Friday, 28 October 2016

Indahnya Bersedekah

PengakuanKu

Saya masih student tapi bukan student uia. Saya dpt penempatan di kolej a.k.a. hostel. Hah..bila ckp pasal hostel ni, banyak benda selalu terjadi termasuklah benda yang jarang berlaku di rumah..contoh kecurian, gangguan seksual or makhlus halus, pembunuhan, dan byk lagi..tapi tulah sebab kita duduk dgn ramai2 org yang kita tak kenal sikap dan hati budi mereka dalam satu blok..so, kita takkan tau apa akan berlaku kat kita tanpa sedar.

Mcm ni cerita dia..sebelum ni tak tahu la kenapa, pakaian saya kerap di ‘curi’ atau org ter’ambil’ kat ampaian terutamanya seluar. Dua kali pula tu hilang. Nak kata seluar tu melayang, tak jugak sbb angin tak kuat mana pun masa tu..nak kata orang lain tolak pakaian saya ke tmpat lain, tak jugak sbb yang tinggal cuma hanger saya yg tergantung kat tempat asal. Benda ni terjadi juga kat seluar kedua saya..dia hilang.. dan baru2 ni saya isi filter water dalam botol mineral 5 L saya kat tingkat bawah sbb saya duduk di tgkat 7 memandangkan saya nak turun pergi membeli brg di luar kampus. Saya tinggalkan jelah botol dah terisi tu dlu sementara saya nak pergi keluar kejap. Bila saya balik semula ke kolej , saya dapati botol saya dah takde..nak kata org alihkan kat tempat lain..tak nampak pun sbb dah puas saya cari botol saya tp mmg xjumpa. Tempat saya letak tu jauh sikit dari mesin air tu. Pelik juga ntah mana lah pergi botol tu..

Bila difikirkan balik..apa yang berlaku kat saya ni ada hikmah dan pengajaran. Salah satunya bersedekah. Pernah tak dengar ayat ni ” dalam rezeki kita terdapat rezeki orang lain juga” . Ye benda tu selalu saya pegang selepas apa terjadi kat saya. Sebab dah lama saya tak amalkan sedekah tu sejak ada krisis kewangan. Saya rasa kikir nk ‘memberi’ dan memilih utk ‘menerima’.

Kebetulan saya di’diagnose’ dengan penyakit kronik..hati saya tak tenteram. Rasa sakit sepanjang hari.. dah ikhtiar mcm2 cara utk sembuh kan secara tradisional tp kurang berkesan. Kos rawatan dan ubat-ubatan hospital sgt tinggi. Saya cuba tenangkan hati dan doa supaya Allah beri petunjuk terhadap masalah saya ni.

Kemudian harinya, saya ternampak satu iklan jualan online tudung labuh murah..saya rasa nak beli tapi dah byk kt rumah.. tiba2 hati saya terketuk utk membeli dan menyuruh si penjual tudung ni tolong berikan kepada sesiapa yang memerlukan..kalau saya bg sendiri dah tentu saya akan bayar postage fee..so saya suruh jelah penjual tudung tu yang bagi..hehe.

Lepas dari tu, saya rasa lapang sangat dada rasa mcm dah kurang ‘sakit’ saya tu..pada hari yang sama juga, saya mendapat panggilan drpd kawan sekelas saya.. katanya, dia dgn kawan2 yang lain dah lama kumpulkan duit sejak tahu saya sakit. Saya terpaksa ambil cuti satu semester sbb kena lalui mcm2 rawatan. Jadi saya tak tahu apa yg berlaku di kelas saya. Duit yang dikumpul bkn sikit2 , hmpir cecah 4 angka juga. Ya Allah, ketika tu saya rasa bersyukur sgt dan rasa takjub sbb mcm2 benda baik yang datang. Saya tak tahu apa punca semua bnda ni berlaku dalam masa terdekat. Bila direnungkan balik betullah bantuan Allah tu sgt dekat , bila kita berbuat kebaikan terutamanya sedekah. Kita taktau rezeki kita sbyk mana, tapi kita akan tau bila kita sering amalkan sedekah..sbb Allah akan balas balik dgn berganda2 kebaikan yang mungkin kita tak sedar.. KESEMBUHAN DRPD PENYAKIT, MUDAH MELAKUKAN SESUATU – ni juga antara salah satu bentuk kebaikan yang Allah balas. Sentiasalah bersangka baik pada Allah. Dan jangan rasa berat utk bersedekah sbb sedekah tulah jalan penyelesaian utk byk perkara.
:-)

– Anonymous

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.