Saturday, 17 March 2018

Putus Bukan Kerana Yang Ketiga

PengakuanKu

Assalamualaikum..
Terima kasih kepada admin jika confession aku ni disiarkan.
Hai semua. Aku kenalkan diri aku dlu, aku tulip, umur 30 tahun lebih dan masih belum berkahwin. Berasal dari timur dan menetap di utara. Aku cuma nak confess psl kisah aku sendiri yang aku rasa sama dengan kisah panas skrg ni.

Korang semua sedia maklum pasal kisah elfira dan sufian kan? Actually aku sudah pun melaluinya 6 tahun yang lepas.
Apa yang terjadi pada elfira dan sufian memang sebijik kena pada aku dulu. Sehingga kan aku jadi takut untuk bercinta lagi.

Enam tahun lepas, aku berkenalan dan bercinta dengan seorang lelaki ketika family aku bercuti ke satu negeri di pantai timur. Selepas setahun kami bercinta, akhirnya kami bersetuju untuk bertunang.
Benda ni kami memang tak hebohkan dan hanya ahli keluarga saja yang tahu. Kami bertunang jugak walaupun ketika itu kedua dua pihak ada bercanggah pendapat berkenaan kenduri tunang. Aku dan pihak lelaki memang tak mahu buat secara besaran tetapi atas desakan orang tua aku, maka kenduri tunang aku dibuat secara besaran siap dua buah khemah disediakan. Keluarga pihak lelaki memang jenis tak suka show off tentang apa yang mereka ada walaupon sebenarnya lebih bagus dan hebat dari keluarga kami. Aku tak nafikan semua tu. Aku malu bila dimaklumkan betapa gah nya kenduri aku pada waktu tu walaupun hanya bertunang. Kawan kawan aku ramai yang terasa kerana aku tidak menjemput mereka. Aku jadi serba salah.

Harapan kami untuk bersatu berkecai apabila 3 bulan sebelum kami nak menikah, mak aku sendiri yang mana pihak perempuan dengan gigihnya menghubungi keluarga pihak lelaki untuk bertanya kan perihal wang hantaran. Bertanyakan apakah boleh wang hantaran ditambah lagi? Serius aku tak tahu apa motif yang cuba mak aku buat msa ni… Aku dan tunang aku tidak tahu menahu tentang apa yang terjadi pada awalnya. Apa yang aku tahu, pagi tu jam 7.50 pagi, mak kepada tunang aku ada telefon aku dan beritahu bahawa pertunangan kami diputuskan dan cincin pertunangan itu biarlah aku simpan sahaja.
Aku tanya kenapa tapi mak tunang aku cuma jawab, tak ada jodoh. Insyallah tulip akan jumpa jodoh yang lebih baik dari anaknya.
Aku terkesima dan terus tidak jadi pergi ke kerja. Aku terus call tunang aku dan memaklumkan hal itu. Dia lagi terkejut dan datang berjumpa aku dari pantai timur ke utara dan terus datang berjumpa orang tua aku berkenaan hal ini.
Tetapi mak aku menafikan dan memburukkan bahawa pihak sana yang membuat keputusan itu. Kami jadi confuse dan tidak tahu apa yang perlu dibuat. Bayangkan lah lagi 3 bulan, barang hantaran dah ada yang dah beli dan semua persediaan sudah ditempah. Aku lost dan tak tahu apa perlu dibuat.
Serius aku dan tunang aku buntu. Kami sah putus tunang dan seminggu jugak la kami mendiamkan diri dari cuba contact sesama sendiri.

Tak cukup dengan itu, mak aku jugak berusaha untuk hubungi ex kepada tunang aku sepertimana yang mak elfira buat sekarang ni. Aku sendiri tak tahu kenapa mak mak ni nak sangat jadi detektif. Bagi aku, kisah lepas tu biar jer lah lepas. Tak perlu diungkit. Biasalah, bila ex tu masih sakit hati dengan tunang aku, macam macam cerita buruk mak aku dengar. Maka, bertambah lah drama untuk mereka memutuskan pertunangan kami. Segalanya menjadi lebih rumit untuk kami.

Macam mana kisah elfira loy dengan sufian suhaimi sekarang… macam itu lah kisah aku dulu. Orang tua tunang aku tak pernah bagi apa- apa kenyataan tetapi semua cerita hanya lah dari pihak orang tua aku.
Orang tua tunang aku hanya jawab dah takde jodoh.
Sedih memang sedih.
Putus tunang bukan benda yang dibuat main.
Putus tunang adalah benda yang menyakitkan lebih lebih lagi bukan sebab orang ketiga. Tapi sebab orang tua yang tak merestukannya.
Aku dan bekas tunang aku pernah merancang untuk kahwin lari sebab rasa betapa susahnya kami untuk berkahwin.
Tetapi, allah dah tetapkan, jodoh kami memang tiada.

Selepas insiden putus tunang tu, kami masih berhubungan selama beberapa tahun dan akhirnya tahun lepas dia dah kahwin dengan pilihan keluarga dia.
Dan aku, masih meneruskan hidup sebagai wanita solo tapi aku gembira dengan apa yang aku ada pada hari ni. Cuma aku menjadi lebih senyap dari dulu dan lebih suka menyendiri.
Bagi aku, kalau kahwin tapi takde restu dari kedua dua keluarga memang susah nak survive.
Restu orang tua tu sangat penting.

Nasihat aku pada yang dah ada kekasih dan yang akan berkahwin, sebenarnya duit hantaran ni tak penting pon… masing masing kerja dan masing masing perlu tahu tanggungjawab masing masing. Cuma lelaki jangan terlalu ambil mudah dan ambil kesempatan. Lepas kahwin, lagi banyak duit yang diperlukan.
Jangan disebabkan duit hantaran, semua yang diimpikan hancur macam tu saja.
Memang mak ayah nak yang terbaik untuk anak nya tetapi keadaan dah berubah dan tak sama seperti dulu.
Zaman dahulu, perempuan hanya kat umah dan tunggu masa untuk dipinang. Tetapi zaman sekarang perempuan dah sama level dengan lelaki. Sebagai orang tua, seharusnya anda memahami apa yang anak anda inginkan. Jangan kerana duit, kebahagiaan anak anda hancur begitu saja.
Sorry kisah tulip tak berapa detail sbb ada yang kena pendekkan. Jenuh nak story kisah 6 tahun punya cerita. Huhuhu.
Doakan aku dipermudahkan untuk bertemu jodoh aku pulak ya. (^_^)

– Tulip Lavender

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.