Salam, saya faja
Saya nak minta maaf awal2 kalau bahasa melayu saya agak pelik.
Saya bukan pelajar IIUM. Saya adalah pelajar Malaysia di sebuah University di United States. 2 tahun yang lepas saya ditakdirkan Fail (memang prof bagi gred F) satu subjek Major dan ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu betapa kelamnya dunia saya. Saya sedih saya menangis sikit-sikit hehe. Saya tak bagitahu emak dan ayah saya kecuali kepada kakak saya dan rakan serumah. Saya tahu kalau saya bagitau ayah mak mesti mereka kecewa, saya taknak mereka kecewa. Okay back to the story, sebab saya fail subjek itu maka saya tak boleh nak ambil the next major classes dan graduate mengikut masa yang ditentukan kerana subjek itu hanya dioffer pada setiap kali semester fall/autumn(musim luruh).Maknanya saya harus menunggu satu tahun lagi baru boleh saya mengambil subjek itu. Saya patah semangat tapi saya tahu masa itu kawan saya ada bagitahu ‘Allah akan menguji seseorang hamba itu mengikut kadar kemampuannya’. Jadi saya tanamkan dalam diri saya bahawa saya mampu untuk menghadapi dugaan ini. Pada mulanya saya malu, sebab saya fail. Maka selepas setahun menunggu dengan debaran, saya pun enrollah subjek tu balik. Masa itu memang saya pulun habis oi belajar, setiap homeworks saya habiskan, rajin jumpa prof, jumpa tutor, siapkan quiz, buat tu buat ini tanya soalan dan alhamdulillah tahun itu saya ditakdirkan group bersama orang2 yang baik( sorang american, sorang lagi saudi dan group mates memainkan peranan penting untuk pass kelas tu sebab kalau seorang malas, huru hara group tu dibuatnya) (ps: saya seorang sahaja malay dalam batch itu jadi kena pandai buat kawan dengan american dan orang lain) saya memang master habis lah kelas tu dan faham betul kelas tu lalu alhamdulillah Allah bagi saya lulus kelas tu dengan jayanya. Yeay! masa itu baru saya berani call mama saya (mama saya garang orangnya) dan cakap saya pernah fail kelas tu dan diiringi berita gembira saya repeat dan lulus dengan cemerlang.
Okay dah pass saya kenelah ambil subjek major yang seterusnya.
Masa itu saya bersyukur sangat saya Fail pada tahun tu sebab apa, sebab bila saya mengulang saya belajar betul2 dan bagi faham habis dan subjek yang saya sambung itu memang berkait rapat dengan subjek yang saya fail tu. Oleh sebab itu, saya pun Alhamdulillah Berjaya lulus untuk semester itu ( semester musim bunga 2016). Dan sebegai pelajar Junior year( Tahun ketiga) , terbitnya keinginan untuk meng’apply’ internship sebab untuk mengisi masa lapang di musim panas 2016. Lalu saya pun memohon pelbagai Internship positions di USA mahupun di Malaysia. Dan Allah uji saya lagi sekali, dalam bebanyak applications yang saya hantar itu, hanya satu sahaja , SATU company USA call untuk di interview. Masa untuk diinterview dijadualkan ketika final weeks semester spring 2016(musim bunga). FInal weeks di USA sangat berbeza dengan di Malaysia kerana kami tidak diberikan study week. Contohnya, jikalau minggu ke 17 adalah final week, maka week 16 masih berlangsung seperti biasa(pelajar pergi ke kelas, barangkali maybe ada presentations, quiz, Homeworkssssssss) dan tiba2 pada minggu ke 17 ( bermula pada hari Ahad) tiba2-tiba pada hari Isnin itu sudah ada finals. Kalau tidak bernasib baik, kemungkinan besar ada 2 dua exams paper dan bertambah buruk lagi apabila hanya ada gap 30minits sahaja antara dua exam itu. bayangkan kami nak solat kat celah2 library atau di emergency stairs dan lari ke exam hall seterusnya. Dan kalau tidak bernasib baik lagi, hari Ahad minggu ke 17 itu sudah ada Exam. After habis exam, malam itu minum kopi dua paket kalau kaya sikit beli stabek untuk study subjek seterusnya yang kemungkinan berlangsung pada hari selasa pukul 7am. ( serius saya tidak menipu)
berbalik kepada internship, Interview dilangsungkan pada final weeks. Dan ketika itu huru hara jugalah sebab nak prepare untuk exams dan prepare untuk interview. Setelah diinterview, saya pun pulun habis pula belajar utk final dan berserah. Okay , dah habis finals and everything, result internship pun keluar, saya tidak Berjaya dapat. Lalu saya pun bersedih again dan menangis sikit-sikit lagi. Hehe. Lalu saya mengambil keputusan untuk travel membawa hati yg lara ( Musim panas 2016). Saya pun travel lah ke benua Eropah backpacking style dan melihat ciptaan Allah yang indah. Saya melihat pelbagai bangsa dan budaya ,lalu terbit dalam hati kecil saya ini rasa bersyukur sebab diberi peluang di usia muda untuk menjelajah keseluruhan Barat Eropah ( West Europe) . Mungkin inilah hikmahnya. Saya kenal diri saya dan saya banyak belajar erti redha dan sabar( sebab kadang2 train lambat, google maps tunjuk arah lain, sesat, orang tak senyum kat kita, org tak faham English, takda makanan Halal, kadang2 tidak bersefahaman dengan rakan setraveler)
Baiklah point ya disini, jujur saya katakan, saya jealous tengok sahabat2 saya di Malaysia buat intern, buat itu buat ini ada yang dah graduate yg kerja, yg dah kahwin(hehe). Dan saya pun call lah kakak saya, kakak saya cakap ” Perasan tak, kita semua ini saling jealous menjealous, awak jealous sebab tgk kawan awak ada buat intern, dan kawan awak itu jealous tengok awak jalan sana sini. Jadi bersyukur lah dengan apa yang awak ada sekarang”. Kata kata itu ada benarnya. membuatkan saya berfikir sejenak. Saya haruslah bersyukur dengan apa/dimana Allah letak kita sekarang sebab kita tak tahu ramai lagi orang berharap dia diletakkan di tempat kita. And kali ni, saya tak malu nak cakap kat junior saya yang saya pernah fail subjek itu, sebab kerana peristiwa itulah yang membentuk diri saya sekarang. Wear Your Failure as A Badge of Honor .
Bonus : tidak kiralah sama ada Trump mahupun Clinton yang menang untuk election nanti, kerana Allah dah tentukan mana yang terbaik. Sebab kat sini tengah hangat orang berkempen. Hehe.
– faja
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment