Assalamualaikum..
Okey… Aku nk confess ni bertujuan untuk beri kesedaran kepada sesiapa yg tidak memahami keadaan seseorang.
Pernah tak.. kawan anda buat apa2 event terutamanya majlis perkahwinan dan korang tak di jemput.Kenapa aku nak confess benda ni..??Sebab terlalu ramai yang tak matang sebelum berkata2..
Okey..sila baca sebab-sebab yang logik sebelum korang nak marah atau merajuk.
1)Pengantin mungkin membuat kad jemputan mengikut bajet dan catering di sediakan mengikut kemampuan.
“Alahh..takat kami dua tiga orang ni ,bukan nya makan banyak.K fine kenduri x jemput.”
=Dah kalau overlimit dan lauk x cukup..korang mengumpat pulak.. Nak buat kenduri..tapi bajet ciput.Baik xpayah buat.
2)Cuba flashback balik mungkin anda ada buat silap..contoh:-
orang komen dekat wall anda..tapi komen dia seorang sahaja yang anda tak balas..sebab fikir..alah..bukan kenai sangat pun.tetiba nak komen mesra2 kat gambar aku..
So,apa hak kamu nak sentap bila tak dijemput????
3)pengantin ada banyak urusan penting berbanding nak scroll friendlist facebook..
Contohnya,nak completekan borang nikah,goodies,catering,hantaran dan macam2 lagi.Terutamanya hal bridal yang suka sangat tabur janji palsu
4)Mungkin pegantin hanya confess dekat group whatsapp atau invite dekat facebook..maknanya tak secara personal.
“Alah..jemput pun dekat media sosial je..macam tak ikhlas je..saja nak buat syarat la tu..sebab tak nak nanti orang cakap tak jemput..”
=sila ingat..pegantin ada macam2 perkara lagi nak buat selain whatsapps setiap seorang untuk jemput ke majlis nya..
Kalau ikutkan banyak lagi benda yang aku nak senaraikan..tapi aku rasa tak perlu..korang boleh pikir sendiri..
Bila dah baca confess aku ni..aku harap..korang boleh berhenti rosakkan post orang dekat media sosial dengan kata2 yang mungkin memalukan orang.
Kalau ada masalah yang sangat besar sehingga korang rasa korang layak di jemput..sila la personal mesej sahaja..Aku dah berkahwin.. Dan aku melalui perkara ini..Spoil okey hari bahagia korang…tapi ada ramai orang kondem dekat gambar.
Tujuan aku confess ni..aku nak smua buka mata..buka minda sebelum berkata.. tak kira la majlis apa sekalipun…Ingat..ada banyak sebab korang perlu berfikir sebelum keruhkan keadaan.Come on.. semua dh besar panjang..hal politik korang boleh pikir panjang..tak kan soal tak dijemput nak sentap sampao selisih pun buat2 tak kenal kot
– Bride 6 months ago
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment