Ini kisah aku.
Dulu aku jahil. Nak mengeja ayat dlm Quran pun tak reti. Apatah lagi nak sebut. Payah sangat². Aku masuk darjah 6, still muqaddam. Allahu~ Malunya aku. Ustaz ustazah slalu tanya, “Siapa kat sini dah khatam Quran?” .
Aku selalu duduk paling blkg sebab aku kategori baca Muqaddam. Jadi kene duduk belakang. Pernah la sekali aku tipu kata dah khatam. Sampai je kat giliran aku baca Quran, aku tenyeh² mata kata tak jelas. Quran kat rumah aku lagi besar so Quran kat sekolah kecik sangat. (alasan je) Last² kantoi dgn cikgu aku. Malu aku oii kene gelak. Dah la budak yg akedemik tip top tapi baca Quran surah Al-Baqarah pun tergagap2?
Aku ni slow sikit. Tp otak aku laju kalah arnab. Aku boleh hafal sesuatu benda sekaligus (kalau benda yg aku minat laa.) So, ayat Quran ni cepat aku hafal walaupun tak pandai mengeja. Itu kelebihan aku. Umi aku cakap, “kau ni, menghafal! Bukan mengenal huruf!” *pangg!!
Perh pedih pipi aku. Time lepas magrib , waktu mengaji umpama waktu smackdown aku. Mesti aku menagis. Tapi… Kene tampar² pun, aku sendiri yg bawak Quran kat Umi aku suh ajar. Akak² aku? Dia ckp cmni, “aku malas nak ajar kau! Lembab!”
Sedih. Sedih sangat! 1 sikap aku, aku ni mudah marah. Maksud aku mcm geram bila dihina tp takde la sampai nak membunuh orang ke apa. Cuma aku tak suka org cabar aku. Hari² aku menagis. Syahdu doa aku.
“Ya Allah. Lidahku ni payah sangat nak menyebut kalamMu. Tp hati dan fikiranku mudah sekali meresap dan menghafal segala isinya. Lepaskanlah ikatan di lidahku agar aku dapat membaca dan menyebut kalamMu yg indah ni dgn begitu baik dan sempurna sekali. Agar aku boleh mengajar org yg sama sepertiku suatu hari nanti.” .
Takde sape nak ajar aku. Aku give up ke? Tak ahh. Kau nak tau, saat² aku hampir putus asa, Allah kerap selamatkan aku. Allah benci hambaNya yg putus asa dr rahmatNya. Allah sayangkan aku. DIA bantu aku. Manusia dah tak nak tolong so sekarang semuanya nye bergantung pada diri aku sendiri.
Aku amik laptop dan CD 30 juzuk. Hari² aku mengaji Quran bersama laptop dan cd aku. Alhamdulillah. Aku berjaya khatam bersama² dgn laptop dan cd pd pertengahan Tingkatan 1. Cd tu lajuu. Banyak kali aku rewind semata² nak tangkap ayat² tu. Allah permudahkan aku. Allah dengar rintihan aku. Allah tak pernah tidur. Apatah lagi mengantuk. Allah tak pernah letih berikan apa yg aku nak dalam hidup. Dan Allah begitu sabar melihat diriku setiap saat, setiap detik yg aku penuhi tanpa mengingatiNya. Tp Dia tetap ingat dan perkenankan doa hamba²Nya. Malunya aku….
Kau nak tau, saat² aku nak give up, Allah hadirkan siapa? Allah hadirkan cikgu yg kantoikan aku dala kelas aritu tu. Dia cakap macamni,
“Tak pandai mengeja takpe. Tp Allah bg kelebihan menghafal. Bkn semua org hatinya bersih dan mudah hafal Quran. Allah pilih awk. Awak insan terpilih. Jangan sia²kan hafalan awk dgn perkara2 yg Allah benci.”
Sejak tulah aku belajar sendiri Quran. Eh bukan sendiri. Aku tak pernah bersendirian walaupun aku takde kekasih sb cukuplah Allah bagiku yg selama ini sentiasa bersamaku dan memenuhi segala keinginanku saat manusia² lain menghina kekurangan aku.
Alhamdulillah. Aku dapat khatam Quran lebih dr 10 kali. Dan aku dapat menghafal sebahagian surah2 dr Quran dan doa² yg diajar oleh Rasulullah. Hebat ke? Tak. Sb aku bukan hafizah yg hafaz semua ayat dlm Quran.
Ya mmg aku berjaya menghafal byk ayat suci Al-Quran. Tp kdg² aku tersentak jugak. Asal aku masih hidup dibelenggu dosa²? Aku mengaji, tp mulut aku mengumpat. Mana silapnya aku? Ouhh baru aku tau. Ayat suci Al-Quran hanya menyelusuri indah di bibir aku sahaja. Aku tidak menghayati apatah lagi mengamalkan setiap apa yg terkandung dlm Quran.
Tapi, yg hebatnya, cara Allah nak kasi aku tersentak dgn amaran² dlm Quran tu, Dia kasi aku 1 perasaan yg aku sendiri taktau nk coretkan. Bila aku asyik membaca Quran, sampai ke 1 ayat, aku jd sebak. Menagis teruk. Aku bukan faham maknanya. Tp ustaz aku kata, kalau 1 ayat tu tiba² buat kite sebak, check cpt2 maksud dia. So aku check la. Ya! Mengenai azab api neraka.
Baucer buku yg aku dpt, aku tak bazirkan dgn membeli novel tp aku beli senaskah Al-Quran berserta maknanya. Supaya mudah bila aku baca, aku bole tgk maksudnya. Alhamdulillah. Mata ni mudah menitiskan air mata tatkala org menyebut nama Allah. Apatah lg kekasih Allah. Pasti aku teresak².
Saat org lain sibuk capai handphone dgn earfon untuk dengar lagu, aku pun pakai jugak. Tp aku pakai untuk mendengar ayat² suci Al-Quran agar aku dapat menajamkan lg hafalan aku. Alhamdulillah. Aku pernah cuba² masuk pertandingan hafazan. (Bkn aku nk pertaruhkan hafalan aku demi gnjaran tp aku takde sape² utk dgr hafàlan aku)
Alhamdulillah dapat tempat kedua dan masuk peringkat negeri. Tp aku stop. Sebab aku takut niat aku jd lain.
Al-Quran ni aku sntiasa bawa ke mana². Al-Quran yg sering basah dgn air mata ketakutan aku terhadap kandungannya. Aku sering doa, agar jgn jauhkan Quran ni dr hati aku. Jgn penah tarik nikmat yg paling besar yang Allah dah kurniakan pd aku ini. Puas aku meminta agr dpt membaca Quran jadi kenapa aku perlu lupa diri saat Allah sudah memberikan apa yg aku minta?
Muslimin dan muslimat. Bacalah Al-Quran walaupun sehelai sehari. Jangan biarkan Al-Quran kau berhabuk dan terbiar lebih 3 hari. Aku ckp tentang diri aku. Hebat sekali jika kau dpt membacanya hari² kerana kau akn rasai ssuatu aku aku sndri tak mampu katakan iaitu ketenangan jiwa. Renung²kanlah sahabat.
Assalamualaikum. Moga bermanfaat.
– KS
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment