Assalamualaikum. Terima kasih admin jika sudi siarkan tulisan aku ini.
1st sekali aku nak ucapkan tahniah kepada Dato’Siti Nurhaliza atas kelahiran baby girl beliau. Betapa peritnya bila diri dikata orang sebab susah nak dapatkan anak. Kat sini, aku nak cerita tentang apa kawan baik aku lalui, Hani. Moga ia boleh dijadikan tauladan buat semua.
Hani seorang wanita berkerjaya agak baik dan kategori sedap mata memandang juga. Datang dari keluarga yang baik-baik. Suaminya hanya biasa-biasa baik dari segi kerjaya mahupun rupa (keturunan SY**). Yang penting, kalau hati sudah suka, semua itu bukan halangan.
Sepanjang berkahwin, beberapa kali Hani keguguran. Tiap kali cuti panjang, Hani diwajibkan balik ke Utara, rumah sebelah suami. 2 tahun sambut Raya Puasa atau Raya Aidiladha, wajib balik Utara juga. Aku ada persoalkan juga kenapa tak balik Selatan sebab dia masih ada ibubapa. Katanya, mentua nak semua anak-anak berkumpul dulu. Raya ke 3 atau 4, baru boleh balik rumah ibubapa dia.
Tahun ke-2 perkahwinan, Hani selalu menangis kat tempat kerja. Katanya mentua dan ipar selalu perli dia mandul. Maklumlah, kahwin tak sekufu, pantang silap sikit, mesti kena. Inikan pula melibatkan keturunan yang dia agung-agungkan.
Duitnya banyak habis dengan berjumpa pakar dan beli pelbagai produk untuk dapatkan anak. Jawapan pakar, dua-dua tiada masalah.
Pernah sekali dia bertanya pendapat aku cara untuk dapatkan anak. Salah satu cadangan aku, cuba posisi sekian-sekian. Hani gelak sakan sebab rasa cadangan aku tu main-main. Bila aku tanya, Hani cuma tahu posisi biasa nan satu tu. Aku kaget! Tak cerita dah bab tu lagi.
Kemuncak perkahwinan, semua keluarga ipar datang ke rumah kawan aku. Segala kata nista dihamburkan termasuk perkataan “perempuan mandul”. Suaminya “dibawa” bersama selepas serangan tersebut. Mereka bercerai.
Selepas 2 tahun, Hani berkahwin dengan seorang jejaka berkerjaya agak baik (teruna). Kacak pula tu. Sekarang, sudah hampir 4 tahun dia berkahwin. Tak lama lagi dia akan lahirkan anak ke-3.
Masa baru lahirkan anak pertama dulu, Hani pernah bertembung dengan bekas iparnya di salah sebuah pasaraya. Iparnya memandang sekilas anak di dalam stroller dan muka memang nampak terkejut sangat. Terus terang aku cakap, anak-anak Hani memang putih melepak dan sangat comel! Aku pernah bergurau, ada hikmah Hani tak dapat anak dengan suami pertama. Kalau tak, g***p macam bekas suami dia. Dia gelak je. Sebab hati aku sakit sangat Hani dituduh mandul dulu.
Suami Hani sekarang orangnya family type. Sanggup berhabis duit untuk anak isteri, jaga anak-anak yang sakit dan akan bawa anak isteri bercuti. Kalau dulu, nak bercuti pon, mentua akan ikut bersama kata Hani. Tak pernah sekali pon ada peluang untuk honeymoon dulu.
Hani kata, dia bersyukur sangat. Ada anak-anak yang comel dan sihat, mentua yang baik dan suami yang sangat bertanggungjawap. Rasa terbalas dengan kesabaran yang dia lalui sebelum ini.
Kata bekas biras Hani si Lin (Hani memang baik dengan Lin), bekas suami Hani hingga sekarang belum berkahwin. Kadang-kadang Lin sengaja cerita tentang Hani dan anak-anak depan suaminya sendiri. Suami Lin buat-buat tak dengar walaupun dia sendiri terkejut masa jumpa anak pertama Hani dulu. Sekian cerita dari kawan baik Hani.
– Noorul
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment