Friday, 16 March 2018

Tujuan Hidup

PengakuanKu

Assalamualaikum dan salam hari Jumaat penghulu segala hari,

Well aku pon tak tahu dekat mana aku nak mula coretan hati aku ni. Aku ni seorang ayah yang berusia 29 tahun. Bekerja dan single income family. Bini aku ada degree ada masters, tapi atas dasar nak membesarkan anak dengan sendiri tanpa memberikan pada penjagaan orang lain, aku pasarah dan aku redha. Gaji aku tak besar beb, cukup2 je. nak beli rumah memang tak dapek la, menyewa je mampu. Satu benda aku nak kongsi dengan kawan2 kat luar sana. Masa bini aku buat keputusan untuk berhenti kerja dan menjaga anak full time, aku pada awalnya pening kepala gak, sebab masak aku nak kena contribute seorang bai. Tapi aku ingat, dalam islam, lelaki bertanggungjawab atas pemberian nafkah zahir dalam keluarga ni. Isteri boleh bekerja atas niat dia rela untuk bekerja untuk membantu suami. Bini aku die memang nekad nak berhenti, sebab dia takot sangat dengan banyak kes dera budak sana sini sekarang kan. Bini aku kerja gomen bai, gila sayang if lepaskan, tapi sebab anak, aku redha dan aku percaya perancangan allah itu lebih indah.

Well of course ada org cm question keputusan aku, macam macam la mulut orang ni kan mengata kat bini aku ni ibarat dia bazir duit and tenaga jela belajor tinggi2 tapi last2 dok umah jugek. Dugaan dan cabaran yang Allah bagi kat aku dan bini aku banyak, aku percaya semua orang ada dugaan masing2, tapi yang penting cara kita hadap perkara ini dan terima apa yang jadi sebagai satu hikmah yang lebih indah Allah sedang aturkan untuk kita. Kereta rosak, rumah banyak masalah kena repair, duit cukup2 makan je dan macam2 la masalah kitorang ni. Percaya atau tak peti ais rumah aku sekarang ni dah dekat setengah tahun x jalan, yg ada freezer je, yang bawah tu mmg dah x sejuk dah. Nak repair mmg xde duit dah, cukup2 untuk perbelanjaan je.TAPI………

Ni yang aku sedar selama ni, walaupon aku selalu fikir cmna la nk bela keluarga aku ni kalau duit asyik cukup2 je, jujur aku cakap, aku dpt save rm50 je kadang2, tu pon akhir bulan kena amik balik, org lain anak kecik2 dah blh save untuk masa depan, tapi aku ni, kadang2 tengok muka anak, menangis wey pikir nasib dia. Alhamdulillah, aku dengan bini, kami dah kahwin dekat 4 tahun, tapi x pernah sekali pon kitorg bergaduh, ni bukan cerita tipu bro2 sekalian, ni cerita benar, tak pernah bergaduh pon. Anak aku pulak, umur dia dah 3 tahun lebih, tapi, tak aku boleh kira berapa kali dia sakit. Demam pon tak sampai 4 ke 5 kali sepanjang kewujudan dia. Aku tak pernah rasa peti ais rosak tu sebagai satu kepayahan, segalanya rasa sangat cukup dan sangat sempurna, sampai wife cakap x yah la repair, boleh je idop.

Kawan2 semua, aku tahu ramai yang lagi susah dari aku, tapi satu benda aku nak ingatkan dekat sini, punca kenapa aku tak pernah rasa susah, tak pernah rasa kurang walaupon pada zahirnya, banyak yang kurang. Aku percaya ni semua kuasa sedekah, kuasa solat sunat dhuha, kuasa solat berjemaah di masjid dan kuasa al waqiah. Satu benda yang aku cuba istiqamah. Solat subuh berjemaah di masjid, 2 rakaat sunat sebelum subuh, adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya, maghrib dan isyak berjemaah di masjid. Setiap kali pergi masjid masukkan la duit dlm tabung masjid itu, aku slalu konsisten bawak rm2 setiap kali waktu aku ke masjid. Kalau xde duit biru, amik mana yang ada la, ada merah, 10 ke 20, 50 ke. Masuk je dalam tabung. Allah tu maha kuasa. Pernah aku ada rm50 je dlm wallet aku, dalam bank ada 100 lebih je, gaji lagi 2 minggu. Aku tawakal je. Bukan nak kata aku masuk rm50 tu, esok aku dapt kontrak RM50,000 berlakon drama pukul 7. Xde pon. Cumanya rasa 2 minggu tu berlalu dengan aku x perlu guna duit tu. Selalu aku borak malam2 dengan bini aku, “awak rasa ada kurang tak hidup kita ni?” wife memang akan selalu cakap, xde, dia selalu rasa semua cukup. Aku bersyukur, segala puji hanya untuk allah, aku dapat isteri yang sangat2 memahami.

Therefore, cewah therefore… senang mana pon kita, gaji besar rumah besar, semua tu pemberian Allah kepada kita sebagai ujian. Untuk lihat macam mana kita guna rezeki yang allah kasi tu. Ada kita yang tunjuk tu tunjuk ni kt insta dan fb. Katanya nak kongsi, tp niat di hati hanya allah yang tahu sama ada kita nak kongsi OR nk show off. Kita kongsi gambar bercuti sana sini, ada kawan kita dlm fb nk g bercuti pon x mampu, kita kongsi gambar anak check up kt hospital mahal2, ada kawan kita belom direzekikan dengan zuriat, dan ada kawan kita nk beli ubat kat klinik pon x mampu, kita kongsi gambar makan tempat mahal2, ada kawan kita nak bawak family makan warung sebulan sekali pon pikir 3 atau 4 kali. Mereka mungkin like gambar2 kita, tapi aku percaya, jauh di sudut hati diorang, diorang mesti ada rasa cemburu dan rasa kurang dengan apa yang diorang ada. WALHAL, setiap rezeki yg kita dpt, baik banyak atau sikit, itu adalah percaturan Allah. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Jangan sesekali rasa kurang. Sentiasa la berdoa supaya rasa cukup dengan apa yg allah beri.

Aku bukan nak berlagak, malah aku doa hari2 supaya aku dijauhkan dari sihat ujub, riak takabbur dan sombong. Nak berlagak takat mana pon, harta pon xdak, haha. Aku cerita amalan aku tadi tu, sebagai perkongsian, Sebab aku sendiri rasa besarnya kuasa Allah ni bila dia kata cukup, maka rasa cukup lah kau even zahirnya kau sendiri pon konfius, macam mana boleh bertahan sampai akhir bulan dengan duit ciput je. Allahuakbar. Memang kita sibuk, kerja sana kerja sini, nak p masjid apa nya balik pon dah pukul berapa. Ingat, orang yg ada kelapangan ke masjid solat berjemaah dan duduk majlis ilmu, bukan atas keputusan diorang saja, tapi allah yang menggerakkan otot2 mereka untuk ke masjid, allah jugakla yang lapangkan masa meraka dan menjemput mereka ke rumah allah. Kalau kita rasa kita x g masjid semayang jemaah, maksudnya x dijemput la tu. Banyaklah berdoa supaya kita diberi kelapangan masa. Inshaallah akan dipermudahkan. Oh ya last2….mampos member aku sound aku ni, dia dah tunggu nak g masjid semayang jumaat sama2 kat bawah. Korang tau kan cincin tasbih tu? beli la satu, letak dalam poket. Benda kecik dan murah mcmtu, percayala akan menjadi pembantu terbesar kita di akhirat kelak. Beli, lepas tu kau google la zikir2 harian yang ada. hafal, tadabbur dan amalkan. Sekali kau buat, konsisten dan istiqamah, lama2 kau akan rasa resah bila benda tu tak da. Tandanya kau dah lazim berzikir. Dari dok dalam jem g ofis dengar orang gelak tak tentu hala(stesen radio), baik kau berzikir kepada yang maha tinggi, Our creator Allah S.W.T.

Sorry if aku ada singgung hati sesiapa. Wallahi niat aku hanya untuk memperingat kepada ibu ibu ayah ayah, kakak kakak abang abang, adik adik dan semua umat islam di luar sana yang kehidupan di dunia ini sangat2 la singkat, kita ni ibarat pengembara yang sedang duduk berehat sementara sebelom meneruskan perjalanan ke alam yang seterusnya, 60 atau 70 tahun adalah sangat sekejap nak dibandingkan dengan hari akhirat. Aku doakan kita semua sentiasa terpilih menjadi hamba allah yang senang melakukan ibadah dengan hati yang ikhlas haya untuk redhaNYA. Semoga kita semua sentiasa di bawah rahmat allah dan berada di dalam golongan muqarrabun. Assalamualaikum W.B.T.

– Roy

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.