang baik dan bertaranum akan mudah mendapat perhatian dan sanjungan masyarakat.

Hakikatnya solat yang utama dipelajari dan dititikberatkan begitu juga ilmu tauhid. Ilmu mengenal Allah swt. Juga penting dipelajari. Kerana akhir zaman fitnah Akidah itu lebih dasyat. Orang boleh islam pada siang dan kafir dimalam hari.

Buat ibubapa dan bakal ibubapa. Tidak ada salahnya kita usaha agar anak anak kita belajar al quran dengan baik. Tetapi titikberatkan juga ilmu kefahaman mengenai solat dan akidah.

Belajar ilmu solat. Kerana itu perkara utama yang disoal oleh Allah swt diakhirat kelak. Belajar ilmu tauhid. Ilmu akidah agar anak cucu kita kelak terselamat daripada dirosakkan akidah.

Tiada guna mengaji sedap lunak merdu tetapi akidahnya rosak. Solat tidak dijaga. Utamakan yang utama.

Jangan kita hanya berlumba lumba menyuruh anak mengaji, menghafal al quran kerana ia mendapat sanjungan tinggi dari masyarakat.

Tetapi kita abaikan penekanan terhadap ilmu solat dan akidah kerana orang yang sempurna solatnya dan sahih (benar) akidahnya tidak disanjung didalam masyarakat.

Utamakan pandangan Allah swt lebih daripada pandangan manusia.

– Harry potter

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.