Assalamualaikum. Aku tak tahu nak mula cerita dari mana. Aku rasa rendah diri sangat. Aku perempuan yang umur dah layak kahwin tapi aku tak pandai masak. Aku suka masak tapi banyak faktor yang menyebabkan aku jarang masak sampaikan tak boleh nak praktis sampai pandai. Sejak tingkatan 1 aku tinggal di asrama sampai habis diploma. Setiap kali cuti, aku memang akan tolong mak dan kakak-kakak aku di dapur. Kakak aku dua orang. Aku tak masak tapi aku tolong mana yang patut. Aku kupas bawang, potong sayur, siang ikan atau ayam, tanak nasi, basuh pinggan mangkuk kuali semua tu, lap meja. Aku cekap buat semua kerja dapur kecuali masak je. Oh ya, nasi goreng mee goreng aku pandai. Lauk pauk je tak.
Lepas tu, aku sambung degree. Masa ni aku duduk rumah sewa. Aku dah berazam bila duduk rumah sewa aku nak cuba masak sendiri. Ada la dalam beberapa orang housemate aku nak kongsi beli barang-barang dapur masak sama-sama. Yang lain taknak kongsi nak makan sendiri-sendiri. Kami okay je dengan keputusan masing-masing. Kami pun sama-sama keluar beli barang-barang dapur. Disebabkan aku tak pernah masak sebelum ni, setiap kali masak aku tak benarkan siapa-siapa pun tolong. Aku tak bagi diorang masuk dapur pun tengok aku masak. Sebab aku perasan setiap kali kawan-kawan aku masak, semua duk tengok lepas tu masing-masing mesti akan komplen. “Eh kenapa letak tu? Aku masak tak letak pun benda tu”. “Eh, kenapa kau potong sayur macam tu?Mak aku ajar macam ni”. “Eh, lain la cara kau masak.” Banyak lagi la. Rimas aku tengok. Masing-masing ada cara tersendiri kan. Cara diorang komplen tu bukannya nak kongsi resepi ke apa tapi lebih kepada nak bagitau yang masing-masing lagi hebat.
Bila diorang rasa masakan aku, diorang puji la kata sedap. Aku cakap baru pertama kali masak pun diorang tak percaya. Disebabkan nak berjimat cermat, aku masak yang simple je. Satu lauk dan goreng sayur je. Lauk yang bersantan aku tak berani nak buat. Aku perasan kawan-kawan aku yang lain kalau masak mesti meriah. Sekali masak, ada ikan la, ayam la, telur la. Aku tegur la kata masak satu lauk je. Kita kan nak berjimat. Kalau dah ada ayam, tak perlu nak masak ikan. Kalau dah ada ikan, telur tu tak perlu la. Tapi macam-macam la alasan diorang bagi. Tak boleh makan satu lauk la, bila kongsi jadi jimatla. Hampir RM50 seorang jugakla belanja seminggu untuk bahan masak. Kami 4 orang. Aku rasa bukan makin jimat belanja, tapi makin banyak duit keluar. Masing-masing nak tunjuk kemahiran masak. Macam-macam lauk ada sekali makan. Aku faham masa ni la nak asah bakat memasak, tapi tak perlu beriya sampai masak dua tiga jenis lauk sekali makan. Boleh jimat lagi kot. Boleh je masak macam-macam tapi hari lain-lain la.
Disebabkan aku rasa duit cepat je mengalir keluar untuk beli bahan masak sahaja, semester berikutnya aku cakap kat kawan-kawan aku, aku nak makan sendiri. Bila diorang tanya kenapa, aku cakap aku malu aku tak pandai masak lauk meriah macam tu. Aku cakap aku takut sibuk tak sempat nak masak untuk diorang jadi macam tak adil kalau diorang je selalu masak aku tukang makan je. Diorang cakap tak kisah sebab diorang memang suka masak. Tapi aku berkeras juga taknak. Aku nak berjimat sebenarnya. Sejak hari tu, hari-hari aku makan nasi dengan kicap dan telur. Kadang-kadang aku beli ikan ke sayur ke. Tapi untuk aku sorang je la. Tak sampai RM20 belanja makan aku seminggu. Tapi tak ada la aku sedih ke apa. Aku bersyukur sangat-sangat sebab dapat berjimat. Sampai habis degree, aku makan ala kadar macam tu la. Oh ya, korang jangan salah paham. Aku tak habiskan duit untuk beli gadjet atau berjalan-jalan. Duit pinjaman aku ada la aku hulur kat mak aku sikit buat belanja.
Sejak harga barang banyak naik ni, family aku pun terkesan jugakla. Setiap kali balik cuti, aku berazam nak masak macam-macam kat rumah tapi hakikatnya kami nak beli bahan masak pun fikir banyak kali. Kurang-kurang mesti belanja dalam Rm15 -Rm20 untuk sehari makan satu family. Kakak aku 2 orang tu dah kahwin. Jadi yang tinggal dalam rumah 8 orang termasuk mak ayah aku dan 5 adik aku. Disebabkan nak berjimat, hampir setiap hari kami beli lauk sahaja tak sampai Rm10 pun boleh makan tengahari dan malam. Cubit la sikit sorang lauk tu dan ada la kami goreng telur dadar jugak. Tapi tak ada pun yang bersungut ke mengeluh ke apa. Semua cukup makan. Happy je aku tengok kongsi sikit sorang macam tu. Jadi, memang aku tak berkesempatan pun nak cuba macam-macam jenis masakan. Nak buat kuih ke kek ke lagi la tak mampu. Nak beli bahan-bahan tu dah berapa habis duit. Jadi memang aku tak pandai buat kek kuih semua tu. Tak pernah pun. Aku ada cakap dekat kawan-kawan aku lelaki ke perempuan ke yang aku tak pandai masak. Biasala memang ada yang akan perlekehkan cakap belajar tinggi-tinggi tapi tak pandai masak. Malu la perempuan tak pandai masak. Tapi aku senyum je. Tak kecil hati pun. Sebab diorang tak tahu apa masalah aku.
Aku baru je habis belajar. Tak dapat kerja tetap lagi. Korang yang baca ni tolong la doakan aku supaya aku dapat kerja tetap. Aku nak sangat ada duit sendiri nak tolong family aku. Aku pun nak jugak mampu beli bahan mentah nak masak macam-macam. Nak juga bagi family aku merasa makan ikan bakar ke, siakap 3 rasa ke, udang, sotong semua tu. Teringin jugak nak bawak adik-adik aku merasa makan chicken chop ke, meatball ke apa-apa la yang diorang belum pernah rasa atau jarang sekali nak makan macam kfc pizza semua tu. Dan satu lagi aku harap suami aku nanti boleh terima kekurangan aku yang ini. Aku nak sangat masak macam-macam dan aku rasa aku boleh tapi aku hanya tak berpeluang. Doakan aku. Satu lagi, kalau kita nampak orang tak pandai masak jangan perlekehkan. Mungkin ada sebab tersendiri yang mereka jadi macam tu. Lain la kalau korang tau diorang memang mampu tapi sebenarnya malas.
– -Kitchen Lover-
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment