Assalammu’alaikum admin dan semua. Nama aku F. Aku dah berkahwin ada 2 anak. Umur aku late 20. Aku tak tau nak cerita ke tak. Tp dah alang2 aku menaip ni aku cerita jela.
Minggu ni adalah minggu paling mencabar pd aku. Aku tak tau apa masalahnya. Mungkin hormon perempuan aku yg menggila? Mungkin jugak. Kalau ye, hormon perempuan aku paling teruk menggila setakat ni. Last menggila ada la dalam 5 tahun lepas agaknya. To cut story short. Aku ni tinggal dengan mertua. Mertua aku baik. Ipar duai aku baik. Tapi keadaan yg kurang baik aku rasa. Atau diri aku sendiri yg kurang baik.
Aku baru je tinggal dengan mertua aku ni. Ada la dalam beberapa bulan kot sejak suami aku dapat kerja area sini. Awal2 aku ok. Lama2 aku rasa sesak sangat dada ni. Aku mula berperang dengan diri aku sendiri. Masa ni la aku mula mencari2 kesalahan sekeliling aku. Luaran aku nampak normal tapi dalaman.. hanya Allah dan aku je tahu. Kadang2 aku down sampai mertua aku tegur pun aku buat muka poker face. Aku taknak la sampai tahap aku nampak derhaka pulak kan.
Rumah mertua aku ni besar. Besar sangat sampai barang2 dalam rumah ni berlambak2 dan tak terurus. Semak, serabut. Nak harapkan mertua aku mengemas sorang memang tak terkemas la. Semua kesemakan ni bukan baru2. Aku rasa ada yg dah makan berpuluh tahun. Aku serabut. Aku bukan la jenis OCD pun cuma aku ada tahap kesemakan aku sendiri. Aku takkan boleh biar rumah aku serabut lebih dari 3 bulan. Itu aku. Org lain aku rasa lebih kemas dan bersih dari tu. Aku cuba suarakan lubuk hati aku dekat suami pasal keselerakan dan kesemakan rumah ni. Tapi, takde perubahan. Hari ni kemas esok bersepah balik. Takde barang yg dibuang.
Aku ni tak reti nak kemas rumah org. Bukan aku tak pernah cuba kemas. Bila dah kemas ehh macam tu balik. So, aku mengambil sikap taknak peduli dah. Aku ni suka masak. Dulu sebelum kami pindah, dapur adalah tempat aku hilangkan stress. Yelah aku ni full-time housewife. Aku stress aku pergi dapur buat makan. Sekarang ni.. aku stress aku tak tau nak buat apa. Dapur selerak. Kemas pun macam tu jugak. Aku dah tak sanggup nak mengemas sebab banyak sangat “sampah” yg disimpan. Aku rasa aku dah start jadik macam org dalam rumah ni. *sigh*
Pernah tak aku luahkan dekat suami? Ye. Pernah. Banyak kali. Tapi aku tak boleh buat apa pun. Aku rasa aku yg bermasalah. Aku taknak dia rasa aku ni menambah masalah yg sedia ada. Dia pun pernah cakap “settle kan lah dengan diri sendiri.. jangan salahkan org lain..” So, sejak dari tu aku berperang dengan diri sendiri. Aku mula down. Aku rasa ada tak kena. Tapi aku mula rasa aku yg buat keadaan jadik negative. Aku mula rasa kosong dalam diri aku. Aku nak keluar bekerja. Tapi aku fikir pasal anak2. Anak aku masih menyusu. Aku belum rasa sedia.
Bila aku down, aku nak keluar rumah. Suami aku sentiasa izinkan. Aku keluar dengan anak2. Pergi kedai, bawak kereta pergi ambik angin luar. Makan ABC. Kadang2 suami aku bawak pergi ngeteh. Tapi, balik rumah aku down balik. Kalau tak ke mana2 aku bukak FB tgk group deko rumah cantik2. Aku down semula. Aku tau aku yg bermasalah. Takde org lain pun yg buatkan aku rasa down. Diri aku sendiri. Aku tak suka dengan diri aku sekarang. Aku rasa aku menyusahkan, membebankan, menambah masalah org lain. Tapi apa aku perlu buat? Aku pendam jela. Kadang2 aku luah dekat kawan baik aku. Dia jela tempat aku luah perasaan bila aku down.
Kadang2 aku rindu dengan kehidupan kami dulu yg tinggal di rumah sendiri. Memang tak mewah tapi aku happy. 2 minggu duduk rumah pun takde depression sangat. Aku boleh chill lagi. Tapi kali ni, duduk seharian pun aku rasa tak mampu kadang2 tu. End up aku tidur. Memang minggu ni paling teruk aku rasa. Aku bangun subuh lepas tu aku tidur. Suami aku pergi kerja aku tidur dengan anak2. Bangun tidur aku kemas rumah. Lepas tu aku taknak masak. Tapi aku kena la masak sebab aku duduk rumah je pun. Rasa penat tapi tak tau apa yg aku penat kan. Padahal takde keje apa sangat pun aku buat. Mesti mertua aku pun pikir aku ni pemalas. Unta pun rajin bangun carik rezeki.
So, macam ni la keadaan aku. Aku depression ke? eczema aku pun naik teruk sejak aku down ni. Kalau aku depression aku nak buat apa bila takde apa yg boleh ubah pun bila aku luah dengan org terdekat? Aku harap aku tak lama rasa macam ni. Teruknya perasaan macam ni. Sakit, pedih, perit dada menahan perasaan. Aku boleh nanges bila fikir benda ni. Ok lah nak masak. Walaupun aku rasa malas nak masak. Bye
– F
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment