Sunday, 23 October 2016

Lone Ranger

PengakuanKu

Aku terdetik nak buat confession di sini sebab aku rasa kebanyakkan yang post adalah adik2 yang masih belajar.aku sudah 8 tahun meninggalkan zaman u, sudah berkahwin dan alhamdulillah dikurniakan anak2. Apa yang aku nak ceritakan adalah kisah aku semasa zaman belajar. Mungkin ada sesuatu adik2 boleh belajar dari kisah aku ni.

universitilah tempat pertama aku belajar hidup betul2 sendiri, semua urus sendiri dari mula mendaftar sehinggalah tamat pengajian. Tiada mak ayah sibuk2 hantar, tiada juga duit poket atau segala macam perkakas nak masuk u kata orang.Pendek kata aku memang suka buat semua perkara sendirian, termasuk makan pun seorang diri. Alkisahnya bermula aku sem 1, dapat bilik kongsi berdua dengan budak sem 1 jugak, tapi lain course.roomate aku ni jenis ramai kawan, suka lepak2 dalam bilik.suka cakap kuat2 dan gelak2.aku pulak sangat kontra.tapi aku takdelah marah cuma aku tak suka orang duduk atas katil aku sebab aku suka cadar yang kemas dan barang2 aku tersusun. Aku akan pinkan cadar supaya sentiasa kemas. Bila aku balik kelas aku akan baring, sambil tulis diari ke buat puisi ke apa2 ajelah yang tak melibatkan orang lain. Kalau bersepah aku akan stress. Aku bukan OCD, tapi ada sebab kenapa aku perlukan ruang kemas dan suka menyendiri.nanti aku cerita.

Aku suka kegiatan seni, macam berteater atau tulis puisi. Bila musim teater aku akan balik lewat untuk latihan.jadi kawan2 aku kebanyakkan budak2 teater la.sebab sama jiwa agaknya. Tapi aku tahu roomate aku tak berapa ok pasal ni, lagi2 bila aku dah naik sem2, 3 dan seterusnya.roomate2 aku bertukar setiap sem, ada yang bertukar kolej kediaman, ada yang pindah bilik kawan mungkin sebab diorang rasa aku pelik agaknya.contoh bila malam2 aku akan duduk di koridor, dan menyanyi atau sekadar tengok bintang malam.aku pernah dengar orang mengata aku seram sebab rambut panjang duduk atas koridor.aku tak rasa aku buat salah sebab aku memang macam tu, aku tak ganggu sesiapa tapi ada je cerita tak elok disebarkan.sampai satu tahap aku nak tumpang tidur bilik sorang budak teater ni (sebab roomate takda aku tetiba seram terjaga malam2) tapi dorang seram kononnya sampai kena baca yassin.seolah2 aku ni ada bela saka ke apa. Malah ada yang cakap ada benda menyerupai aku.sehinggakan aku seolah2 dipulaukan masa tu.

Aku tak join kawan2 pergi makan ramai2.aku prefer makan waktu aku sendiri, biasanya off peak hour.pergi tempat yang tak ramai orang atau tapau saja.aku cuma bersosial dengan kawan2 teater.pergi kelas pun sendiri2 walau ada je kawan sehostel yang sama course.semua kenangan tu aku masih ingat, semua kata2 orang tu aku masih ingat.

Sekarang aku nak cerita kenapa aku lone ranger sangat2 masa zaman belajar.kenapa aku menjauhkan diri kecuali masa berteater. Kenapa aku makan sorang2.kenapa aku suka nyanyi atas koridor tingkat 4 malam2 buta.kenapa aku sangat pantang orang renyukkan cadar atau usik barang2 aku. Semuanya kerana aku tak mahu orang kenal aku, tak mahu orang tahu siapa aku.aku buat benteng awal2, sejak hari pertama aku belajar di situ supaya aku boleh menjadi orang baru.

Kisah hidup aku bukan indah bak pelangi.aku anak orang susah.miskin yang teramat2, makan pun susah.sudahla susah aku pulak mangsa pedofilia dari kecil. Kena dera dengan emak sendiri lagi.hidup aku macam boneka.aku susah nak terima atau percayakan orang baru.tiada cinta ibu bapa, tiada kasih saudara mara. Dari kecil takda sesiapa dengar luahan aku. Adik2 masih kecil dan bertarung melalui kepayahan hidup di kampung.Cuma sang diari teman setia.aku hidup dalam alam khayalan untuk terus bertahan sampai ke menara gading supaya aku kekal bermotivasi.semasa remaja aku boleh cakap seorang diri sampai berjam2 supaya aku kekal waras.orang fikir pelik tapi dari duduk bersedih lagi cepat aku gila. Jadi bila sampai universiti aku tekad untuk jadi seseorang yang lain, lupakan kisah2 lalu dan cuba hidup normal.

aku selalu kekurangan duit.aku hanya ada ptptn.aku takkan fotostat buku.aku beli buku2 ori walau beratus2 sebuah, untuk keberkatan ilmu sebab aku tahu apa rasa bila hasil karya diciplak. Aku perlukan ruang yang kemas sebab masa di rumah keadaan rumah aku seumpama bangsal sahaja.so bila dapat bilik hostel tu cukup cantik bagi aku, ada katil ada meja ada barang2 sendiri jadi aku mesti hargai. Aku suka keadaan senyap sebab minda aku sudah lama serabut dengan pelbagai macam masalah di luar kawalan aku. Disinilah tempat aku keluar dari ‘keganasan’ dunia.

Aku tak ikut kawan2 pergi makan sebab aku selalu makan megi dan biskut cecah air kopi saja, paling sedap nasi rm1 berlauk tofu atau nangka masak lemak.kawan2 lain makan sedap2 nanti mesti diorang tanya kenapa tak beli ayam ke ikan kan. Kalau bulan puasa dorang akan tontong beli lauk aku mana mampu.malu kalau nak makan lauk orang tp kita tak cukup duit nak sumbang lauk hatta sejenis pun.kalau pergi pasar malam nanti dorang beli macam2 akan makan sama2 kat bilik aku tak boleh join. duit ada kena simpan, nak balik kampung nun jauh tu jugak sekali sekala, baju kena juga berganti walau yang murah2 saja atau bundle. Bukan ada duit lain itu saja semuanya dari ptptn.

Aku tak pergi kelas sekali dengan kawan2 sebab nanti class break mesti diorang akan lepak foodcourt, beli kuih muih atau pekena mee sizzling yang sedap sungguh baunya tu atau minum nescafe ais yang lemak manis. Sedangkan aku cuma boleh berhenti tepi foodcourt hirup baunya kuat2 untuk hilangkan keinginan sebab mee tu harganya rm3.50 sepinggan.mahal.aku boleh beli lebih kurang 7 bungkus megi zaman tu la . Aku pernah kelaparan 3 hari sebutir nasi hatta biskut pun tidak dapat aku jamah. Aku cuma bertahan minum air gula.tp roomate aku tak tahu dan aku tak mahu pun dia tahu sampai la hari ni.masuk hari ke 3 aku lembik tak mampu dah berjalan kaki ke kelas. Alhamdulillah Allah hadirkan ada kakak senior tiba2 ajak makan nasi ayam di pesta konvo.itulah nasi ayam paling sedap aku rasa. Kenapa aku tak pinjam duit orang?sebab aku tak tahu bila boleh ganti.

Aku ada kawan yang suka bersukan dan aku suka ikut dia berjogging. Sebab bila aku berlari buat aku lupa masalah2.aku akan nampak bertenaga dan bersemangat.sebabkan rutin berjogging tu la aku pernah ikut marathon 12km sebab aku nak makan roti dan air kotak free yang akan diagih2kan masa tamat larian. Nak tau kenapa aku berkawan dengan budak teater je?sebab teater kan malam saja, jadi orang akan automatically anggap semua dah makan…sekali sekala ajela aku reward diri aku pergi makan luar dengan budak2 teater.lagipun masa berlakon aku jadi konfiden, aku lead the group dan aku bukan budak sedih yang hidup segan mati pun tak mau tu kan.

Kenapa aku suka menyanyi atas tebing koridor malam2?sebab aku rasa malam tu umpama aku.gelap hitam tapi ada keindahan bagi yang memahami. Aku menyanyi sebab aku gembira. Koridor tu tinggi tapi tidak bagi aku. Aku mahu rasa di puncak.aku tak minta difahami, malah aku cuba sedaya upaya elak menganggu sesiapa tapi mulut orang tak pernah puas malah telinga masing2 dahagakan fitnah.

3 tahun aku membawa diri. Aku berjaya menjadi seseorang yang baru.walaupun dianggap weirdo sekurang2nya teman2 seangkatan tak tahu pun jeliknya hidup aku yang lalu. Aku tak meminta2 hatta rm1 pun aku tak pinjam sesiapa.Di sana lah tempat aku mengenal tikar sembahyang.di sanalah tempat aku yakin ada lagi manusia berhati mulia seperti kakak senior yang belanja makan nasi ayam tu. Di sanalah tempat aku membuktikan tekad yang bulat dengan izin Allah akan mengatasi apa2 jua halangan. Di sanalah jugak aku percaya orang yang ‘indah’ tercipta dari derita yang banyak. Selepas tamat final exam 3 hari lepas tu aku dapat kerja di firma multinasional dan alhamdulillah semuanya mulai indah dan semakin indah. Hidup mana tidak diuji tapi cukup segala, ada suami dan anak2 sudah terlalu istimewa bagi aku.

buat adik2 di menara gading, kalau tengok kawan2 pelik sikit tu, jangan terus label atau pulaukan, mungkin mereka ni ada sebab2 jadi begitu dan tak boleh nak bercerita pula. Bukan saja2 jadi kera sumbang.bukan semua orang yang ada kisah sedih suka simpati orang ramai.sesetengahnya cuma nak melupakan dan move on. Life is simple but to live is not as simple as it is.

– nurjiwa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.