Saturday, 3 March 2018

Kerana Mulut

PengakuanKu

Assalamualaikum dan hi untuk yang non muslim. Terima kasih admin kalau sudi siarkan confession ni.

Sebenarnya benda ni dah lama aku pendam cuma baru sekarang rasa macam nak luahkan. Its not about me. Its about my friend.

Kita semua ada kawan yang pemalu, peramah, pendiam dan macam-macam perangai lagi, bukan? Aku nak cerita pasal seorang kawan aku ni. Dia ni cantik, comel, seorang yang funny, pandai dress up, boleh di katakan pandai juga dalam pelajaran dan datang dari keluarga yang orang kata, nak apa semua dia dapat. Dia takde la terlalu kaya cuma mungkin dalam kelompok yang sederhana.

Okay so itu latar belakang dia. Nampak perfect kan? Ya. Dia memang baik. Suka tolong orang dan tak lupa member tapi aku tak suka satu perangai dia ni. Mulut dia kalau dah start maki, memang kau rasa nak cilikan aje. Seriusly, aku paling tak suka bila dengar bahasa hipsters dia tu. Muka dah okay tapi part mulut tu ya Allah sampai aku terfikir, macam mana lah agaknya bila dia gaduh dengan bf dia.

Dia sendiri cerita kat aku yang dia putus dengan bf dia, punca adalah datang dari mulut dia juga. Memangla bf dia mulakan hal dulu tapi sebab mulut toksid dia, bf dia rasa annoying sampai tak boleh tahan lagi. Aku namakan kawan aku ni Mia. Si Mia ni kalau kau ushar ig dia, serius kau rasa dia macam “Oh my God. Comelnya. Kecil aje perempuan ni. Muka manis. ” Tapi kau cuba buat dia marah sikit dan kau tengok apa yang keluar dari mulut dia..

Aku ni kawan dia. Kawan dari kecik dan aku pun pernah kena maki dengan dia. Masa tu kami memang gaduh besar dan aku sendiri ada juga terkutuk dia tapi aku sendiri tak berapa kisah sebab aku memang kenal dia macam mana. Cuma yang aku risaukan, dia ni tak reti jaga mulut..

Kalau dekat social media, bila ada yang kena bash, dia lah juara keyboard. Pernah juga dia mencarut kat mamat yang kacau dia dan mamat tu macam ugut nak rogol dia la. Dengan bangga dia bagitahu aku yang mamat tu perangai 50-60 an. Zaman bila main ugut-ugut tu dia kata. Dia tak fikir yang kes perempuan kena something bad sebab apa.

Aku dah tak larat nasihat dia. Jaga mulut. Jaga mulut. Aku pun bukannya baik cuma aku sebagai member taknak dia menyesal one day. Kerana mulut badan binasa. Aku harap dia baca la confession ni dan dalam masa yang sama, dia tak syak ni aku sebab aku rasa ramai perempuan mulut jenis celupar macam dia.

Hope sangat gadis-gadis kat luar sana yang mulut spesies macam member aku, boleh berubah. Kita ni perempuan. Cakap gah besar macam mana pun, kudrat kita tak sekuat lelaki. Kalau hati ni baik, apa yang keluar dari mulut pasti baik juga, bukan? Tapi itu tetap bukan tiket untuk kita judge orang yang mulut puaka ni, hatinya kotor. Kerana hati kita hanya boleh dinilai olehNya.

– Syasya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.