Assalamualaikum semua. Nama saya Ain. Lama sebenarnya saya simpan hajat utk menulis di sini. Kebetulan beberapa hari ini, banyak lalu di newsfeed saya gambar2 konvo kawan2.
Sekarang saya menuntut di luar negara dalam bidang accountancy. Saya dua beradik dan saya yg bongsu. Saya ada seorang kakak yg sangat2 saya sayang. Kakak saya namanya, Ainur Batrisya. Seorang kakak yg sangat baik hatinya, elok pekertinya, luhur bicaranya. Semua ada pada kakak.
Saya masih ingat, ketika kami masih bersekolah ayah dan ibu masing2 sibuk. Tak sempat nak siapkan makanan tghari utk kami. Kami balik sekolah, tgok atas meja kosong. Hanya ada nasi putih tidak berlauk. Ayah saya engineer. Ibu saya arkitek. Jadi, kami faham mereka sibuk.
Kakak org paling cool bile tgok meja kosong padahal saya lapar perut dah keroncong. Kakak kata, “Kita mandi dlu, nanti kita main masak2.”
Dan ye..
Selesai mandi dan solat, kakak sarung apron, terus buka peti sejuk. Keluarkan segala apa yg ada. Saya jadi teruja. Beriya saya tlg kakak. Sebab kami sama2 lapar.
Kakak buat nasi goreng kangkung. Sedap.. Sedap teramat sangat. Apa kakak masak semua sedap. Kami makan sama2 sambil tgok tv. Habis makan, saya letak kepala atas riba kakak. Tgok tv kusyuk bukan main. Hihi.
Petang2 kami study sama2. Kakak teringin nak jadi akauntan. Saya pula masa tu nak jadi lawyer. Kakak cakap, jd lawyer ni sebelah kaki ke neraka. Saya bantah kakak, saya kata kita kalau di jalan yg betul, inshaa Allah, Allah bantu. Kakak hanya senyum.
Hinggalah kami sambung belajar di tempat berlainan, saya di Matrik dan kakak di UiTM. Setiap hari kakak telefon. Tanya kabar adik kesayangan dia ni. Kalau kakak telefon, mesti banyak kami borakkan. Pasal study, pasal hal2 di kampus, pasal boyfrend.. Hehe..
Satu hari kakak jatuh sakit, pergi hospital doktor kata kakak sakit SLE. Saya org paling teruk menangis. Saya nak kakak saya! Dia tak boleh sakit! Tp takdir Allah sudah tercatit semuanya.
Kakak terpaksa berhenti belajar. Kakak terlantar je kat rumah. Tiap minggu saya nak balik. Nak tgok kakak. Nak jaga kakak.
Kakak pesan, “Adik kene belajar pandai2. Adik kakak kan genius.”
Masa ni saya kalah. Saya menangis peluk kakak kuat2. Saya tekad habiskan matriks dan saya buat permohonan sambung ijazah ke uitm. Saya mohon Sarjana Muda Accountancy, padahal di matriks saya amik aliran sains. Saya nak habiskan cita2 kakak.
Alhamdulillah, niat saya Allah permudahkan. Setiap sem saya dapat anugerah dekan. Walaupun kakak terlantar, saya bawa balik setiap sijil dan gambar2 di majlis anugerah utk kakak. Saya tiada sedara kandung lain selain kakak.
Hinggalah seminggu sebelum hari konvokesyen saya, saya bersungguh-sungguh nak kakak ikut. Saya belikan semua kelengkapan utk bawa kakak ke majlis saya. Saya belikan baju lawa2 utk kakak. Shawl, kurung sulam yg die nak. Semua saya belikan. Asalkan kakak ikut saya ke majlis.
Malam tu, saya tidur dgn kakak. Saya peluk kakak erat2. Saya minta kakak janji utk terus kuat. Sb saya baru habis degree. Saya nak kakak tgok saya dpt master pula nti.
Tapi perancangan Allah berbeza mcm yg saya rancang. Malam tu, kakak cakap, “Adik konvo bile?” susah saya tgok kakak nak bercakap. Tapi saya paham apa dia cakap.
Saya kata, “lagi seminggu..”
Dia senyum. Kakak kata, “Sempat ke kakak nak ikut ni? Macam tak sempat je.”
Masa ni saya rasa dah lain. Saya rasa macam kakak dah tak lama. Sebabnya beberapa hari sebelum tu kakak dah lemah sgt2. Tp kakak cuba utk kuatkan diri.
“Sempat kak. Sempat.”
“Ok. Kita pergi sama2.”
Saya mula lega bila kakak cakap macam tu.
Malam esoknya, saya tidur lg dgn kakak. Tp malam ni kakak lebih berbeza.
Saya berbual dgn kakak tntg kematian. “kak, kalau diberi pilihan, kakak nak meninggal kat mana?”
Entah kenapa saya bertanya begitu. Dan jawapan kakak, “biarlah kakak meninggal dekat2 dgn org yg kakak sayang. Tp kakak harap, kalau kakak meninggal, org kebumi kakak jauh2 dari rumah.”
Dengarkan jawapan kakak, saya tutup cerita.
Konvensyen saya berlangsung pada Hari Isnin, kami dari JB berangkat ke Shah Alam pada hari Rabu pagi 5 hari sbelum majlis tu. Kononnya nak bawa kakak jalan2 lama sikit sambil bercuti.. Dan ye. Kami bawa kakak tempat2 yg best. Kakak happy sgt. Rupanya itulah hari terakhir kakak bersama kami
Kakak meninggal dunia ketika tidur pada Hari Khamis ptg keesokan harinya.
Dan saya? Saya hilang arah. Nak meraung tkot dikata tak beriman. Nak meratap, ini dah ketentuan Tuhan. Tapi hakikatnya, saya hilang suara. Mati2 saya ingat kakak tidur. Saya goncang badan kurus kakak tp kakak tetap kaku.
Saya smpaikan hajat kakak utk dikebumikan jauh dari rumah. Dan itu wasiat terakhir kakak ketika kami tidur bersama.
JB – SHAH ALAM
Satu jarak yg boleh dikatakan jauh dari rumah dan disinilah kakak disemadikan.
Pada hari konvokesyen, saya menangis di kerusi menunggu giliran. Saya nak kakak tgok! Saya realisasikan impian kakak utk jadi akauntan! Tp kakak dah takde. Kakak tak sempat tgok saya.
Saya naik pentas, saya tunduk dgn lutut saya lemah utk berjalan. Saya menangis sebenar benar menangis ketika skroll diserahkan kepada saya. Saya menangis sebab saya tak buat ni utk diri sndiri. Tapi utk kakak.
Hinggalah saat ini, setelah hampir 2 tahun kakak pergi, saya masih menyambung pengajian dlm bidang kesukaan kakak. Di negara yg kakak berhajat nak sgt dtg.
Utk kakak, adik dah buat apa yg termampu adik buat. Adik akan bahagiakan mak dan ayah. Adik janji adik akan jaga mak dan ayah. Adik akan belajar pandai2 smpai adik pula dijemput Allah.
Adik sayang sangat2 dekat kakak.
Doakanlah kakak saya bahagia di alam sana. Doakanlah juga saya mampu bersama kakak di sana.
AlFatihah
– Adik Kesayangan Kakak
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment