Thursday, 27 October 2016

Pentingnya Takaful

PengakuanKu

Saya bukan agen Takaful/ Insurans, tapi kalau lah waktu saya dilahirkan, pendedahan terhadap insurans/ takaful/ medical card berleluasa seperti sekarang, mungkin saya tidak perlu melalui seperti sekarang. Kos perubatan sangatlah MAHAL. Yes. Tapi nanti orang kata, why xpergi pada hospital kerajaan? Maaf bukan saya nak merendahkan hospital kerajaan.

Tapi pada hakikatnya, tidak semua hospital kerajaan yang memberi rawatan hanya mengenakan caj RM1 tu boleh merawat segala macam penyakit yang ada. Sebagai contoh, saya ke PPUM(semi-gov), sekali rawatan untuk monthly check-up adalah RM15.90(inc GST). Ini hanya bayaran untuk check up. Kalau anda ke emergency, anda kena bayar caj RM 20(dewasa) dan RM60(kanak-kanak). Sekarang punya caj saya tak tahu. Untuk sebulan, saya membelanjakan RM150-200 untuk ubat sahaja(insulin). Insulin ini jenis yang saya pakai-tidak TERDAPAT di mana2 hospital lain kecuali di PPUM dan ini perlu dibayar sendiri kerana ada jenis-jenis ubat berbayar yang tidak ditanggung oleh kerajaan(besides im working in private sector). Untuk kos jarum, ‘strips blood’ kos anggaran adalah hampir 400-500 untuk sebulan sebab perlu check darah setiap hari sebenarnya. Itu pun saya tak check kadang2 sbb ‘strips’ tu untuk 25pieces adalah RM110 yang tahan seminggu je paling kurang. Sebab Mahal, jadi saya agak2 sendiri berapa bacaan gula dalam darah which i have to alert all the time. Sebab kalau tidak terkawal, tahu2 dah boleh pengsan. Itu belum lagi kos2 yang lain seperti masuk wad, check darah dan urine, ujian sana sini. Test bagai tu, dan MENGANDUNG (which kena sewa mesin insulin 24jam RM2000-3000 per month). Sebab tu saya taubat dah nak mengandung.

Bukan saya nak mendedahkan berapa banyak duit kena spent, saya bukan orang kaya. Malah saya struggle nak cari duit juga untuk tanggung kos perubatan yang makin meningkat. Sebab tu saya takut nak sakit. Sebab nak duduk dalam wad tu, saya resah berapa banyak nak bayar. Makin lama duduk, makin mahal jadinya. Belum masuk ICU lagi. Sebab tu jangan tanya kenapa kalau sakit dah nak mati baru nak ke hospital. Sebab saya ‘malas’ nak ‘melayan’ kos2 yang mahal tu. Mungkin bagi orang lain saya tak tahu, tapi bagi saya, kos perubatan memang membebankan. Lain cerita bagi orang yang ada perlindungan insurans. Percayalah.

Pernah dulu ketika saya kecil, Abah saya terpaksa membelanjakan KESEMUA duit EPF dia untuk membeli ‘insulin pump’ sebab saya tiada INSURANS. Mesin sahaja RM10,000. Belum lagi kos2 bulanan. Mak abah saya kata MENYESAL tak ambil insurans untuk anak2. Sbb waktu saya kecil, saya sering sakit tapi tak terdetik (tiada kesedaran dan pendedahan yang maksima) kepada mereka untuk mengambil atau membayar insurans untuk saya. Bila now saya tanya2 boleh ke nak ambil insurans, maaf DAH TAK BOLEH sebab rekod saya di hospital dah tentu2 ada penyakit kronik. Jadi sebelum terlambat, ambil la insurans ke takaful ke atau apa sahaja untuk kegunaan masa hadapan. Kita ni tak tahu badan sihat or sakit bila. Anytime boleh attack. Sihat sekarang, in future tak tahu bukan.

Semalam jumpa doc, dia suruh saya pasang satu alat kat badan untuk detect bacaan gula 24jam selama seminggu which cost RM300. 300 untuk seminggu? kalau buat belanja dapur tahan SEBULAN !. Takpe saya redha, Duit mungkin boleh dicari, tapi kesihatan itu penting. Tak sihat, cmne nak cari duit? Jadi siapa2 yang ada anak2, diri sendiri atau keluarga yang disayangi, pergilah spend sedikit wang untuk cover diri anda dengan insurans atau takaful. Sebab kita xle predict future. Tak rugi sebenarnya. Jangan jadi macam saya. Kita kena alert. Laa ni hidup zaman Jibby. Esok2 dia tarik segala macam subsidi, segala macam acah2 ‘free untuk rakyat’ , siapa susah? Dari RM 1 jadi RM10 in future jangan terkejut.

Sekian luahan hati insan tidak layak untuk insurans. I is sad.

#RUGIbesarsapaxdakmedicalnowdays

– Saya yang dah terlambat

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.