Assalamualaikum, Terima kasih sekiranya sudi siarkan sebab ini kali pertama confess public macam ini, sebab selalunya confess sensorang dalam diari ja, hehe.
Sebenarnya aku masih lagi student and bukan budak ipt, masih belajar di secondary school cuma terdetik nak share tentang perangai budak baya aku. Hehe, aku pun mengaku yang aku ni bukannya baik sangat, masih banyak lagi lubang-lubang yang perlu ditutup dalam diri aku ni tapi Alhamdulillah Allah pelihara aib aku.
Aku start sekolah menengah agama disebabkan dipaksa oleh ayah aku, ayah aku jawa and garang gila. Kalau aku memberontak sekalipun, ayah mesti ada satu power yang menyebabkan kami terpaksa akur walaupun hati dah memberontak. So, aku pun dengan tak rela hatinya masuk sekolah tu selama 3tahun.
Faham kan persekitaran sekolah agama bagaimana kan?
Pepagi usrah dengan kakak-kakak senior yang baik, then belajar lelaki dok depan belakang perempuan, nak gelak cover -cover, kekadang cikgu pun sporting dengan budak-budak tetambah dengan budak kelas belakang dan lembab macam aku ni, cikgu banyak bersabar dengan aku, sebenarnya ada banyak lagi tapi aku skip je lah.
Then, ditakdirkan form4 aku pindah sekolah sebab bahasa arab aku failed, aku memang gembira gila sebab sepanjang aku dok kat sekolah lama aku kena buli, bukan buli fizikal tapi mental. Aku selalu kena kutuk, maki-hamun , sindir-sindir aku, aku tahan je sampai aku keluar dr sekolah tu aku mmg happy gila walaupun mak ayah mengamuk sebab bahasa arab failed, malam tu kena denda rotan sampai tangan berbirat.
First day masuk sekolah, semua pandang pelik kat aku, sehinggalah aku dapat masuk aliran akaun dengan result aku yang sememangnya teramat teruk. Aku ada 3f , Bayangkan tiga tahun aku dok kelas belakang, dapat top paling bawah, tetiba pindah sekolah dapat AKAUN! Then cikgu suruh aku stay kelas tu tk kasi aku pindah kelas. So, aku redha.
Aku skip sampai tengah tahun form4, sepanjang aku berada di situ, Allah pertemukan aku dengan satu geng yang Agak sosial, and aku kawan baik dengan dorang je, pi memana mesti dengan dorang. Dorang ni hotstuff kawasan tau, kalau pergi kat Minah moto ataupun sis-sis raver kat kawasan tu, sebut nama dorang mesti orang kenal, punya hebat pengaruh depa ni.
Mereka baik sesangat sepanjang berkawan dengan aku, tapi sayangnya mereka freehair, dua-dua orang sekali, aku namakan dorang Ain and Lyana (bukan nama betul tapi seakan-akan)
Perangai aku setiap kali nak balik mesti aku ajak dorang pergi surau solar zohor sesama sebelum balik, iyelah sekolah lama kan dah jadi habit menda tu tapi dorang temankan aku sampai surau then memasing lesap, sehinggalah hujung bulan 10 macamtu dorang buat macam tu, tpi aku taknak marah, aku just tegur kenapa setiap kali aku kalih belakang memasing lesap bila sampai surau.
Then terdetik satu hari aku nak tgk sorang solat dengan aku, so aku paksa depa masuk surau sambil buat muka marah, ohya aku ni jarang marah orang sebab suara aku kecil so kalau marah pun orang akan gelak balik tapi kali ini aku betul-betul marah depa tu, sambil tolak depa masuk surau,
Then tetiba si Lyana ni cakap “surau ni nak ke terima orang hina macam aku ni weh?” dri tolak dorang aku terhenti, terkejut weh! “Kenapa cakap macamtu? Surau ni kan semua orang islam boleh guna”
Pastu lyana gelak kat aku, sambil depa tarik aku dok kat wakaf, sebaik kami. Memasing duduk, tetiba dia nangis. Dia peluk badan aku, Ain pulak cover nak nanges.
“Rah, macamana aku nak solat kalau aku tak reti? Aku nak solat macam hang tapi aku tak reti! Aku nak baca quran macam hang buat pepagi tapi aku tak reti! Aku nak lancar baca doa time agama cm hang tapi aku tak reti! Aku ni bodoh weh, harap ja ada title islam tapi apapun tak reti, aku ni layak ka nak masuk tempat untuk orang suci macam tu weh,” dengar ja dia cakap macam tu, aku terkejut gila, aku taktau nak cakap apa, then Ain start sora.
“Bila kami nak bergaul dengan bebudak KAA depa kutuk kami, depa tak suka dengan kami sebab perangai kami, depa cakap orang macam kami tak boleh duduk dengan depa sebab kami ni lah yang memalukan agama,” Ain cakap sambil gelak-gelak tapi mata dah merah.
Aku diam sediamnya sebab terkejut apa yang aku baru dengar tadi, then aku peluk depa and aku tarik depa masuk surau, “takpa surau ni semua boleh masuk, hang besaq ka hang kuruih ka, semua boleh masuk, semua sama ja dalam ni tadak beza pun, nanti masuk dalam ikut apa yang aku buat,”
And depa ikut segala yang aku buat, semua! Sampai time aku cabut anak rambut yang terkeluar pun depa IKUT! Aku macam ada baby kecil yang tengah ikut segala perbuatan aku, sampai aku imamkan dorang abes solat Zuhur, time baca doa tu,aku baca dalam bahasa Melayu sebab nak dorang faham kan, then tengah aku dok baca yang time doa utk ibu bapa tu dorang nanges, dedua sekali pulak tu nanges, aku cepat-cepat habiskan doa then peluk depa.
“Untung mak bapak hang, ada anak macam hang, bukan macam mak balak aku, masing-masing perangai macam b***,” time dia sebut macamtu aku tampar mulut dia,
“Tak baik, buruk manapun depa tu ttp mak ayah hang tau,” then lyana gelak “depa sendiri tak mengaku aku anak depa, kenapa aku nak mengaku depa mak bapak aku? Dahlah buang aku kat rumah tokwan aku, dah reti buat anak tapi tak reti jaga anak,” ain pun gelak jugak, “same with me, mak bapak aku cerai then memasing bawak diri, makcik celaka aku jaga aku,”
Aku tak cakap apa cuma mampu dengar segala luahan hati mereka.
Start drpd situ, aku jadi spy. Aku siasat pasal kehidupan depa, disebabkan rumah ain tak jauh dr rumah aku so, aku start spy rumah dia,
Yang aku dapat tau, makcik dia mmg durjana gila, setiap malam si Ain ni akan masakkan utk depa and kemaskan rumah, kalau tak siap malam tu Ain kena tidur kat garaj, anak-anak dia tu boleh buat taktau bila Ain buat kerja rumah! Aku tanya and sendiri nampak bila aku dok rumah makcik teah yang selalu aku. Lepak,
Sumpah aku nanges, gila bila keadaan dia teruk sesangat, memang teruk, dahlah kena buang dengan makbapak then dapat makcik macamtu, sepupu buat tak tau, mmg besar gila dugaan yang Allah bagi utk dia.
Then si Lyana ni pulak, rumah dia Agak jauh so, aku tanya kengkawan dan geng-geng dia je, tak banyaklah maklumat yang aku dapat mengenai dia ni, yang aku tau, ayah dia penangih kena tangkap dengan pusat serenti banyak kali dah, tapi tak serik-serik, mak dia pulak kerja kt resort golf, mak ayah dia dalam lingkungan 30 kalau tak silap aku, samalah dengan makayah Ain. Memasing muda lagi,
Sepanjang aku siasatu tentang depa, aku perasan satu benda. Mak ayah memang memainkan peranan dalan mendidik anak-anak.
Kekadang anak-anak ramai yang jadi liar tu mesti datang dari masalah keluarga, tapi tak semualah. Sebahagian besar.
Tapi sepanjang aku baca and tgk balik mak ayah muda masa kini, anggap kawen tu macam makan kacang, ambil mudah tentang perkara ini, bila diri sendiri pun perangai macam apa tapi gedik nak kawen, bila dah dapat anak tu yang jadi macam-macam.
Tapi aku jugak tak boleh salahkan ibu bapak,
Mereka ada cuba nak bergaul dengan budak-budak kelas agama utk berubah namun semangat asabiyah kt bebudak tu tinggi sampai tak terima orang luar, yes aku mengaku yang aku sendiri tk suka bebudak KAA tu sebab suka judge orang sesuka hati, bila aku nak join gp dorang utk usrah, depa boleh buat tak tau kat aku weh, bila last sekali ada salam jemaah, memasing lari drpd salam dengan aku, rabak hati aku , kali terakhir aku muncul dalam gp tu.
Kekadang dalam berubah tu, kita kena ada semangat yang kuat, tapi ada setengah. Orang sekeliling jugak memainkan peranan yang penting. Yang penting sokongan, sebagai orang yang dekat, please jangan sesekali runtuhkan semangat dorang utk berubah. Support dia, bagi semangat kat dia, bagi apa yang patut contohnya fea fes kasi la handsock pastu stoking pastu tudung bidang 50, 55 and seterusnya,
Tak semua orang yang berubah tu mempunyai semangat yang kuat, aku mmg bersyukur gila bila ayah aku paksa aku masuk sekolah agama, sekurang-kurangnya aku ada basic agama utk aku teruskan di sekolah biasa yang sosial macamni, ada diantara kawan aku yang bila dah keluar dr sekolah lama terus hilang semua tu, aku hanya mampu doakan dia, (sbb dia tu besar and ganas, pantang kena tegur semua dia nak debik)
So, bersyukurlah kepada anda semua yang berusaha utk tegakkan islam dalam diri sendiri, tak semua mampu melawan nafsu sendiri kan? Tapi diantara semua ini yang paling penting,
Solat. Sebelum mereka start berubah tu, aku suruh mereka start solat perlahan-lahan, aku kasi buku tatacara solat aku kat dorang, suruh depa hafal perlahan-lahan.
Yes, segalanya bermula dengan solat dan semangat.
Purata orang solat di Malaysia ini hanyalah 20% , maka beruntung lah orang yang tetap menjaga solat disamping sibuk dengan urusan dunia.
Okaylah, sampai disini perkongsian yang ada, apapun terima kasih. Ohya, doakan aku dan spm candidate satu malaysia dipermudah segala urusan kami sewaktu jawab spm nanti. Hehe
Assalamualaikum
– Sarah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment