Friday, 16 March 2018

Nasib Seorang Scholar

PengakuanKu

Pertama kali aku ingi mengucapkan tahniah untuk adik-adik yang baru sahaja tamat alam persekolahan dan berjaya melalui SPM. SPM bukan segalanya, tetapi segalanya bermula daripada SPM (cliche kan?). Tapi tu la kenyataannya. Beberapa tahun lalu, alhamdulillah, aku berjaya mendapat straight As. Cukuplah untuk aku memenuhi syarat untuk memohon biasiswa. Memang dari sekolah lagi aku dah aim nak dapatkan biasiswa untuk aku melanjutkan pelajaran dalam bidang yang aku minat, lagi-lagi aku tahu keadaan ekonomi keluarga aku yang serba kekurangan. So aku happy la kan. Excited, aku isi semua biasiswa yang buka ketika itu. MARA, JPA, Simedarby, Maybank dan macam-macam lagi la. Tak beberapa ingat sangat. Hampir semua biasiswa aku minta itu menjemput aku ke peringkat seterusnya iaitu interview. Tapi tak semua biasiswa yang aku isi itu menawarkan bidang yang aku minat iaitu perubatan. Jadi ada juga yang aku tak pergi. Interview pertama yang aku pergi Petronas. Aku memang tak beberapa minat la bidang-bidang engineer atau ekonomi ini.

Aku pergi sebab untuk merasa sendiri dan mencari pengalaman temuduga biasiswa. Interview kedua aku dapat adalah biasiswa yang aku ingin sangat sebab dia tawarkan bidang perubatan yang aku nak. Lagi satu ia adalah program luar negara. So interview pertama tadi aku pergi, untuk prepare interview kedua inilah. Memang menaruh harapan tinggi dekat biasiswa ini. Alhamdulillah, dalam masa yang singkat biasiswa ini memberi respond yang baik. Mereka bersetuju untuk menaja aku dalam bidang perubatan luar negara. Ketika itu, biasiswa ini merupakan biasiswa yang baru ditubuhkan. Ada juga segelintir manusia protes untuk aku menerima biasiswa ini. Walaupun begitu, aku memang yakin yang biasiswa ini stable untuk menaja pelajar-pelajar. Lagi-lagi aku tengok berita perdana menteri kita sendiri melancarkan biasiswa ini dan biasiswa ini diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. So aku terimalah biasiswa ini dan terus switch off others scholarship interview opportunities that include JPA and MARA which will also offer medicine course. Kononnya nak bagi peluang kat pelajar lain. Yelahh..dah dapat apa yang aku nak kan.

Bermulalah nasib aku sebagai seorang penerima biasiswa di salah sebuah kolej persediaan luar negara. Aku memang bersyukur sebab tak perlu keluarkan duit apa-apa. Dah tu setiap bulan dapat elaun lagi. Permulaannya baik-baiklah. Tapi sebagai seorang yang menerima duit, perlulah akur dengan apa sahaja kehendak pihak biasiswa aku ini. Di sebabkan aku adalah first batch biasiswa ini, aku sendiri merasakan aku dan scholarmates yang lain dilayan seperti ‘tikus makmal’. Contohnya, ketika itu selepas menerima keputusan peperiksaan semester pertama, aku terkejut tiba-tiba beberapa scholarmates aku perlu keluar daripada kolej tersebut. Alasannya, keputusan peperiksaan mereka kurang memberangsangkan dan pihak biasiswa hilang keyakinan terhadap mereka untuk membawa program persediaaan luar negara ini. Tapi baru first semester kot. Mungkin antara kami ini masih dalam proses adaptation to the new environment. Namun, kami tiada hak apa-apa untuk membantah keputusan pihak biasiswa. Pergilah beberapa scholarmates aku di kolej tersebut. Aku ingat benda ini berlaku dekat kolej aku je. Rupa-rupanya lagi ramai scholarmates aku yang berada di kolej persediaan luar negara yang lain perlu meninggalkan program tersebut selepas peperiksaan semester pertama. Selepas semester itu, bagi sesiapa yang tak memenuhi mininum requirement (min. req.) pula, elaun akan dipotong. Yang ini aku rasa tak kisahlah. Mungkin, ini caranya untuk buat kami belajar bersungguh sungguh.

Hari belalu hari, sampailah hari di mana aku perlu memilih universiti untuk aku menyambung pelajaran aku dalam bidang perubatan. Pihak biasiswa ketika itu menetapkan yang kami semua hanya boleh melanjutkan pelajaran di universiti top 50 in the world. Yang kelakarnya, list yang kami semua perlu ikut adalah list top 50 in the world 2 tahun yang lalu daripada tahun semasa pemohonan. Aku berasa kecewa ketika itu. Top 50 university in the world for medicine is not something to be kidding. It was so so difficult to get into those universities. Knowing that medicine is already tough, and now we need to apply into these universities such as Oxford, Cambridge, Edinburgh, Manchester, Harvard etc etc. Dan aku bukanlah seorang pelajar genius. University ini aku kira untuk genius students sahaja. SPM aku pun bukannya straight A+. Even those JPA national scholars for medicine did not get into these uni (as far as I known).

Jadi duduklah aku beberapa minggu di rumah mengenang nasib, selepas tamat program persediaan luar negara. Result aku kira cemerlang untuk universiti ‘biasa-biasa’. Aku ada juga menerima tawaran untuk bidang perubatan dari salah sebuah universiti di Ireland dan UK. Namun, universiti-universiti tersebut bukan dalam list biasiswa aku. Jadi aku terpaksa tolak dengan berat hatinya. Padahal universiti-univeristi inilah pihak MARA dan JPA hantar pelajar-pelajar mereka. Yang bagusnya list universiti MARA dan JPA ini adalah list top 50 in the world according to your faculty/school. Bukanlah macam list pihak biasiswa aku yang generally put top 50 university in the world, bukan top dalam bidang perubatan secara spesifik. Bagi scholarmates aku yang lain, yang sepatutnya perlu menyambung pelajaran dalam bidang perubatan tapi tak lepas min. req pihak biasiswa, mereka telah diserap ke universiti tempatan dalam bidang yang jauh sekali daripada bidang sains.

Nasib aku pula, aku di beri peluang untuk membuat double degree medicine program di US (7-8 tahun). Program ini kiranya aku kena perform lebih lagi dalam degree pertama sebelum aku di terima belajar di universiti yang sama, dalam degree kedua iaitu degree perubatan lah. Aku asalnya memang teringin sangat belajar di luar negara. Walaupun aku tahu jalan ini berisiko dan memakan masa yang lama, aku rasa dalam hidup ini tak perlu tergesa-gesa. Lagipun aku di beri peluang untuk membuat dua ijazah. Jadi aku setuju. Dan pihak biasiswa pun berjanji jika aku tidak dapat melanjutkan dalam bidang perubatan di university tersebut bagi degree kedua, mereka akan meneruskan tajaan bidang perubatan tetapi di universiti dalam negara.

Bermulalah hidup aku di salah sebuah university top 50 in the world di US seperti mana pihak biasiswa aku inginkan. Seronok memang seronok. Namun setiap semester aku perlu memenuhi min. req yang telah pihak biasiswa tentukan. Kalau tidak capai sebanyak dua kali, mereka akan menghantar balik pelajar berkenaan. Stress yang amat bila musim exam. Biasiswa aku ini pula meletakkan min.req yang paling tinggi jika dibandingkan dengan biasiswa yang lain, termasuklah biasiswa bank negara yang top tu. Sekali lagi aku rasa sebenarnya biasiswa aku ini untuk pelajar genius. Seorang demi seorang scholarmates aku dihantar pulang ke Malaysia kerana gagal memenuhi min. req yang tinggi ini. Lagilah stress level bertambah.

Aku berjaya melepasi semua semester dan kini telahpun bergelar graduan dari universiti tersebut. Malang sekali aku tidak berjaya mendapat tempat di universiti berkenaan dalam bidang perubatan seperti rancangan asal. Dah bertahun berlalu. Namun, impian aku untuk bergelar doktor masih jauh. Kecewa bila aku tengok rakan-rakan yang lain dah pun tahun 4 dalam bidang perubatan ini. Ada yang tahun 5. Ada yang dah habis pun belajar MBBS ni. Lagi kecewa bila pihak biasiswa aku ubah kontrak untuk menamatkan tajaan aku dalam bidang perubatan sebagaimana mereka janjikan sebelum ini. Aku move on, berpendapat mungkin bukan rezeki aku. Jadi aku berkerja keras untuk mendapatkan kerja yang stabil dengan ijazah pertama aku di US. Baru sahaja beberapa hari aku memulakan perkerjaan aku di situ, pihak biasiswa menyuruh aku pulang ke Malaysia, jika tidak mereka tidak akan memberi elaun tamat belajar. Kira banyak juga elaun ini. Bolehlah aku guna untuk memulakan hidup baru di US untuk beberapa minggu. Aku rasa oklah kalau taknak beri elaun, sebab aku pun dah mulakan kerja aku di sini. Niat aku bukanlah nak bermastautin terus di negara orang, tapi lebih kepada untuk menyimpan duit untuk aku biayai sendiri cost bidang perubatan di IPTA kelak (niat nak jadi doktor susah nak terpadam). Untuk pengetahuan semua, tiada bond antara aku dengan biasiswa.

Namun pihak biasiswa tidak ambil peduli, malah mengambil langkah yang lebih drastik iaitu dengan mengugut aku dengan mengatakan mereka ada hak untuk mengubah tajaan mereka sebelum ini kepada bentuk pinjaman, jika aku masih tidak pulang ke Malaysia. Kiranya duit-duit yang telah mereka laburkan, mereka ada hak untuk tuntut kembali. Aku consult dengan salah sorang scholar guide (SG) secara personal. SG ini ada kata, pihak biasiswa hanya mahu aku touch down Malaysia sahaja dan aku boleh kembali ke US bila-bila aku inginkan. I was like what the heck is this. Ingat murah ke tiket flight dan masa aku atas flight tu. Serius bengang gila. Aku binggung. Kontrak dah lama tamat. Namun aku tak boleh buat apa-apa. Daripada kena bayar semuanya, lebih baik aku balik je touch down kejap. Dan kini, aku menjalani hidup aku sebagai junior researcher di salah sebuah syarikat di US demi mengumpul duit bagi yuran ijazah perubatan di IPTA kelak. Aku masih bernasib baik kerana salah sebuah IPTA telah menerima aku untuk menjadi salah seorang pelajar perubatan di universiti mereka.

Tujuan aku nak kongsi kisah ini adalah khusus untuk adik-adik lepasan SPM/ STPM/ Matriks yang bakal memilih sponsorship dan bidang-bidang yang mereka inginkan. Cubalah berfikiran lebih panjang ke hadapan dan matang dalam membuat keputusan. Teringat aku sebelum fly ke US, ada scholarmate aku yang asalnya akan fly sama-sama dengan aku, tapi dia reject sebab dia kata ‘hmm bukan boleh percaya pihak biasiswa ini. Apa-apa boleh berubah nanti’. And memang betul pihak biasiswa sendiri mengubah kontrak secara drastik. Walaupun kisah aku begini, aku masih rasa bersyukur dengan pengalaman yang aku lalui. Aku ambil positive side belajar luar negara, aku mampu untuk mengumpul duit berpuluh ribu semasa belajar. Dan banyak pengalaman berharga mempelajari culture orang luar. Personally aku rasa yang baiknya adalah Ibu bapa sendiri menyimpan duit untuk anak-anak belajar kelak. Ada juga scholarmate aku undergo depression teruk di sebab pelbagai permintaan pihak biasiswa kami yang tak masuk akal. Apa jawapan pihak biasiswa kami terhadap perlajar tersebut adalah “bullshi* with your depression!”. Ok, tu lain cerita la. Apa-apa pun biasiswa aku ini diwujudkan semasa PRU13 dan dilancar sendiri oleh perdana menteri ketika itu. Ada orang cakap biasiswa ini di wujudkan kerana nak raih undi. Allahuallam.

-bakal doktor anda-

– bakal doktor anda

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.