Monday, 31 October 2016

Aku Si Kuli

PengakuanKu

Assalamualaikum buat warga IIUM Confession. Terima kasih kepada admin andai coretan serba kurang ini tersiar. Minta maaf andai coretan aku sangat panjang.

Aku, hanya seorang graduan IPTA tetapi bukan UIA. Gadis yang sangat biasa, tinggal di celah perkampungan, bertubuh genit, berwajah separa cina separa jawa, berhias senyum lembut berciri keibuan tetapi beriak ketegasan serta keegoan. Mungkin sukar anda bayangkan. Untuk memudahkan, bayangkan saja aku seperti watak Nelydia Senrose yg bermuka lembut dan mudah dikuis menggunakan hujung jari tetapi dalam konteks kecantikan sedikit kurang. Bertubuh genit seperti Nad Zainal. Betul terlihat sangat naif, lemah, dan kekampungan. Dan bayangkan pula aku memakai tshirt seragam seorang cashier pasaraya dengan wajah letih dan kelihatan seperti seorang gadis lepasan SPM yg sedang pasrah bekerja akibat kecundang dalam pelajaran. Serius kalau dalam drama telenovela boleh jadi heroin tapi dalam realiti kehidupan orang pandang dari tepi pun tak sudi.

Habis aku cuba memberi gambaran. Ya, itu lah aku suatu ketika dulu. Dan mungkin masih lagi seperti itu. Waktu itu aku belum menjejakkan kaki ke Universiti. Gigih bekerja untuk mencari duit saku bagi membayar yuran pengajian untuk melanjutkan pelajaran. Hari itu, hari minggu yang mana pengunjung pasaraya berpusu berganda lebih daripada hari biasa. Dengan keluarga yang membeli barangan keperluan penuh satu troli tak terlepas juga yg mencecah dua troli penuh. Berbaris panjang hingga aku sendiri tak pasti dimana penghujung barisan. Scan setiap satu barang dengan teliti agar tiada kerosakan. Termasuk pakaian luar dalam pelanggan. Dan air beralkohol yg haram diteguk si Islam. Beristighfar dalam hati dengan senyum simpul melayan pelanggan. Dan setiap kalinya aku berdoa supaya tak terjumpa orang yg kelihatan waras tapi kurang sifat common sense dalam diri. Bukan aku mengada, tapi realitinya setiap minggu aku akan bertegang urat berlawan antara ego dan peraturan dgn customer. Dan adakala aku memaki sistem dan peraturan dalam diam. Menyalahkan pihak pengurusan yg memberi kadar limit untuk barang jualan yg mempunyai promosi discount potongan harga yg dianggap berbaloi-baloi oleh pelanggan. Kebiasaannya, ayat yg akan keluar dari mulut customer ” i ada duit. I boleh bayar lah”. Juga ayat “kenapa ada limit. Tempat lain i beli banyak boleh je?”. So why not dengan duit yang banyak dan berkepuk-kepuk tu u’all pergi beli dekat “tempat lain” tu. Tapi sayang, ucapan itu tersekat di kerongkong tanpa dapat aku lepaskan. Kadang manusia tamak ini sentiasa mencari fasal. Menggunakan kuasa duit bagi memonopoli kuasa pembelian rakyat marhaen kurang berkemampuan. Betul kau firaun moden. Dengan berbekalkan konsep customer always right dalam perniagaan, aku masih cuba bersikap diplomatik. Memberi pilihan dan solusi kepada customer untuk memberi kemudahan. Adakala aku akan menyuruh customer yg mahu membeli barang yg mempunyai limit dgn cara bayar dan ulang beli. Dengan syarat jangan biar aku nampak dan jangan datang lagi ke kaunter aku. Susah untuk menyekat kuasa beli pelanggan. Ada duit semua jalan.

Malam itu, jam sudah menunjukkan hampir jam 10 malam. Sudah lebih 12 jam aku bekerja. Kaki semakin lenguh penangan kasut bertumit kerana mengikut peraturan pakaian bekerja dan kerja tidak dibenarkan duduk di kerusi. Dengan berdiri dan melayan customer yg tiada henti dari pagi. Biasalah diwaktu hujung minggu akan ada banyaknya promosi untuk menaikkan kadar pembelian barang oleh pelanggan. Minggu itu terdapat gift berupa sepapan telur bagi customer yg berbelanja melebihi kadar nilai yg ditetapkan. Peraturannya sangat mudah difahami. Seorang customer dengan hanya satu resit pembelian. Dan satu resit untuk satu papan telur. Ditakdirkan aku menjaga bahagian gift redemption. Waktu itu pelanggan sudah hampir beransur kurang. Aku yang keletihan masih cuba senyum melayan pelanggan. Mereka memang menguji kesabaran walau kerja aku hanya melihat resit dan memberi sepapan telur. Bayangkan, kau ada satu resit tapi nafsu bertekak mahu diberi dua papan. Umpama seorang wanita yg hanya dibolehkan benikah dengan seorang lelaki. Tapi mahu berlaki dua dalam satu masa. Janggal pula aku rasa perumpamaan yg aku guna ni. Namun begitulah itu keadaan yg boleh aku fikir untuk menggambarkan situasi. So i just show a big “NO” dan mengabaikan mimik muka customer yg menyampah dengan ketegasan ku. Dan aku tetap senyum, tapi senyuman lebih sinis daripada biasa. Senyum sinis sedikit membantu kerana wajah kesopanan dan keibuan aku ni selalu menjadi modal untuk customer menekan emosi. Sampai kepada seorang pakcik berumur lingkungan 50an. Dari gaya luaran nampak seperti seorang intelektual dan berdompet tebal. Memakai jubah seakan kurta, berjanggut, membawa dua keping resit pembelian. Ah sudah! Nampak satu lagi ketegangan akan meletus. Aku buka kuda-kuda bicara, dengan memberi kata terhormat menerangkan peraturan. Tapi gagal, pakcik itu tetap mahukan dua papan telur kerana dia ada dua keping resit. Berbalas kata dengan pakcik itu saja memakan masa hingga pelanggan lain berbaris semakin panjang. Mungkin aku yg terlalu mengikut peraturan. Betul, boleh saja aku memudahkan urusan dengan ikut saja kemahuan. Tapi, risikonya aku akan hadapi ketegangan lebih panjang bila pelanggan lain akan mula meminta layanan yg sama. Ditambah pula aku risau jika aku tak jujur dalam mengagihkan gift kepada customer, kelakuan aku akan diperhatikan. Mana taknya, cctv betul-betul atas kepala aku. Ini baru cctv dunia, belum lagi cctv nak dibawa ke mahkamah Allah. Jadi aku ambil keputusan untuk memberi sepapan telur sahaja dan meminta satu lagi resit ditebus oleh anak pakcik tersebut yg berada di kaunter hadapan. Jarak yang memisahkan kaunter redemption dan kaunter anak pakcik tersebut berada kira-kira 7 kaunter di hadapan. Berang dengan ketegasan aku, pakcik tersebut terus memanggil anaknya dari jauh dengan laungan yg keras. “Siti !!! Datang sini !!! Budak “BAHLOL” ni menyusahkan aku”. Aku terkedu. Kaku tangan aku yang sedang memegang papan-papan telur. Satu perlakuan yg aku kira sangat mengaibkan. Menjatuhkan maruah aku. Semua customer yg berbaris merenung muka aku. Tak termasuk rakan sekerja dan customer2 lain yg berada jauh di kaunter hadapan terkejut dengan jeritan tak bertamadun pakcik tersebut dan menfokuskan pandangan pada aku. “Kau ni memang tak boleh diajar la!”. Kuat suara pakcik tersebut menambah lagi sakit ditelinga aku. Anak pakcik tersebut tergesa-gesa datang kepada aku untuk menebus satu lagi papan telur, hanya diam mengikut arahan ayahnya. Pakcik tersebut masih memaki2 aku dengan seyum sinis, melihat aku dengan pandangan jelek. Ya, benar aku gadis kelas bawahan yg bekerja kuli-kuli untuk mencari sedikit rezeki halal. Yang mungkin pada pandangan pakcik itu benar-benar gadis ber IQ lembam dan tiada masa depan. Bekerja hingga larut malam yg mana subjek Bahasa Melayu pun gagal sehingga tak faham kehendak pakcik tersebut. Malu aku bukan kepalang. Sedih aku . Selepas pakcik tersebut pergi, menitik juga air mata aku bila di malukan sebegitu di depan customer yg ramai. Customer yg beratur panjang terdiam tak mampu memujuk aku. Takut-takut lelaki cina dihadapan aku hendak menyerahkan resit bila tengok muka aku yg bergenang air mata. Kuch kuch hota hei betul la menangis depan orang ramai.

Kalau kau lupa, aku ingatkan. Bila kau berada di atas, kau rasa sedikit nikmat rezeki Allah beri yg mana lebih dari orang lain, janganlah kau lupa diri. Bila kau lihat pekerja yg berstatus kuli-kuli yg pada mata kau mereka ini tiada masa depan dan tiada kesungguhan dalam hidup, janganlah kau berhasad dengki. Ramai rakan sekerja yg aku kenali, mereka memilih pekerjaan yg tidak dipandang tinggi bukan kerana mereka tak punya IQ dan matlamat tinggi. Tapi dek kerana desakan hidup. Memikul tanggungjawab di bahu mereka yg mana mungkin kebanyakan orang berstatus tinggi tak pernah hadapi. Janganlah kau pandang rendah dan lempar pandangan jelek, kerana mereka berada dalam misi surviving dalam negara yg katanya demokrasi ini dengan tangan sendiri. Mengumpul syiling dengan setiap peluh yg mengalir untuk menampung cukai GST dan penarikan subsidi. Kalau kau rasa RM1 itu bagai kertas tisu tandas hilang pun tak cari, tapi bagi mereka RM1 cukup untuk makan sehari sekali dengan roti canai kosong mamak. Dan ramai juga antara mereka yg bekerja kuli-kuli berlatarkan pemegang diploma, degree, master dan segala sifu. Jangan kau hina ketika mereka berada di aras ini, sebab aku yakin kau akan malu menutup muka andai 10 tahun kehadapan merekalah orang yang disegani. Mereka yakin rezeki mereka ada dengan cara bekerja di kelas bawahan, dan kau pula terlalu yakin rezeki kau akan terus di atas memperlekeh orang yang kurang. Beringatlah, bumi ni sfera. Aku takut ada yang tergelincir tak bangun- bangun.

Disini aku ingin mengingatkan, ” habluminallah habluminannas”. Kalau kita jaga hubungan dengan Allah, tapi menolak hubungan dengan manusia pun tak guna. Jaga hubungan sesama manusia ni besar konteksnya. Bukan cuma antara kau, keluarga, rakan-rakan. Mungkin dalam tak sedar kau mengguris hati orang-orang yg tak pernah kau kenali. Sedangkan terkentut dalam lift pun orang sakit hati. Inikan pula lidah yg lebih tajam dari batang lidi. Terima kasih readers.

– Annazafirah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Buat Labwork Betul-betul

PengakuanKu

Aku nak cerita pasal seorang classmate aku masa undergrad dulu. Biasalah budak-budak hard science macam course aku, final year kena buat FYP. Final Year Project.

Aku dan kawan2 seprojek alhamdulillah dapat jalankan labwork kami dengan tidak banyak masalah. Biasalah kalau kena tunggu sebulan dua untuk tunggu chemicals sampai lepas diorder. Lab assistant pun banyak membantu. Walaupun kena isi borang itu ini, tapi tak ada masalah. Asalkan barang dapat, dan labwork boleh diteruskan. Sementara tunggu chemicals, bolehlah baca journal, buat journal club, etc. Komunikasi dengan supervisor pun kena kerap walaupun tak ada progress dari segi labwork.

Tapi bukan nak cerita pasal itu sebenarnya.

Nak cerita pasal seorang classmate aku yang entah macam mana, magically boleh ada labwork result walaupun tak buat apa-apa labwork! Analoginya macam tiba-tiba depan mata kau ada nasi lemak, tapi entah bila kau masak nasi, sambal, goreng bilis dan kacang semua tu. Tak ke pelik?

Of course pelik. SV boleh hidu something is fishy.

How come you never update about your labwork, but you got results?

Maka habislah semua lab assistants kena soal siasat. Ada tak borang classmate aku tu tempah chemicals? Ada tak dia sign bila dia ambil glove? Ada tak dia tunjuk muka dekat lab dan buat labwork.

Semua tak ada.

But then, mana dapat labwork results tu? Bukan calang-calang results kot. As if memang dia buat labwork tu. Cantik results dia.

Supervisor bawa masuk hal itu kepada pengetahuan head of department. Hambik. Dah naik ke peringkat dan pengetahuan HOD. Siasatan diteruskan.

Long story short, akhirnya sahlah yang dia tak buat pun labwork tu. Results yang dia dapat tu, dia alter je daripada previous labwork orang lain. Daripada senior yang dah grad.

FYP ni bukan sekadar nak ajar kau buat projek dan kajian. Ia juga mengajar kau untuk menjadi orang yang jujur. Setiap labwork progres pasti kena ada bukti. Dokumen itu, dokumen ini. Borang itu, borang ini. Sebab tu juga kena ada logbook bila buat scientific research.

So apa kesudahan classmate aku tadi? Dia didapati bersalah dan kena repeat labwork. Aku pasti kisahnya sebelum dibenarkan repeat labwork tu panjang lagi. Kes macam ni selayaknya dismiss je. Sia-sia belajar 3 tahun. Bila masuk final year, kau membohong pula. Baik tak payah masuk universiti.

– Danial

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Setiap Ibadah Itu Ada Bersamanya Kebaikan

PengakuanKu

Hai, assalamualaikum readers IIUM Confession. :) Thanks admin sebab approve confession ni.

Lately ni aku perasan ramai yg post pasal benefits of sedekah, dhuha. And tiba tiba malam ni aku tergerak hati untuk share benda ni kat korang based on pengalaman aku sendiri.

Firstly, aku perempuan berumur 21 tahun dan penuntut di salah sebuah institusi pengajian tinggi di Malaysia dlm jurusan engineering. As usual kehidupan seorang pelajar and generally as human kita takkan lari dari masalah. Throughout this year, boleh dikatakan tahun paling mencabar buat aku. Dari start awal tahun masalah tetap datang dan datang walau tak diundang. Sampai satu tahap aku menangis setiap kali waktu doa selepas solat, hikmah apa yang Allah tunjuk disebalik semua benda ni. Dan kadang2 (not kadang2 but actually banyak kali jugak) kalau aku naik train or duduk dlm crowd aku akan perati segelintir manusia sekeliling aku. Example aku pernah nampak sorang akak ni perwatakan mcm nurse baru balik keje masuk train. Muka dia penat sgt n yea suddenly hati aku terdetik, akak ni mungkin masalah hal kerja dia or personal life dia lagi crucial dari masalah aku. So kenapa aku nak overthinking sangat ? Stay positif, Allah takkan bebankan hambaNya melebihi kemampuan dia.

So start awal Muharram hari tu lepas je maghrib tu aku amik satu pen dan kertas aku catit 5 benda aku nak konsisten buat. Antaranya dhuha dan sedekah. Untuk dhuha aku try buat everyday despite kadang2 ade jugak aku skip hari hari tertentu kalau aku ade hal pagi tu sampai tgh hari mcm tu. And untuk sedekah ni part paling obvious walaupun mungkin tu hanya kebetulan but aku yakin dengan the power of sedekah. Before azam awal muharram hari tu aku banyak kali jugak amalkan sedekah ni tapi tak kerap sgt la. Kadang2 bila pegi pasar malam nampak org duduk bersimpuh gitu aku buat dunno je. Sampai la satu hari tu aku jalan skali dgn kawan aku time tu kat pasar malam jgk, dia hulur duit tp aku tak. Tiba tiba dia cakap “eh, kau tak bagi ke?” Zupp sentap aku time tu. Haha. And start tu aku cuba ikut perangai dia. Aku selalu cakap kat diri aku sama ada dia tipu buat2 buta ke tipu buat tabung utk madrasah ke ape tu antara dia dgn Allah. Senang kata bersangka baik lah antara satu sama lain. Then ada satu lg situation di mana time tu aku tgh tggu kawan aku dtg, aku perati dah ade sorang wanita ni dgn budak laki dlm 5 tahun gitu jual tisu kat pinggir jalan. Aku pulak berdiri sebelah mesin gedegang air n tgh aku tgk phone tu tiba tiba budak laki tu dtg kat aku, pegang duit seringgit nak beli air mungkin. Tapi budak tu air harga 2 ringgit so aku tak kisah pn aku bayarkan je. Tiba2 mak dia panggil2 aku syak myammar kot taktau la sbb diorg ckp aku tak paham heh. Ok dah settle shopping dgn kawan aku balik rumah then aku bukak purse. Tinggal 20 ringgit gitu la. Aku pikir kalau aku withdraw duit lagi mmg tak cukup la aku nk survive mggu tu. Aku duk pikir kalau withdraw 50 ringgit lagi semput la aku kelak. So aku redha jela takpe esok start jimat then aku tido.

Esok paginya time aku nak siap2 nak keluar rumah tiba2 aku perasan ade something dalam poket seluar aku. Guess whatt duit rm 50 berlipat elok. Aku macam Ya Allahhhhhh sebak pn ade time tu sebab aku rasa Allah dengar rasa hati aku semalam. Serius sebak sbb seluar tu aku baru pakai so kalau duit tu mmg ade terselit lama dah pastu masuk washing machine konfem dah koyak. Tapi ni elok je. Aku tak pernah experienced duit selit ni so aku terharu gila bila it happens on the right time.*nangis . Ade lagi kejadian duit selit ni which is baru je jadi. Time tu mak aku tanya duit dalam dompet ade berapa ? Aku tak semput pn time tu cuma yelah kadang2 dah beli barang semua tinggal note seringgit2 je. Aku cakap je dgn mak aku oh ade bape ntah singgit2 gitu. Nnti esok jumpa atm org withdraw duit. Mak aku ckp takpelah nnti esok amik la note 10 10 ni buat belanja duit besar kang susah plk nak bayar time lunch. So aku ckp takpe 10 hengget buat emergency je before jumpa atm. And again time kemas barang baju2 semua. Terselit note 10 n 2 hengget dlm poket seluar aku. Aku mcm serius kali ni terkejut amatt. And takde kata lain selain Alhamdulillah, terima kasih ya Allah.:’)

Ok actually banyak lagi hikmah2 lain selain duit ni antaranya sejak aku amal 2 bnda ni hati aku rasa tenang walaupun masalah tu tetap ade. Aku rasa ringan je tangan nak tolong org, kurang rasa nak marah org, banyak la lagi. So aku harap dengan perkongsian aku yg tak seberapa ni, boleh membantu korang initiated yourself utk amalkan benda baik ni or dlm erti kata lain try to be a better person. :)

And nak selit jugak next week aku ade exam. Doakan aku lulus dengan cemerlang ye he. Bye, Assalamualaikum.:)

– Orked

– Orked

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Be A Fighter

PengakuanKu

Hello everyone! I want to share an experience of mine struggling with body image and depression. This story might be a bit long, but I hope that everyone can learn a good moral lesson from reading my confession.

Growing up, I have always had body weight problems. When I was just a young little girl I had problems to gain weight but I was one of the most cheerful and active girls among all of my cousins. I was always smiling, laughing and eating but I was the skinniest compared to everyone else my age. I was also the one with the fairest skin and the best grades in kindergarten. I had little care about the world and I thought everybody loved me then. But that all changed when I started joining primary school.

I attended an elite all-girls school and I had a difficult time making friends because apparently most of them already had formed cliques as they were from the same kindergarten (the kindergarten of the school) and also their parents know each other (most of them anak orang atas2). Immediately, I shyed away from other girls, I ate alone, played alone. But that never really bothered me. Until I was announced as the best student of the class and I became the teachers’ pet. Then they started bothering me. Calling me names like “cicak” because apparently I was too skinny for them to consider human. They also made fun of the scars on my legs that I got from practicing riding bicycle and called me budak kudis although I never had kudis. Literally everybody hated me. Nobody wanted to even sit on the chair that I sat, because they were scared that I would leave my cicak virus there. This psychological torture went on until I graduated primary school.

I entered secondary school with 5A upsr results, so I thought I would finally make friends. But no. They still hated me. I started gaining a lot of weight after puberty too, so they started calling me names like “gajah gemuk” and “fat pig”. So I did one of the most stupid thing that I have ever done. I tried starving myself to fit in. Little did I know that I was starving myself to death. Literally. And I failed my exams on purpose so that they would want to be my friend. I forced myself to vomit my meals. It was very painful, but seeing the numbers on the weight scale drop, I was “happy”. I also started having some friends. They loved that I was lowering myself to their standards. I finally felt like I am “one of the girls”. I laughed and smiled more in school.

However, all that facade fell off whenever I was at home. I cried all the time, randomly getting angry, yelling at my parents and getting yelled back by my parents. I fainted a lot, and I had to wear makeup in the house because I wanted to hide my dark circles and pale face from my parents. My beautiful hair started falling out. My menstruation stopped. My clothes became shorter and tighter because I wanted to show off my skinny body. I thought I was beautiful, but I looked more like a walking skeleton.

My “friends” started to shy away from me once again. They were scared of being friends with a living skeleton. And there I was, wondering what I did wrong. What did I do to deserve this kind of treatment? Because of how I look like? I was so weak, I had no energy. I was so stressed out and I couldn’t sleep. Once, I couldn’t sleep for almost a week. So I stole my mother’s sleeping pills and ate more than what I should have. I thought, dying is better than being treated this way. So I tried to die, in the most peaceful way I could think of, in my sleep, forever dreaming about the life and the love that I wanted to have. Because I thought, even if I don’t deserve love, at least I deserve to die peacefully. I was only 14. And I wanted to die.

My mother burst into my room, about to yell at me because I dumped the lunch that she made for me in the kitchen sink and made a mess, when she saw me lying across my bed, almost lifelessly with the sleeping pills bottle in my hand. I remembered her crying, shaking me, begging for me to stay with her, and then I remembered nothing else. Next thing I knew, I was on a hospital bed with painful needles and liquid things jammed in my arms (the IV). The doctors forced me to eat. At first it was painful to eat because my body was rejecting something that had been denied from it for so long. I vomited a lot and cried while eating, but I kept on eating. My mother’s cry was like a wake up call to me. Even if I don’t have friends, I have my mother. From that moment, I had a new goal in life. Not to be “one of the girls”, but to make my mother smile upon me. I wanted to make her proud. I didn’t want to disappoint her. So I ate. And I studied hard while going through rehab and receiving psychiatric help. I didn’t give two cents about the girls mocking me in school, I just wanted to make them regret mistreating me that way. I wanted to show them that I can fight them although it was basically like a single unarmed soldier fighting in a war against an army.

Alhamdulillah, I Ieft high school with 8A for pmr and 9A+1A for spm. And now studying a course that I love in a prestigious university. Not only that, I am also happily dating a dreamy guy who loves me for who I am. What about the other girls? Are they still studying? Or did they get married? I have no idea. But I could still recall the shocked expressions on their faces when they watched me receive the best student award from my school. And that alone made all my efforts worth it.

I am writing this not to brag, but to show that it is possible to rise back up from the lowest point of your life. Nobody else can save you from yourself, but yourself. Be a fighter. I am a fighter.

– Aqish

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Struggle Masing-Masing

PengakuanKu

Beberapa minggu lepas aku ada terbaca satu post tentang ‘struggle’. Dia cakap lebih kurang macam ni, “kalau kau duit sentiasa cukup, tak pernah hidup susah, tak payah cakap pasal struggle”. Lebih kurang macam tu lah sebab aku pun tak ingat ayat/karangan yang tepat. Marah sungguh akak tu.

Nak bagitau akak lah kan, orang hidup susah bukan kerana duit semata. Kalau orang tu ada sakit kronik/kehilangan orang tersayang dan sebagainya bukan dikira struggle jugak ke? Aku tak kata takde duit tu bukan struggle tapi jangan pandang orang lain sebelah mata. Kita takde kat tempat dorang kak!

Aku ada kawan. Dia memang struggle sebab mak ayah dia orang susah. Dia belajar sungguh sungguh dan akhirnya dia grad. Dalam perjalanan nak berjaya tu macam macam dia kena tempuh. Sometimes nasib tak menyebelahi dia. Duit scholar lambat masuk then dia kena kerja part time dan menebalkan muka pinjam duit dari kawan yang lain. Tapi dia amanah. Bila ada duit dia terus pulangkan dan dia sikit pun tak merungut pasal struggle dia tu. Sekarang dah jadi engineer. Dah boleh tolong mak ayah dan adik beradik yang lain.

Kawan yang dia pinjam duit tu, ye dia kaya. Tak lah kaya sangat tapi berduit lah. Nak tau dia dapat duit dari mana? Mak ayah gaji besar? Dia buat business? Tak. Duit tu harta peninggalan arwah ayah dia yang kerja biasa biasa je. Duit insurance/kwsp/epf(kot) dan sebagainya. Bila dikumpul semua lumayan jugak hasilnya. Tapi kau tau apa yang dia rasa? Dia hilang ayah sejak kecil. Adik beradik takde. Ibu saja yang dia ada kat dunia ni. Orang lain daftar kolej dengan family, dia datang sorang. Ye ada orang jealous sebab dia ada kereta tapi dia jealous tengok orang lain datang dengan family. Dia angkat barang sorang sorang dengan badan yang sekeping tu. Sikit pun dia tak mintak tolong orang. Orang lain terima anugerah, ada yang datang bersama. Mak ayah dan adik beradik. Dia? Sorang! Tangkap gambar pun dengan kawan kawan je. Kau rasa dia tak struggle ke nak lawan emosi?

Aku pulak. Alhamdulillah semua cukup. Duit cukup, keluarga masih ada, pelajaran insyaAllah terjamin. Tapi aku ada sakit mental. Yes sakit mental. ADPA (Anxiety Disorder/Panic Attack). Kalau tak tau mohon google. Aku penat dah nak explain selama bertahun tahun ni. Main pointnya disini, sejak aku ada sakit ADPA ni aku sentiasa dalam ketakutan yang aku sendiri pun tak tau kenapa. Aku takut nak hadapi masa depan. Berapa kali aku almost give up belajar. Berapa kali jugak aku almost give up dengan hidup. Tapi aku cuba jugak survive. Aku tak nak give up. Aku cuba control diri sebab penyakit ni disamping ubat, mind control is the best cure. Sekarang aku cuba ubah lifestyle aku so that aku dapat avoid events yang mana penyakit tu boleh menyerang. Penyakit ni je ke aku stuggle to survive? Tak. Sebenarnya ada lagi benda yang menyakitkan. Pandangan masyarakat. Masyarakat tu termasuk keluarga dan kawan kawan. Untuk aku pula, yang paling terkesan adalah bila lecturer aku sendiri pandang serong pada aku. Kawan kawan aku mula menjauh dan orang yang aku sayang tinggalkan aku. Yang betul betul terima aku dan sakit aku adalah kakak aku. tak semua ahli keluarga faham.

Kat sini aku nak tegaskan, setiap orang ada dia punya struggle. Cuma dia tak rant/kecoh je. Please bagi support. Tak dapat bantu secara direct pun takde. Kita tak tau masa depan kita macam mana. Kalau awak rasa awak susah, tolong bear in mind, Allah sayang awak sebab tu Dia bagi ujian.

Assalamualaikum

– Budak ADPA

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Jangan Sakiti Insan Seperti Aku

PengakuanKu

Assalamualaikum, terima kasih sebab approve. Aku seorang isteri yang berkahwin pada usia muda. Usia perkahwinan aku nak dekat 2 tahun, tapi belum punya rezeki untuk ada anak. Mungkin Allah lebih tahu kan. Actually, aku dah cukup bahagia dgn kehidupan aku bersama suami yang sangat baik dan bertanggungjawab. Cumanya, aku sangat berkecil hati dengan sesetengah pihak yang tak menjaga sensitiviti orang lain.

Sejak aku kahwin, sehingga lah hari ni, aku jadi murung, suka bersendirian, tak suka jumpa orang, malahan jumpa kawan-kawan aku pun aku tak mahu. Sebab setiap kali aku jumpa je, kawan aku atau sesiapa pun mesti akan kutuk aku “eh kau macam mana boleh gemok? ” ” eh, kau xdapat anak lagi ke” “kenapa nak rancang sangat?” “kenapa lambat sangat dapat anak?”

Soalan demi soalan mengguris hati dan perasaan aku. Eh, kau ada kuasa ke nak tetapkan bila aku dapat anak? Kau ingat sapa je dalam dunia ni xmahu anak? kenapa tanya aku? kenapa xtanya Allah sebab Dia yang memberi rezeki(bukan aku persoalkan, aku cuma nak orang yang bertanya tu berfikir siapa yg beri rezeki). Bukan aku yang boleh pilih , ok sekrang aku nak anak, aku terus dapat. Bukan aku tak usaha, aku dah usaha. Tapi Allah masih kata belum, mungkin banyak lagi aku kena perbaiki diri aku, aku nak belajar jadi seorang ibu yang baik. Aku banyak tengok orang yang ada anak, tapi lepas tangan soal anak kat keluarga.Ada yang aku pernah tengok, tinggalkan anak berhari-hari dgn mak ayah. Kesian dorang, dulu dah pernah jaga kita dari kecik, tapi bila besar, kita susahkan mereka nak jaga anak kita.

Ada jugak aku pernah jumpa, bila ada anak, dia tak ada masa sikitpun dengan suami. Aku bersyukur sangat sebab suami aku selalu luangkan masa untuk aku, selalu bawak aku pergi berjalan, honeymoon selalu. Ada seorang sahabat pernah cakap kat aku, dulu dia kahwin 3 tahun tunggu, sedih sebab orang asyik tanya, tapi sekarang anak dia dah berderet 6 orang. huhu.. Dia pernah nasihatkan aku, selama xada anak ni, luangkan masa sebanyaknya dengan suami, honeymoon puas-puas.. bila dah ada anak nanti, pergerakan kita akan sentiasa terbatas.

Ya, aku terima. Aku redha, kadang-kadang aku menangis jugak, bila ada yang mempersoalkan. Ada yang mengutuk. Perempuan mana yang xkecik hati? Pernah aku keluar jogging, sekali terserempak dgn kawan lama, boleh dia tanya aku banyak kali ” kenapa lambat sangat dapat anak?” “kenapa dah gemuk sekarang?” “dulu kemain cantik, sekarang knapa jadi mcm ni?”
Terasa weh, terasa sangat. Balik tu aku menangis teruk.. Apa salah aku, apa dosa aku sampai orang kutuk-kutuk camni. Aku tak pernah pun kutuk orang macam tu.

Ada jugak aku pernah jumpa kawan lama, waktu tu aku seorang diri, kawan aku dengan kawan-kawan dia. Kawan aku kutuk aku dengan kawan-kawan dia. ” Dia ni dulu kurus, lawa je, sekrang dah macam mak orang. Kenapa gemok sangat, anak mana anak?” Pastu kawan-kawan dia yang lain pandang aku sinis je.. Makian demi makian aku dapat. Memang aku rasa malu, sedih, sampai aku rasa nak doakan je dia rasa balik apa yg aku rasa nanti. Rasa nak doa Allah bagi balasan je kat dia..

Yang paling sedih, aku pernah ikut suami jumpa kawan dia dengan isteri dia. Kami keluar makan bersama. Masa suami dengan kawan tengah bangun nak pilih makanan, aku duduk berdua dengan isteri kawan suami. Sungguh, aku kecik hati sangat bila dia cakap ” Kau gemuk dah ni, jaga-jaga , jangan sampai suami cari lain” .. Masa tu, mood aku jadi hilang. Aku tahan je air mata nak menangis waktu tu. Waktu balik rumah, aku banyak diam dalam kereta. Bila suami aku perasan perubahan aku, bila dia tanya, baru aku cerita, masa tu aku menangis dah. Suami aku suruh aku bersabar. Jangan dengar cakap orang. Sejak aku kahwin, sampai sekarang, suami aku tak pernah sekalipun kutuk aku , atau suruh aku turun berat ke. Aku yang nak turun kan sendiri. Sampai suami aku sanggup berhabis duit untuk aku beli produk apa-apa atau bawak pergi rawatan slimming. Tapi aku tak nak susahkan suami aku. Aku sedar berat badan aku naik mendadak sejak kahwin, aku sendiri tak tahu kenapa. Bukan aku xusaha nak turunkan berat, aku dah usaha, tapi susah . Berat aku memang susah nak naik. Dulu sebelum kahwin aku kurus,aku makan banyak mana pun, berat aku statik situ je.. xtahu kenapa bila dah kahwin, mendadak sangat naik.. sedangkan kalau ikutkan aku makan sebelum kahwin lagi banyak berbanding lepas kahwin.

Jujur aku cakap aku memang rasa down, sekrang ni aku banyak duduk rumah, kalau balik kampung,aku xkan keluar mana-mana sebab nak elak jumpa kawan-kawan sekolah, kawan-kawan lama.. sebab aku tahu,kalau jumpa mesti menyakitkan hati. Aku memang seorang yang sensitif. Jadi aku mintak sangat, tolonglah jaga sensitiviti orang sekeliling korang. Ada orang jenis mudah terasa, macam aku. Aku ada masalah sikit tentang perasaan. Aku cepat murung, cepat bersedih. Aku cepat menangis. Aku cuba dah nak jadi kuat, tapi tak boleh. Ada peristiwa pahit yang pernah berlaku dalam hidup aku yang sebabkan aku cepat sangat menangis. Dan bila aku menangis, bukan sikit, aku boleh jatuh sakit .

Sekarang ni pun doktor nasihatkan aku supaya turunkan berat sebab mungkin sbb berat mendadak naik yang sebabkan aku susah nak mengandung. Lagi satu aku ada senggugut yang teruk. Aku tengah cuba, doakan semoga suatu hari nanti ada rezeki aku untuk ada zuriat sendiri. n doakan aku boleh turunkan berat badan. Tolong bagi aku tips selain diet atkins, sebab aku dah try atkins tapi aku jatuh sakit. Mungkin tak sesuai dengan diri aku. Aku jeles sangat tengok orang boleh kurus dengan cepat. Aku doakan sapa-sapa yang ada masalah macam aku, semoga cepat2 dapat anak. Moga Allah beri rezeki anak yang soleh-solehah untuk kita.. Amin

– Mrs. H

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Tetamu Dari Neraka

PengakuanKu

Assalamualaikum. Aku nak mulakan dengan ucapan terima kasih sebab siarkan confession ni. Alhamdulillah, sebagai rakyat Malaysia yang permai ni, aku sangat suka dan bangga bila adat menziarah orang sakit masih lagi kita amalkan. Dalam agama Islam sendiri, kalau ramai orang ziarah, itu satu keberkatan yang Allah bagi untuk orang sakit tu sebab ramai yang mendoakan untuk orang sakit tersebut. Adat menziarah ni memang patut diteruskan, jangan biar lapuk ditelan zaman.

Aku ada seorang adik beradik yang tengah sakit kronik sekarang. Alhamdulillah, setakat ni xputus-putus orang datang menziarah. Aku bersyukur dengan Allah. Aku berterima kasih sangat kepada yang sudi datang dan mendoakan doa yang baik-baik untuk adik-beradik aku yang sakit ni. Cuma bila ramai yang datang, banyaklah jenis perangai tetamu yang aku nampak. Kenalah beringat, menziarah orang sakit ni ada cara dan adab yang kena jaga. Aku nak kongsi sikit perkara yang patut kita ambil berat ketika menziarah orang sakit berdasarkan pengalaman aku sendiri.

1) Waktu menziarah : Biarlah waktu melawat tu kena dengan tempat. Berdasarkan pengalaman aku, ada yang datang waktu awal pagi, pukul 7 pagi dah ada depan pintu. Tuan rumah / orang sakit ni tak sempat nak bersarapan lagi, dengan tak mandinya, dengan tempat tidur tak sempat kemas lagi, orang yang sakit pon tak bangun lagi. Kami faham, orang yang datang menziarah tak mintak dihidang makan, tak mintak dilayan macam YB, tapi sebagai tuan rumah, kami nak jaga juga adab melayan tetamu. Selalunya, tuan rumah atau orang sakit ni tak tergamak nak biar tetamu yang datang ni tak dilayan dengan baik. Ada jugak yang tengah malam ketuk pintu nak datang melawat. Allah, tepuk dahi tuan rumah. Baru nak terlelap sebab letih, kenalah pulak bangun melayan tetamu tengah2 malam bulan mengambang. Kalau nak melawat pada awal pagi atau lewat malam ni, aku cadangkan telefonlah atau mesejlah dulu. Kami faham, mungkin ada yang tak ada kelapangan waktu nak datang, cuma awal pagi atau lewat malam saja masa yang ada. Tuan rumah yang baik tetap menerima tetamu dengan hati yang terbuka, tapi biar kena cara.

2) Adab bila berbual : Bila datang menziarah, mestilah berbual, ye tak. Tapi bila berbual tu, kenalah pandai jaga sensitiviti dan perasaan tuan rumah atau orang sakit. Ada tetamu yang jenis bercakap baru nak berfikir. Bila berbual mulalah keluar dialog “Oh, anak Jemah tu sakit macam nilah, tapi meninggal dah” “Budak tu sakit ni lah dulu, meninggal dah bulan lepas” “Hish, seksanya kau sakit macam ni!” “Ni banyak dosa ni, sebab tu Allah bagi sakit macam ni” Hadui! Hilang semangat orang sakit dengar. Yang tak sakit pun boleh sakit, sakit hati. Kalau aku melawat orang sakit, perkataan meninggal, mati akan aku sedaya upaya elakkan dari sebut. Memang ajal maut ditangan tuhan, semua orang akan mati. Tapi siapa nak sakit, semua orang nak sihat. Orang sakit ni berjuang nak sembuh. Psikologi pon memainkan peranan penting untuk mereka sihat. Kita patut bagi semangat pada mereka, sebut perkataan yang baik-baik sajalah. Tak tahu nak kata apa? Diam lebih baik.

3) Perlakuan / tingkah laku ketika menziarah : Kalau budak2 datang melawat, kita boleh faham, budak lagi, biasalah ligat sana sini. Tapi kalau orang besar, buat ligat tak kena tempat waktu melawat ni, memang parah. Ada yang pernah ziarah adik beradik aku yang sakit ni, ikut suka tangan dia aje nak sentuh, nak pegang bahagian badan yang sakit tu. Tengah sedap-sedap berborak, tiba2 tangan dia tarik rambut orang sakit, nak check rambut gugur ke tak, kot2 pakai rambut palsu ke. Ada yang main ikut sedap dia aje picit tangan, kaki atau dada orang sakit, nak rasa bonggolan lah, nak tengok keluar nanah ke, darah ke. Tolong urut perlahan-lahan, sedap urutannya tak apa, tapi sekali urut sampai menjerit orang sakit tu, tak usahlah. Ada jugak yang main selak aje baju, kain orang sakit, nak tengok ada luka ke tak, berdarah ke tak. Aduhai, bertambah sakit orang sakit tu. Orang sakit ni sensitif pada kuman. Hati pon sensitif. Kalau nak sentuh sangat, nak tengok sangat, bertanya dulu. Jangan paksa, kalau orang sakit keberatan, faham2 sajalah. Ada masa, orang sakit ni tengah sakit sangat, gelisah, meraung sakit. Masa tu, kenalah faham situasi. Kalau rasa tak boleh nak membantu, kita minta diri, keluar sekejap dari bilik orang sakit. Kalau nampak keluarga orang sakit tengah kecoh melayan orang yang tengah sakit ni, kita bagilah ruang pada mereka buat apa yang patut. Elakkan dari menyemak kat situ. Ini ada pulak jenis tetamu, time orang tengah sakit sangat tu, dia sibuk nak interview orang sakit tu.”Sakit ke? Sakit tak? Sakit?” Dia nak jugak pegang tempat sakit tu, duduk kat katil sampai mengangggu urusan. Bagi ruang, itu yang orang sakit dan keluarga dia perlukan bila tengah sakit sangat. Ada jugak yang baru sampai, kebetulan orang sakit tengah meraung sakit, kita dah bagi hint “Kita duduk luar dululah ye, dia tengah sakit sangat tu” tapi nak jugak masuk bilik tengok, nak ajak bersembang. Ya Tuhan, parah kalau ada spesis tak faham bahasa ni. Kalau kita ada kemahiran untuk membantu, takde masalah nak bantu meringankan sakit. Orang sakit dan keluarga sedia terima bantuan, tapi biarlah betul caranya dan paling penting, beradab.

Kita ambil iktibarlah mana yang patut. Aku sendiri pon bila tengok macam2 ragam orang menziarah ni, aku ambil pengajaran. Kalau ada yang aku tak suka, aku elakkan dari buat. Mari menziarah dengan beradab. Jangan jadi tetamu dari neraka.

Terima kasih.

– M

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Sunday, 30 October 2016

Garang Tapi Sayang II

PengakuanKu

Terima kasih atas respon baik dari yang komen post saya sebelum ni. Saya doakan semua dirahmati Allah dan diberi kemudahan urusan dalam apa sahaja terutama ibubapa dalam mendidik anak menjadi manusia.

Kali ni saya nak jawab antara2 masalah yang dihadapi bila kita nak mendidik anak ikut cara kita ni.

1. Masalah dari datuk nenek anak kita. Be it from our side or husband’s side. Macam saya masalah tak datang dari side suami sebab mak mertua saya memang garang juga dari dulu. Tapi bila dengan cucu ni biasa dia memanglah kalah sikit. Semua orang macam tu. Cuma kalau belah saya sendiri anak2 memang ayah dan ibu manjakan sikit. Yelah cucu kan. Tapi bagi saya, saya tetap hormat kasih sayang mereka utk anak2 saya. Siapa tak suka anak kita ada orang sayang kan? Tambah2 dah ibunya garang. Haha. Tapi macam manaaaaa pun, saya tetap akan ingatkan mereka yang saya didik anak saya tetap cara saya. Macam mana nak buat?
Contoh: anak saya main mainan bersepah. Saya selalunya akan jerit je nama penuh anak saya sorang2 then jerit sekali je “Kemas!”, then dorang akan mula kemas sikit2. Tapi biasala bila ada atuknya, berbunyilah ayat mcm ni, “alah takpela biarlah dorang main. Kang atuk kemas.”. Jawapan aku? “No no. Kemas sekarang. Ibu nak keluar kejap lagi. Tak siap kemas sampai ibu siap nanti,jangan ikut ibu.”. Memang atoknya diam dan faham. Lepas tu terus depa siap kemas. Caranya simple je, bila kita ada je oranglain nak manjakan dorang, terus kita bagi arahan seperti biasa pd anak kita. Anggap je org keliling tu takda. Dan arahan juga beri terus pada anak2. Tak perlu explain pd org sekeliling. Lama2 mereka akan faham.

Kalau tak faham lagi selalunya aku sendiri akan jawab, “Alah, mak dgn abah dulu pun marah saya macam tu jugak. Kalau tak mana jadi orang kalau asyik nak manja.” Confirm depa diam sambil sengih kambing. Try la sekali.

2. Ada je mulut2 orang sekeliling pernah label saya ibu kejam. Marah anak teruk sangatlah. Anak tu tak bebasla. Tapi bila saya tengok anak dia, bila balik rumah nenek sendiri pun anak2 menangis tak tentu hala. Jenis bertempek 24 jam. Susah nak buat keja itu ini. Lepas tu bersepah segala. Saya apa lagi, saya sendiri akan tegur anak2 buah tu ikut cara saya. Tapi tidak sekeras pada anak saya. Kalau melampau sangat, saya akan cakap direct pada ibunya “Sebab tu kena ajar anak dari rumah. Bila kat rumah orang senang nak kawal.” Saya cakap satu nada je macam sinis. Lepas tu saya terus beredar. Saya tau nak jadi macam saya bukan senang sebab kena kental hati. Kalau semua takut nak buat, ajar anak sendiri supaya anak orang boleh tengok contoh dr anak kita. Memang ada je yang jenis takkan hairan pun, tapi marah je anak kita depan dia. Campur sikit perli2. Contoh macam saya, saya akan cakap dengan anak saya. “Eh nak makan duduk. Orang makan berlari2 ni monyet je tau tak?” Haha tryla. Kompem mak budak tu faham. Ate dah tegur taknak dengar kan? Edit

2. Memang betul ada yang komen bagitahu yang anak mat saleh selalunya lebih behave. Sebab mereka seawal lepas lahir dah diajar hidup berjadual. Bila anak bangun mandikan bagi susu dan tidur. Bila bangun sekali lagi, bagi susu dan ajak main. Lepas tu tidur semula dan berulang. Bila anak dah setahun, tidur pun mesti seawal 8 malam. Sebab saya ada kawan dengan orang France, anak dia memang ada je jadual. Dia ajar hari2. Bila kita pergi rumah dia pun, even ada oranglain rutin tetap sama. Tapi tengok anak kita? Ada macam tu? Kita yang ikut masa anak kita adalah. Kita biar dia main sampai dia rasa nak tidur. Itulah namanya didik anak jadi tuan. Saya dulu pun sebenarnya mcm tu. Dulu bila anak2 masih kecik, saya biar mereka main ikut masa dorang. Termelarat rutin tu sampai anak sulung masuk pre-school. Lepas tu saya terima complain dari cikgu yang anak saya kurang fokus. Jadi saya terus fikir apa punca pada masalah tu. Anak saya tak dibiar main gadget 24 jam. Kebanyakan masa dia dengan kami samada tengok wayang, main di taman, jogging, main rollerblades, main toys, coloring dan sebagainya. Saya terlupa masa tidur dia sebab kadang2 masa tidur dia saya tak jaga. Lepas tu terus saya setkan masa tidur dia paling lewat pukul 10 malam. Pukul 7 dinner, lepas maghrib mengaji dan ulangkaji pelajaran sekejap dalam 10-15minit je sebab dia masih pre-school, then tidur. Sebelum tidur, kalau rajin saya bacakan buku cerita. Kalau tak, saya akan ulang ayat2 hafazan surah atau ayat2 harian dengan dia untuk lebih ingat then terus tidur. No gadgets at all. Walaupun dia nampak susah untuk tidur pd awalnya, tapi teman je dia sampai dia betul2 tertidur. Lepas tu alhamdulilllah masalah fokus dia dapat diatasi. Rupanya selama hari ni dia penat. So nasihat saya ibu2 bapa2 sekelian, sentiasa ambil tahu tentang anak. Kalau ada masalah, rawat puncanya. Jika ia melibatkan masalah di sekolah, berbincang dengan gurunya. Dan kita cerita tentang peranan guru pula di point no. 3.

3. Ada cikgu (saya rasalah) yang komen di post saya aritu tentang ibu bapa yang ambil credit bila anak2 baik, tapi salahkan cikgu bila anak tak pandai atau salah. Hihi.. jangan marah ya cikgu. Saya faham peranan cikgu juga saaaaaangat membantu dalam proses didikan anak kita. Kita ibubapa jangan lupa bahawa 4-8 jam masa anak kita adalah di sekolah. Jadi sebahagian dari akhlak dan pelajaran anak kita dipantau dan dibentuk juga oleh cikgu2 sekolah anak kita. Sebab tu saya cukup berterima kasih dengan cikgu2 sebab macam kes saya contohnya, anak saya diberi perhatian sewajarnya oleh cikgu sekolah beliau. Bila ada masalah cikgu dia akan beritahu saya supaya saya turut sama pantau dan perbaiki di rumah. Itu adalah perkara yang sangaaaaat jarang ibubapa sekarang buat disebabkan kesibukan kita bekerja. Disebabkan itu juga saya berhenti kerja dan bekerja sendiri demi anak2. Tapi saya tahu tak semua ibu bertuah dapat bekerja sendiri. Tapi macam mana sekalipun, tolong cari masa untuk pantau pelajaran dan akhlak anak2. AMBIL TAHU. Minta bantuan cikgu untuk beri lebih sikit perhatian pada anak kita sebab masa kita dengan mereka agak limited. Tapi bila hujung minggu, selain habiskan masa dengan anak2 dengan bercuti, proses didik anak berjadual tetap kita jadikan rutin tapi diberi sikit kelonggaran. Dan jangan berhenti remind anak2 setiap masa, ibu dengan ayah keja. Harap anak ibu faham ibu ayah kena cari duit untuk keluarga. Jadi bila di sekolah dengar cakap cikgu. Jangan gaduh dengan kawan2. Sentiasa share apa kita ada dengan kawan2. Kalau kawan nakal kita tegur. Kalau dia taknak dengar takpa, awak jangan lawan dia. Tapi kalau ada kawan2 buli terus bagitahu cikgu dan ibu ayah bila balik. Inshaa Allah anak akan faham peranan dia baik di rumah dan di sekolah. Time anak kita kecil ni nasihatla dia apa saja, dia akan hadam sebab time ni apa saja kita masukkan dalam otak dia akan terima. Jadikan gunakan peluang baik ni sebaiknya. Selain itu, sentiasa berterima kasih dengan cikgu di sekolah. Mereka adalah ibu bapa kedua anak kita. Kita juga takkan berjaya tanpa mereka. Bagila cikgu anak2 kita hadiah sekali sekala. Secara tak langsung anak2 juga akan belajar menghargai.

4. Proses didik anak ini kita kena akui bukan benda mudah. Tapi bila kita fikir tanggungjawab dan amanah, kita akan rasa ringan segalanya. Didik anak bukan macam bekerja habis bulan dapat gaji, didik anak tidak bergaji. Tapi hasil gajinya adalah bila kita dapat lahirkan anak yang memberi semula pada oranglain. Jika tidak memberi semula sekalipun, setidak2nya mereka tidak menyusahkan oranglain. Terutama bagi ibubapa berkerjaya yang meninggalkan anak2 di nursery atau babysitter, kalau didikan ni kita serap di rumah, inshaa Allah orang akan senang jaga anak kita. Bukan kah memudahkan urusan oranglain itu lebih baik?

5. Dan sebelum saya akhiri, saya nak kupas juga sikit tentang ibu bapa yang hantar anak ke nursery. Saya pernah berkerja dan anak juga pernah dihantar sementara ke nursery. Tapi saya TAK PERNAH hantar anak saya ke rumah pengasuh TAK MANDI. Kenapa saya terapkan isu ni? Sebab dari situ kita boleh tengok tahap disiplin yang kita terapkan di rumah. Kalau weekend agaknya pukul berapa anak mandi? Pada saya mandikan anak sebelum ke rumah pengasuh tu adalah tanggungjawab terakhir saya sebelum ke tempat kerja. Setidak2nya saya dapat pegang anak saya. Layan dia seketika sebelum saya tinggalkan dia. Dan bila dia dah mandi sikit sebanyak saya akan mudahkan kerja pengasuh untuk terus bagi sarapan pd semua anak2 yg dijaga. Kita kena ingat duit yang kita bayar pada pengasuh tu kdg2 tak berbaloi pun dengan kerja yg dia buat. Dan kerja menjaga budak2 ni bukan kerja mudah. Memanglah pengasuh saya dulu selalu ckp tak payah mandikan sebab tau saya dengan suami kena sampai awal ke pejabat, tapi saya dan suami tetap akan mandikan untuk mudahkan kerja dia. Pagi2 macam ni mereka akan kalut macam2 sebab kalau ada baby mana tak tukar pampers baby lagi, mandikan anak orglain lagi. Dan bila ambil anak sekali sekala bawaklah apa2 buah tangan untuk pengasuh yg dah jaga anak kita dgn baik. Kita terhutang budi dgn mereka.

Sebagai penutup, perlu saya tegaskan kat sini yang semua tugas2 di atas dan segala tugas mendidik ni bukanlah tugas isteri seorang. Kalau zaman dulu bolehla sebab kebanyakan isteri surirumah dan kita yang bersama anak kebanyakan masa. Tapi zaman sekarang isteri juga perlu bekerja untuk bantu ekonomi keluarga, sama2 sharing bayar bil rumah dsb. Jadi para suami, sila participate juga ya. Anak tu anak anda juga. Jangan sedap buat je. Isteri dah bantu sama2 bayar bil, jadi bantu2lah sekali jaga anak dan buat kerja rumah. Lainlah anda siapkan orang gaji sorang basuh baju, sorang kemas rumah, sorang masak, bolehla anda bagi tugas didik anak tu pada isteri anda sorang. Edit

Alhamdulillah untuk saya, tugas mendidik ni bukan saya seorang. Suami saya sendiri juga sebenarnya adalah orang yg sangat particular tentang banyak perkara terutama perkara2 berkaitan akhlak. Dia akan selalu bg nasihat pd anak. So fair and square la. Saya garang dia lembut. Tapi kalau ada masa dia tegas, saya akan diam. Kalau kerja rumah pun dia banyak bantu. Kalau saya tak sempat, dia akan mandikan anak2. Kalau saya mandikan, dia akan kemas barang2 masuk dalam beg anak. Kalau saya masak, dia akan kemas. Sebab jadi parents ni adalah tugas bersama. Secara tak langsung anak juga dapat belajar hidup berpasukan dan bantu-membantu.

Anak kita amanah kita. Tugas mendidik ni bukan benda mudah. Kena sama2 faham sama2 usaha baru matlamat tercapai. Sekian.

– Ibu Garang

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

What Do You Guys Think?

PengakuanKu

You guys are a good sample of young citizens in Malaysia, I just want to know what do you think of this:

Our parliament system is adapted from the British government. It is the place where members of the floor discuss policies, current issues and criticize whatever plan or action others have for the country. This is where members supposedly improve the policies or plans, or whatever deemed necessary for the country. We have the ruling party and we have the oppositions; both of which are supposed to work in a way that they need not necessarily share the same views, but always result in a better, more scrutinized, open, democratic government. That is the basis of the parliamentary system. DEMOCRACY. The representatives should, as their name suggests, represent people of their designated region and these people, are ELECTED, for most of the cases. However we in Malaysia are facing an epidemic of dictatorship in the face of democracy. The very system that was established to elevate democracy has somehow exploited and its not working well anymore. This is not to say that the system has failed us completely and we all should just use another or totally abolish it. It is just a suggestion, to imply, that maybe we need a major restructuring, or maybe, some different ways to approach things.

In USA, they have the presidential system, which is very much different from our parliamentary system. No, this is again, not to suggest that we need to shift to presidential system. But Presidential Debate on the other hand, is very tempting to be implemented as one of the new approaches don’t you think?
“Debate is not our culture”
“we do it constantly in the parliament, what good it does if we do it publicly?”
“Hey, the parliament sittings have recordings, you can just, you know, watch it afterwards.”
And then what? time to suit up in your keyboard warrior outfit? (ok this is hitting my own nose). Well when one part of the system no longer works, we have to find a better way to do it. You can easily skip a sitting with a reason of “well I have to open..you know, a bank account”. But in the Presidential Debate, you cannot just bail your way out. you cannot run, you have to be there, live, in front of your colleagues, oppositions, and most importantly the nation. Put up a live feed of the parties’ poll, let’s see how people respond to your answers, because that is how they truly feel. Elections have been rigged so much, even if you don’t have any concrete proof, you know that it is so messed up, you laugh when they say,

“well we had a blackout and uh…guess what, we won” or “the boat just capsized..we won, its final”.

Ok, maybe not exactly those words but you get me. Its a debate, you get the time to prepare. And if you are clean, then it is a bloody good platform to shove that onto your opponent’s face and smile whilst looking at your poll rising. And it is a public debate, you will be more engaged with the public, the very people that live in the country, the very people that feel the downs and all the setbacks when our country’s economic situation is pressing them down and hard, albeit claiming we are A- in that sense. Well do you earn like they do? heck, your increase alone is higher than most of their monthly salary. (just the increase, not the total amount). And there is a plenty of time to get things straight. You get uninterrupted time to explain yourself, you get the opportunity to strengthen the people’s trust on you and so many things.
But the thing about having one is the ruling party knows that they will do horrendously.

With that mindset, winning the next election is no longer for the best interests of the country, but for the party. Mind you, presidential debate can be within your own party. If you still believe in the party but not in the person at the top, you can debate it out, find a better one before you get to the election. Yes, we can do it, we are a parliament, we can vote for no confidence whenever we find someone no longer suitable for the post. because again, THIS IS (not Sparta) FOR OUR COUNTRY.

This writings may be a little bit immature for all the mature writers out there, for all the seasoned analyzers, for all the politics expert. Regardless of what my achievements, age, race, religion and who I am today, I am still a citizen of this country and my view is the view of a citizen. a concerned one.

– Concerned Citizen

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Kerana Dunia

PengakuanKu

Assalamualaikum.

Terima kasih admin sbb sudi siarkan artikel ni. Aku just nak share dengan semua apa yang aku rasa sekarang ni. Terima kasihlah sbb ad yg sudi baca atau bg pendapat nnt.

Aku seorang perempuan dan bekerja. Dah berkahwin tapi belum memiliki zuriat. Aku bekerja di syarikat swasta sebagai Eksekutif Pengurusan. Suami aku bekerja di kilang, sebagai QA. Aku lemas dgn dunia sekarang ni. Masing2 sibuk mencari duit utk tampung kehidupan. Yes, aku nmpk semua bersungguh2 mencari rezeki yang halal. Itu sgt bagus. Tapi, apa yang buat aku rimas dan lemas adalah dgn ekonomi skearang ni yg memaksa semua org berkerah tenaga utk cari duit lebih bg menampung keluarga. Harga barang naik, subsidi ditarik balik. Harga petrol tak menentu. Yes, I know semua aware dgn keadaan sekarang ni. Sbb tu semua bersungguh2 cari duit lebih dan kadang2 lakukan dua pekerjaan dlm satu masa. Aku ada kawan seorg engineer, turut jd part time sbg perunding insuran utk tmbh pendapatan keluarga. Kdg2 Sabtu atau Ahad kena keluar cari customer. Weekdays confirm kena kerja. Kalau dah engineer, mestilah selalu balik lewat, kadang sampai lewat malam. Apa yg buat aku terkesan kat sini adalah waktu dia bersama isteri dan anak2 bila? Bg aku family first. Yes, mgkn dia sbg suami nak bg kehidupan yg baik utk keluarga. Tapi aku sedih bila kenangkan isteri dan anakya yg ditinggalkan, jarang dapat bersama. Sedih! Kadang2 bila suami aku kena kerja hari Sabtu pun aku dh sedih. Yelah, weekdays sibuk dgn kerja, hujung minggu jelah waktu utk bersama keluarga.

Aku sedih jgk dgn adik2 fresh graduate yg ssh nak dpt kerja sekarang ni plus gaji yg diorg dapat pun sikit. But one thing aku nk pesan, walau sikit pun gaji kau, ambil je kerja tu. Jgn memilih. Pengalaman kerja sgt berharga. Aku ni dulu basic RM2000 (master’s graduate). But that time (thn 2014) aku rasa gaji RM2000 dh cukup besar. Kadang2 kita rasa gaji kita ni sikit sbb selalu compare dgn org yg gaji besar2. Tutup mata jelah. Cari pengalaman, toksah tgk gaji org lain. Mula dari bawah. Ok, back to the strory. Yang aku nampak sekarang ni ramai graduan yg berjaya dlm bidang masing2. Engineer, lawyer, arkitek. But at the end diaorg tak kerja dlm bidang yg diaorg ceburi. Sebabnya gaji sikit dan nak kerja dlm bidang yg gaji byk. Join MLM. Aduh. Sedih. Semua fikir pasal gaji, duit, but not how to implement ilmu yg diaorg ada dlm jurusan yg dipelajari, be somebody.Lainlah kalau dah tak minat, aku tak nak komen. Tp yg sbb terpaksa tu. Sedih tau aku.

Aku rasa mcm sedih bila fikir sbb nak duit, masing2 nak lari dari bidang belajar atau kerja terlampau kuat smpai lupa keluarga. Aku ni jenis yg nk berjaya jgk, pentingkan career dan juga family. Aku nk ramai yg jd engineer yg hebat2, lawyer yg power, doktor yg berbakti pd masyarakat. Tak naklah sbb nak duit lebih, lupa kepakaran dlm bidang sendiri. Aku tau nak duit lebih sbb faktor ekomoni sekarang ni yg tak menentu. Aku faham sbb aku pun tgh struggle. Tp sekurang-kurangnya aku still dlm bidang aku, suami dlm bidang dia. But aku risau jgk if one day aku dan suami terpaksa work out lebih utk cari duit bg tampung kehidupan. Hanya sbb ekomoni sekarang ni. Huh.

Utk org yg kt atas2 tu, please rasa sendiri kehidupan kami ni. Jgn terlampau selesa sgt, try hidup mcm cara kami hidup. Ingt, hidup umpama roda, kadang di atas dan kadang di bawah. Mungkin sekarang kami di bawah, akan dtg kami akan berada di atas.

Lastly, aku cuma nak jd org yg berjaya dunia dan akhirat. Aku nk keluarga bahagia. Aku tak nak tgk org abaikan keluarga. Aku nk tgk org jd genius dlm kepakaran masing2. Jgn sbb duit manusia jadi buta. Biar dgn duit, hati jd celik.

– Mrs. Honey-

– Anonymous

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Abang Mana Tak Sayang Adik

PengakuanKu

“Abang tgh driving ke Kl from jB, sambil tu taip ni for u”

Selalu sangat berkongsi teknik dan idea simpanan dengan orang, sampaikan adik sendiri pun terlepas pandang.
Ingatkan korang muda tengah belajar lagi,rupanya sama-sama dah tua Edit

Idea ni abang zahirkan khas untuk adik2 tersayang. kalau bermanfaat boleh guna pakai dan kongsikan pada yang lain.

✔ Mula je kerja, jangan dok intai-intai kereta kawan kiri kanan,setkan tujuan kenapa kita kerja, dan apa tujuan kita menyimpan

✔Bulan pertama dapat gaji, cek rumah ibu/ayah.apa yang kurang belikan. Kalau da cukup, bagi semua gaji kat dorang since kita dok umah makan minum semua ibu ayah sediakan. Abang nyesal tak buat,kalau tak mungkin harini dah jadi jutawan.

✔ Bulan ke2, clearkan lagi matlamat. kalau gatal, terus asingkan sebanyak mungkin duit kawin. Mula dengn 50% dari gaji bulanan, bulan berikutnya naikkan jadi 60%-70%-80% cukupla, kang nak makan apa.

✔Tekan nafsu untuk berholiday sana sini, sentiasa focus pada matlamat kita.

✔Jangan abaikan tabung kecemasan, dok focus kejar bulan dan bintang, tetiba Allah uji masuk wad kena denggi, apendiks, kencing tikus camne?

✔kalau pnyakit kronik? Sian ibu ayah jaga kita dalam wad yang xselesa dan takde privasi. Cukupla kita susahkan dorang cari duit time kita nak belajar dulu. Kalau dah kawin, boleh back up minta suami jaga.

✔Gaji tahun pertama ni memang ciput, matlamat pulak banyak. So, cukuplah ada takaful 5-10% dari gaji bulanan. Janji dengan abang, lepas kawin kena naikkan at least 10%.

✔Kalau kecemasan, 10% ni la bantu kita cover 90% perbelanjaan dari gaji kita. Tak caya? Nanti abang tunjukkan kes study kat facebook dgn surat khabar.

✔Duit kawin simpan kat mana?
Pergi lah letak kat tabung haji, kalau bukan kita letak.siapa lagi? Ada saham zakat pula tu.

✔ Bila nak guna duit untuk kawin, pastikan ada baki dalam tbg haji tu, topup balik.

✔ Cukup je RM5000, cepat2 ajak suami pegi umrah.sebab kire dah layak sangat dah, jangan pandang bali, lombok, krabi, & maldives lagi. Kalau nak sangat g honeymoon, make sure dah ada savings lain untuk ke umrah.

✔Lepas duit abis sebab g umrah, topup balik tabung haji jadi RM10k, tolong suami sama-sama topupkan tbg haji dia. Kalau niat betul, inshallah ada je rezeki Allah bagi. Untung2, dapat buat haji dengan pasangan kita sebelum 30 tahun

✔Dulu, abang selalu minta buat kerja parttime masa belajar, bukan untuk pengalaman je tapi..

✔dengan duit parttime tu, abang ada kwsp RM1300 untuk daftar haji, masa bulan pertama keja government dulu

✔dengan gaji part time tu juga,
abang boleh tolong daftarkan 2 adik abang sambung belajar dulu.time tu abang kat uni lagi Edit

✔dengan duit part time tu juga, abang boleh kumpul duit & graduate dengan RM10 ribu dalam bank,lepas campur duit JPA.

✔belajar menyimpan sebanyak mungkin duit sponsor tiap semester, tahan untuk beli telefon atau laptop canggih2.

✔abang pakai teknik sama,
sem 1 simpan RM1000,
sem 2 simpan RM2000,
sem 3 simpan RM3000, bila rasa seksa
sem 4-8 maintain simpan RM2000 balik.

Teknik yang sama boleh pakai untuk gaji bulanan kita.

✔Syukur, dengan teknik simpanan camtu, final year abang dapat beli kereta wira walaupun wira diesel bunyi cam lori. Edit

✔ Nikmat part time apa lagi y nak kita dustakan dik, apa yang ada pada rewards diri, belanja sana sini saat kita tak punya apa-apa.

Sedarlah,
Di saat kita muda kita punya BANYAK MASA untuk bekerja dan berniaga,
Di saat kita sudah berkahwin, kita punya BANYAK SEBAB untuk bekerja dan berniaga.

Jangan abaikan nasihat ni Edit

– olyaa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Aku Saksi Revolusi

PengakuanKu

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Aku nak share dengan korang pengalaman aku saksikan revolusi di Mesir pada tahun 2011 haritu. Ni bukan nak eksyen aku belajar oversea ke apa, tapi aku rasa penting untuk bagitau korang sebab fitnah ni dah merebak sampai Malaysia. Kalau kita tak prepare, kita pun sama jatuh perangkap macam diorang. Dan aku harap korang hadam citer aku ni dengan fikiran terbuka.

Aku mulakan pada hari terakhir exam musim sejuk, 24 Januari 2011. Masa keluar dewan periksa tu aku terbaca satu notis tulisan tangan berbahasa Ammiy (B.Arab tempatan) yang mengatakan esoknya (25 Jan) akan diadakan perhimpunan sempena Hari Polis. Lebih kurang gitu la, aku pun bukannya faham sangat tulisan diorang macam megi. Notis tu bertampal dalam bangunan fakulti, mungkin ditampal secara random oleh pelajar Arab.

Selasa 25 Januari aku pun pergi ke Kaherah. Masa tu aku nak balik Malaysia. Flight aku dari Kaherah – KUL. So aku pergi Kaherah lebih awal untuk prepare beli buah tangan nak bawak balik. Aku tak tahu rupanya pada hari tu berlaku demo besar-besaran di Tahrir (dataran utama macam Dataran Merdeka).

Demo berterusan sampai malam, sampai esok, melarat ke kawasan lain pula di seluruh Kaherah. Demonstran tidur di Tahrir, tak berganjak menuntut Presiden Mubarak turun. Masa tu dalam internet dah mula gawat orang share pasal demo bertukar ganas. Askar dah keluar dengan kete kebal pergi tengah2 bandar.

Hari Jumaat, cuti umum Mesir. Diorang rancang demo lebih besar di tiga hotspot Kaherah. Tahrir, Masjid Azhar dan satu lagi aku lupa. Tak rajin nak search balik. Persatuan pelajar dah warning jangan terlibat atau pergi ke tempat demo, sebab berlaku tembakan rambang. Aku rasa lagi galak nak keluar tengok apa yang berlaku. Tambah pulak aku memang kena keluar beli buah tangan, dan Masjid Azhar tu la port shopping souvenir murah2.

Pagi Jumaat tu aku dah tercatuk di Azhar. Tak ada demo sebab pagi2 org Arab tido. Tenang je aku duk baca paper tepi dataran. Tapi nampak jugak la kesan tayar hangus, askar lalu-lalang naik kete perisai. Aku solat Jumaat di Masjid Azhar, nak dengar apa khutbah imam sempena demo yang akan berlaku nanti. Adakah imam akan khutbah berapi2 atau macam mana?

Khutbah di Mesir ni tak pakai teks, khatib cakap je apa yang sesuai dengan keadaan. Dan tak sangka, apa yang aku dengar adalah nasihat yag sangat menyejukkan hati. Khatib tak berpihak dengan mana-mana, Mubarak mahupun rakyat. Cuma khatib pesan bagaimana sepatutnya sorang Muslim tu marah, jangan hancurkan hata benda, jangan rosakkan alam sekitar. Aku hampir2 menyangka yang demo akan batal sebab sejuknya nasihat tok khatib.

Lepas Jumaat tu meletus la demo terbesar. Dorg panggil Jumaat kemarahan. Aku tunggu suasana reda baru keluar pergi shopping. Tengah shopping kat Husain tu la pasar kena serbu dek polis mengejar demonstran. Merasa aku kene gas pemedih mata. Semua kedai tutup mendadak. Ada Arab tarik aku ke tepi jangan kene langgar. Lepas hari Jumaat tu keadaan makin buruk. Demo merebak ke negeri lain. Penjara pecah dan banduan lari keluar. FB disekat dan kerajaan isytihar curfew. Orang kaya dan artis2 lari keluar negara. Penerbangan mula delay dan batal. Ada student Malaysia nak balik cuti stuck kat airport sebab flight cancel. Nak keluar airport pun tak boleh sebab curfew. Kesian diorang.

Sepanjang 3 tahun aku di Mesir, itu la waktu aku paling rajin baca paper. Bukan satu, tapi 3 paper aku baca setiap hari sebab nak dapatkan view berbeza. Sebahagian paper tu ada yang aku masih simpan sampai sekarang. Masa tu memang hambar gila, TV takde, FB takde. So dari paper la aku dapat tau ada penglibatan pihak ketiga dalam demo tu. Kerja ‘hantu’ ni ialah menimbulkan keganasan supaya akhirnya tentera dan rakyat saling berbunuh.

Antara yang berlaku ialah diorang menyelinap dalam demonstran dan menikam orang secara rawak. Tak pasal2 demonstran ni bergaduh sesama-sendiri. Belum kira yang baling batu dan lepaskan tembakan pada askar yang berkawal. Bila askar tembak balas, seronok la berita report kata askar Mesir bunuh rakyat.

Lepas tu ‘hantu2’ ni set up kebakaran di bangunan2 penting. Rompak Muzium Tahrir dan rosakkan artifak. Dah la artifak Muzium Tahrir tu koleksi termahal. Sejarah ribuan tahun habis macam tu je dalam seminggu. Kau bayangkan.

Tak cukup dengan tu, diorang pecahkan penjara. Lepas tu ada la banduan yang balik menyerah diri dan cerita apa yang sebenarnya berlaku… tiba2 je tembok penjara diorang pecah dan seseorang paksa diorang lari keluar. Ada banduan yang taknak lari sebab takut dihukum. Tapi dah diancam bunuh dia lari la. Bila balik ke pangkuan keluarga, keluarga pulangkan dia ke penjara untuk habiskan hukuman. Punya jujur la sesetengah orang Arab ni.

Maaf tulisan aku detail sebab aku harap korang faham betul2 point yang aku nak sampaikan di akhir nanti. Banyak lagi kalau nak cerita apa yang berlaku sebenarnya. Tapi aku rasa macam dah panjang sangat. Kalau korang rasa nak sambung, request kat admin ye. Sebab aku pun xtau tulisan ni approved atau tidak. Kang penat2 aku tulis lebih panjang admin xpublish pulak.

Sekian.

– Aisha

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Sifu Sesat

PengakuanKu

Salam, selamat sejahtera, dan terima kasih admin approve confession saya ni.
Taaruf sikit, saya seorang lelaki, berumur 24 tahun, dan baharu sahaja tamat belajar kat uia haritu, minggu depan convo. Alhamdulillah, I survive uia. Fuhh

Aku nak confess ni. Yang ni confession jujur, dan aku tak pernah bagitau sesape, even bila lecturer aku desak bertalu-talu tanya, WHY? WHY? WHY?

WHY ARE YOU ALWAYS LATE COMING TO CLASS?!

alhamdulillah, lecturer ku baik. Tak pernah kena halau datang lambat. Paling teruk pun, beliau kunci pintu tak bagi aku masuk. Eh jap, paling best, dia angkat buku dan terus cancel class haritu. Terus aku kena bash satu kelas.
Teruk benar, takde punctuality and no discipline!
Even OKU pun datang awal ke kelas tau! Tengok brader tu, kaki ada besi tercucuk sana-sini, datang awal jugak kelas, tengok tu, accident bas tergelincir patah-patah, pegi kelas awal jugak, tengok Adam siswa labah-labah tu, dia naik kerusi roda tau, tak pernah lambat, tapi wallahualam la kalau dia pasang gear 4 kat wheelchair letrik tu. Drift sana-sini kan? Wheelie ke, buat up ke.. (aku pernah sekelas ngan dia)

back to our main topic, aku nak confess, sebab aku lambat.
Aku berkeras tak mahu bagitau lecturer, kenapa aku kerap lambat. Aku takut mereka sangka, ini cumalah satu lagi alasan daripada student. NO, absolutely, definitely, not probably, no. N to the O, N-O, NO

aku takde sense of direction, buta arah
there, I said it.

ianya sangat memalukan nak mengaku.
Dan bagi diri aku, sangatlah menyusahkan, dan menyedihkan,
minggu lepas, aku amik 30 minit nak balik rumah sendiri yang dah 20 tahun menetap di situ.
dari kedai runcit yang hanya 10 minit jauh.
sebab? aku tak ingat jalan balik rumah sendiri. ni bukan first time jadi. banyak kali.

masa study dulu, juga struggle nak ingat jalan pergi kelas,
aku keluar awal dari bilik, aku tulis direction kat notepad, aku lukis map, semua tu supaya tak sesat,
ccac, exam hall yang punya lah gah tengah-tengah alam uia tu pun, aku tak jumpa.

seksa weh, malu. orang suruh pergi sana-sini, tak boleh. jap, buka waze alasan aku acap kali diaju soalan.
bila sembang, aku tak tau entah highway mana, simpang, bangunan ke ape, aku takleh ingat.

dia macam, everytime aku keluar, tempat tu macam aku baru lalu. nak kata first time, tak jugak, ada sense of familiarity, tapi tak ingat, you know what I mean?

Aku pergi kelas pun berpusing-pusing masjid, naik turun tangga, cari penanda tempat.
Aku kadang2, harap sangat ada lah macam guide nak pergi mana dalam uia ni, anak panah kecik ke, tapi problem aku sorang kan, takkan nak susahkan orang lain. Pandai2 la settle. Aku amik gambar setiap simpang, snap, caption suruh jalan ke, belok ke, notes..

Tapi, itulah, tak semua jadi macam kita plan. Ada masa-masa, aku sendiri lupa pasal guide aku buat tu, walaupun hari2 tengok. Alamatnya, masuk 30-40 minit lambat. Ikut peraturan, 15-20 minute first tu, max.

Mungkin ada yang pandang benda ni remeh, takde ape, masalah orang yang kecik,
tapi percayalah, ini besar bagi aku. Sangat besar.

ibarat mental illness jugak, macam schizophrenia, macam ocd, macam disorders. Please understand. Ini bukan alasan, yang menidakkan aku tu, aku cuma harap, korang diberi peluang sekali-dua dalam hidup ni, untuk merasa, apa jadi, bila korang tak boleh ingat arah, hatta nak balik rumah pun tak ingat. Panik tak? Sedih tak? Malu tak?

– Abang Zorro

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Rawatan Laser Dan Jerawat

PengakuanKu

Assalamualaikum. Terima kasih sebab siarkan post aku ni ya admin. Aku perempuan. Karakter Bepop ni kalau yang baca komik lawak kampus tahulah. Masalah jerawat aku ni dari sekolah lagi. Stress tahu.

Masa sekolah duduk asrama. Time sekolah, tak tahulah kenapa jerawat naik dengan banyaknya. Bukan jerawat nasi. Tapi, jerawat batu, bayangkan. Arghh. Pakai tudung tetiba merah tepi tudung tu sebab jerawat batu dah meletus. Stress lagi. Kecik2, walaupun dah sekolah menengah mmg time tu perangai selekeh lagi la. Lap2 darah jerawat pastu kelepet tudung bg tak nampak darah.

Pastu, cubalah macam2 cara nak hilangkan jerawat. Segala sabun pakai, sabun tomato, sabun betik, macam2 sabun tonyoh kat muka. Masa cuti sekolah, pergi rumah nenek. Nenek suruh pakai kunyit hidup, beras dgn asam jawa. Aku pon pakai. Kecut la jugak jerawat2 ni.

Masuk u, dapat ptptn. Kawan2 ajak beli produk. Macam2 jugaklah pakai. Ada produk yg ak pakai makin berkurang. Ada yg makin banyak. Pastu aku stop. Habis duit, tapi jerawat tarak hilang. Stress lagi. Pastu kat fb kat banyak keluar tips hilangkan jerawat secara tradisional. Cuba, menjadi. Tapi, sikit jelah kurangnya. Tapi, aku teruskan ajelah sebab murah kan cara tu.

Masuk zaman kerja. Time ni still ade masalah sama. siap pakej jerawat dan parut jerawat. Badan dah la gemuk pastu muka camtu pula. Muka kusam lagi adik aku kata. Stress lagi. Pastu time ni, mulalah nak makan supplement. Makan2. Oklah. Tapi takut juga supplement tak larut dalam badan sebab kurang minum air. Makan supplement kena banyak minum air. Ak minum je.Tapi, biasalah, minum banyak2 asyik nak ke tandas. But still, aku memang minum banyak air. Dan parut aku tak hilang2 pun.

Lepastu usha pasal laser. Aku tengok kat youtube orang putih tu berdarah2 muka buat laser dan paling seksa nak hadap downtime. Downtime tu time ko akan rasa down. Serius ni. Mana tak down bila muka ko akan jadi merah, mengelupas hitam2 n then baru ko dapat muka yg cantik. Ala2 ugly duckling gitu. Serius berkesan. Tengoklah kat youtube.

Aku usha2 la kat insta, google, fb pasal rawatan laser. Sebab bagi aku, benda tu je yg boleh rawat masalah parut degil ni. Tengok harga beribu2. Tak sanggup oooo. Aku dah la fresh grad. Mak datin takpalah. Kalau 1 sesi pun rm 600 – rm 1 k ++ ikut tempat. Dan aku tak rasa 1 sesi cukup. sebab biasa aku tengok diorang review kat youtube. Untuk dapatkan kulit sehalus mulus seperti kulit bayi dilahirkan kena pergi ke beberapa sesi.

Rezeki aku. Nampak kat timeline fb. Ada iklan 1 medispa ni. Tak nak lah bagi nama karang korng tuduh aku ni pekerja situ dan saja buat confession camni untuk promote medispa diorang. Banyak dah cawangan kat area semenanjung dan baru je buka kat negeri aku hujung oktober haritu.

Rambang mata aku jadinya. Pakej dia memang murah. Aku dapat harga promosi. Kalau tak promosi pun still murah dari tempat lain. Untuk 6 sesi rawatan harga dia cuma RM 699. Bagi aku berbaloi dan takdalah menggigil sangat nak membayau nya. Aku ajak kawan2 aku diorang kata xnk. Hmmm…. xpelah aku pergi sorang je.

Berbelah bagi jugalah aku nak pergi. Sebelum tu aku ada usha2 gak insta diorang. Aku search pasal laser ni, ada je rawatan yang takda downtime. Aku dah target dah nak yg tu. pergi sana, aku rasa muka aku paling teruk. Yang lain tu aku rasa flawless dah. Tapi, still nk pergi. Mungkin ade masalah tertentu pada kulit dia. Ada tu parut hitam sikit2 je. Dalam hati aku, diorang ni memang kaya. Tapi, medispa kan, diorang mungkin nak manjakan muka ke ape ke dan situ memang bukan rawatan laser je. Macam2 ada. Duorang ambil anti aging kot, nak nampak muda selalu. Ada duit, baik belanjakan. Kalau banyak2 simpan pun bukan boleh bawa mati. Eh, aku ni. Maaf ya jika rasa mengarut je.

Pastu nama aku kena panggil utk consultation. Doktor nasihatkan aku hilangkan jerawat dulu, baru parut. Yelah, kang parut hilang. Jerawat ada lagi. mesti dia akan rotate jadi parut lagi. Doktor suggest chemical peel. Oh tidak, aku dah baca ade downtime. Then , aku ambil carbon laser.

Pergi rawatan berdebar2. Redah je lah. Nak cantik kan. Masuk2, staf baik. kulit flawless, jeles. Pastu dia cuci muka aku, letak scrub segala bagai. Dia cakap pape aku ok je. Tak tahu nak sembang apa, lagipun aku ni bukan peramah dgn org baru kenal. pastu letak carbon tu. Biarkan sekejap. Aduh, tgh rawatan rasa nak pergi tandas. tahan je lah. Aku nasihatkan sebelum pergi rawatan jgn minum banyak air dan air teh. Kalau tak terseksa la jiwa raga kau.

Lepas beberapa minit. Mulalah sesi melaser. Pergh, sakit. Aku baca, macam kena gigit semut. Tapi, aku rasa ni bukan semut ni. Ke sebab aku ni takda daya tahan sakit yg tinggi. Tapi, aku boleh tahan lagilah. Rasa dia up sikit dari semut api. Beauty is pain. Hmmm, maybe right. Tapi, staf tu baiklah. Dia laser2 dia rehat jap tanya aku ok ke tidak. Tengok aku mcm xthn, masa laser tu aku rasa macam ada angin jugak kat muka aku. Aku rasa sambil dia laser sambil kipas. Kira oklah dan rasa terharu sangat. Dah habis, lega gila. Pastu dia sejukkan muka aku. Lega bertambah2. Dan rasa nak pergi ke tandas bertambah2. Abis tu dia pakaikan LED mask. Nama panjang tak ingat. Tinggalkan aku dalam beberapa minit. Best baring2 cmtu kalau takda masalah nk terkucil. Habis LED, lap2 sikit muka. Maka tamatlah. Wow, aku rasa byr murah pun dpt rwtn mcm beribu2. Mmg rasa berbaloi. Staf offer air teh, tapi, aku pergi buat apa yg aku nak dr td lah.

Best sgt pergi situ, muka makin cerah. Jerawat pun kurang. Ada lagi beberapa sesi. Aku rasa memang licin muka aku pasni. Parut aku pun pudar sikit. Nasiblah tak dalam sangat parut kalau tak memang kena amik pakej rawatan laser yg ada efek mengerikan tu iaitu kena hadap downtime.

Tu je cerita aku. Harap2 muka aku boleh licin pasni. Pernah pi kedai ubat cina. Dia kata tidur kena awal, minum air kena banyak. Aku cuba praktikkan dan sekarang aku nak tido dulu.

Aku doa lepas habis rawatan nanti, masalah muka aku ni akan pulih dan keyakinan aku makin tinggi. Nak capai sesuatu mmg kena doa, usaha dan tawakkal. Lagi, aku nak usaha kurus.

Amin.

– Bepop

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Do Not Stop Believing

PengakuanKu

That day came, to receive my SPM results. I came to school with my parents, all the way from Selangor. There’s one thing that was going through my head; “what if I didn’t get straight A’s?”. As my name was announced I could not believe I could get a wonderful result of 9A 1B. I’m not bragging, but what comes next what hit me. So I showed my results to my parents.

My mother congratulated me and was very proud, but my father, the first word he said was “Kenapa ada B ni? kan dah cacat. Kawan-kawan lain ada yang dapat A kan?” Even though he said jokingly but as a person who knows that she tried her very best, to receive such kind of reaction was very devastating, especially from her loved ones. It really affected my self-esteem.

So the days went by and I had to fill the UPU form (you all know what that is right?). I really had no idea what I was doing but all I know was I chose it by heart. My first choice was “DIPLOMA dalam HIASAN DALAMAN” because I really love designing and hoping this was the path of getting my dream job; an interior designer. When my parents knew about this, they really did brainwashed me and I had a mental breakdown. They actually scolded me in front of a guest that was coming over at that moment. My family’s friend had to comfort me and slow-talked on this topic. She encouraged me to go further than ‘what you know you can do’, something like getting out from your comfort zone. What I didn’t realise that my self-esteem was declining little by little.

One day, I received an interview from JPA. I was really excited and nervous because this was a huge thing for me. I never had a real interview before. Plus, this was a big getaway for my parents because getting a scholarship means lifting their burden in the context of ‘money’. The day of the interview, I was well-dressed but a little bit nervous so I kinda said I was scared to go the interview. PANG! A tight slap from my father. “Kalau hidup nak takut je, baik tak payah hidup”. That time I just don’t know what to feel. He was right about that, but all I know was, I want to get away from here.

Doing a diploma in engineering when you don’t actually have a heart in doing it, is really tiring. Plus, studying in a non-English country such as Japan. My first semester was meaningless. I don’t understand well, I couldn’t make any friends in the first month cause the Japanese students were very shy, I failed three main subjects and to fail more than 3 subjects means that I’m close to repeat the whole year again. At that time I was really afraid of failure and that was when my first depression started.

My summer break was full of tears. I went back home and told my parents that I couldn’t continue at this rate. I want to do what I want to do. “Kalau kau berhenti sekarang, apa orang kata? Siapa nak bayar duit nanti? Tak malu ke?” At that point, its pointless to fight in what you believed in. But thanks to my sister, she understood what was it like being a student. My sister had way harder experience than me. She did not get good results in her SPM so my parents labeled her as ‘stupid and always playing around’. She proved them wrong, and successfully became an English teacher.

So I went back to Japan, with high hopes, improved my prayers, reconnect more with people around me, being positive and optimist of what comes ahead. Alhamdulillah, it is my third year now, how time flies when you have so much fun, eh? I use my spare times doing art stuff so that I don’t get depressed. I still am going to fight for what I’ve been wanting to do for a long time, but with more patience.

Who made the idea of good-pay-jobs like engineering, doctor, like there is no other option in the world that their children can become successful? What I know is not everyone was born to be an engineer or a doctor, but everyone was born with its own uniqueness. Doesn’t this reminds you of that movie called “3 Idiots”. I guess I’m one of those idiots *giggles*.

I know every parent want what’s best for their children, including mine. I don’t hate them, in fact, I love them dearly. If anyone out there is experiencing this, I want you just to be patient and never stop believing and never stop trying. Your time will come. Have faith. Before doing anything drastic, remember, your parents love you. You are worth living.

– TetsuOnna

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Kehidupan

PengakuanKu

Assalamualaikum kepada semua pembaca di luar sana.. Semoga sihat-sihat selalu..

Tujuan aku menulis ni sekadar untuk berkongsi tentang realiti kehidupan hari ini yang semakin mencabar & membebankan bagi rakyat biasa cam aku ni.. Nak cakap aku orang susah sangat pon tak jugak sebab masih ramai lagi yang lebih susah dari aku kat luar sana.. Mungkin sampai tahap kais pagi makan pagi.. Aku doakan semua orang murah rezeki.. Hanya kita mampu ubah kehidupan kita.. Hidup di zaman ini hati kena kuat..

Cakap pasal kos hidup, mungkin dulu tak adelah terasa sangat dengan kos hidup kat bumi Malaysia nie.. Bawak duit rm100 pegi beli barang2 dapur mungkin dah boleh makan untuk sebulan..
Tapi sekarang ni bawak rm100 nak beli barang2 dapur hasilnye troli tu masih ade ruang muat untuk aku dan kawan2 aku duduk dalam tu..huhu. Sampai tahap sambil pilih sambil kira harga takut sampai kaunter nak bayar duit tak cukup pulak. Beli barang pon pilih yang terpenting dan tahan lame jer. Kalau nak beli yg sedap2 kena sabar..sebab terpakse tunggu duit bonus atau Br1m..hahaa. Aku terfikir gak camne la kalau dah kahwin dah ade anak nanti. Mungkin sakit tu lebih terasa.. Lagi-lagi kalau dapat suami yang jenis malas kerja atau berkira duit nk bagi kat isteri. Harap-harap sangat bakal suami aku nanti pemurah orangnye..hehe.

Duit gaji kalau sebulan dpt 10k mungkin tak terasa seperti ape yang aku rasa.. Tapi kalau gaji tak sampai 2k.. Pastu hidup pulak kat bandar besar cam kL memang sakit laa. Mana nak bayar sewa rumah lagi.. nak bagi kat mak ayah lagi..nak kena bayar bermacam2 bil.. Bayar Ptptn.. Nak bagi kat adik2 yg masih bersekolah.. Kalau pakai kereta lagi la sakit.. Nak kena bayar bulan2 dekat bank..nak isi minyak lagi, tak ade minyak kereta tak jalan..huhu.
Time duit cukup-cukup makan jer..bila ade kawan2 ajak keluar jalan2 or tengok wayang terpakse la beri seribu alasan.. Mungkin itu yang terbaek..orang cakap tipu sebab terpakse..hehee.
Bab shopping utk diri sendiri memang aku tunggu time betol2 ade duit lebih.. Tu pon lebih kpd beli baju or seluar jer..
Nasib baik aku masih boleh berjimat sikit2 sebab aku bukan jenis giler beli alat makeup sampai beratus-ratus..aku x suke and x reti makeup pon sbnrnye.. dan aku jugak tak berminat dgn handbag berjenama yang harga beribu riban tu. Pkai handbag pon mungkin setahun sekali jer kot..time hari raya..hahaa.
Aku tau ade orang mungkin sanggup tak makan sebab nak beli handbag berjenama. Tapi aku xdela sampai tahap tu. Yg kenal aku memang tau aku ni jenis simple jer..tak bergaya memang tak jadi masalah untik aku janji perut aku kenyang dah laa.. Dan aku harap aku tetap simple camni sampai bila-bila..

Aku masih ingat lagi..time tu gaji lambat lagi nak masuk.. Duit pulak banyak habis sebab komitmen lebih sikit time tu..banyak nak kena guna duit.. Duit kat tangan memang tinggal beberapa ringgit jer.. Memang buntu nak cekau duit kat mane.. Makanan pon dah nak habis.. Akhirnye bila da terdesak sangat sampai terpakse pecahkan tabung.. Terpakse gadaikan emas.. Sebab tu kalau ade duit lebih aku suka beli emas sebab memang sangat membantu disaat kesusahan melanda.. Nak meminta-minta dengan orang pon aku x biasa.. Kalau boleh susah kita jangan sampai mak ayah kat kampung tahu. Kalau mak ayah banyak duit tak apa la tapi kalau mak ayah pon tak ade duit susah pulak hati dorang duk fikirkan kita.. So selagi boleh usaha sendiri jangan buat mak ayah susah hati.. Bila dikenang memang mampu senyum jer.. Tapi rase puas sebab tak perlu sampai meminta-minta dengan orang..
Nasib baik aku jenis makan je ape yang ade depan mata.. Nasi dengan budu jer pon aku boleh makan sampai menambah-nambah.. Tak ade nak pilih2 makan nie.. Zaman mcm sekarang ni kita kena berjimat..makan jela ape yang boleh dimakan dan halal. Jgn nak memilih sangat. Cuba kurangkan xtvt luar yang rase boleh menghabiskan duit. Kalau ade duit lebih simpan. Beli emas pon ok jugak..hehee.

Aku harap kehidupan aku dan keluarga aku lebih baik pada masa akan datang.. Aku tak mahu jadi kaya raya tapi aku nak hidup senang. Senang bagi aku dah tak perlu dah pecahkan tabung..gadaikan emas..hehee. Aku nak bagi duit lebih kat mak ayah dan family aku.. Aku doakan korang pon same. Aku tau bukan aku sorang je berdepan dengan ujian camnie..hehee. Aku harap kita mampu sabar..

Sekian..

– Sakura

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Better Late Than Never

PengakuanKu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terima kasih kerana sudi menyiarkan confession ni.

Aku nak cerita kisah aku ketika menyambung pelajaran selepas zaman sekolah dan bagaimana aku jatuh beberapa kali sebelum bangkit.

Aku dilahirkan pada tahun 1986. Sebaik tamat SPM pada tahun 2003 dan sementara menunggu keputusan keluar, aku ambik kursus bahasa inggeris di Infotech Mara. Bila result diumumkan, SPM aku hanya dapat 1A sahaja. Manakala subjek Bahasa Inggeris hanya dapat D7 sekaligus menyukarkan aku dapat universiti/matrikulasi dan jurusan pilihan. Jadi pada Julai 2004 mendaftar masuk tingkatan 6 di sebuah sekolah kerajaan.

Ketika habis lower 6 pada hujung 2004, aku decide untuk berhenti tingkatan 6 dan menerima offer dari Politeknik untuk diploma kejuruteraan..since aku ada basic civil engineering ketika belajar di sekolah teknik. Keputusan yang aku buat waktu itu juga disebabkan terikut dengan kawan-kawan yang berhenti form 6 pada hujung tahun.

Jadi aku pun mendaftar masuk di politeknik Shah Alam. Malangnya ketika belum habis semester pertama, aku memilih untuk berhenti atas sebab peribadi. Marah dan kecewanya mak aku waktu tu. Tetapi keputusan telah dibuat oleh aku. Kaunselor di Politeknik tu tak mampu untuk mengubah hasrat aku yang ingin berhenti.

Pada Mei 2005 aku bekerja sambilan di McDonalds sementara menunggu ‘destinasi’ seterusnya. Pada hujung 2005 aku mendapat offer menyambung diploma di UiTM Shah Alam. Ia bukanlah bidang yang aku nak. Tetapi apa pilihan yang aku ada since keputusan SPM aku tidaklah memberangsangkan terutama subjek B.I. Jadi aku tetap mendaftar masuk.

Ketika masih sem 1 di UiTM, sekali lagi aku decide nak berhenti atas sebab sendiri. Bapa saudara aku begitu marah pada aku. Aku sendiri kecewa dengan diri aku. Apatah lagi bila memikirkan sepupu seusia sudahpun menerima tawaran menyambung degree.

Julai 2006 ketika sudah berusia 20 tahun aku membuat keputusan untuk menyambung kembali tingkatan 6 yang aku pernah belajar separuh jalan dahulu..dimana mak aku (tanpa putus asa) mendaftarkan aku masuk di sebuah sekolah swasta di Kuala Lumpur. Kali ni, aku berjaya menghabiskan pelajaran dengan mengambil STPM 2007 selaku calon persendirian.

Ketika keputusan STPM diumumkan, aku boleh menarik nafas lega apabila aku mendapat keputusan 1A dan 4B. Walaupun hanya 1A, tapi semua sedia maklum STPM antara peperiksaan paling susah di Malaysia.

Pada pertengahan 2008, ketika berusia 22 tahun..aku mendaftar masuk di sebuah IPTA di utara tanah air dengan mengambil kursus ijazah pilihan aku. Di penghujung sem 1, permohonan biasiswa JPA aku telah diluluskan. Lebih menarik, aku mohon menggunakan result STPM 2007 aku.

Dipendekkan cerita, aku berjaya menamatkan ijazah pada tahun 2012 dengan mendapat keputusan 2nd class upper. Waktu tu aku sudahpun berusia 26 tahun. Alhamdulillah akhirnya..

Menyentuh soal kerjaya pula selepas berjaya tamatkan degree, tak dinafikan untuk mendapat kerja tetap zaman sekarang sangatlah sukar. Aku bermula dengan kerja berstatus kontrak di 2 buah bank sebelum mendapat pekerjaan tetap ketika sudah berusia hampir 30 tahun sebagai eksekutif di salah sebuah bank berstatus GLC di Malaysia.

Apa yang aku cuba nak sampaikan ialah, sebagai manusia kita memang tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Hatta dalam kes aku, kesilapan tu dilakukan berkali-kali. Yang penting, kesilapan tu dijadikan panduan dan pedoman. Juga mesti berazam untuk tidak lagi melakukan kesilapan yang sama pada masa akan datang. Walaupun hanya tamat degree serta mendapat kerja tetap masing-masing ketika berusia 26 dan 30 tahun, mungkin istilah ‘better late than never’ lebih sesuai dalam kisah hidup aku.

Terima kasih dan Wassalam.

– Saya Insan Biasa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Saturday, 29 October 2016

Garang Tapi Sayang

PengakuanKu

Aku seorang ibu yang garang. Ayah aku seorang polis dan ibu aku berniaga. Tapi segarang-garang rupa ayah aku, dia sangat jarang pukul anak. Cuma suara dia memang bila menjerit macam petirlah. So suara dia tu la senjata dia. Ibu aku ni seorang yang lembut, penyayang tapi tegas dalamannya. Sangat strict tentang kekemasan, kebersihan dari segala segi. Dari segi kerja rumah, masak, menjahit dan apa sahaja ibu aku memang tiptop. Dan dia, idola aku dalam apa sahaja yang aku buat. And of course, aku tetap takkan menjadi se’perfect’ dia.

Ok berbalik pada topik yang aku nak sampaikan. Aku sebenarnya nak bagi tips sikit tentang cara kita ibu bapa urban ni mendidik anak. Percaya atau tidak, aku sangat percaya anak ini dari kecik kita kena didik mereka dengan tegas tapi berhemah. Marah bila mereka salah dan puji bila mereka bagus. Marah dalam konteks didik ni maksudnya marah yang betul2 marah. Bukan untuk tunjuk kita benci, tapi kerana kita nak didik.

Aku tengok kebanyakan ibubapa sekarang ni tak banyak yang ikut cara didikan ibubapa kita dahulu. Acapkali kita dengar budak2 nakal dulu yang berjaya atau berubah sekarang pasti akan cakap “Kalau mak/ayah aku tak garang tak pukul aku dulu2 memang tak jadi orang aku sekarang.” Yes, memang betul pun. Sebab aku antara anak yang dididik penuh ketegasan dalam kelembutan.

Rata2 ibubapa zaman sekarang ni aku tengok sangat “takut” dengan anak. Takut ni maksud aku dalam konteks cara didik anak. Kita lebih takut anak tak suka kita sebab marah dia dari kita fikir marah itu untuk didik dia. Cuba tanya diri korang sendiri, macam mana korang bagi anak korang makan? Korang bagi makan sambil kejar dorang ke mana dorang lari atau korang ajar anak korang makan duduk setempat sampai habis makan? Kalau bagi dorang main gajet, anak korang akan terleka sampai korang tak boleh stopkan dorang atau dorang boleh faham dan akur bila korang suruh stop? Dari situ korang boleh nilai macam mana tahap disiplin korang terapkan dalam kehidupan anak2.

Oklah, sebagai pengenalan, aku bukanlah ibu yang bagus. Aku juga masih belajar. Aku ada dua orang anak. Dua2 perempuan. Anak2 aku memang rapat dengan ayah dorang, yelah sebab ibu depa kan garang. Tapi anak2 aku tetap akan cari aku 24 jam. Pendek kata tak boleh ibu dorang takda walaupun ayah dorang ada bersama. Macam mana nak jadi ibu yang garang tapi disayangi dan diperlukan anak2? Meh aku share tips sikit.

Dalam mendidik anak, aku tetap percaya ketegasan itu perlu dalam apa jua keadaan. Aku dibesarkan oleh ibu aku yang sangaaaaatlah cerewet hinggakan seawal umur aku 3 tahun pun aku makan sendiri dan kutip makanan tumpah aku sendiri sambil jaga adik aku berumur 2 tahun. Ibu aku cakap, aku siap pandai kemas rumah macam orang besar dari aku darjah satu. Tingkatan 1 aku dah pandai masak dan kemas bilik ikut citarasa deko aku sendiri. Sampai sedara mara datang rumah terkejut ingatkan ibu aku yg decokan bilik aku. Bila masak pun dalam tingkatan 3 macam tu aku dah boleh masak untuk kenduri. Of course la dengan bimbingan mak aku but still, time tu budak perempuan mestila tau nak melawa je bila kenduri. Kalau budak skrg tu keja nak lilit shawl paling trendy dan ayu jelah kan. Tapi tak aku. Semua tu aku belajar dari ibu aku. Ibu aku ni memang lembut tapi bila dia marah tu sentap sampai ulu hati apa dia cakap. Korang akan rasa yang korang ni tak berguna sebab tak mampu nak ikut piawaian kerja dia. Dan cara dia didik tak lain tak bukan adalah dari contoh sikap dia sendiri. Bukan setakat bebel, tapi dia BUAT. Bukan mengarah, bukan membentak. Tapi dia sendiri akan buat dan aku mesti nak tiru sebab nak tunjuk aku boleh buat sebaik dia.

So bila aku dah ada anak sendiri, benda yang sama juga aku terapkan pada anak2 aku. Aku bukannya baca buku parenting ke apa ke tapi aku tengok contoh tu memang 90% dari cara ibu aku sendiri. Cara ibu aku..dia garang tapi dia buat semua ikhlas untuk anak2. Dan bila dia marah dia masih nampak sayang. Itu payah nak buat.

1. Anak2 aku dari lahir aku ajar TIDAK MENEMPEK. Faham apa maksud menempek? Means suka sangat duduk bawah ketiak ibu. Konon love bonding sangat. Aku tak pernah percaya teori tu lagi2 kalau kau seorang ibu berkerjaya. Ibu aku walaupun selepas berniaga dia surirumah, tapi lepas beranak je anak tu hanya dipegang bila dia minta susu atau poopoo. Kebanyakan masa samada dia dalam cot atau bila besar sikit dudukla dalam walker. Kami semua memang dibesarkan macam tu. Siang dia boleh settle keja dia sambil kitorg tenang je main dlm cot tu. Alhamdulillah kami semua memang takda nak menangis. Anak2 aku pun macam tu. Walaupun yang sulung tu dulu cranky dan manja sikit, tapi aku akan warning dia dengan isyarat suara dan mata yang dia tak boleh asyik nak menempek. Siap aku cakap lagi ibu nak kerja, jangan ngada2 nak nangis. Dan anak aku memang faham. Macam mana nak buat? Hati kau kena kental. Tu je caranya. Jangan anak tu dijadikan alasan itu tak boleh buat itu buat ini. Mak aku, mak mertua aku semua guna kaedah yang sama. Mak aku anak kecik pun rumah berkilat. Lepas setel keja umah tunjukla bonding dengan anak ko puas2. Siap je keja, duduklah dgn anak ko. Tapi bila time keja,kena ajar dia faham ko tgh ada keja. Takda istilah anak tu mesti nak dgn kau 24jam karang dia menangis. Ko yang tak ajar dia dr kecik. Tu je.

2. Anak2 aku seawal 2 tahun dah diajar potty training. Puncanya mula2 sebab anak aku dah tak sesuai dengan apa saja brand diapers di pasaran. So paed aku nasihatkan 2 tahun dah boleh ajar potty training. Lagipun diapers yang lama tak bagus untuk anak2. Nak ajar potty ni pun memang ibu atau ayah kena RAJIN DAN KENTAL. Aku kalau ada je yang cakap anak dorang tak dengar cakapla apa lah memang aku tau dah punca dia apa. Korang ibu bapa yang tak sabar. Memanglah dorang akan melepas merata2, nama pun training. Tapi lepas tu setlah masa. Cara aku train, aku akan bawak anak aku ke tandas every 2 hours. Tapi kalau anak lelaki selalunya lebih kerap, so kena bertabahlah bawak setiap 30 minit atau 1 jam sekali. Kuncinya SABAR dan JANGAN MALAS. Dua2 anak aku 2 tahun memang dah free diapers. Yang senangnya korang jugak, jimat duit beli pampers dan anak korang lebih sihat. Kan dah banyak kes budak2 ruam atau masalah kulit sebab diapers. So rajin2 la sikit ya.

3. Anak2 aku tak pernah menjerit atau berguling atau menangis kuat2 kalau tak dapat toys atau apa yang mereka nak di kedai/mall. Sebab aku memang pantang kalau budak2 lebih nak tunjuk kuasa dari ibubapa. Cara aku marah anak aku memang kejam sikit. Tak perlu pukul pun, cukup aku jegil mata dan suara tinggi untuk permulaan. Tapi pandai2la korang sesuaikan. Korang tau apa aku cakap kat anak aku setiapkali dorang mula nak bentak bila tak dapat? Aku akan cakap dari dalam kereta lagi, “Korang jangan nak mengada2 mintak itu ini kat kedai nanti. Beli apa yang ibu tunjuk je. Kalau ibu cakap jangan beli, jangan ambik pun. Faham?” Haha garangkan? Aku cakap nada aku satu tone je tapi aku tekankan macam orang mengugut ketap bibir tu. Haha korang tau kan? Bila dalam kedai, nampak je dorang naik sheikh nak itu ini, pesan 200 ribu kali “Ha.. ha.. kan dah cakap tadi?” sambil mata korang buntang, muka serius dan suara korang tu sama macam tadi. Otomatik dorg akan tone down percayalah. Anak2 aku mmg jalan je buat cmtu. Anak2 buah aku pun sama. Haha. Cara kejam gila tapi tu jela nak ajar dorg behave. Lepas tu bila dorang behave, korang rewardla dorang apa2 sambil cakap, haaaa macam nilah anak ibu, pandai dengar kata. Bijakkk..camtulah ibu sayang. Jadi ibu bg anak ibu adiah nak? Anak aku kdg2 tak minta benda mahal pun, aiskrim pun cukup. So bagi jela. Walaupun anak aku ada semput, bagi sekadarnya. Jadi mereka nampak, bila buat baik mesti ada ganjaran. Yang penting dorg tau bila buat baik orang sayang. Sbb anak aku kalau berborak dua2 org tu aku boleh dengar yg kakak marah adik “haaa adik, jangan buat mcm tu. Kang ibu marah. Kalau adik baik, ibu sayang.” Alhamdulillah wkt tu korang akan rasa berbaloi jadi garang selama ni.

4. Anak2 aku tak rasa berat bila nak tolong orang. Even balik rumah mertua atau parents aku sendiri, mereka tau kemas sendiri lepas makan dan bermain. Memang takkan sesempurna kita, tapi beri mereka peluang. Tak perlu menjerit pekau untuk suruh dorang kemas. Benda tu korang kena latih dirumah. Bila kat rumah orang, cukup korang jerit je nama dia. Pahamlah dorg. Jangan bila dorang malas, kita biarkan. Anak2 akan menjadi orang yang kreatif dan pandai bertimbangrasa jika mereka diberi peluang menjadi dewasa sekali sekala. Kdg2 mereka lebih suka sbb keinginan jadi dewasa tu mmg biasa pd diri kanak2. Samalah kita dulu pun. Suka je bila nak jadi besar dapat mekapla, pakai baju cantik2la, dpt bawak motorla dan sebagainya. So kita gunakan peluang baik itu sebaiknya. Kita ajar, nak jadi orang besar kena rajin kena buat keja orang besar bla bla bla. Dan mereka memang suka. Kena cakap selalu dgn dorg, tolong orang itu pahala. Rajin Allah sayang, malas Allah benci dan sebagainya. Anak saya yg sulung kalau ada sepupu pun dia akan cakap dan ajar benda yg sama walaupun dia baru 5tahun.

5. Masa makan pun sebenarnya waktu yang penting utk bonding bersama keluarga. Ada orang yang bila makan akan asingkan anak2 dengan kita sebab kdg2 ada yg suami tak suka masa makannya diganggu. Tapi tidak aku. Aku selalu ckp benda ni dengan suami. Kita ni bekerja. Jadi masa makan malam ni jela masa kita dengan anak2. Bila makan make sure no gadgets for everyone. Anak2 aku dok dalam babyseat dan setiap sorg ada pinggan dan cawan sendiri. Makan sendiri seawal 3 tahun. Lepas tu kami akan berborak dan tunggu mereka makan smpi habis. Adakalanya dorg nak disuap. Jadi aku akan suap juga tapi WAJIB di tempat dia duduk. Jangan harap dorang merasa makan sambil berlari sana sini. Aku tak paham ibubapa skrg yg bg anak makan sambil berlari2. Kalau anak aku memang aku jentik. Anak2 aku asal nak berlari je wkt makan aku jerit “Eh nak pergi mana tu? Duduk sekarang! Sapa ajar makan berjalan? Ayah ckp apa? Nabi kata makan kena duduk kan? Nak masuk neraka? Bla blaaa..” Haha kejam kan? Well what to do? Have to la. Korang akan seronok bila korg bwk anak korang pg meeting 3 jam kat kedai makan tapi dia tak berlari2 atau menjerit. Semua tu mesti datang dari rumah.

6. Aku memang takkan manjakan dorang dengan toys dan gadget. Kebanyakn masa dorang adalah aktiviti dgn org sekeliling termasuk wkt buat kerja rumah, baca surat khabar sama2 atau dengan buku dan pensil warna. Sebab apa? Sebab aku nak ajar anak aku lebih dgn sensory skills dari visual saja. Mesti kena RASA dengan tangan sendiri. Korang takkan dapat benda tu dengan gadgets. Toys ni kadang2 hanya akan ajar mereka berada dlm dunia sendiri. Sbb tu aku tak berapa galakkan. Dan bila kau selalu beli je apa saja dorang mintak, dorang takkan faham maksud besederhana. Kalau ikutkan aku mmg mampu beli apa saja dorg nak, tapi aku taknak ajar. Sekali sekala bolehla. Bagi aku toys yg mahal2 ni membazir. Bukan dorg main lama pun. Lama2 jahanam. Beli je yg murah dan seakan2 dgn yg mahal tu asalkan dpt merasa. Dan perlulah limited. Jadi dorg tak selalu rasa dorg dpt apa dorg nak dan tak ingat org yg lbh susah. Bila dorg ada sikit, dorang akan berkongsi. Setakat ni anak2 aku tak pernah berebut mainan dia wkt sepupu2 dia main. Sbb dia tau kdg2 benda tu mgkin kwn2 atau sepupu2nya tak senang dapat so dia kesian dgn sepupu2nya. Di sekolah pun cikgu cakap anak aku tak pernah berebut mainan. Dia pulak akan beralah bila ada kwn yg takda mainan. So i guess cara tu berjaya. Rata2 anak2 yg aku nampak biasa sangat dapat apa dia nak be it toys, gadget atau apa saja, memang dorang takkan pandai berkongsi. Sbb dia fikir, dia punya so orglain tak boleh main.

Ok itulah antara tips aku didik anak. Aku memang garang. Tapi bersebab. Jangan kau pergi marah dia 24 jam, memang takkanlah dorang nak dengar. Bila marah anak, mesti waktu dia buat kesalahan tu dan2 jugak. Dan bila marah, mesti marah btul2 sampai dia serik. Bila dia buat baik, mesti reward sebagai tanda kita berterima kasih. Kena selalu cakap dgn anak, ibu marah sbb ibu taknak anak ibu jadi nakal. Ibu nak anak ibu disayang orang, bukan dibenci orang. Kalau anak ibu nakal, mesti orang cakap ibu ayah tak pandai jaga anak. Awak tak kesian ke dengan ibu dengan ayah? Penat ibu dengan ayah ajar tapi orang salahkan ibu ayah kalau awak nakal. Time cakap tu kena lembut dan pandang mata mereka dalam2. Dorang akan faham. Kdg2 anak sulung aku yg sensitif skit tu akan menangis bila aku cakap macam tu. Pastu peluk aku kuat2. Anak2 ni walaupun kecil, mereka faham kita marah sebab kita sayang. Dan kunci paling penting ialah korang sendiri kena BUAT. Diulangi, BUAT. Kita sendiri kena tunjuk contoh kita rajin (walaupun memang pemalas selalunya). Kita sendiri kena bersederhana. Kita sendiri kena hormati orang sekeliling. Kita sendiri kena solat 5 waktu. Kita sendiri kena cakap baik2. Dan sebagainya. Sebab children set by examples. Tak guna marah dorang tapi kita sendiri tak betul.

So toloooooonglah ibu bapa zaman urban ni. Rajin2la didik anak. Bukan spoil anak. Jangan malas. Jangan kira penat. Anak ni amanah Allah. Kena jaga baik2. Allah akan tanya balik kita nanti. Didikan kita semua yg akan corakkan dia bila besar. Jangan takut anak marah bila kita garang. Mereka akan berterima kasih pada kita satu masa nanti. Sama mcm kita berterima kasih dengan ibu bapa kita kerana memanusiakan kita. Tak wujud istilah alah mereka budak2 lagi. Apalah dorg tau bla bla bla. Tu hanya alasan ibubapa pemalas. Tak disiplin. Lepas tu bila anak buat perangai depan orang baru stress. Lama2 mereka takkan senang nak dibentuk lagi. Komunikasi dan contoh teladan dari kita sendiri sangatlah perlu.

Akhir kata, aku juga bukanlah ibu yg baik. Tapi aku cuba perbaiki dari semasa ke semasa. Semua sebab aku sayang anak aku dan aku nak anak aku jadi manusia. Jadi manusia bukan hanya dgn kau beri semua yg dia nak, kerja bagus2 dan sebagainya. Tapi akhlaknya. Fikirlah kalau bukan sekarang kita bertindak, bila lagi? Katalah umur kita tak panjang, siapa pula nak ajar anak2 kita? Inshaa Allah klu dari kecik kita dah ajar mereka jadi manusia, dia akan ingat sampai bila2. Sbb aku sendiri sampai sekarang ingat mak aku cubit aku pasal tak kutip nasi bersepah atau tak buang sisa makanan dalam bekas penapis. Berubahlah, untuk pembangunan sahsiah anak2 kita. Sekian.

– Ibu Garang

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Powered by Blogger.