Friday, 23 March 2018

Anak Asuh Amanah Pengasuh

PengakuanKu

Salam admin, mohon siar.

Hi, Aku Tullip Merah. Sekali lagi bersiaran live kepada pembaca IIUM Confession. Hari tu aku ada confess pasal pembahagian harta antara anak-anak dengan isteri kedua arwah abang ipar aku. Percayalah aku baca komen-komen korang. Alhamdulillah semoga kita semua dipermudahkan urusan kelak.

Kali ni kisahnya lain. Aku dalam dilemma. Ni cerita pengasuh anak aku. Yes. My only child’s nanny. Orang cakap memang tak mudah nak jaga anak orang. Lain kepala lain ragam. Tapi sedarkah kita yang apa yang dipertanggungjawabkan dibahu kita adalah amanah? Walaupun tiap bulan dihulur duit, tapi kalau gagal melaksanakan amanah, kelak dihitung kira depan Tuhan juga.

Maaf tulisan aku bersulam emosi. Hati seorang ibu, hanya wanita yang bergelar ibu sahaja yang faham. Selama ni aku sentiasa titipkan dalam kepala yang anak aku diamanahkan kepada insan yang baik-baik. Tak terlintas dalam kepala nak berburuk sangka walau sedikit pun.

Tetapi apa yang berlaku baru-baru ini merenggut semuanya dari pemikiran. Daripada seorang yang positif aku jadi tak ada hati nak berhusnuzon. Aku berulang kerja lebih 100km setiap hari. Jadi aku akan keluar subuh dan balik di rembang senja. Suami akulah yang sentiasa menguruskan anak untuk dihantar kepada pengasuh.

Kami tak pernah berkira dengan pengasuh. Setiap kali nak hantar anak, rutin biasa suami aku akan mandikan anak, suapkan makan kenyang-kenyang, lewat macamana pun, itu tanggungjawab yang kami laksanakan sebagai ibu bapa, kami tak passed tanggungjawab kami kepada pengasuh. Setiap bulan duit upah pasti diberi lebih daripada dijanjikan. Barang dapur tiap2 bulan kami pam ke rumah pengasuh. Umpama kecewa bercinta, aku sekarang suka rela mengungkit segala kebaikan yang dibalas tuba. Biarlah soal pahala pun, siapalah kita nak buat kerja Tuhan.

Suami aku akan hantarkan anak kami dalam keadaan kenyang dan kemas. Dah siap di mandi, makan, ceria bersama sebotol susu suam yang dibancuh penuh. Sedikit pun kami tak menyusahkan pengasuh. Kami cuma minta ehsan pengasuh (yang kami bayar setiap bulan, bukan asuh free ya) untuk tengokkan anak kami, mandikan bila perlu, suapkan makan tengahari yang aku dah bekalkan (tak pernah sekalipun mintak pengasuh yang masakkan makanan anak). Mandikn anak tengahari dan petang (dah memang lumrah manusia mandi tiga kali sehari). Hantar pun bukannya lima hari seminggu (kadang2 si atuk nenek kidnap minta teman bermain), tapi masih dibayar penuh.

Bila aku persoal kenapa anak yang sedari pagi dalam baju dan pampers yang sama(beliau kirimkan gambar anak sedang melasak dengan anak asuhan lain jam 5.58petang), beliau tersentak. Katanya lepas ni jaga sendirilah anak akak. Oh my Allah. Ke situ pulak? Aku tepuk dahi. Soal anak nombor satu, soal kedua pula amanah. Tak takutkah kita mengambil upah kerja untuk perkara yang tak dilaksanakan dengan sempurna? Tak ikut SOP pendek kata. Maaf cakap, umpama makan gaji buta.

Bila aku balas ok, klu mcm tu gaji kurang 20% dr biasa. Beliau melenting mengatakan cadangan aku tidak adil. “Ingat senang ke nak jaga ramai2…” Antara ayatnya yang berkumandang di corong telefon. Pesanku, jangan pikul amanah yang kita tak mampu… Selepas anak aku, diambilnya lagi tiga bayi untuk diasuh. Menjadikan secara keseluruhan tujuh anak asuhan dibawah amanahnya. Jadi, salah aku ke tu??

Ini bukan pertama kali kesilapan di detect. Hari tu aku out station dan balik tengahari, sengaja pick up anak tak maklum pengasuh terlebih dahulu. Bila dah depan di depan pintu pagar, aku telefon maklumkan, dia panik. Di soalnya aku berkali-kali “kenapa tak bagitahu nak datang?” Amboi, aku nak ambik anak aku je pun, bukan nak bertandang melawat nak menjamu selera sanak saudara di hari raya..Ewah~ Aku beri alasan bateri phone dah weak. Dihulurnya anak aku yang sedang lena dengan pampers penuh. Aik, tak tukar pampers dari pagi ke? Sampai je rumah, habis basah carseat dek kebocoran tahap petola pampers. Aku diamkan daripada pengetahuan suami. Bersangka baik. Berharap ini kejadian terakhir. Namun sangkaan meleset…

Untuk bulan ni, aku sengaja lewatkan bayaran upah (upah masih full+extra macam biasa), lewatkan dua hari daripada biasa. Beliau hangin lagi, kenapa bayar lewat? Sedangkan hari ni (23/3) baru berapa haribulan sebelum masuk April? Korang kira sendiri.  Bila upah nak pula ikut tertib SOP segala mak nenek, bila disoal pampers anak tak bertukar dari pagi, marah pula.

Aku dilemma, perlu ke aku jadi parent perangai hanatt baru dia tak pijak kepala aku ni? Kami ni bagi muka sangat ke sampai dia ambik mudah hal kebajikan anak aku?

Ok tu jelah nukilan hati akak Tullip Merah. Lepas ni kalau umur kita panjang, kita jumpa lagi InshaAllah..

Tullip Merah

– Tullip Merah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.