Friday, 16 March 2018

Lemahnya Aku

PengakuanKu

lepas bulan ini aku kena berhenti kerja, bukan “diberhentikan” bagi kerana seorang majikan tidak boleh memaksa pekerja untuk berhenti.

Ibu aku menangis, bukan aku tak mahu pertahankan hak aku, biarlah di Atas sana menghakimi apa yang terjadi.

benar kata orang, bila kita sakit, kita akan nampak siapa yang benar-benar ikhlas, senang orang sekeliling cakap, pergilah ke klinik, pergilah ke hospital, bila aku pergi, yang aku dapat cuma suntikan demi suntikan ubat penahan sakit dan paling seronok sekali, ubat tahan sakit di dalam simpanan aku semakin banyak, mungkin boleh dijual selepas aku berhenti.

aku bukan doktor, tapi aku tahu sekiranya aku disuntik hari-hari atau seminggu sekali, buah pinggang akan rosak, disebabkan itu, hanya seorang doktor klinik panel yang berani menyuntik aku dengan pain killer, berapa pulak kos nya kalau buah pinggang aku rosak?? mampu ke aku??

dah memang sakit dan fizikal memang boleh nampak apa aku lalui, aku dimalukan pula oleh kawan serumah aku yang dulunya bila aku berduit aku lah raja aku lah dewa aku lah penyelamat, di tuduh mengambil duit dan tidak membayar bil elektrik, tanpa sebarang alasan penjelesan dari aku, mereka pindah sehinggakan aku yang sakit tidak boleh bergerak merayu-merayu simpati seperti budak kecik dan merendahkan maruah aku untuk dikasihani, sedikit pun mereka tidak tunjukkan simpati, aku terduduk aku termenung aku meratapi, dan aku berkata pada diriku ini hanyalah mimpi.

malangnya aku terbangun semuanya sunyi sepi, tiada cahaya tiada juga bunyi, ingin membuka lampu dengan segala kudrat yang ada, tetapi aku terkencing keseorangan, aku mengangis lagi, dengan menadah tangan aku meminta untuk diberikan sedikit bantuan, tidak banyak yang ku pinta, cuma sedikit untuk ku bangun dan bertahan, ingin aku telefon ibu aku meminta nya datang, tapi sebulan sebelum ini aku telah di beritahu untuk tidak meminta-minta dari ibu aku sendiri, siapalah aku, bila aku sakit, cuma ibu aku sahaja yang risau, yang lain??? yang lain hanya tahu aku ini menyusahkan dan takut duit ibu aku habis disebabkan aku, bala apakah ini???

Dua hari kemudian barulah seorang insan yang sangat risau dan ingin bertanya khabar datang untuk menjenguk aku, aku ceritakan semuanya, dan dia sanggup menolong aku. Dalam keadaan masih sakit dan lemah, majikan telefon aku, dan memarahi aku tidak memberitahu aku bercuti, aku terima segalanya

aku sangkakan cerita aku sampai di situ sahaja, di opis, kawan-kawanku memfitnah aku sehingga orang yang percaya dengan aku berpaling tadah, dan semuanya dah terlambat, fitnah tersebar luas, aku diam seribu bahasa, siapalah aku untuk pertahankan diri, aku masih sakit.

Aku pertahankan hak aku, aku kumpulkan segala bukti dan segala resit, akhirnya mereka mengaku kesalahan mereka terlepas pandang tetapi fitnah sudah tersebar, siapa yang ingin menjilat ludahnya sendiri bila tahu kesalahan sebenarnya adalah dirinya sendiri??

Aku dinasihatkan untuk berhenti dengan cara lembut, dan memang aku tak ingin lagi bekerja di situ, biarlah ibuku menangis, aku yang menanggung semuanya, suatu hari kelak aku pasti mereka akan dapat balasan yang setimpal, apa yang aku perlukan sekarang cuma doa dari setiap orang agar aku sembuh.

– Hamba Allah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.