Friday, 28 October 2016

Sisi Pandang Lain Korea

PengakuanKu

Assalamualaikum, dan terima kasih sebab sudi siarkan post saya ini. Saya tak pernah terfikir nak tulis benda-benda macam ni.

Kepada confessor yang pernah cerita tentang budaya Korea, saya cuma nak tegur. Kadang-kadang kita nak cerita tentang komuniti lain, sampai lupa sebenarnya kita yang terbuka kelemahan sendiri.

Budaya Korea memang berbeza dengan negara kita. Sebab itu kita digalakkan untuk berjalan mengembara untuk mengetahui budaya masyarakat lain.

Saya pernah belajar di Korea. Bukan sebagai exchange student, tapi sebagai regular student. Bukan maksud saya untuk berbangga tapi cuma ingin tekankan bahawa saya pernah mengalami pengalaman yang lebih lama dan itu sama sekali bukan ukuran untuk saya bertabik dada.

Yes. Masyarakat Korea kebanyakannya memang melakukan plastic surgery. Nak defend pun tak boleh. Sebab itu budaya mereka. Mereka bukan Muslim, mereka tidak percaya yang mengubah ciptaan Tuhan itu perkara yang dimurkai. Malah hanya sebahagian kecil daripada mereka yang percaya pada agamaa walaupun kita boleh lihat lambakan gereja di Korea. Kalau nak kata tak ada yang hensem/cantik semulajadi tu, tipulah. Ada je. Ramai. Samalah macam masyarakat Melayu. Kalau depa kata ‘orang Malaysia ni huduh la. Gelap. Jerawat.’ Agak-agak anda marah tak? Lagi-lagi kalau orang Malaysia hensem yang dengar hahaha. Sebenarnya budaya plastic surgery ni berasal daripada masalah ekonomi di Korea yang terlebih tenaga kerja. Jadi, untuk mendapatkan kerja, mereka sanggup berbelanja lebih untuk mengubah rupa dan sampai yang sanggup bayar beribu-ribu hanya untuk sekeping gambar untuk resume. Untuk apa? Untuk appeal majikan. Siapa yang tak suka benda yang cantik? Cuma mereka tak percaya apa yang kita percaya. Jadi, plastic surgery menjadi pilihan mereka.

‘Ala aku tengok semua muka sama je! Mata sepet’. Memanglah dik. Dah mereka dari rumpun sama. Sama macam kita. Depa bukan reti beza muka Malaysian ka, muka Indonesian ka.

‘Tapi kita kalau jalan-jalan tu, takda la sampai rasa macam pernah jumpa orang muka sama aja’. Ermmmm kan dah kata mereka berasal dari sama rumpun. China, Korea, Jepun, walaupun kita dapat la bezakan sikit-sikit daripada cara depa pakai dan berkelakuan. Kalaupun yang buat plastic surgery, dah tangan manusia dik oi. Tak lari mana tahap cantik tu. Tambah-tambah definisi cantik bagi mereka adalah sama.

Soal berbangga dengan negara. Tidak dinafikan masyarakat Korea sangat kuat dengan sifat patriotisme mereka. Soal keluasan negara, populasi negara, itu bukan atas dasar patriotik, itu atas dasar pengetahuan am bagi mereka. Dan kita yang seharusnya malu apabila tak mampu nak jawab untuk pihak Malaysia. Dan perbezaan berita di Korea dan Malaysia sangatlah berbeza. Di Korea, mereka menyediakan info-info terkini dan pengetahuan am bagi penontonnya dan kita boleh lihat sendiri perbezaan isi berita di Malaysia. Dan yes. Korea pun ada percanggahan politik dan konflik negara mereka sendiri. Cuma cara mereka berbeza. Dan kita sebagai orang luar dan bukan pakar, tak boleh nak sesuka hati ulas tentang isu dalaman negara mereka.

Mengenai pelancong-pelancong Malaysia di Korea. Tak tipu memang sedih. Dulu sebelum fly, orang selalu kata, kita akan teruja lebih bila jumpa sesama Malaysians. Dan saya terkilan bila saya senyum dekat pelancong-pelancong ni, tapi mereka tak balas pun. Bukannya saya nak semua orang datang dekat saya, ‘wah! Study dekat Korea?! Bestnya bestnya!’. Tak. Sikit pun tak. Sesama Malaysian kan. Senyum lah sikit. Kadang-kadang uncle auntie Chinese Indian yang rajin tegur-tegur kami.

But then I reflect myself back. Sebab salah saya jugak. Saya dah fed up dengan sesetengah pelancong, dekat pelancong lain pulak saya buat tak tahu. So pelancong tu pun buat tak tahu dengan saya. Sebenarnya dua-dua pihak pun sama. Saya mohon maaf bagi pihak student di Korea kepada pelancong Malaysia seandainya kami sombong dengan anda semua. Kepada anda pula, janganlah malu untuk bertanya kepada kami. Kadang-kadang kami nak bantu sangat. Tapi anda berat sangat nak tanya kami. Jadi kami tak nak lah dilabel as busybody, mengganggu backpacking travel anda pulak. Backpackers pun rajin bertanya kalau sesat jalan.

Tak tipu yang Korea ni ada yang baik dan ada yang buruk. Kena maki dengan penduduk tempatan tu dah biasa. Bukan tempat kita kan. Depa pandang kita, Malaysian, Indonesian, Chinese, and most Asean countries tourists as their money resources. Sebab almost 70 percents sumber ekonomi pelancongan adalah daripada pelancong-pelancong dari negara-negara yang saya sebutkan tadi. Jadi tak hairanlah kalau ramai yang memandang rendah pada kita. Macam most of us yang pandang pekerja-pekerja daripada Bangladesh, Indonesia dll. Urmmmmm.

Ditambah lagi dengan persepsi tinggi mereka terhadap warga kulit putih terutamanya US. Ini pun bersebab. Antara sebabnya, US pernah membantu Korea Selatan semasa berperang dengan Korea Utara tatkala Korea Utara dibantu oleh China. (Ini juga salah satu sebab kebanyakan warga tua kurang senang dengan warga China. Kerana bagi mereka, Korea tidak akan terpisah sekiranya China tidak membantu Korea Utara suatu masa dahulu). Dan US antara negara yang paling banyak membantu semasa proses pemulihan negara selepas tangguhan perang dengan Korea Utara.

Kepada yang nak datang ke Korea, meh le cepat-cepat. Airasia pun tengah buat promotion. Kepada yang dah pernah datang, jangan serik untuk datang lagi!

P/s: Kepada confessor tersebut, jangan kecam saya. Saya cuma ingin membuat penjelasan tanpa mengecam mana-mana pihak dengan penggunaan bahasa yang lebih baik

– Malaysian

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.