Saturday, 24 March 2018

Tidak Pernah Disangka

PengakuanKu

Aku ibu anak satu. Mungkin belum cukup pengalaman sebagai ibu, namun aku ingin berkongsi pengalaman aku dengan pembaca semua.

Saat kelahiran hampir tiba. Hari-hari aku akan cuit anak aku dalam kandungan untuk merasa tendangannya yang kuat. Nanti senang nak tanda dalam buku merah. Suatu hari tendangan bayi aku berkurangan. Aku terus bagitahu suami dan bergegas kami kehospital.

Scan menunjukkan air ketubab kurang. No leaking. Tapi berkurangan. Tak tahu kenapa. Doctor sarankan aku bersalin memandangkan kandungan aku pun dah 38 minggu. Diringkaskan, proses kelahiran secara pembedahan pun berjalan dengan lancar.

Namun tiada kedengaran tangisan bayi. “Anak puan sudah selamat dilahirkan.”-Kata seorang Doktor.
Namun tiada bayang anak aku. Tiada tangisan seorang bayi. “Boy ke girl doctor?”-tanya aku. “Girl”-Doktor.
Selesai segalanya. Aku ditolak ke wad. Keesokkan pagi, pakar datang terangkan situasi anak aku.

Anak aku ditahan di NICU untuk diberi bantuan oksigen. Cooling Therapy. Sebab suspek lemas. Then bermula dari hari itu aku ulang alik ke NICU untuk tengok anak aku. Kesian berselirat wayar.

Usah 3hari proses Cooling Therapy, anak aku tidak respond seperti kebanyakkan baby normal. Doktor terangkan kepada aku anak aku kategori Floppy Baby. Bayi lembut. Dan ada sawan sedikit pada hari kelapan selepas kelahiran. Aku? Seperti manusia tidak berperasaan. Masih dalam ‘uniform’ merah jambu untuk tunggu discaj dari hospital.

Selepas melawat anak di NICU, aku menangis tanpa henti di wad. Sedih. Suami aku tenangkan aku. Walhal dia pun menitikkan air mata.

Sepanjang tempoh berpantang aku, hanya air mata sebagai teman. Aku tak tahu kenapa. Tapi air mata mengalir. Gigih aku pam susu untuk anak aku di hospital. Suami aku pun gigih belikan pam untuk aku. Try pam jenis itu tak sesuai. Susu tak keluar. Try pam jenis ini melecet. Ah! Macam macam lah. Lastly pergi mengurut.

Ada yang bagitahu aku jangan menangis nanti meroyan. Aku tak peduli. Dah air mata ni nak mengalir. Jenuh tahan supaya kuat. Namun xboleh. Aku tetap menangis. Sepanjang tempoh berpantang aku banyak berpantang dalam kereta. Iyalah, kehospital tengok anak.

Macam macam usaha doktor buat untuk mencari sebab anak aku jadi lembut. Ambil air tulang belakang done, buat imbasan MRI done. Ambil darah? Ah! Dan macam dracula aku tengok HO tu amek darah anak aku.

Alhamdulillah segala keputusan adalah normal. Semua dalam keadaan baik. Cuma mengapa sawan? Doktor masih tak tahu sebabnya. Proses EEG diteruskan dan tiada sawan direkod. Anak aku akan dirujuk ke pakar neurologi di Penang. Disitu ada pakar bahagian otak. Mungkin akan dapat jawapan.

Anak aku didignose Zellwegger syndrome. Macam tu lah kot ejanya. Sedih dan sayu bila doctor bagitahu macam tu. Aku ni depan doctor kental. Keluar saja pintu NICU memang banjir setaman. Apa apa sahajalah. Yang pasti aku nak anak aku sihat dan sihat dan sihat sejahtera.

Kini usia anak aku 4bulan. Ulang alik hospital sahaja sepanjang 4bulan ni. Penat? Tak pernah terlintas. Namun ada orang tiba-tiba ajukan soalan, ” penat kan ulang alik?” Aku? Sungguh tidak pernah sekelumit pun aku mengeluh atau berasa penat sehinggalah disapa soalan sebegitu. Aku tersentak. Istighfar aku. Tak pernah aku berkata penat. Allah dah jafikan jalan hidup aku dan suami sebegini. Kami Redha. Tak mungkin Allah izinkan semua ini kalau kami tak mampu.

Sepanjang aku rooming in (seminggu room in..then balik rumah..then room in seminggu..then balik rumah..mcm tu lah aku) di NICU ramai kawan kawan baru yang aku jumpa. Malah keadaan anak mereka lebih serius dari anak aku. Anak aku cukup sifat, cuma keadaannya lembut sahaja. Anak aku diberi rawatan fisio seperti limb fisio dan chest fisio sebab kahak banyak sangat. Alhamdulillah kini aku boleh handle anak aku sendiri. Namun anak aku masih belum discaj dari hospital.

Insyaallah Isnin ini aku dan anak aku ke Penang untuk berjumpa pakar disana. Doakan segala prosesnya berjalan lancar dan dipermudahkan.

Aku harap lepas pergi Penang ni anak aku boleh discaj dari hospital dan membesar di sisi kami suami isteri. Amin.

Sungguh aku tak sangka akan dapat anak Syurga ni. Ini semua kurniaan Allah. Aku tahu, ramai ibu diluar sana ada pengalaman lebih hebat dari aku. Dan aku yakin ibu ibu itu adalah ibu yang tabah. Aku inginkan semangat ibu seperti itu. Kongsikan pengalaman ibu ibu di komen supaya aku juga terus kuat dan semangat.

Sehingga kini air mata mengalir. Kadang tak kuat juga aku ni.

– A Mother

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.