Monday, 24 October 2016

Dia Yang Menarik

PengakuanKu

Assalamualaikum. Terima kasih IIUM Confession sebab sudi post cerita ni. Aku ditahun kedua pengajian aku semasa aku roommate dengan dia. Roommate aku ni seorang senior 3rd year, jurusan juga berbeza. Umur kami juga beza setahun. First kenal, aku tanya nak panggil apa, dia cakap dia jenis yang tak kisah. Nak panggil nama je pun boleh. So aku putuskan untuk panggil dia Kak Z. Aku yang sampai dulu bilik tu, so aku boleh pilih bahagian yang luas sikit compare to her place hehe. Bila dia datang tu, dia dengan family dia,barang2 and gitar!

Aku excited sikit bila tengok orang dengan gitar ni, apakan lagi a girl! Cool habis. Aku straight tau, cis!

Dipendekkan cerita, kami pun masing2 berpisah dengan keluarga dan bersedia untuk mengharungi semester baru. Sepanjang aku sebilik dengan dia, aku perasan yang aku ni selalu tertarik untuk perhatikan senior aka roommate aku ni. Mana tak nya, perwatakan dia ala2 tomboy, although I know she’s a good girl coz dia memang ayu and ada boyfriend dah pun.

Kalau korang tengok dia time dia kat luar,dengan tudung apa semua, memang tak ada apa yang pelik, walaupun sebenarnya dia ni attractable with her unique style. Menariknya dia ni sampai aq wish dia ni seorang lelaki, so that aku boleh couple dengan dia. She looks kind of handsome with her short haircut. Body dia pun lawa, have both girl and boy bodies. Pelik kan, but yeah, she has both bodies. I mean she can be seen as a girl, and as a boy at the same time.

Ditambah lagi dengan sifat dia yang caring, membuat aku ada perasaan kasih terhadap dia. Tapi aku tak berani la nak buat apa2, dia kan senior. Mampus aku kalau dia fikir yang bukan2 kat aku. Plus I’m straight okay. It just that, it’s for the first time ever, I felt this kind of feeling towards a girl. I just consider it as passion, not love of course. Minta jauh, tak nak kena laknat.

Kalau aku nak tidur, aku jarang off kan lampu side aku, sebab nya lampu side dia rosak. And dia tak pergi ofis untuk betulkan pun. Tak kan la aku yang nak pergi kan. So aku bertahan je la tidur dengan lampu on. Boleh juga aku usha dia study disebalik selimut aku hehe. Tapi, aku perasan dalam 5-10 minit aku baring, mesti dia akan bangun, keluar bilik dan ke tandas rasanya.

So bila dia keluar tu, dia akan off kan lampu aku tu,aku rasa dia just nak make sure aku dapat tidur,sebab sebelum lampu tu rosak, aku ada bgtau dia yang aku takleh tidur dalam terang. Dan aku rasa dia ingat pasal tu. Caring kan? Hehe. Bila dia nak keluar bilik pergi kelas pun, dia mesti akan bye2 aku. Bagi aku, dia sangat la ber-manners. Jarang nak ada roommate yang ada common sense macam dia ni.

Ada satu malam tu, dia mengigau, mimpi apa ntah. Sampai menjerit-jerit. Terkejut aku dibuatnya. Aku pun risau la kan. Mana la tau tersampuk apa ke. Terus aku pergi katil dia, and cuba kejutkan dia. Bila dia tersedar tu, dia nangis2 and peluk aku. Part ni yang aku seram sejuk,panas and tiba2 berpeluh. Aku mula meragui kelurusan aku sebelum ni. Aku rasa serius lain macam bila dia peluk aku. Dan aku tahu aku tak sepatutnya rasa lain macam sebab aku ni pun perempuan.

Tapi tempoh yang 2-3 minit dia peluk aku tu,is a memorable moments coz she made me feel nervous at the time. Aku cuba cool kan dia(and diri aku sendiri!!!), bagi dia air. Aku usap2 kepala dia bagi dia tenang. Then dia baring balik. Aku rasa macam nak cium je dahi dia time tu(yela,sebab dah erotic),tapi aku masih waras and aku rasa tu tindakan yang over. Risau punya pasal, aku tak boleh tidur.

Aku bangun and buat solat sunat. Sebab aku rasa lain macam, macam dia ada tanda2 nak hysteria. Tapi alhamdulillah, semua okay. Dia baring je kat katil dia sampai ke subuh. Bila dah siang, dia cakap terima kasih,dia just mimpi. Aku malas nak tanya banyak dia mimpi apa.
Selalu juga dia main gitar, bila aku pergi makan. Or aku balik lewat dari kelas. Biasanya dia tak main kalau aku ada dalam bilik, apa lagi time aku rehat atau study. Sebenarnya aku tak kisah sebab aku memang teringin nak dengar dia main gitar. Hihi. She looks really cool when she played the guitar.

Aku cerita ni sebab dia satu-satunya perempuan yang buat aku rasa lain macam. And aku bersyukur dia ni seorang yang baik. Cuba korang bayangkan kalau dia ni memang tomboy and nak try aku? Aku tak tahu la iman aku ni kuat ke tak untuk tolak dia, sebab aku memang dah fall to her. Aku bersyukur masih dijaga Tuhan. And aku nak nasihatkan pada yang diluar sana,yang mungkin ada perasaan macam aku ni, cuba lah lawan dan jangan buat benda yang terkutuk. Sesungguhnya kita ni hanya hamba yang layak diuji.

-roommate si Z-

– Roommate Si Z

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.