Monday, 24 October 2016

Realiti Atau Fantasi

PengakuanKu

Assalamualaikum , first of all aku minta maaf jika cerita aku ni agak panjang. Tapi cerita ni betul 100% berlaku. Jadi, dipersilakan baca

Aku pelajar sem 1 diploma tesl di salah sebuah universiti dan aku mempunyai seorang kakak kembar bernama ana (bukan nama sebenar) yang juga merupakan pelajar di universiti itu. Nak dijadikan cerita, asrama kami adalah asrama yang sama iaitu blok B. Apa yang menjadi beza ialah kakak kembar aku di aras 2 manakala aku di aras 4.

Oleh kerana jarak asrama dan fakulti yang agak jauh, ibu memberikan sebuah kereta kepada aku untuk menyenangkan kerja ulang alik dari asrama ke fakulti. Untuk pengetahuan semua, universiti aku ni terletak di kawasan bandar. Jadi bila dah terletak di bandar, memang banyak la shopping mall, kelab malam dan sebagainya.

Dipendekkan cerita, ada satu malam aku balik lambat ke asrama sebab masa tu aku baru lepas tengok wayang (lepaskan tension study kononnya). Masa tu dah pukul 12 lebih, walaupun asrama aku ada curfew kena masuk asrama sebelum pukul 11, tapi aku persetankan semua tu. Sekali sekala langgar peraturan apa salahnya.

Jadi aku drive lah kereta masuk asrama, sampai je dekat pondok guard aku berhentikan kereta. Aku tunggu pak guard tu buka pagar asrama, tapi sampai kesudah tak buka. Aku dengan keadaan mengantuk dan agak sakit hati aku turun dari kereta pergi dekat pak guard tu suruh dia buka pagar. Lepastu boleh pula pak guard tu marah aku, dia cakap ‘kan pak cik dah cakap kalau awak berdua atau lebih yang penumpang kena turun dulu dekat sini. Awak je boleh masuk dengan kereta sebab saya tak tahu penumpang awak tu pelajar ke orang luar!’

Dengar je pak guard tu cakap macam tu aku dah cuak nak mampus. Mana tak nya, aku sorang je kot masa tu mana datangnya penumpang. Aku macam terkaku masa tu, perasaan cuak tu aku tak boleh nak ungkapkan. Aku terketar ketar bagitahu pak guard yang aku drive sorang je masa tu tak ada penumpang dah. Pak guard tu terdiam.

Aku tahu kawasan asrama aku memang keras tempatnya tapi aku tak pernah nampak atau terkena dengan benda tu. Aku dah menyesal balik lambat, sekali sekala langgar peraturan konon! Aku biarkan kereta aku dekat situ, tak berani nak drive lepas apa pak guard tu cakap. Aku call ana tapi ana tak jawab. Aku text ana minta dia turun temankan aku tapi tak ada reply. Aku call tapi sampai kesudah tak terjawab. Lepas 2 minit ana turun. ‘Call tak reti jawab, nasib baik turun!’ Dari jauh aku jerit dekat ana.

Ana bagitau aku yang dia dah hampir terlelap masa aku text dia. Aku minta maaf dan jelaskan semuanya dekat ana, ana faham dan dia pun sanggup temankan aku parking kereta dan temankan aku sampai kebilik. Aku rancak cerita dekat ana cerita yang aku tengok dekat wayang. Ana diam je, aku syak ana dah mengantuk. Rasa bersalah pula kejutkan ana.

Sampai di aras 3, ana cakap dia nak ke tandas. Tak tahan sangat katanya. Jadi aku ikutkan aje ana. Sementara ana dalam toilet, aku duduk dekat luar. Rasa takut tu ada tapi tak tahan dalam tandas bau busuk semacam. Tiba-tiba phone aku berbunyi, ada orang call. Nama ana terpacak dekat screen aku. Dah kenapa nak call, terjatuh dalam lubang jamban ke apa. Tu yang aku pikir masa tu. Bila aku angkat, ana dengan selambernya tanya aku ‘kenapa call aku. Aku dalam bilik kawan aku. Phone aku tinggal dalam bilik’ masa tu Allah je tahu apa aku rasa

Aku diam, tak mampu nak berkata-kata. Tiba tiba dengar pintu tandas terbuka, aku pandang belakang, Allah! rambut panjang baju putih bercampur darah. Aku dah ketar lutut masa tu aku mengucap je panjang panjang. Aku lari selaju mungkin naik tangga. Benda tu kejar aku weh, ya dia kejar!

Aku punya laju lari aku rasa ussain bolt pun kalah. Tanpa aku sedar benda tu dah betul betul dekat belakang aku, dia pegang aku lepas tu dia cakar tangan aku. Berdarah tangan aku! Disebabkan aku takut yang teramat, aku terjatuh dari tangga. Masa tu aku tersedar dari mimpi. Aku bersyukur benda tu mimpi je.

Walaupun sekadar mimpi, aku berpeluh satu badan macam benda tu real. Aku cuba bangun dari katil tapi tangan aku terasa pedih. Aku pandang tangan aku, berdarah weh! Berdarah!

Sampai sekarang aku tak bagitahu orang pasal hal ni. Aku tak pasti apa yang terjadi tu betul atau sekadar mimpi. Namun apa yang aku tahu, bila dah sem 2 nanti aku nak berambus dari asrama ni! Aku juga nak pesan kepada korang semua, sila baca doa sebelum tidur barulah makhluk halus tak kacau

– Pelajar ketakutan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.