Salam. Saya pelajar yang sedang menuntut di negara yang ramai kenali sebagai negara kpop, Korea.. Haha.. Jadi sudah semestinyalah bila balik Malaysia tu biasalah dapat soalan-soalan macam “jadi ko pandailah ckp Korea?” , “adalah ko jumpa artis Korea?” , ” dah ada girlfriend korea ?” .. Tak marah pun orang yang tnya soalan macam ni.. lagi pun, apa lagi dia nak tnya kan? Dia pun curious nak tahu.. tak pun hanya sebagai pembuka kata bicara gitu haa..
Nak minta maaf awal-awal kalau ada salah silap dalam confession ni.. I welcome constructive criticism.
Selalu jugalah saya hadirkan diri ke page confession ni luangkan masa, kadang-kadang terlebih jugalah luangkan masa dekat sini.. tapi okaylah kan sebab banyak hikmah dan pengajaran yang boleh diambil dalam cerita para2 confessors. Banyak yang memang eye opener lah orang kata terutama sekali cerita Amirah tu. Pastu, terkejut sekejap sebab sekarang ni masih lagi ramai yang main saka? Heh..Baru je habis exam dua hari lepas, so harini rasa gatal sikit tangan nak share cerita saya, tak hebat dan dramatik mana pun.. Yang rasa macam diri tu kenal saya, hai?..
Saya dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Korea tahun 2011, pastu ada persediaan setahun dekat Shah Alam. Tahun 2012 feb tu fly lah ke Korea. Alhamdullilah sekarang dah final year, habis sem ni insyaAllah balik lah tumpah tanah airku. Dulu selepas terjebak dengan gejala kpop tahun 2007~2008, memang terbuku dalam hati nak sambung study dekat Korea. Dulu je kpop terlebih, sekarang tak dah.. malas lah nak ikut senarai group yang tiap minggu debut. Masih minat Big Bang haha.. Saya sekolah menengah dekat luar bandar, kawasan Pekan. Okay lah kan? Tapi mencabar lah juga sebab facility banyak kurang. Competitiveness tu pun kurang sikit.. tapi saya memang nak buktikan yang pelajar sekolah luar bandar pun apa kurang hebatnya.. jadi memang perlu usaha lebih lah kan?
Masa tu memang sangat berterima kasih dengan parents sebab dorang selalu bagi kata-kata semangat. Selalu mak ayah ingatkan “dekat Uni nanti semua perlu buat sendiri. Nanti kat Uni senang sikit sebab sekarang dah prepare awal-awal” .. Saya pun “iya”kan je. Kakak pun masa tu dah masuk Uni. Terima kasih kakak sebab kakaklah role model saya masa tu. Sekarang pun masih lagi. Tak pernah bagitahu pun dekat dia yang dia tu role model saya. Dia nampak je garang tapi hati lembut lebih lembut dari kapas. Saya dulu dalam diam tanam dalam hati keputusan PMR mesti kalahkan kakak. Tak guna betul, ada satu B. Masa SPM pula, “mesti nak beat result kakak kali ni”, yang ni dapat kalahkan! Pastu sekarang dia dah kerja Lawyer. Dah kahwin pun. Alhamdullilah. Saya pula masih nak mengejar segulung ijazah. Dia masih lagi role model..
Masih ingat struggle dulu sehari sebelum exam, padahal exam biasa-biasa ja pun.. jam 3 pagi tertidur dekat lantai dengan buku dan nota-nota sekali, paper physics hahaha.. mak kejutkan suh tido. Sampai pernah sekali tu kazen bagitahu “Mak ko bagitahu yang ko study gila-gila, dia risau”.. Masa tu ketawa je, pastu balas “Ala, kalau tak belajar.. Dia suh gi belajar” .. Dulu kan popular variety show 2 days 1 night, ala yang ada Kang Ho Dong dengan Lee Seung Gi tu. Drama macam Baker King, Iljimae pun popular masa tu. Setiap minggu, mesti ada sehari dua yang saya ambil masa sejam dua untuk tengok. Mak selalu marah masa tu.. Saya dulu cari inisiatif sendiri, gi online cari soalan-soalan ramalan SPM, siap guna forum untuk belajar. Siap skype dengan budak-budak chinese yang duk KL. sampai sekarang masih igt perempuan cina ni ajar pasal belalang dekat subjek bio tu.. sampai sekarang tak pernah jumpa tapi masih kawan dekat facebook..
Saya sekarang tinggal sorang. Dulu tinggal sama-sama dengan roommate tapi pisah sebab nak rasa perasaan tinggal sorang-sorang. Saya major Engineering. Dalam kalangan rakyat Malaysia di Korea ni, setahu saya, saya sorang je ambil major ni.. Dulu ada juga sorang senior yang ambil major hampir sama.. tapi lain uni, tapi dia dah lama grad. Major saya ni kelas banyak dalam Korean. Foreigner dalam batch saya, ada 2 orang je. Saya dan sorang lagi budak dari China. Kelas yang diajar dalam bahasa English, ada 3 ja. Bayangkan 3? Tapi bernasib baiklah sebab walaupun lecturer tu bebel dalam bahasa Korean, slides and buku teks dalam English. Ada juga yang memang slides,buku semua dalam Korean. Mampuslah kan? Memang ada sekali, rasa macam “Apa yang professor ni ajar? Langsung tak faham”.. Sampai ada sekali tu dia cakap “Awak asal ada lagi kat sini?” lepas add/drop class .. Mungkin professor fikir saya akan drop kelas tu kot sebab susah, lagipun awal2 kelas dulu dia ada bagitahu kelas ni untuk foreigner memang susah.. Sakit hati juga lah masa tu, sebab rasa macam diperlekeh gitu..
Pastu.. Kan setiap subjek ada group projek? Ha.. Punyalah susah nak terangkan pendapat dalam Korean.. Padahal kalau cakap dalam BM ke English ke, lagi senang.. Rasa macam diri ni tak guna sangat masa tu sebab banyak diam je dalam group discussion, tak contribute apa apa langsung .. tapi saya ni jenis yang macam “I will never give up. Lantak lah” .. Sebab rasa macam saya ni dah jadi macam ambasaddor Malaysia ke negara orang. Takkan nak malukan nama Malaysia sebab ko tak contribute apa-apa kan? Alhamdullilah, saya boleh cakap group member saya selama ni 90% memang supportive. Ramai senior-senior yang ajak makan sama-sama, pastu siap dorang belanja lagi. Tapi ada juga lah yang ko serious rasa nak lempang sebab macam tak boleh brain Korean yang buat-buat tak kenal ko padahal dah satu group, lepas je group project tu dia mcm “who are you? ” …
Selalu juga join big-big event yang dianjurkan persatuan pelajar Malaysia kat sini. Contohnya macam Seoul Friendship Fair, Hari Sukan, Hari Kebudayaan dan macam-macam lah.. Yang lagi bestnyer, saya suka aktifkan diri join program-program diluar Malaysian komuniti dekat Korea ni. Saya rasa macam susah sikit nak rapat dengan budak major, tapi saya suka nak berkawan dengan korean. Jadi saya gi lain cari program2 yang connect foreigners dengan korean ni. Macam-macam lah saya join. Lagipun nak improvekan Korean lah kononnya. Jadinya, dari satu aktiviti terjebak lah ke aktiviti yang satu lagi dan begitulah seterusnya.. Mula suka join aktiviti2 macam ni sebab dekat rumah bukan buat apa pun. Duk main dota, baring atas katil main phone ja lah banyak.. Daripada banyak buang masa main game je (main dota best, tak tipu), why not keluar and have fun? Saya juga aktifkan diri dalam sukan. Dulu selalu impress dengan orang yang hebat sukan dan akademik. Try nak buat, jadi saya aktifkan lah diri dengan sukan. Memang susah lah juga, tapi best :)
Yang sedihnya tinggal jauh dengan keluarga ni, bila rindu.. tak dapat balik.. Kekadang pandai rindu masakan Malaysia, masakan Mak.. :(.. Pastu kekadang pandai juga rindu kucing kat rumah.. Pastu kekadang bangun-bangun, terfikir “Eh, saya dekat mana sekarang?” sebab perasaan rasa macam dekat rumah tapi sebenarnya tu semua hanyalah perasaan. Yang paling penting sekali, tinggal dekat sini jadikan saya belajar untuk kenali Allah dengan lebih dekat. Saya dulu solat pun banyak tinggal, sekarang ni alhamdullilah full lah solat 5 waktu tu, cumanya kekadang boleh termiss sebab terlebih tidur.. Tapi takpa, berubah perlahan-lahan kan? Saya syukur sangat-sangat dapat pengalaman ni. Kalau boleh nak further study lagi dekat negara ni, tak pun dekat mana-mana lah :).. InsyaAllah.
Saya juga belajar erti bersyukur. Bila kita bersyukur, serious rasa cukup. Rezeki masuk je. Fikir positif. Mesti fikir positif. Never give up. Saya juga ada berfikiran negatif. Of course, semua orang ada problem masing-masing. How you handle your problem is what matter the most. Shush that negative thoughts away, get up and keep fighting. Saya bukan lah nak cakap saya ni perfect. No! I will never be perfect.. Tapi saya boleh cakap, at this present moment, I’m living life to its fullest.
Doakan saya dan rakan-rakan seperjuangan grad dengan jayanya, insyaAllah akhir bulan february 2017 :)
– NJ
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment