Saturday, 24 March 2018

Tinder & Lelaki

PengakuanKu

Selamat petang kepada semua warga pembaca. Sebelum aku menulis lebih panjang, biar aku tanya satu soalan. Korang tahu apa itu tinder? Mungkin ada yang tahu, ada yang tak. Buat yang tak tahu, Tinder merupakan dating app yang korang boleh download kat playstore atau IOS & app ni kalau korang suka dengan someone tu based on their bio dan gambar, korang swipe kanan. Kalau match, maka korang boleh chat. Dia macam wechat yang shake shake tu. Cuma tinder ni search orang area dekat dekat dengan korang je.

Confession aku ni bukan nak mengajar korang menggunakan Tinder tapi lebih kepada memberitahu kisah disebalik apa yang aku jumpa setelah menggunakan Tinder dan betapa terkejutnya aku dengan inner desire seorang lelaki ni. Ye, aku seorang perempuan.

Aku dah guna app Tinder ni lebih kurang 3 bulan tapi tak ada la melayan sangat. Setakat swipe, match dan chat untuk seminggu lepas tu senyap. Dalam app ni, aku tak gunakan nama sebenar. Gambar pun aku letak yang tak show sangat muka aku. Yela, nak guna app ni pun bijak la sikit, jangan expose sangat pasal diri kita.

Sepanjang aku menggunakan app ni, macam macam perangai lelaki aku dah jumpa tapi semua lebih kurang sama. Fuckboy. Mula mula chat elok tapi lama lama minta gambar yang bukan bukan. Bukan sorang dua, tapi ramai. Kalau mungkin ada yang iman tak kuat, sebab dah tersuka mungkin akan turutkan juga kata lelaki tu.

Mula mula aku ingat iman aku kuat, sampai aku termatch dengan seorang lelaki yang satu universiti dengan aku. Percakapan dia sangat la manis, lagi manis dari tebu. He showered me with his love. Dia reply chat sangat la cepat dalam masa 2 3 saat je, dia bagi perhatian melampau fuh fuh perempuan mana je tak suka? Muka pun boleh tahan. Aku pun boleh tercair. Jumpa dua tiga kali kat bawah blok kolej, nampak dia setiap petang kat kolej aku.

Tapi apa yang aku perasan, lepas dia jumpa aku, cara dia chat berubah. Dia asyik kata dia horny bila nampak aku. Dia scan badan aku masa jumpa dan dia start dengan dirty talk dia lepas tu. Wow, masatu aku fikir aku patut berhenti contact dia. Tapi bila dah suka, mana boleh resist kehadiran dia kan?

Sampai satu hari, aku dapat tahu dia sebenarnya dah lama ada girlfriend. Bila dah satu universiti, cepat je informasi sampai. Aku bagitahu dia segala penipuan dia dan aku block dia lepastu. Uninstall tinder.

So, pengajarannya;
1. Jangan ikutkan sangat kehendak lelaki. Lelaki bahaya, imaginasi dia tinggi. Kita tak tahu apa yang dalam fikiran dan hati dia. Perempuan ada yang lemah, yang perlukan perhatian mungkin akan ikut kata lelaki.
2. Jaga jaga, walaupun relationship tu dah lama tapi tak mungkin boyfriend korang baik sangat. Macam kes aku, boyfriend orang woi. Tapi mengaku single siap nak buat benda mengarut lagi pd perempuan lain.

Sekian, Assalamualaikum.

– Mawaros

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.