Tuesday, 16 January 2018

Aku dan Insecurity

PengakuanKu

Assalamualaikum w.b.t.
.
Pertama sekali terima kasih admin kerana sudi siarkan confession aku ni.
.
Aku dan insecurity. Insecurity aku ialah tahi lalat kat muka. Hmm. Dari sekolah rendah aku selalu diejek kawan2 sekelas sebab tahi lalat yang ada kat muka aku. Sekolah menengah pun sama. Kawan2 selalu gelakkan aku dan mengejek aku. Aku hanya mampu balas dengan senyuman je, buat2 itu lawak juga. Tapi dalam hati, lama2 aku makin insecure dengan diri aku sendiri. Adik beradik, ahli keluarga pun selalu bergurau pasal tahi lalat aku. Kalau sekali sekala aku boleh terima lagi, ini tidak, boleh dikatakan setiap hari sepanjang masa. Lama kelamaan, aku makin insecure dengan diri aku sendiri. Aku sering rasa diri aku paling hodoh jika nak dibandingkan dengan adik beradik yang lain. Semua ini aku pendam seorang diri sebab aku malu.
.
Masuk ke alam universiti, Alhamdulillah aku sudah tidak menerima sebarang ejekan dari kawan2. Aku mula membina self confidence dan aku makin yakin dengan diri sendiri. Aku dapat mengatasi rasa insecure dalam diri aku. Mungkin kawan2 di universiti semuanya sudah matang, jadi sudah tiada gurauan dah ejekan yang aku terima lagi. Namun, bila aku pulang ke rumah, aku terus menerus diejek dalam nada bergurau oleh ahli keluarga aku. Dan aku hanya mampu tersenyum sahaja. Lagi sekali, rasa insecure muncul lagi dalam diri aku. Self confidence aku jatuh merudum. Aku seolah2 dipandang paling hodoh dalam kalangan ahli keluarga aku. Aku cuma pekakkan telinga sahaja. Tapi, bila aku bersendirian, aku sering menangis seorang diri.
.
Namun, mengenangkan nasib tiada seorang lelaki pun datang approach aku, lagi sekali aku rasa insecure dengan diri sendiri. Hodoh sangat ke aku ni, hina sangat ke ada tahi lalat ni sampai tiada pun lelaki nak kat aku? Sekarang aku dah di tahun akhir. Ibu aku sering bertanya tentang pasangan dan aku cuma hanya mampu menjawab aku nak fokus pada pelajaran dulu. Tapi hakikatnya tiada lelaki pun yang datang untuk approach aku. Aku sedih, sampaikan aku ada terfikir untuk membeli krim membuang tahi lalat ataupun melakukan rawatan laser. Tapi aku takut nak buat rawatan2 tu, aku lagi selesa dengan imej aku ni sebab aku tak nak ambil risiko.
.
Memikirkan nanti aku nak masuk alam pekerjaan, majikan nak ke bagi tawaran kerja kat aku sebab aku tak cantik? Macam mana aku nak berhadapan dengan client2 aku nanti dengan rasa insecure aku ni? Macam2 aku fikir dan aku akan jadi sedih dan murung sendiri.
.
Jadi, tujuan aku tulis confession ni supaya orang2 kat luar sana tolong sangat jangan mengejek fizikal orang lain walaupun niat hanya ingin bergurau. Kita tak tahu bagaimana susah dia nak bina self confidence dalam diri. Dengan ‘gurauan’ kau tu, sekelip mata je semua tu musnah. Aku jugak nak mintak nasihat macam mana nak terus kental hati dengan gurauan2 orang pasal fizikal aku ni.
.
Terima kasih

– Miss mole

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

KDrama vs Malay Drama

PengakuanKu

Assalamualaikum wbt kepada readers dan juga admin. Kalau confession ni disiarkan aku ucapkan terima kasih banyak2 sebab aku rasa isi hati aku ini patut dikongsi. First of all aku umur 19 dan belajar di satu IPTA selatan tanah air. Before ni pernah 3 kali aku confess kat sini and semua disiarkan hopefully yang ni juga hehe.

Okay apa yang aku nak luahkan ialah pasal drama korea dan drama melayu. Just to inform aku to be honest here bukanla nak banggakan drama korea tu atau nak memperendahkan drama melayu aku just nak cakap benda fakta. Yang baik kita ambil kalau buruk takyah ambil senang bukan?

Aku terdetik nak buat confession ni sebab ternampak entry pasal ilmu dari kdrama. Okay pada pemerhatian aku “kebanyakkan” drama melayu adalah selalunya based on cinta di antara lelaki dan perempuan semata. Ya betul ada elemen family but semuanya typical. Anak dato kahwin dengan perempuan miskinla. Arranged marriagela. Pastu berebut harta dalam family. Itu typical punya. Kalau yang arranged marriage ni mula2 benci hina menghina salah sorang pihak terseksa bla bla pastu tetiba sayang. Semua hal perasaan dua pihak difokuskan. Semua cintan cintun. Ha satu lagi cerita tu mesti ada orang kaya pastu ada business. Kata busy bla bla pastu ada dialog dalam phone cakap asal project la tender la. Business haramjadah apa pun aku tak tahu.

Berbanding dengan drama korea pula bagi aku drama dia sangat balance dari semua sudut. Segala aspek kehidupan. Name it. Politic? Economy? Social? Semua adaa. Pastu drama dia penuh dengan ilmu dan pengetahuan tentang kehidupan. Dengan menonton drama korea kau boleh belajar banyak benda. Benda2 yang kau tak tahu kau jadi tahu.

Sebagai satu contoh drama yang aku dah tengok and aku rasa banyak benda aku belajar ialah drama Jealousy Incarnate. Ya tak dapat dinafikan ada unsur cinta tapi unsur itu kecil. Guys cinta ini luas. Tak semestinya antara lelaki dan perempuan. Cinta terhadap keluarga, ilmu, haiwan, tumbuhan, kawan2, Allah dan juga Rasulullah.

Back to the story. Drama ini berlatar belakangkan pasal seorang wartawan dan peramal cuaca yang bekerja di sebuah broadcasting company. Dari sini aku boleh tengok cerita2 and hal2 behind the scene kehidupan pembaca berita, kerja penerbit, wartawan,dj semua. Di situ you can experience new things. Macam” oh macamtu rupanya kerja dorangni” “nampak senang je kalau tengok dalam tv, rupanya susah eh” macamtula reaction aku.
Pastu cerita pasal wartawan ni dia lelaki and dia ada breast cancer. Masa tu aku macam berkerut kejap. Aku macam seriouslah? Lelaki pun boleh kena? Dari situ aku belajar. Rupanya lelaki pun boleh kena tapi peratus dia rendah and selalunya ikut genetic. Peratus lelaki yang ada sakit ni sangatlah rendah. Satu dalam sepuluh. Then dalam drama ni dia tunjukkan scene di mana lelaki tu pergi buat chemotherapy semua. Step by step okay tak macam cerita melayu kalau ada drama berlatar belakang medic mesti cinta. Ada ke patut nurse gi bilik doctor sesuka hati? Pastu cintan cintun i mean kau takda kerja ke apa? Itu ke kerja doctor and nurse? Takda scene kat bilik operation ke apa ke lol.

Back to the story pasal wartawan lelaki yang ada breast cancer ni at first dia sangat stress and macam tak boleh terima kenyataan dia lelaki tapi ada breast cancer. Dia rasa diri dia macam bukan lelaki. But at the end dia survive. And ada masa tu tengah rakam berita pastu di sendiri cerita pasal diri dia yang dia adalah pesakit kanser payudara.

Kat sini kita boleh belajar yang kat dalam cerita tu dia macam nak encourage lelaki yang pesakit kanser payudara jangan takut atau malu. Nak spread awareness lelaki pun boleh kena kanser payudara. Then nak cakap kalau ada penyakit tu doesn’t mean kau bukan lelaki and kalau sakit jumpala doctor sebab dorang akan sentiasa membantu. Btw weather forecast ni perempuan dia ada ketumbuhan kt payudara dia and dalam cerita ni dia tunjuk macam mana perempuan ni support lelaki tu sebab dia punya mak pun dulu ada breast cancer. Tengokla baru tahu sebab banyak sangat nak mention hehe.

Apart of that pasal weather forecast ni perempuan dia sangat sayangkan pekerjaan dia. Kalau tengok dalam drama tu kau akan faham. Cerita ni pun banyak pasal family matter yang kau boleh relate. It’s not typical though. And bagi aku masuk dek akal.

Secara conlusionnya bagi pendapat aku drama melayu kurang sangat pengisian ilmu. Terlampau sangat benda yang tak ramai orang ada and orang tak boleh relate. Most of them pasal cinta. And drama cinta sepenuhnya ni boleh mempengaruhi fikiran orang ramai lagi2 perempuan. Ramai sangat perempuan nak kahwin muda tapi kemas rumah pun taknak masak pun tak tahu gatal nak kahwin. Btw ada je drama korea yang ala2 drama melayu tapi tak banyak. Kbye. Assalamualaikum.

– Unknown

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Pelarian Mewah

PengakuanKu

Bila baca tentang penderitaan rakyat Syria,Palestine terutamanya yang menderita di negara dorang, pilu rasa hati bila aku tak dapat bantu apa-apa. Bila aku dapat tahu suku dari mereka datang ke Malaysia dilabel sebagai ‘pelarian’, aku excited nak bantu.

Awalnya, aku join satu group komuniti ‘save refugee’ (bukan nama sebenar). Macam- macam program dalam group tu untuk membantu pelarian-pelarian terutama dari Syria dan Palestine. Bermula dari sumbangan. Macam-macam sumbangan ada lengkap beras,bawang..etc serta wang. Hinggalah jadi sukarelawan program. Seronok berkawan dengan mereka ditambah pula aku juga petah berbahasa arab. Tapi entahlah, makin lama aku berkawan makin banyak benda yang aku tahu tak baik pasal ‘refuge’ ni.

Pertama, dorang ni duduk umah mesti nak kondo, takpun umah yang ada security guard. Entah macam mana satu hari tu, aku terserempak dengan group refuge ni dekat kawasan umah aku. Btw kawasan umah aku ni jenis semua pangsapuri. Yang beza pangsapuri kos rendah or kos tinggi je. So masa terserempak tu aku tanya dorang duduk mana. Semua jawab pangsapuri yang kos mahal ada full security guard siap swimming pool lg. Setiap keluarga sorang satu umah. Dan sewa umah tu lebih kurang rm1400-2000 depends pada penyewa. Perghh, terkejutnya aku masa tu. Bukan cemburu,aíku yang duduk malaysia hampir 27 tahun tak pernah merasa duduk kondo mewah sebab membajet kewangan. Dorang yang dianggap ‘pelarian susah’ ni macam bukan susah. Mati2 aku ingat dorang ni memang memerlukan bantuan. Yela,dalam group tu macam-macam dorang minta bantuan sewa umah,duit makan, hospital, barang umah sebab dorang kata ‘tak mampu’ nak bayar. So sebab aku rasa dorang ni lain macam, aku terus terang tanya nape dorang tak sewa umah kos rendah. Yela,walaupun kos rendah kelengkapan lif apa semua lengkap cuma beza guard dgn swimming pool je takde. Alasannya, dorang tak biasa duduk umah kos rendah then tak selesa bila security guard takde sebab trauma masa dkt syria. Ni pun dorang rasa susah sikit sebab kereta takde, susah jalan kaki jauh nak hantar anak sekolah, nak beli barang. Naik teksi mahal. Menyirap darah aku dengar alasan dorang.

Kedua, suka sangat minta duit dari minta kerja. Kalau kerja ramai yang demand nak kerja ofis start 9 am hbs 5 pm. Bila offer kerja low profile sikit (waiter, buruh,cuci pinggan) memang dorang takkan nak. Walhal dorang ni tengah menganggur perlu kerja sebab duit takde. Paling menyampah bila minta bagi duit (free bukan pinjam) nak buka kedai makan sendiri. Alasannya dorang tak biasa kerja ‘low profile’ mcm ni dan lebih sesuai berniaga. Dan kalau dorang still ‘tak dapat’ kerja yang diinginkan, dorang lebih selesa ‘mohon’ bantuan lagi dari mana-mana pihak yang baik hati nak sara hidup dorang.
O
Ketiga, sekolahkan anak kalau boleh nak standard quality bagus takpun middle quality. Contohnya mcm International School dan seumpamanya standard mcm tu. Bila dorang tak mampu dorang akan mengeluh sebab dapat sekolahkan anak dekat sekolah biasa. Takde standard quality. Dan lagi sekali dorang akan ‘try’ mohon sape2 yang sudi sekolahkan anak mereka dekat tempat standard.

Tak semua pelarian ni keluarga dari negara dorang ikut semua. Ada yang ikut keluarga suami datang sini tapi keluarga dia tak dapat ikut. Ada yang satu keluarga yang datang sini, tapi nenek atok terpaksa tinggal sebab duit tak cukup untuk masuk negara orang lain. Sekurangnya perlukan rm3000 seorang untuk masuk negara orang lain. Bila dengar luahan dorang ni memang sedih sebab terpisah dengan keluarga. Tapi bila yang meluahkan ni hidup dekat sini macam orang kaya tak sedar diri, aku jadi tawar menyampah. Yela, dah kalau memang nak bawa keluarga kau datang sini, duduk umah standard kemampuan kau, kerja apa patut supaya dapat kumpul duit. Ni tak semua benda kau nak standard.

Tak dinafikan ada minoriti pelarian yang memang betul terima apa ada. Sanggup kerja walaupun sakit2. Tapi majoriti ramai yang berlagak nak mampus. Luahan ni bukan sebab aku cemburu tapi rasa aku rasa sangat tak adil. Ramai rakyat syria dekat syria hilang tempat tinggal, takde makanan, merempat sana sini, berjuang demi negara tapi pelarian yang dianggap susah tak sedar diri. Dan ramai juga rakyat Malaysia macam nak mati cari duit sara keluarga 24 jam kerja. Warga Bangla,Pakistan,Indon yang dilabel ‘pendatang’ pun tak macam dorang ni asyik minta. Dorang pun ada yang macam nak mampus kerja sara keluarga dan kadang puluh tahun tak jumpa keluarga. Sanggup makan roti hari2 sebab nak kumpul duit. Tapi dorang yang pelarian ni lagi teruk dari pendatang.

– Akak Volunteer

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Aku Tak Pandai

PengakuanKu

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca IIUM confessions. Nama aku Daisy(bukan nama sebenar) seorang pelajar IPTA yang sedang cuba untuk menyedarkan kawan-kawan seperjuangannya dalam mengubah ayat “Aku tak pandai” kepada ayat “Okay, aku cuba”.

Benda ni sebenarnya dah lama aku pendam. Dari sem 1 lagi sampai sekarang aku dah masuk sem 4. Kawan-kawan aku suka sangat guna ayat “Aku tak pandai” ni dalam boleh dikatakan semua benda la. Lab reports, assignments, tutorial malah ada juga guna ayat ni waktu nak quiz atau test.

Setiap kali ada apa-apa tugasan yang dibagi pensyarah, mesti dibuat dalam kumpulan dan tugasan tu akan dibahagi kepada semua ahli kumpulan. Tapi yang menjadi masalah dekat sini ialah diorang suka ambil tugasan yang senang dan yang susah tu memang aku la yang buat selalunya. Aku tak kisah sangat la pasal tu tapi yang aku kisah adalah ayat yang diorang guna pakai tu. Ayat apa? “Aku tak pandai la buat ni. Kau buat la.”

Itu yang menyakitkan hati aku sebenarnya. Dalam quiz pula akan ada yang kata dekat aku nanti tolong aku tau, aku tak pandai nak buat benda ni. Dalam hati aku cakap la tak pandai belajar la jangan la ajak orang meniru. Jujur aku rasa bersalah sebab sebelum test beria hati aku ni kata tak, aku tak nak tolong diorang tapi bila diorang tanya aku laju je tangan ni menunjuk bahasa isyarat. Tapi ada masa dia aku buat tak endah je dengan dorang. Bagi jawapan pun macam nak tak nak. Bila dorang tanya betul ke tak aku tak tengok jawapan dorang terus aku angguk tanda betul. Memang start sem ni aku mula buat macam tu. Alhamdulillah la diorang takde pula lepas test tanya aku asal kau buat endah tak endah je tadi. Aku cuba untuk buat macam tu dalam test2 yang akan datang supaya diorang ni takdelah terlalu mengharapkan orang.

Yang kedua pula, bahasa inggeris. Aku ni pun bukannya pandai sangat speaking english tapi aku belajar. Jujur aku cakap aku start minat nak dalami english ni pun start aku form 4. Tu pun sebab aku dapat cikgu yang best dan dia yang banyak ajar aku. Thank you sir taufeq. Tapi diorang ni tengok aku ni dah macam power sangat dalam english sampai diorang suruh aku translate ayat bm ke bi untuk diorang gunakan waktu presentation. Waktu tu aku memang tepuk dahi la(dalam hati) tapi aku buatkan je la sebab kesian. Diorang tulis ayat full in bm suruh aku translate ke bi dengan alasan “Aku tak pandai la nak buat ayat”. Aku memang tak kisah nak tolong diorang tapi aku menyampah sebab diorang ni aku tengok tak ada inisiatif langsung untuk cuba buat sendiri. Dah masuk sem 4 wei tak kan tak terlintas dekat fikiran nak cuba belajar buat benda sendiri dan jangan harapkan orang. Kamus online ada google translate pun ada. Buat ayat ringkas pun tak apa la asalkan kau buat sendiri. Ni sampai ayat yang aku buat tu ada perkataan yang diorang tak boleh nak sebut. Cuba kalau buat sendiri, boleh la buat ayat tu ikut kefahaman sendiri.

Tapi sem ni aku cuba nak ubah diorang. Aku nak cuba suruh diorang belajar buat sendiri. Aku tak kisah kalau diorang asyik tanya aku macam mana nak buat tu, macam mana nak buat ni asalkan aku tak dengar lagi ayat “Aku tak pandai” tu. Tapi tu la. Aku tak tau ayat apa yang patut aku cakap dekat dorang supaya tak ada yang terasa hati. Itu yang aku nak minta pendapat korang. Aku cuba cakap secara santai tapi macam tak jalan. Sebolehnya aku tak nak guna bahasa yang keras walaupun kalau ikutkan aku marah memang agak menyentap hati juga la bahasa aku ni tambah pula suara aku ni besar bila aku tinggikan sikit je orang ingat aku dah marah. Harapnya tak ada la yang menghentam aku ke apa ke. Okay la terima kasih kepada yang sudi baca confession aku ni (tu pun kalau tersiar la).

– Miss Daisy

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Naagin Realiti

PengakuanKu

Assalamualaikum dan terima kasih jika sudi menyiarkan post ni.

Hai, sy cik bunga salah seorang peminat iium confession. Saya gelar nama cik bunga sebab saya seorang perempuan berumur tengah hampir hujung 20 an dan masih bujang. Saya bekerja sebagai pegawai eksekutif di salah semua syarikat swasta. Tertarik dengan kisah cik rambutan saya share kisah Dan madalah saya berkisar tentang perangai manusia di tempat kerja dimana naagin itu wujud bukan rekaan.

Saya kenalkan si A seorang wanita awal 40an telah berkahwin . cantik dan tinggi ala model..saya dan dia ditugaskan urus 1 projek yang mana akhirnya idea saya diterima dan dipuji oleh klien,mungkin kerana idea saya lebih kreatif dan mengikut peredaran masa. Selain itu, saya juga turut menerima hadiah daripada majikan serta mendapat anugerah staff cemerlang. Sejak saya dapat anugerah cemerlang si A kerap memerli saya dengan gelaran cemerlang kan…dia juga kerap beritahu si enot,si senah,si tipah dan si ika (bkn nama sebenar) cemburu kepada saya, tapi saya abaikan kerana saya kerap breakfast dan lunch sekali diorang.

Say a kenalkan pula si B,seorang lelaki 30an belum berkahwin ala – ala Azwan Ali,tapi dia bukan bermulut pedas,tapi sweet talker sangat. Kalau depan orang dia la yang baik serba serbi.oops,,dia juga seperti makcik pakcik bawang..kerap melaga – lagakan orang dan sibuk update segala pada boss..si leman pernah ditukarkan cawangan gara – gara mulut si B.

Kemuncak cerita saya apabila si A ada salah faham dengan saya padahal bukan apa sangat gara – gara malas nak sembang dengan dia dh. Yela kan, dah asyik cakap org ni tak betul..kadang bila saya tengah marahkan someone dia akan api – apikan lagi kemarahan dengan cerita yang tak baik..ye, saya seorang yang cepat marah tapi xsampai 5 mnit bole maafkan orang tu semula.dah tu asyik ada ‘timing’ kadang baik, kadang jeling,kadang perli..siapa nak layan,saya bukan suami dia atau anak- anak dia untuk layan segala kerenah..rupa-rupanya apabila saya menjauhkan diri dan tak bertegur sapa dia terasa hati lalu cuba menghasut si senah..si senah ni PA bos ye…tapi senah tak layan sebab dah faham perangai masing- masing kan. Tak lama tu dia marahkan Tipah konon cakap tipah perli2 dia padahal tipah tengah marahkan kucing agaknya.dah tipah tak bercakap pulak.

Dia mula sisihkan diri.unfriend saya di Facebook. Dia mula berbaik- baik dengan si B yang mana tukang kipas boss. Dia pun turut jadi ahli die hard fans boss..selang seminggu si B tak bercakap dengan saya ,jeling – jeling bagai..saya dah pelik tapi malas layan lelaki xcukup tulang macamtu..selang 2-3 hari boss panggil cakap apa saya tak puas hati pada dia..eh,dah kenapa pulak.rupanya Ada orang bagitau saya tak sukakan dia selalu cakap buruk . bila ajak jumpa dengan si pemberi maklumat bos tak kasi,cakap tak payah..sekarang cakap dengan saya dah sindir2. Cakap saya suka hasut orang dan pergerakan saya terbatas sekarang. Si A dan B bertepuk tangan berseronok sekarang bila boss dah tarik 1 projek saya.

Nampaknya naagin itu wujud bila masa dia berubah menjadi ular dan patuk kau. Sepanjang 3 minggu saya tak lalu makan dan bersedih duka Lara atas segala masalah. Semalam saya dapat call offer job dari company baru dengan kenaikan gaji tapi bebanan kerja juga menaik selain saya dapat di betul- betul tengah kota yang sesak dengan parking agak susah. Saya dilema nk pilih kerja baru atau sekarang.

Saya harap anda semua dapat bantu saya buat pilihan yang bijak antara kerja baru Dan lama selain apa saya perlu buat dengan ular2 jadian tersebut serta en. Boss yang dh diracun. Thank you guys.

Cik bunga yang susah hati

– Cik bunga

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

6 Tahun Depression

PengakuanKu

Assalamualaikum wbt,

Tertarik nak buat confession dekat sini since lately banyak confession berkaitan dengan depression. Aku salah seorang yg mengalami depression ni. Untuk pengetahuan korang, aku masih lagi dalam rawatan. Aku tak sedar aku mengalami depression pada mulanya. Tahun ketiga baru aku sedar yg aku depressed. Apa yg aku hadapi selama tiga tahun tu, aku tertekan, selalu resah, tak happy, asyik nangis. Tapi disebabkan aku still belajar lagi, aku tak ambil peduli sangat tentang depression. Aku ingat bila aku betulkan fikiran aku, buat apa yg baik, depression aku akan hilang. Rupanya tak hilang. Setiap kali apa aku buat dan hasilnya negatif, aku akan automatik jadi down.

Setiap kali down, aku konon2 bagi semangat kat diri sendiri, share masalah kat kawan2 pun aku gelak2 (sebab nak cover yg aku tengah sedih. Aku tak suka tunjuk yg aku sedih) acah kuat la kiranya ni. Kelemahan aku, aku tak pandai nak open up perasaan aku yg sebenar kat orang. Aku tak pandai nak nangis kat kawan2 aku. End up, aku nangis sorang2, pendam perasaan tu sorang2. Makin banyak masalah, makin banyak yg aku pendam.

Tahun keenam, lagi banyak masalah yg timbul. Bertubi2 kejadian pahit yg berlaku. Tak sempat pulih drpd satu malapetaka, datang lagi yg lain. Sampai satu tahap aku kena panic attack. Masa ni aku dah kerja. Masa kerja aku terganggu, tengah2 kerja tu aku menangis, aku hilang fokus, sedih sepanjang masa, aku rasa give up nak hidup, hari2 fikir nak bunuh diri.

Selepas kejadian panic attack tu, aku terus consult dengan doktor klinik panel company yg aku berkerja. Aku cerita daripada A to Z apa yg jadi kat aku. Apa aku rasa. Perasaan sedih, rasa hopeless, rasa worthless, dan rasa give up nak hidup. Klinik akan provide surat rujukan tuk hospital yg kau pilih. Dapat surat tu, aku terus rujuk klinik psikiatri, dapatkan appointment dgn psikiatri. Kat sini la bermula perjalanan rawatan dengan psikiatri dan psikologi. Doktor psikiatri diagnose aku dgn adjustment disorder with depression. *Boleh google. Masalah mental ni banyak sebenarnya. Anxiety disorder, ocd, etc. *Aku bagi contoh yg aku tahu je

Aku still dalam rawatan. Ya, memang perasaan malu tu ada. Tapi aku buat tuk aku. Aku penat nak hidup dalam keadaan sedih. Aku nak jadi normal macam orang. Luaran nampak aku kuat, nampak aku normal, tapi emosi dan mental aku tak stabil.

Yg sudi baca confession ni, terima kasih aku ucapkan. Aku minta maaf jugak kalau ayat aku tunggang terbalik. Dah lama tak menulis panjang2 gini. Aku tak ceritakan masalah aku secara details. Aku cuma bagi gambaran secara umum jela. Confession aku ni pun sekadar sharing kisah hidup aku. Macam mana permulaan nak consult doktor tuk dapatkan surat rujukan psikiatri. Hospital aku pergi ni government. Aku takde duit nak pergi swasta.

Siapa2 yg ada simptom2 kemurungan tu, better pergi check. Aku pendam lama2, sedih lama sangat, end up setiap kali aku stress, tekanan darah aku naik. Aku start migraine, sakit dada dan susah nak tidur.

Alhamdulillah aku ada kawan2 yg supportive. Yg sentiasa ada dengan aku. Yg tak putus2 support aku. Buat korang yg ada masalah depression, go and seek for help. You are not alone.

– Odette

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Depresi Tanda Lemah Iman

PengakuanKu

Dah lama aku berdiam diri dan tak merasa untuk berkongsi pengalaman/luahan aku ini. Tapi aku terpanggil nak berkongsi kerana terlalu banyak salah faham yang aku lihat berkaitan depresi. Keluar bermacam depression nazi dan orang yang mengaku mereka depressed. Konon itu ayat trendy gantikan stress. Confession yang bermanfaat ditulis oleh psikiatri pun tak ramai yang amek pusing tapi bila confess kutuk artis kpop depressed keluar macam2 orang pandai seolah-olah dia paling tahu tentang apa itu depresi. Jangan senang2 cakap “aku depressed la” padahal stress homework tak siap nak kena submit esok. Plis! Be considerate. 6 bulan bukan tempoh yang lama untuk kategorikan anda sebagai depresi walaupun jika tidak dikawal boleh berlarutan. Itu mungkin simptom awal tapi biasanya kemurungan ni makan tahun tuan2 dan puan2. Confession ni serba sedikit berkaitan apa itu depresi dan apa patut korang buat. Sorry pos aku mungkin agak panjang. Harap korang tak rimas baca

1. Depresi bukan stress
Ya, bukan. Stress adalah penggalak/trigger kepada depresi. Orang yang depressed tak semestinya ko tengok dia senyap, buat hal sendiri. Introvert dan ekstrovert, dua2 boleh depressed. Kadang2 orang yang kau nampak gelak macam hantu, girang selalu itu lah sebenarnya sedang kemurungan. Sebab itu, ramai artis terkenal yang tahu diri mereka ramai peminat (disayangi dan nampak macam tidak keseorangan) mengaku depressed serta lonely sampai ada yang memilih bunuh diri macam Chester Linkin Park dan Jonghyun baru-baru ni. Kau tengok diorang happy jek, dan ada video Chester sebelum bunuh diri dia sedang gelak ketawa dengan keluarga dan rakan dalam sebuah parti. Jonghyun pun beberapa hari sebelum bunuh diri, happy go lucky macam biasa bila di set untuk shooting. Jadi jangan fikir orang yang senyap yang nampak bermasalah je sbenarnya ada masalah. Boleh jadi dia lebih suka menyendiri, tetapi ajar diri untuk peka pada sekeliling. Kawan/family korang yang happy go lucky selalu tu sebenarnya yg mungkin sedang memendam segala keperitan yang taknak dia tunjukkan. So alert, jangan judge.

2. Jadi penyokong bukan penilai
Ya, sokong mereka. Jangan nilai (judge), jangan samakan masalah/situasi dia dengan apa korang rasa dan alami. Tak sama cara setiap orang deal dengan masalah dia. Kau mungkin stress gila umur 25 tahun tak kahwin lagi, si dia pula mungkin rasa relaks lah 25 muda lagi kot. See? Tak sama apa kau rasa walaupun situasi sama (umur 25 dan single) Macamana nak sokong? Sokong tu bukan maknanya kau kata apa dia fikir semua betul, kau pun main angguk je kalau dia kata nak pukul orang release anger. No no no. Kau jadilah pendengar, kau dengar dulu walaupun kau tak setuju. Bagi dia peluang luah apa dia rasa. Use comforting words yang tak menyakitkan hati tapi buat dia berfikir. Tak perlu tunjukkan dia apa salah apa betul sebab kekadang diorang ni dah boleh fikir. Contohnya, “aku tahu menda ni sukar, tapi ko orang yg kuat sebab tu boleh bertahan sampai sekarang. Insyallah kau mampu” tolong elakkan menyebut “SABAR” “orang lain lagi teruk kena dr ko” “syukurla weh” Orang yg murung bukan tak tahu semua ni tapi hati dia tetap sakit, dia rasa terperangkap, an indescribable pain. Sebab tu ada yg end up bunuh diri, bukan kerana tak takut mati tapi kerana dia nak tamatkan kesakitan yg dia rasai. Kalau tak bole cakap yang baik2, cukuplah jadi pendengar yang baik.

3. Suicidal thoughts/keinginan bunuh diri
Aku terbaca status blogger terkenal bertulis “bagi aku masalah depresi masalah iman” tapi aku nak cakap yg masalah depresi tak berkaitan pun dengan iman, sesiapa pun boleh laluinya. Mungkin kau sembahyang sunat malam tak tinggal, mathurat, quran, zikir dan sebagainya kau masih boleh rasa murung. Sebagai orang Islam, aku akui semua perbuatan tersebut berikan aku ketenangan. Lagi aku baca quran lagi aku taknak stop. Tenang. Tapi bila aku berbalik pada rutin harian, tiba-tiba rasa sedih. Rasa diri unworthy. Tapi diri masih ada iman. Bila terfikir bunuh diri tanya diri balik, dah sedia ke jumpa Tuhan? Selesai ke masalah bila kau mati? Iman yang selamatkan aku. Jadi di sini, orang yg depressed bukan kerana ada masalah iman tetapi yang bunuh diri kerana depresi itu yang sebenarnya ada masalah iman. Kau kena percaya, percaya diri kau itu dihargai, kau seorang yg berharga dan disayangi cuma kau belum nampak. Tapi percayalah, ada dan mesti ada. Masyarakat kita bukan jenis yg pandai tunjuk penghargaan, bila marah reti tunjuk tapi bila hargai tak sebut pun “aku sayang kau dan aku hargai kau sbg kawan/adik/family aku” berapa ramai yg pernah sebut ni? Atau terima ucapan sebegini? Kurang. Kalau kena marah? Selalu kan. Jadi latih diri untuk lihat non verbal language. Mak aku tak pernah cakap dia sayang aku, tapi gestures dia aku tahu dia sayang aku. Semua orang mahu dihargai, tapi kalau kau tak dapat dalam cara yang kau mahu, latih diri untuk lihat hidden gestures orang lain. Be positive. Bagi yang tiada masalah depresi, be more comforting. Bila hargai cakap, bila sayang luahkan. Mana tahu kalau2 itu kali terakhir korang ucapkan pada dia.

Oklah cukup sampai situ saja. Tulis panjang2 orang tak baca nanti buat aku sedih je. Btw, inilah luahan aku. Bertahun-tahun aku alami depresi, yg bermula dari pendaman sejak kanak2. Mangsa penderaan dan tak pandai meluah tapi seorang yg happy go lucky. So aku tetapkan matlamat nak jadi seorang kaunselor dari sekolah menengah lagi untuk bantu orang2 senasib diri aku. Untuk menjadi pendengar. Aku bukanlah suka sgt dengar masalah orang tapi satu, aku nak menolong. Alhamdulillah kini aku seorang kaunselor, hampir 2 tahun bekerja dan aku harap aku berjaya menolong ramai individu. Doakan aku dalam profesion menolong ini. Dan tolonglah, jangan judge kaunselor. Aku bukan seorang psikiatrik dan Depression ini bukan kepakaran aku tetapi aku nak share menda simple yg semua boleh praktiskan namun sering terlepas pandang. Kita semua boleh buat dunia jadi lebih baik, kan? Dalam 10 orang kaunselor kau jumpa mesti akan jumpa seorang yg kau tak suka tapi jgn samakan semua dengan pengalaman silam kau. Nilai mereka melalui diri mereka. Tak tahu, tanya dan jangan main hentam saja kami2 ni. Profesion kami adalah menolong, nampak simple tapi tidak. Okay. Sampai sini saja. Kalau pos aku ni diterima baik aku nak menulis lagi tapi tak tahulah. Ok ke penulisan aku? Assalamualaikum

– Farah H.

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Lelaki Lembut

PengakuanKu

Hai .Dah lama sebenarnya nak confess dekat sini.cuma sekarang ada masa lapang terdetik nak share kisah hidup aku sebagai seorang lelaki lembut.aku berusia 23 tahun berasal dari kuala lumpur haha itu je la sedikit sebanyak tentang aku.main focus sekarang ni lelaki lembut.yeaa aku dilahirkan cukup sifat dibesarkan oleh ibu aku.terima kasih mak besarkan abang. cuma aku perwatakan lembut .soft spoken dan pemalu dengan kawan lelaki hahah.sbb apa aku cakap malu berkawan dengan lelaki?nampak pelik bukan walaupun aku lelaki haha.sebab aku banyak berkawan dengan perempuan dan tak ramai lelaki nak berkawan dengan aku yg perwatakan lembut sejak dari sekolah sampai sekarang.

Tapi alhamdulillah masih ada yang nak berkawan dengan aku.lembut bukan bermaksud pondan ataupun gay.cuma perwatakan dan gaya sahaja . appearance still lelaki.okay guys.nak share kisah yang dah lama aku pendam dan simpan kan.bermula dari tingkatan 2 hingga tingkatan 5 yang menjadi episod hitam buat aku .semua orang ada kawan rapat bukan?yeaaa termasuk lah aku.aku pun ada kawan rapat yang kita bole share our personal life until we treat them as a our family.but the ends apa yang aku dapat?

Okay sekejap nak cerita lagi.aku nama kan kawan aku A,B,C,D. Yes mereka lelaki. Setiap tahun aku ada kawan rapat seperti A,B,C dan D cuma berbeza tahun perkenalan sahaja.bermula lah episod bila parents A,B,C dan D tahu yang aku lelaki lembut mereka tidak membernarkan anak mereka bergaul dengan aku.macam mana aku tahu? Yea aku tanya sendiri dengan A,B,C dan D. Parents mereka takut kalau perwatakan aku yang lembut boleh memondankan anak mereka.

Sepanjang aku berkawan tak pernah aku nak memondankan kawan2 aku hahaha.tak apalah tak salahkan parents dorunk sebab nak yang terbaik buat anak mereka.aku terpaksa telan semua tuh walaupun terpaksa hilang kawan rapat . sedih dia macam kau je lah yang sangat buruk pada pandangan mereka.

Dan sampai sekarang bila aku lepak dengan kawan lelaki mesti ada gap yang sangat tinggi sampai aku jadi pemalu dan senyap sahaja. Sebab itu jugak la aku bnyak lepak dengan kawan perempuan kerana sifat semulajadi mereka yang boleh berkawan dengan lelaki lembut soft spoken macam aku.Aku tak nak benda yang pernah terjadi selama 4 tahun disekolah dahulu berulang kembali.perit diaaa hahaha.Alhamdulillah walaupun benda tuh pernah terjadi dalam hidup aku tak pernah sekali pun aku nak berubah jadi pondan.

Okay itu je nak share buat masa ni ada masa nanti aku share lagi yea. Assalamualaikum

– Encik Jambu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Lagi Tak Suka Lagi Dia Datang

PengakuanKu

hai . just nak cakap yang aku nie seorang yang low confidence . kalau nak cakap dengan orang memang aku cepat gagap walaupun dengan sejenis . dulu aku tak macam nie . aku banyak cakap antara kawan kawan aku . tapi kebelakangan nie kawan family semua dah sibuk so aku takde kawan dah nak cakap . cakap pun dengan kucing . haha so aku punya skill bercakap itu dah hilang . entah kenapa jadi begitu . aku akan jadi nervous yang amat walaupun nak cakap benda yang simple jee .

apa kaitan dengan pandai cakap atau tak nie ? okay point dia sini aku kan tak confidence nak cakap so kalau orang telefon memang aku susahh nak angkat .kecuali family aku lah . kalau nombor yang aku tak kenal jangan harap lah aku nak angkat . sebab aku takut . aku tak tahu kenapa aku takut sangat nak angkat call . macam2 aku fikir sebelum nak angkat . last last termati sendiri . padahal cakap jee kan ? tapi itu lah yang paling aku rasa payah nak buat dalam hidup seharian .

so apa kaitan nya lagi ? okay here’s the point . aku dulu menganggur . lama jugak lah . nak dekat setahun . so mostly yang aku dapat interview job itu semua pasal calling2 nie lahh . alahai . dah lahh itu kelemahan aku . benda itu jugak aku dapat . dalam banyak2 yang aku apply . tak pelik ke . nak taknak aku terpaksa terima . sebab aku terdesak nak kerja . duit dah takde guys . harap brim masuk jee nie . heheh . so bile aku first day itu macam biasa lahh . training bagai . sampai hari ketiga atau keempat tak silap aku dah kene buat calling . nak kene call customer supplier bagai . wehh nervous plus cuak itu tak payah cakap lah . first call aku tue tangan aku menggigil bagai nak rak , apa yang aku nak cakap habis semua hilang . dengan campur sejuk aircond sejuk nervous bagai . nak jee aku lari kelua office itu . walaupun hanya cakap dalam telefon pun sipmtom aku leh jadi teruk sangat camtue . sampai pening pening . sebab cuak plus gelisah teruk sangat . ditambahkan lagi aku dapat leader dan officemate yang agak sombong . so bila aku tak tahu nak cakap ape atau tekan apa mostly dia orang layan tak layan jee . tinggallah aku terkontang kanting hadap masalah yang aku tak tahu penyelesaian nya . junior kata kan .

sampai kadang aku kene pergi tandas sekejap nak motivate diri aku sendiri .sebab aku fedup tak ada orang nak tolong aku . dengan stress nak call lagi . cakap lah aku seorang dalam jamban tue . cakap yang aku ‘boleh buat’ banyak kali . amik nafas (walaupun dalam tandas nak tenang punya pasal ) baca ayat kursi bagai ( dalam hati lah ) semata nak tenangkan diri aku . bila dah ok bagai baru aku kelua . selalu aku buat camnie setiap setengah jam . sebab aku memang gelisah walaupun dah buat calling beratus . aku tak tahu berapa lama aku boleh stay dengan kerja aku . sebab kadang aku over menggeletar and i don’t like to feel like that dan aku tak suka dengan environment ofis macam itu .

aku tak tahu nak buat ape dah nak overcome aku punya gelisah nak angkat call . kalau readers ada tips atau petua yang boleh hilang kan rasa takut aku itu harap boleh share lahh yee . sekiann .

– hannah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Salah Faham Tentang Korea dan Bollywood

PengakuanKu

Disini akak (dah tua berjanggut) jgk nk bg tahulah tentang kebaikan korea ni. Jgn tau nk benci je tp korang kena baca dulu cerita akak ni sbb dalam akak suka tapi akak pun benci mcm yg Pembenci Kpop tu. 1 apa yg akak nampak ialah adik tu sebenarnya bukannya benci sangat tapi dia lebih kepada stress yg x terluah. Ye lah musim exam tp org buat bising mcm tu dgn gelak2 bagai.

2 pulak semua komen kata adik tu tak pandai nak bertegur sapelah. Akak faham sebenarnya sebab akak pun ada adik yang sama macam tu. Adik akak seorang yang pemalu, pendiam dan introverted. Dia rasa geram, marah, benci dan semua tu tapi dia tak berani nak tegur. Kita yang dah tua2 ni pulak tak boleh paksa2 dia sebab orang2 macam ni lagi cepat stress.

3 apa yang akak nampak ialah dia bukannya generalise kepada semua tapi dia cuma cakap orang yang suka kpop dan RM dan dia jugak tulis KEBANYAKANNYA. Cuba korang baca balik cerita dia tu. Dia cakap yang kebanyakannya macam tu dan kenapa? Korang mesti tahukan siswi2 yg minat kpop dgn RM kebanyakannya mcm tu. Memang tak semua tapi kebanyakannya. Tengok banyak pulak tulis kebanyakannya dekat sini. Dan akak sendiri rasa yang dia pun tengok cerita korea macam drama tu sbb kalau nak tengok drama melayu bukan ada apa2 pun (maaf mengata) jd korang tak patut kata yang dia tu katak bawah helmet lepastu noob lagi. Kesian dia. Lagi satu takkanlah dia nak elaborate panjang2 kpop kdrama kvariety tu semua. Korang patut faham2 sendirilah. Sebenarnya akak pun malas nak tulis panjang2 terang satu2 dahlah jari pun dah gemuk. Itu apa yang akak rasa lagipun kan dia tengah geram masa tu.

Cuba korang fikir kalau semua suka kecam memang tak akan wujud confession/confessor dan kauselor (betul ke idak ejaan ni) semua tu dekat dunia ni. Yang ada adalah mungkin orang gila yang berlambak2 ataupun orang yang beriman dan senyum memanjang tanpa ada masalah.

Akak tahu semua ni pun sebab akak ada adik perempuan yang macam tu. Bila balik mengadu. Dia bukan manja tau tapi dekat mana lagi dia nak luah kalau bukan dkt akak. Dan adik akak tu baik tapi bila cakap dan tegur dia memang tegas dan pedas sebab tu dia tak suka cakap dan tegur dgn orang. Muka pun nampak macam sombong je tapi selalu cakap dgn binatang dan tumbuh- tumbuhan.

Kepada mana2 confessor yg stress mcm pembenci kpop tu boleh cuba cara adik akak ni dgn bercakap dgn alam dan binantang sbb mereka ni tak akan kecam dan doa mereka diangkat oleh allah.

Dah tersasar pulak dari tajuk atas tu tapi takpelah sebab akak cuma luah apa yang akak rasa dan macam tajuk dekat atas tu akak pun minat tengok drama2 korea yang berilmu tu dan akak tengok 1 variety show ni iaitu 2 days 1 night sbb tunjuk tempat cantik banyak keindahan alam dan dia banyak tunjuk sejarah. Jalan cerita pun tak mengada2. Ini yang akak nak cerita dari awal tadi sebab akak memang tak suka kpop dan RM sebab rasa mengada2 sangat(maaf sekali lagi). Mungkin sbb akak lebih suka 2d1n tapi tu lah yg 2d1n ni mereka natural dan bukan dibuat2 walaupun banyak budak2 muda terutama budak melayu yang tak suka 2d1n sebab dorang kata tak kelakar. Tp tu lah akak memang tak suka yg kelakar2 ni. Dulu akak pernah jgk tengok RM(yg lama) sekali je sebab anak buah tunjuk tapi memang akak x gelak langsung. Dan walau mcm mana kelakar cerita2 lain x semestinya korea je memang akak tak gelak. Akak cuma senyum je.

Maaf panjang. Jadi untuk pembaca sekalian cuba jangan bila baca je seseorang punya terus nak kecam nak kondem. Cuba fikir kenapa dia mcm tu. Dia tulis pun mungkin itu cara bagi dia nak lps geram (ni mesti nanti ada yg suruh ambik wuduk ni nanti).

Oh lg 1 kan ada yang kata kenapa dia nak benci korea kenapa tak benci bollywood dan segala wood tu. Ini apa yg akak nampak jgk lah sepanjang hidup dah 30an ni. Orang yg tengok bollywood ke apa ke yg lain tu tak adalah melampau2 macam yang minat korea ni sbb ada je yg kata dulu zaman bollywood skrg kwave. Dari segi seksi pulak kata bollywood seksi menari2 tapi kpop (maaf tulis kpop sbb akak malas nak taip semua jenis) pulak memang dah terang2 seksinya. Bollywood yang dulu2 memang pakai sari macam tu dan kebanyakannya cerita2 mcm shah rukh kan atau yg lama2 mcm bobby sanggam semua tu ada pengajaran. Ye cerita korea pun ada pengajaran tp apa yg akak nak highlight kan ialah apa yg adik tu cuba maksudkan iaitu KEBANYAKAN yg minat KPOP dan RUNNINGMAN dan BUKAN SEMUA ORANG. Jadi dah2 lah kecam orang lepastu nak cakap yg korea ada banyak jenis k, k, k tu dan pukul rata dan bandingkan negara lain pulak.

Itu jelah banyak tersasar pulak malas nak betulkan semua. Akak rasa mesti ada yg nk kecam jgk ni dgn apa yg akak tulis ni.

– Akak berjanggut

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Sebuah Kereta

PengakuanKu

Assalamualaikum and thanks to admin.Sebelum tu,maaf untuk penggunaan kata ganti nama ‘aku’.Aku masih bersekolah menengah.Okay pointnya kat sini,awal awal sekolah ni biasalah kan sekolah/sewaktu dengannya akan peruntukkan bantuan persekolahan.Dan aku salah satunya.Tapi permasalahannya hanya kerana keluarga aku ada sebuah kereta yang boleh dikategorikan mewah,iaitu Mercedes.

Ayah aku dulu kerja kilang dan agak rajin ambil OT .Ada tu sampai ke jam 2 pagi untuk readykan stock.So,dari situ dah tahu waktu muda ayah aku,dia seorang yang rajin bekerja.Dan kebanyakan kilang akan ada EPF.Dan dalam 6 tahun yang lalu,keluarlah duit EPF yang agak banyak pada masa itu.Tanpa pikir panjang,ayah aku dan abang aku beli cash kereta Mercedes ni.Plus renovate rumah sikit.

Dan itu silapnya bila tak pikir panjang . Bila sebut kereta Mercedes,kita dah boleh bayangkan kan macam mana kos minyak,roadtax dan penyelenggaraan yang tinggi.Maka nya,kereta ni cuma dibawa ke kawasan dekat dekat sahaja.And by the way,sebelum beli kereta ni,kami semua hanya memakai kereta uzur yang dah berpuluh tahun berkhidmat.Uzur maksud kat sini,setiap kali pergi kerja,ayah dan abang aku akan tolak kereta ni sebab tak hidup.Dan di jalan raya pulak,selalu tersenggut dan sangat perlahan.Tiada aircond,dan dengan kereta tu jugak yang bawak ayah aku kerja(niaga).Cat karat dan terkopak sana sini.

Tapi ayah dan abang aku mungkin kabur bila lihat kereta yang diorang suka bila duit dah ada kat tangan.Second hand,dan of course mulanya banyak rosak.But , aku masih diberi rezeki biasiswa.

Dengan kereta apa yang kami ada,langsung tak menunjukkan realiti hidup kami.Masih kais pagi makan pagi,masih berikat perut,simpanan pun tak berapa nak ada,shopping memang jarang yang amat,apatah lagi melancong luar dari negeri sendiri memang tak pernah langsung.Tapi masih ramai yang menilai hidup berdasarkan keadaan luaran.Mesin basuh rosak lebih setahun pun belum ada peluang nak ganti baru.Tapi ramai yang pertikaikan bantuan persekolahan yang kami adik beradik dapat.

Kenapa tak jual je? Kami anak beranak yg perempuan ada jugak bising bising suruh jual.Tapi kereta tu ayah aku beli hasil kerja keras dia bertahun lamanya. Harga turun dan susah nak cari kereta lain lagi.Sedang ni kami berhimpit duduk dalam kereta tu,selang seli duduk bersandar dan kehadapan.Dalam family ada 8 ahli . Masa beli tu pun orang kampung ada kutuk ,yang sepatutnya ayah aku beli van dengan keadaan anak ramai.Masa tu kakak aku je yang bekerja sebagai pembantu gerai. Tak kurang ada yang mencemuh.Dan maybe sebab ni ayah aku berkeras pertahankan aset ni.

Abang aku ada jugak kereta untuk mudahkn dia pergi kerja.Dia beli dengan hutang tanpa bayaran muka,and masih berbaki dua tahun lebih hutang.Dan baru baru ni ekonomi agak tak stabil dan dia cadangkan untuk tolak kereta ni ke kedai.Of course aku and ahli perempuan tak setuju,sebab kami lebih harapkan kereta ni untuk bawak kami transport ke mana mana berbanding Mercedes.Walau kereta ni kecil,dan pasti salah seorang dari kami tak dapat muat walau berpangku sekalipun,tapi aku tak mampu suka dengan kereta Mercedes ni.Lagi satu,bila pusing stereng lebih sikit,hon akan bunyi sendiri.Banyak kali jugak aku ngan mak aku suruh jual kereta Mercedes tu,tapi faham je lah jiwa lelaki macam mana.

Dan dalam beribu orang dalam sekolah aku,aku tersenarai dalam 20-30 pelajar yang dapat bantuan special. So dapat bayangkan tak apa pandangan orang lain? Siap perli parents aku lagi.And biasanya kawan aku akan repeate tanya pasal pendapatan family aku.Apa boleh buat,mentaliti orang..Asal kereta mewah mesti hidup mewah.Aku hidup yang sederhana saja,takdela susah mana.Tapi takleh nak brain dengan orang yang pertikaikan rezeki ni.
Apa pulak pandangan readers sekalian? Apapun thanks semua.Assalamualaikum and thanks to admin.Sebelum tu,maaf untuk penggunaan kata ganti nama ‘aku’.Aku masih bersekolah menengah.Okay pointnya kat sini,awal awal sekolah ni biasalah kan sekolah/sewaktu dengannya akan peruntukkan bantuan persekolahan.Dan aku salah satunya.Tapi permasalahannya hanya kerana keluarga aku ada sebuah kereta yang boleh dikategorikan mewah,iaitu Mercedes.

Ayah aku dulu kerja kilang dan agak rajin ambil OT .Ada tu sampai ke jam 2 pagi untuk readykan stock.So,dari situ dah tahu waktu muda ayah aku,dia seorang yang rajin bekerja.Dan kebanyakan kilang akan ada EPF.Dan dalam 6 tahun yang lalu,keluarlah duit EPF yang agak banyak pada masa itu.Tanpa pikir panjang,ayah aku dan abang aku beli cash kereta Mercedes ni.Plus renovate rumah sikit.

Dan itu silapnya bila tak pikir panjang . Bila sebut kereta Mercedes,kita dah boleh bayangkan kan macam mana kos minyak,roadtax dan penyelenggaraan yang tinggi.Maka nya,kereta ni cuma dibawa ke kawasan dekat dekat sahaja.And by the way,sebelum beli kereta ni,kami semua hanya memakai kereta uzur yang dah berpuluh tahun berkhidmat.Uzur maksud kat sini,setiap kali pergi kerja,ayah dan abang aku akan tolak kereta ni sebab tak hidup.Dan di jalan raya pulak,selalu tersenggut dan sangat perlahan.Tiada aircond,dan dengan kereta tu jugak yang bawak ayah aku kerja(niaga).Cat karat dan terkopak sana sini.

Tapi ayah dan abang aku mungkin kabur bila lihat kereta yang diorang suka bila duit dah ada kat tangan.Second hand,dan of course mulanya banyak rosak.But , aku masih diberi rezeki biasiswa.

Dengan kereta apa yang kami ada,langsung tak menunjukkan realiti hidup kami.Masih kais pagi makan pagi,masih berikat perut,simpanan pun tak berapa nak ada,shopping memang jarang yang amat,apatah lagi melancong luar dari negeri sendiri memang tak pernah langsung.Tapi masih ramai yang menilai hidup berdasarkan keadaan luaran.Mesin basuh rosak lebih setahun pun belum ada peluang nak ganti baru.Tapi ramai yang pertikaikan bantuan persekolahan yang kami adik beradik dapat.

Kenapa tak jual je? Kami anak beranak yg perempuan ada jugak bising bising suruh jual.Tapi kereta tu ayah aku beli hasil kerja keras dia bertahun lamanya. Harga turun dan susah nak cari kereta lain lagi.Sedang ni kami berhimpit duduk dalam kereta tu,selang seli duduk bersandar dan kehadapan.Dalam family ada 8 ahli . Masa beli tu pun orang kampung ada kutuk ,yang sepatutnya ayah aku beli van dengan keadaan anak ramai.Masa tu kakak aku je yang bekerja sebagai pembantu gerai. Tak kurang ada yang mencemuh.Dan maybe sebab ni ayah aku berkeras pertahankan aset ni.

Abang aku ada jugak kereta untuk mudahkn dia pergi kerja.Dia beli dengan hutang tanpa bayaran muka,and masih berbaki dua tahun lebih hutang.Dan baru baru ni ekonomi agak tak stabil dan dia cadangkan untuk tolak kereta ni ke kedai.Of course aku and ahli perempuan tak setuju,sebab kami lebih harapkan kereta ni untuk bawak kami transport ke mana mana berbanding Mercedes.Walau kereta ni kecil,dan pasti salah seorang dari kami tak dapat muat walau berpangku sekalipun,tapi aku tak mampu suka dengan kereta Mercedes ni.Lagi satu,bila pusing stereng lebih sikit,hon akan bunyi sendiri.Banyak kali jugak aku ngan mak aku suruh jual kereta Mercedes tu,tapi faham je lah jiwa lelaki macam mana.

Dan dalam beribu orang dalam sekolah aku,aku tersenarai dalam 20-30 pelajar yang dapat bantuan special. So dapat bayangkan tak apa pandangan orang lain? Siap perli parents aku lagi.And biasanya kawan aku akan repeate tanya pasal pendapatan family aku.Apa boleh buat,mentaliti orang..Asal kereta mewah mesti hidup mewah.Aku hidup yang sederhana saja,takdela susah mana.Tapi takleh nak brain dengan orang yang pertikaikan rezeki ni.
Apa pulak pandangan readers sekalian? Apapun thanks semua.

– Syira

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Scammer & GST

PengakuanKu

Hi Semua Pembaca IIUMC… Nama aku Tipah (of course bukan nama sebenar & Admin please hide profile aku ya TQ)

Hari ni aku sedih sangat dan tak menyangka hal yang aku sangat2 geruni bab duit dah pun terjadi dalam hidup aku… yang pastinya this is not the end of the world buat aku cuma pada masa sekarang aku terdesak dan bila hal ni jadi, aku dah gelabah & rasa terpukul sangat.

Begini… aku akan mengakhiri zaman bujang aku dalam 3 bulan lagi… hantaran yang pihak aku minta pada pihak laki pun xbanyak malahan kurang dari rm10k… bakal suami aku bekerja keras cari duit nak bagi hantaran tu tapi sampai sekarang masih lagi xmencukupi.. biasa lah lelaki mmg agak susah skit nak simpan duit. aku faham akan hal tu..

jadi nya, disebabkan tunang aku ni kerja nya freelance, dia x boleh nak buat loan… dan aku, aku pula masih ada hutang tertunggak yg menyebabkan nama aku ctos ccris lah… maka, aku xboleh nak buat pinjaman bank…selain dari tu, aku rasa tiada masalah lain untuk aku buat pinjaman sebab gaji aku boleh tahan la juga dan aku tiada banyak komitmen.. setakat rumah sewa sahaja..

Okay… bila aku xdapat nak buat pinjaman dengan bank, aku pun cari lah jalan lain.. aku cuba buat pinjaman dengan syarikat pinjaman berlesen. aku google dan aku dapat laman web satu syarikat ini..aku namakan ia sebagai JJ sdn bhd..

Aku menghantar application kepada JJ dan admin nya Nisha menghubungi aku. dia beritahu yang untuk pinjaman rm15k bayaran ansuran untuk 36 bulan hanya rm500… dan dia minta gambar ic aku depan belakang…. cara dia cakap betul2 meyakinkan aku bahawa aku akan dapat duit pinjaman tersebut. Di akhir conversation, dia beritahu yang sebelum dapatkan duit tersebut, aku kena bayar RM200 Untuk loan agreement dan RM900 sebagai GST bg loan rm15k tu… aku pun disebabkan pelamin xtempah lagi, kad xsiap dan catering nak kena tempah ( nak kawen lagi 3 bulan ooooiiii), aku pun tadi buat pembayaran ke akaun number Hong Leong Bank yang diberikan… Tapi aku mula hairan, sebab Akaun number tu akaun number perseorangan… aku tanya dia dan dia cakap tu nombor akaun akauntan company.. hmmm.. aku sangsi.. tapi dia cakap dokumen aku semua dah siap dan dia da Whatsapp pada aku salinan dokumen tu, tiggal nak sign saja… aku pun apa lagi, transfer online amaun sebanyak rm1,100 dan dia cakap dalam 3jam duit boleh masuk dan dia akan hantar runner ke tempat aku untuk sign agreement. aku pun okay lah, tapi hati aku berdebar2… xtahu kenapa.. aku pun inform tunang aku dan dia marah kenapa bank in pada number account perseorangan sedangkan itu adalah company.. hmmm.. nak buat macam mana.. aku hanya niat nak tolong tunang aku dan nak cepat2 settle sebab aku rushing sangat hari ni dengan nak balik kampung nya & family aku duk tanya pasal pelamin lah apa lah… oh ya, lupa plak, si Nisha tu ada hantar gambar ic dia kat aku ( tp aku xtahu la betul ke x itu dia )

ok balik pada kisah tadi… selepas 2jam Nisha contact aku, dia cakap Manager dia suruh aku beli insurance dulu baru boleh bagi duit.. Ahhhhh sudahhh…. ni mmg tipu lah ni… aku pun cepat2 cakap nak cancel urusan tu dan suruh refund semula duit aku by today.. dia cakap xboleh refund today, hanya boleh refund selepas 50hari… aku cakap aku nak repot polis dan dia macam xtakut.. dia suruh aku repot je..

Aku pasrah lah kena tipu… duit xdapat, dan aku bertambah rugi… pelamin anganku musnah! huhu… tapi sepasrah aku, aku kalau boleh nak balik duit aku.. ( dan aku xnak orang lain kena tipu macam aku, sebab tu aku ambil jalan post di sini sebagai satu cara untuk halang rakyat marhaen macam aku ni dari pinjam dengan syarikat penipu ni)

Lepas tu, aku cepat2 telefon bank aku, aku cakap aku tersalah transfer duit ke akaun orang yang aku tak kenal.. bank suruh aku buat repot & hantar kat bank.. bank akan siasat..

so aku ada persoalan disini,
1. Duit aku boleh dapat balik tak sebab aku transfer pada akaun perseorangan, bukan company untuk dia refund sampai 50hari ( nampak gaya macam xdapat balik lah kalau tunggu 50 hari tu)

2.Apa prosedur yang bank akan ambil? tolong jawab jap pada abang2 kakak2 yang kerja bank tu

3. Boleh ke aku report pada PPIM, Tribunal Pengguna dan BNM ( Si Nisha tu ada bagi sijil daftar BNM syarikat diorang) ? disebabkan ini kes melibatkan pengguna dan aku telah di tipu…

4. Kalau cara atas macam x berkesan, boleh tak bagi jalan untuk aku dapatkan semula duit aku tu? pleaseee.. i need an idea & suggestion..

5. Kalau ada suggestion kat mana lagi aku boleh buat pinjaman yang TRUSTED? Aku bukanlah xserik kena tipu tapi sebab aku terdesak sangat nak pakai buat kahwin & nak tolong tunang aku.. hope korang faham..

Untuk sahabat2 sekalian, jangan lah jadi macam aku dah tertipu dengan so called peminjam wang berlesen ni dan kalau ada nak pinjam, dan diorang minta bayar duit GST dulu, jangan lah tertipu.. sebab diorang memang akan menipu…

Akhir kata, doa kan lah aku dapat semula wang aku tu.. mungkin x banyak, tapi amat berharga bagi aku.. janganlah kecam aku sebab kita xtahu bila kita / keluarga kita akan terlampau terdesak perlukan duit dan akan fikir macam yang aku buat ni… sama2 kita ambil iktibar dari cerita aku ni..

Wassalam..

– Tipah Tertipu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Peninggalan Arwah V – Mesej Untuk Pembaca

PengakuanKu

Salam semua pembaca.

Terima kasih admin. Saya ada nampak, Peninggalan Arwah sekali lagi disebut kembali di dalam IIUMC.

Terima kasih sekali lagi kerana menjadi medium kepada “Peninggalan Arwah”.

Terima kasih juga kepada pembaca yang sudi membaca.

Objektif saya menyampaikan kisah tu akhirnya tercapai. Next, kesedaran bangsa yang saya nakkan. Semangat cintakan tanah air yang saya ingin sematkan dalam diri setiap belia dalam negara kita. Dan juga semangat juang dalam diri anak-anak bangsa melayu.

——-

Bangsa kita adalah bangsa yang sangat bertoleransi. Bangsa yang sopan dan lemah lembut. Namun, bangsa kita juga adalah bangsa yang pantang menyerah tanpa berperang. Biarpun kalah, asalkan darah musuh mengalir di tangan.

Bangsa kita digeruni kerana ilmu. Bangsa kita digeruni kerana ilmu perdagangan yang hebat. Kepakaran dalam perdagangan bermakna, bangsa kita sangat arif dalam ilmu timbang dan sukat, matematik, fizik dan pelayaran.

Hasil dari pelayaran dan perdagangan, banyak pedagang melayu mula menambah baik sistem keselamatan dan inilah titik mula kepada keluarga saya,

Mencipta Senjata.

Tanah kita telah melalui beberapa fasa penjajahan, dan keluarga saya telah berkali-kali menentang segala penjajahan. Sebagai Skuad Bersenjata dengan panggilan nama tersendiri.

Telah banyak kali keluarga saya kehilangan ahli keluarga. Setiap anak lelaki yang lahir dalam keluarga ini, akan dilatih untuk mengetuai Skuad Bersenjata. Mati di medan perang merupakan satu pengorbanan mulia kepada Kepala Keluarga.

Part manuskrip. Saya bukan orang pertama yang membaca segala manuskrip tu. Manuskrip di tangan saya ni adalah satu tulisan berhantu. Setiap ayat yang saya baca, rasa dendam dan marah makin membuak-buak. Rasa penyesalan yang tiada penghujung.

Saya cukup faham apa yang Moyang saya rasakan. Selepas membaca manuskrip-manuskrip ni, rasa tanggungjawab dia untuk mempertahankan bangsa makin menebal. Tapi kuasa dipegang penjajah. Kesempitan yang menyebabkan dia tidak boleh berbuat apa-apa.

Bilik Operasi yang pada asalnya adalah tempat untuk dia bersendirian tanpa rasa tergugat, tanpa rasa takut. Oleh kerana memikirkan tentang bangsa dan keluarga, bilik ini ditukar menjadi tempat perbincangan tertutup. Membuktikan bahawa, darah yang mengalir dalam tubuhnya masih ada saki baki “penentang”.

Saya kesal kerana tidak pernah kenal siapa Moyang saya. Saya yakin beliau adalah seorang lelaki yang berani. Lelaki yang tak pernah putus asa memajukan bangsa. Tapi dengan manuskrip di tangan saya ini, saya seolah-olah dapat berbicara dengan beliau dalam dua garis masa yang berbeza.

Sangat jauh kalau nak dibandingkan diri saya dengan Keturunan Lama saya. Saya hanyalah seorang pemuda biasa yang menjalani hidup biasa. Saya tak pandai membuat senjata. Saya tak pandai berpolitik seperti Moyang saya.

Tapi sekiranya takdir Tuhan mengatakan susur galur keturunan kami adalah keturunan yang “kuat menentang”, saya terima takdir tu.

Kepala Keluarga masa dulu membuat penentangan secara bersenjata, Moyang saya membuat penentangan dalam bentuk politik.

Saya akan teruskan “sumpahan” ni.

Dengan cara saya sendiri. InsyaAllah, will be.

——

Bangsa dahulu yang melalui era peperangan dan juga bangsa sekarang yang hidup dalam keamanan, mempunyai nilai yang berbeza. In this year, kita tetap punya satu persamaan. Darah yang mengalir dalam badan kita masih lagi sama dengan darah pahlawan, cendekiawan, dan perajurit lama.

Bangsa kita kuat, bukan lemah. Ada satu bentuk perjuangan dalam diri setiap anak melayu yang hanya memerlukan, sedikit suntikan kesedaran untuk mengejutkan sleeping prodigy dalam diri kita.

Kadang kala kita merasa rendah, kita rasa tertindas. Tapi dongaklah ke atas, langit masih biru, tunduk ke bawah, tanah masih berumput. Ini semua belum berakhir. Belum ada titik noktah untuk bangsa melayu.

Bawa semangat moyang kita untuk setiap hela nafas kita, ingat segala perjuangan lama, bawa semangat tu ke depan, jadilah Melayu yang hebat dan berilmu.

–—

Saya harap penulisan ini sampai kepada semua pembaca Peninggalan Arwah.

Ini kerana, saya telah tinggalkan satu mesej tersembunyi yang diselitkan di dalam penulisan kali ini. Mesej kepada pembaca. Mesej yang menjawab satu persoalan yang ramai pembaca persoalkan.

Terima kasih semua.

MUS

– MUS

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Suka Pendam Perasaan

PengakuanKu

Aku seorang yang suka pendam perasaan. Setiap kali ada masalah, aku lebih selesa pendam dan pendam. Tapi semakin aku pendam, makin membuatkan hati aku sakit. Dari kecil lagi aku bersikap begini sehinggalah sekarang. Aku terlalu takut untuk meluahkan, terlalu tidak percaya akan apa yang aku luahkan ini akan dapat disimpan oleh orang lain.

Disebabkan itu, aku lebih memilih untuk pendam. Kadang2 aku tidak dapat mengawal perasaan aku daripada terus marah. Setiap kali aku marah, aku akan cuba untuk menyakiti diri ini daripada menyakiti orang yang aku marah. Perasaan marah ini kini telah bertukar benci dan dendam. Aku seperti seorang munafiq yang hanya berpura di hadapan orang yang aku benci sedangkan di belakangnya, aku mengata tentangnya.

Suatu hari aku cuba membuka tentang artikel ‘padahnya pendam perasaan’ dan ia menunjukkan sepertinya aku telah berada di tahap yang bahaya kerana aku tidak pernah cuba untuk melawan perasaan aku ini. Aku sedih, setiap kali ada orang yang cuba bergurau dengan aku pun aku sudah mengganggap seperti mereka sengaja ingin menyakiti aku. Aku juga telah mudah sensitif terhadap kata2 rakan sekerja aku. Aku tak nak berfikiran negatif tapi bila aku sendiri terdengar perbualan mereka tentang aku, aku mula rasa pedih. Hati aku hancur. Ibu dan ayah aku tahu aku sakit tapi mereka kalau boleh tidak mahu aku mengambil ubat penenang kerana takut aku akan terus bergantung kepada ubat hospital selamanya. Maka dengan itu aku memutuskan untuk tidak makan ubat itu.

Kini aku menjadi bingung. Aku tahu aku sakit. Tapi seriously aku tak tahu apa nak buat. Nak diluahkan, aku jadi takut jika kawan2 aku mengatakan aku gila. Aku kini hanya mampu bersandiwara di hadapan semua tapi hakikatnya aku tahu itu bukan aku. Kalau boleh aku ingin sekali menceritakan setiap masalah yang aku hadapi tetapi aku tak mampu.

Sekarang, aku tidak tahu mengapa aku jadi benci pada semua orang dan marah dengan setiap apa yang mereka lakukan. Disebabkan oleh perangai supervisor yang juga suka memberi tekanan pada aku menyebabkan aku telah mula menyimpan dendam dan berjanji akan membalas segala perbuatannya padaku. Aku memang tidak pernah melawan akan kehendaknya pada aku kerana aku terlalu takut untuk melawan. Aku kalau boleh tidak suka bergaduh tetapi melihat mereka bergaduh, amat menggembirakan bagi aku.

Setiap hari selepas selesai solat, aku selalu meminta Allah agar memberikan jalan keluar bagi aku. Kalau boleh aku tidak mahu jadi begini tetapi apakah daya. Ini sudah menjadi takdir buat diriku.

Sekian, luahan hati dari saya.

– Lara Aqila

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Kenapa Aku Bipolar

PengakuanKu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera para pembaca IIUM. Harap2 admin dpt siarkan confession ni. Dengan ikut trend guna nama samaran buah-buahan, aku nak lain lak jadi sayur. Hi semua, panggil aku Carrot~ aku student second year yg sedang belajar di salah satu IPTA di zon selatan.

Aku telah diagnosed dengan bipolar syndrome. Ni dah confirm masa sebelum aku masuk sambung degree, time menunggu keputusan UPU.

Tapi sebelum tu aku teruskan dengan cerita aku, aku nak ceritakan dulu macam mana boleh dapat bipolar syndrome dulu, and aku akan pendekkan secukup mungkin.

Masa aku form 4, aku kena hadap depression teruk sebab dengan pressure dengan parents. So aku nak luahkan lah dekat my so-called friends masa tu, sebab memang tu natural kan kau nak share problems kau dengan org lain yg kau tau kau boleh percaya dpt selesaikan.

Sekali diorg balas “personal sangat la masalah kau,” “cakap je la dengan parents kau” “kau ni attention seekers ah.” Kpd aku, mmg natural kalau kau nak attention, lagi2 bila kau dah kena neglect gila dengan parents kau tapi aku tak paham kenapa kawan2 aku xleh cuba paham aku.

So aku bertalam dua. Dengan diorg, dgn family aku. Depan diorg aku happy go lucky, nothing is wrong, everything is fine. Tapi bila aku sorg2, mulalah melayan perasaan sorg2 sampai ada mental breakdown sorg2, mula menyumpah sorg2 yg tak cuba untuk bertanya aku okay ke tak, yg tak pandai baca body language aku. Dan macam tu depression aku mula cool down, tapi mulalah develop bipolar disorder.

Alhamdulillah, masuk matriks memang aku dapat kawal lagi bipolar disorder sebab semua kawan2 baru dekat matriks sangatlah memahami perasaan aku dan aku bersyukur sangat dapat berkenalan dengan diorg.

Tetapi bila aku masuk universiti, memang common bipolarity aku datang. Semua sebab ada beberapa orang yang dalam kelas aku buat aku teringat sangat dengan girls aku anggap kawan dulu time sekolah.

Aku memang cepat annoyed, memang buat muka kalau ada orang cakap benda unecesarry and memang takde mood nak join conversation.

Tapi kemudian bila aku dah cool down balik, aku rasa bersalah sangat2 dengan yang cuba berkawan dengan aku. Nasib baik bila aku punya bipolarity acting up, aku memang kasi silent treatment dekat semua orang sebab nanti mulut aku macam laser, boleh buat orang terasa dengan sepotong ayat.

Aku memang banyak kali hadir treatment untuk bipolarity aku. Tapi aku still act up bila ada yg mencabar mentaliti aku. Aku memang dah try dah nak berubah, dengan berdoa banyak-banyak, solat-solat sunat tapi ada je feeling nak jadi bi+chy bila aku annoyed walaupun sikit sahaja.

So just nak kasi PSA dekat semua orang dekat sana, kalaulah kau ada kenal atau syak sesape yang ada bipolar disorder, aku harap korang dapat bersabar dengan diorg, macam mana dia mencuba sedaya upaya untuk bersabar dengan orang lain dan cuba slow talk dengan diorg, kalau korang perasaan diorg ada problems atau dia lebih suka menyendirikan sendiri.

– Carrot

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Depression, My Confession

PengakuanKu

First of all, I am not studying in Malaysia. I study in the heart of London. Its been a few years now. But I am Malaysian. So I hope it could resonate with all of you. I don’t know/haven’t read anything written in english before, but Im still going to because I could express myself more honestly in English. I need not people to read, but need a place to vent and express in this lonely life of mine.

Ive been struggling with depression for years now. It never really went away, I just found a mechanism to cope with it. To hide away from it just so i could continue with my life.

At the worst of times, suicidal thoughts linger in my mind longer than it should be and it translated into actions. I tried to know what it feels like to drown, so I tried it in my bath tub. But i didn’t take my life away. Cause I can’t. I’m not allowed to. I would take pills, just so i could sleep it away and hoping that when i wake up, this feeling of hopelessness would fade away. But it didn’t and never did. I would stay in the dark, crying for hours and hours non-stop while thinking that I am a worthless person. Thinking that I am not successful enough in my studies as I am not the best.

Many people wont understand what it feels like to be depressed. It feels like, you are trapped in an uncaged world where you cant escape. In a world why you don’t even know why you exist and why God decided to make you. In a world where you feel so worthless and undeserving of anything. You just wanted this misery to end but you can’t. Its not that you don’t know how to, but you just can’t.

Depression is a real thing. It’s not sadness. It is a clinical illness. I just hope that people would be more understanding of it.

– The Black Dog

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Monday, 15 January 2018

Sorry Aku Macamni

PengakuanKu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera para pembaca IIUM. Harap2 admin dpt siarkan confession ni. Dengan ikut trend guna nama samaran buah-buahan, aku nak lain lak jadi sayur. Hi semua, panggil aku Carrot~ aku student second year yg sedang belajar di salah satu IPTA di zon selatan.

Aku telah diagnosed dengan bipolar syndrome. Ni dah confirm masa sebelum aku masuk sambung degree, time menunggu keputusan UPU.

Tapi sebelum tu aku teruskan dengan cerita aku, aku nak ceritakan dulu macam mana boleh dapat bipolar syndrome dulu, and aku akan pendekkan secukup mungkin.

Masa aku form 4, aku kena hadap depression teruk sebab dengan pressure dengan parents. So aku nak luahkan lah dekat my so-called friends masa tu, sebab memang tu natural kan kau nak share problems kau dengan org lain yg kau tau kau boleh percaya dpt selesaikan.

Sekali diorg balas “personal sangat la masalah kau,” “cakap je la dengan parents kau” “kau ni attention seekers ah.” Kpd aku, mmg natural kalau kau nak attention, lagi2 bila kau dah kena neglect gila dengan parents kau tapi aku tak paham kenapa kawan2 aku xleh cuba paham aku.

So aku bertalam dua. Dengan diorg, dgn family aku. Depan diorg aku happy go lucky, nothing is wrong, everything is fine. Tapi bila aku sorg2, mulalah melayan perasaan sorg2 sampai ada mental breakdown sorg2, mula menyumpah sorg2 yg tak cuba untuk bertanya aku okay ke tak, yg tak pandai baca body language aku. Dan macam tu depression aku mula cool down, tapi mulalah develop bipolar disorder.

Alhamdulillah, masuk matriks memang aku dapat kawal lagi bipolar disorder sebab semua kawan2 baru dekat matriks sangatlah memahami perasaan aku dan aku bersyukur sangat dapat berkenalan dengan diorg.

Tetapi bila aku masuk universiti, memang common bipolarity aku datang. Semua sebab ada beberapa orang yang dalam kelas aku buat aku teringat sangat dengan girls aku anggap kawan dulu time sekolah.

Aku memang cepat annoyed, memang buat muka kalau ada orang cakap benda unecesarry and memang takde mood nak join conversation.

Tapi kemudian bila aku dah cool down balik, aku rasa bersalah sangat2 dengan yang cuba berkawan dengan aku. Nasib baik bila aku punya bipolarity acting up, aku memang kasi silent treatment dekat semua orang sebab nanti mulut aku macam laser, boleh buat orang terasa dengan sepotong ayat.

Aku memang banyak kali hadir treatment untuk bipolarity aku. Tapi aku still act up bila ada yg mencabar mentaliti aku. Aku memang dah try dah nak berubah, dengan berdoa banyak-banyak, solat-solat sunat tapi ada je feeling nak jadi bi+chy bila aku annoyed walaupun sikit sahaja.

So just nak kasi PSA dekat semua orang dekat sana, kalaulah kau ada kenal atau syak sesape yang ada bipolar disorder, aku harap korang dapat bersabar dengan diorg, macam mana dia mencuba sedaya upaya untuk bersabar dengan orang lain dan cuba slow talk dengan diorg, kalau korang perasaan diorg ada problems atau dia lebih suka menyendirikan sendiri.

– Carrot

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Rezeki Yang Tertangguh

PengakuanKu

Here’s a thing that I want to tell you guys about. It’s called rezeki yang tertangguh. First of all, as a muslim, we know that rezeki is a secret Allah kept from us, and it turns into a miracle as He gave it to us.

Allah always has a better plan for His servant. Kita ja yg perlu sabar, find the silver lining and accept what was meant to be from the first. Be thankful. Rezk’ or rezeki is a ganjaran yang Allah bagi kpd hamba dia yang sabar, redha.

So, what is really this rezeki yang tertangguh ni? It’s something that was meant to be yours, at the right time at the right moment of your life and it came when you least expect it. It started with something small, a new freshly start. A new life. A new beginning. Mungkin kita tak boleh terima kenyataan yg kita tak dpt apa yg kita nak. Apa yg kita impikan tak kesampaian. But believe me, ada sebab knp kita tk dpt apa yg kita impikan.

Allah dh simpan sesuatu utk kita. He got something better for us, something that truly suits you in every way. He knows which is good, which is better and which is the best. Setiap jalan yang kita pilih, setiap langkah kita lempar, setiap nafas, setiap pilihan yang kita buat dah tertulis di luh mahfuz dan itu membawa kita kepada kita yang sekarang.

Perasaan kecewa, rasa terhina, rasa rendah diri, envy, semua muncul saat kita lihat kawan2 kita capai apa yang mereka impikan. Percayalah, apa yang kita impikan tidak semestinya baik untuk kita. What we didn’t really expect is sometimes that suits you the most. Apa yang kita kejar tak semestinya kita gapai.

Jangan putus asa dengan hidup. Grab the opportunity that has been there in front of you. Start fresh. Ada ganjaran yang Allah akan bagi. Ada rezeki baru untuk kita. Yang mana mungkin lebih baik dari apa yang kita mahukan. Rezeki yang kita tak jangka. Yang datang secara spontan pada masa yang telah Dia tetapkan.

Apabila sabar hadir dalam diri, maka rezeki itu ganjaran utk kita. Rezeki yang tertangguh sebenarnya bukanlah tertangguh. Cuma ia datang bila kita tak harap berlaku apa apa keajaiban, bila kita terlalu redha dengan apa yang jadi. Rezeki tertangguh tu boleh datang dlm apa jua keadaan.

How did I came out with this term? It all starts bila aku habis SPM. Dari awal lagi mak aku dah pesan, “along, jangan sampai kena ambil STPM, along tu bukannya rajin sangat nak membaca. Inikan pulak nak menghafal.” Tapi aku degil, aku tak perform masa spm so rezeki aku dekat tingkatan 6.

Aku dah down masa tu tapi aku letak tepi perasaan tu and aku teruskan walaupun hati taknak. Pejam celik, dah habis STPM. Result cukup2 makan, ditambah pula dgn result Muet aku yg agak gempak tu aku tkdelah letak harapan tggi sgt tpi yelah, aku harap sgt ada ipt mna2 yg terima aku.

Turns out, satu pun aku tk dpt. Sedangkan waktu aku apply tu bukannya aku letak ipt hebat2 pun dkt atas. Entahlah. Aku sendiri hairan. At the same time very frustrated with my life. Masa tu hanya Allah sja yg tau betapa down nya aku. Aku tak reply whatsapp, aku tak jwb call, aku banyak termenung. Pada masa yang sama, dari lepas final exam lg aku dah start cari kerja. Aku suka hotel line.

Macam2 jenis hotel aku mintak. Tak mintak jawatan manager pun, mintak jadi maid/housekeeper je. Tak ada rezeki jugak. So, one day masa aku pegi shopping dengan my mom, dia ada terjumpa dengan manager mall tu, dia tanya ada kerja kosong tak. Mak aku cakap, “cik bagi lah dia kerja apa pun. Potong ayam? Angkat kotak? Susun barang? Cleaner pun takpa. Semua dia boleh buat.” Hahahaha waktu tu aku punyalah tercengang dengan tengah peluk kotak botol air 1 litre tu. Hahahaha. Manager tu suruh pegi isi borang. Lepas shopping terus mak aku heret aku pegi dekat customer service.

Fast forward, 2 weeks or so, aku dapat satu call, dia tanya boleh tak datang interview petang tu, nasib baiklah rumah dekat. Tapi sampai lewat sikit sebab kedai printing yang dekat rumah tutup, so kena cari tempat jauh untuk print resume. Di situlah fresh start aku. Alhamdulillah, disaat kawan-kawan aku kena struggle untuk final sekarang, aku dekat sini tengah struggle buat next step yang boss bagi.

Mungkin juga berkat mak aku yang tolong carikan kerja. Aku mintak 10 kerja tak dapat, mak aku mintak sekali je terus dapat. Bila aku ponder balik apa yang jadi dekat aku sekarang. Baru aku nampak, dalam seribu pintu rezeki yang ada depan aku, rupanya hanya satu yang terbuka.

That one particular door that was destined for me in the very beginning, and from that, aku bersyukur sangat-sangat dengan apa yang aku ada sekarang. Dan untuk umi, along mintak maaf, I didn’t turn into what you want, into what you imagined. Along tak pandai macam anak kawan-kawan umi yang lain. Anak umi ni tak belajar tinggi. Tak dapat belajar overseas. Kerja pun kuli je. Tak mampu pun nak banggakan umi. Along tau umi kecewa dengan along. Along manusia, umi. Along buat salah. Along buat dosa. Along tak sempurna. Tapi along cuba sedaya upaya untuk bantu umi. Dari segi tenaga, dari segi kewangan. Walaupun gaji along ciput, dalam setiap gaji along tu along niat untuk bantu umi.

InsyaAllah, rezeki Allah itu luas, jangan pernah menyerah. Jangan berhenti berdoa. Allah dengar walaupun terdetik di hati. Rezeki tu bkan tertangguh, cuma dia datang pada waktu yang kita tak sangka, tapi tepat pada masanya. Allah knows best. Never lose faith.

Xoxo,
Ndyn

– Nadyn

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

BRSMART

PengakuanKu

Assalamualaikum dan selamat malam (masa aku taip ni malam..huhu). First of all aku nk ucapkan terima kasih dekat admin sebab siarkan confession aku nie. Nama aku N datang dari arah selatan dan aku sedang bekerja di sebuah bank terkenal.
Aku nak ceritakan pasal pengalaman aku bekerja dkt sebuah company yang buat aku rasa menyesal keje dekat situ.

So,lets start. Siapa pernah dengar pasal BRSMART? If korang x tau, lets me explain ape tu BRSMART. Menantang ni lebih kurang macam SLIM tp SLIM bg elaun rm1500 kn? BRSMART ni dianjurkan oleh satu organisasi perbankan yang pasti aku x perlu sebutlahkan nama bank tu. Dengan berbasickan gaji rm500 dan elaun perjalanan rm100 dorang telah meletakkan syarat iaitu calon yg layak memohon adalah degree/diploma holder, pointer 3.0 and above, mempunyai kenderaan sendiri dan sihat tubuh badan la (okey yg ni aku tipu je..huhu..tp logik la kan). Job scope dia adalah marketing di tempat2 kerajaan utk org gomen bt personal loan. So korang boleh fahamkan ape tu BRSMART?

Okey, sekarang ni aku nak ceritalah apa kaitan BRSMART tu dengan staff2 dalam bank. Sebenarnya i am one of the candidate who is involved with this program. Aku ikut program ni sebab aku tak nak jadi penganggur tegar dan aku tak nak masyarakat tengok golongan kita ni terlalu pilih kerja. On the other hand, aku ade komitmen ptptipu, bagi parents aku duit belanja n so on. So i decide to resign my past job and i accepted this wonderful offered that i think “wah..keje bank. Org mesti respect” dan sekarang aku sangat menyesal bila fikirkan balik. Ye aku mengaku aku salah (aku tau mesti korang nak kecam aku kan? 1….2….3……silakan kecam) Okey banyak aku merapu ni.. hahahaha

Berbalik kepada cerita asal, lepas aku masuk bln pertama tu. Everthing go smooth bak kata makcik pakcik bawang “masih wangi lagi so layanan tiptop”. Masuk second months dan bulan2 seterusnya, staf mula tunjukkan taring depa. Depa start kerah2 kita like company bapak depa. Suruh tuliskan borang, suruh susunkan fail suruh itu suruh ini. Mula2 aku faham mungkin dorang nak mintak tolong lama2 dah jadi mcm rutin la. Hari2 kena kerah keluar marketing (yg nie aku faham sbb mmg dah job scope kita) tp cara dorang suruh marketing tu mcm paksaan n bukan disebabkan itu keje kitaorg. Balik marketing dorang kirim suruh belikan makanan dorang. Lepas tu dimarah2nya kitaorg depan customer. Jerit2 panggil nama kitaorg depan customer. Dan aku rasa itu sangat kurang hajar dan melebih2 bila mana kitaorang ni dilayan lebih teruk daripada akak cleaner kat situ.

Bagi pandangan staf pula, we are nothing. Basic rendah plus hanya pekerja kontrak yg setiap 6 bulan renew kontrak dan kami takde memainkan peranan dalam company tu. Padahal kamilah yg berpanas berhujan pergi marketing, ikat perut nak jimat minyak dan tujuan asal nak bg parents duit belanja terpaksa dibatalkan sebab aku terpaksa guna duit parents untuk isi minyak. Bagi korang la, its that possible utk hidup di zaman pak jib n mak mah ni dengan berbekalkan basic rm500 dan elaun perjalanan rm100 utk kerja luar setiap hari??? Yes..memang ada komisen tapi kalau korang nak tahu sangat tidak berbaloi dan sangat2 teraniaya bagi kami. X perlulah aku ceritakan pasal komisen. Lagi tambah sakit hati aku (huhu). Belum lg cerita dengan bab management lagi.

Dekat sini bukanlah aku nak semua staf perangai teruk tapi mostly perangai teruk n idk kalau kat tempat lain staff depa baik2. Dekat sini juga aku nak tekankan sesiapa esok ade anak ke cucu ke adik beradik ke sepupu sepapat ke yang nak masuk program ni sangat2 tidak disarankan sebabnya bukan korang yang memilih kerja tapi sebab majikan tak menepati garis panduan yang ditetapkan oleh government di mana gaji pokok yg tidak sesuai dgn zaman kereta terbang ni dan seolah2 menganiaya pekerja. Tu belum pulak aku bukak cerita pasal batu api dalam company tu dan talam dua muka.

Persoalan dia sekarang, logik ke company tu demand syarat utk graduan yg hebat2 tp bayaran dan layanan tak selaras dgn syarat mereka? Logik ke hidup dgn basic rm600 tu? To be honest aku pernah menangis sebab gaji aku tak cecah 1k dan aku fikir costing aku nak ulang alik dr rumah ke tempat keje dah separuh dr gaji..huhuhu

So, itu jela pengalaman aku nak kongsi dengan korang. Harap lepas ni korang selidik la betul2 company yg korang bakal bekerja tu. Jangan jadi mcm aku. Dah terkena baru nak menyesal..huhu

– MangsaTeraniaya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Bantu Beri Kami Idea

PengakuanKu

Assalamualaikum dan terima kasih jika sudi menyiarkan post ni.

Firstly nak bertanya macam mana nak mendapatkan bantuan jika kita suspek diri kita ada mental illness.. bukan untuk saya seorang tapi siapa2 diluar sana yang tak tahu macam mana nak dapatkan bantuan maklumlah kami masih budak. Not necessarily just about depression (maaf kpd yg dah muak baca pasal depression).

Sejujurnya saya tak tahu macam mana sistem2 ni berfungsi. Saya juga pernah minta tolong family tapi family tak supportive. Saya pernah pergi hospital berseorangan tapi psychiatry department tu pula tutup.

Macam mana prosedur2 dan proses dia yang betul? Pihak mana kita nak approach dulu, atau pihak mana yang kita sepatutnya approach. psychiatrist? psychologist? therapist? counselor? Kerajaan atau swasta? Bayaran? Ada cut fees tak untuk student ipta? Treatment macam mana, selalunya berapa lama? Berbaloi atau tak? Di sekitar selangor mana nak cari?

Kenapa saya tanya semua ni? Ye saya tak reti dan sebab saya dengar ada juga orang yang misdiagnosed. Ada juga terpaksa ambil ubat banyak2 yang mahal2 walaupun tak berapa kena dengan penyakitnya.

Saya pernah juga pergi ke beberapa kaunselor dan sejujurnya agak bengang sebab mereka tak faham. Lepastu saya tak pergi dah. Penat diperkecilkan orang, penat disalahfaham. Mereka bercakap seperti saya tak pernah langsung cuba untuk membaiki diri. Stigma orang ni menyakitkan.

Bila saya bercerita masalah, sering diperkecilkan. Ya, saya tak pernah hidup susah, family saya cukup, keperluan cukup, tak ada masalah sosial. Memang saya tak ada masalah semua tu dan sebab tu lah selama ni saya takut nak bercerita masalah saya sebab saya rasa tak layak. Stigma orang disebabkan hidup saya agak ‘gifted’ dan sebab itu saya dilabel seorang yang suka complain dan tak bersyukur. Dan satu sebab lain juga diluar saya nampak agak normal jadi orang tak expect yang bukan2 sangat.

Tapi masalah saya ialah didalam kepala saya sendiri. Ibarat saya mempunyai dua persona berbeza yang berebut untuk kontrol jasad ni. Dua persona yang jahat, dan yang baik, kadangkala bercampuraduk sampai saya tak tahu dah apa yang realiti. Sampai saya rasa pemikiran saya dah distorted atau twisted. Ibarat ada peperangan di dalam kepala sendiri hampir setiap hari. Selalu rasa suicidal. Selalu rasa penat, tidur banyak, walaupun saya seorang yang aktif bersukan.

Stigma yang menyakitkan bila orang kata kami nak ‘normalkan’/’halalkan’ bunuh diri, atau kami ni saja suka2 rasa nak bunuh diri. Bunuh diri tak pernah halal. Benda tu datang dengan sendiri dan saya pun dah buat berbagai-bagai cara untuk hilangkan perasaan tu, adakalanya ya saya berjaya, dan bilamana saya rasa saya dah berjaya terlepas dari perasaan tu tiba2 perasaan tu datang lagi dan lagi. Diberitahu ‘biasa lah tu hidup mesti ada pasang surut, normal lah tu adat kehidupan’ oleh orang yang tak suka modern medicine. Normal ke macam tu? itulah yang saya confusekan sekarang ni.

Saya tak nak selamanya macam ni sebab sangat menganggu pelajaran sejak dulu lagi (sejak kecil saya memang macam ni). Expectation terhadap diri sendiri sangat tinggi. Saya cipta berbagai-bagai matlamat dan goals dalam kehidupan sebagai satu cara untuk saya melawan rasa suicidal dalam diri tu yelah mungkin sebab orang cakap orang suicidal ni tak ada matlamat dalam kehidupan. Walaupun saya dah ada matlamat sendiri tapi masih sangat2 struggle dengan peperangan dalam kepala saya ni.

Orang macam kami memang susah nak admit pada orang apa yang kami lalui sebab 1. takut disalahfaham, 2. takut orang expect less dari kami, as an example saya student dan apa jadi if orang tahu saya begini, of course mereka tak expect kerja2 dari kami. Saya ingin jadi normal dan mempunyai karier yang successful supaya hasilnya dapat membantu orang lain dan memartbatkan agama dan bangsa. Saya bersyukur lately masyarakat dah banyak kesedaran tentang mental illness berbanding approximately 10 tahun lepas dimana kalau cakap mental illness je mesti =gila.

Hopefully orang faham lah confession saya ni. Tadi saya baca confession ‘Nota untuk Readers’ dan terfikir. Sebelum ni saya ada juga confess sekali, dan common sense saya sekiranya saya sedang mengarang, saya include segala points dan sangat berhati-hati supaya tak miss apa2 point penting untuk mengelakkan salahfaham readers walaupun annoying sebab confession terlalu panjang. Tapi yeah seperti biasa tetap disalahfaham dan kena kecam. Adalah satu akaun ni korang faham2 lah siapa m*****n m**d.

K sekian, terima kasih.

– Missy

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Hidayah Allah Melalui Sahabat

PengakuanKu

Assalamualaikum w.b.t. Saya Dee(bukan nama sebenar). Disini saya akan perkenalkan seorang sahabat saya iaitu Nab( bukan nama sebenar). Dah baca tajuk mesti tahu kan? Hidayah yang Allah berikan melalui sahabat saya iaitu Nab. Minta maaf jika ayat saya berterabur.

Ceritanya bermula ketika saya berada di tingkatan 4. Nab pindah sekolah ke sekolah saya. Saya sudah lama berkawan dengan Nab sejak dari umur 6 tahun. Memang rapat lah dengan dia. Kehidupan saya berjalan seperti biasa. Solat mungkin sekali dalam sebulan. Perkara normal yang saya buat dari tingkatan 1-4. Bulan berganti bulan, tibanya bulan 9 saya ingin berubah. Terdetik di hati ‘aku ingin berubah’. Maka Allah permudahkan.

Saya cuba solat subuh dalam masa 3 bulan. Saya nekad tak nak tinggalkan solat subuh. Saya buat benda yang mudah. Time nak exam, saya akan solat penuh. Dasyat kan? Kalau tiap2 hari ada exam, mungkin saya akan solat sepenuhnya…hahaaha… tapi selepas tamatnya exam, saya nekad nak solat penuh. Fuh…Ya… Allah permudahkan. Saya solat penuh. Seronok saya.

Sejak saya solat penuh, saya cuba perlahan2 untuk menutup aurat sepenuhnya seperti memakai handsock, stokin… memang best. Sehari memang tak boleh tinggal handsock, stokin. Sebab akan rasa malu bila keluar tak pakai stokin dan handsock. Kecuali bila keadaan yang memerlukan saya tidak memakai stokin contohnya seperti di dalam perpustakaan yang tidak mengizinkan pelajarnya memakai stokin. Tetapi kadang-kadang saya pakai juga.

Ya, Allah bagi hidayah melalui Nab. Kenapa Nab? Sebab dia bawa pengaruh yang cukup besar tentang Islam. Dia ajar saya mengenali Islam. Ajar saya bersabar dan macam2 lagi. Untung siapa yang berkawan dengan Nab. Nab ni baik,lemah lembut,sopan. Saya nak ikut cara dia. Saya mendalami Islam dengan lebih banyak. Nab banyak menceritakan soal akhirat. Katanya nak ke Syurga. Nak bawa kawan-kawannya masuk syurga. Saya suka sangat cerita yang diceritakan.

Ketika di tingkatan 5 saya dijemput oleh Allah untuk menjadi tetamunya ke tanah haram. Best sangat. Ketika berada di sana, saya nekad nak belajar Al-Quran. Yaaa.. Allah permudahkan. Allah lembutkan lidah saya yang telah sekian lama saya tidak membaca kitab suci. Lama. Sekarang saya tengah mendalami Al-Quran. Semoga Allah permudahkan. Terima kasih Nab kerana menjadi sahabat yang terbaik untuk saya.

Semoga Allah merahmati persahabatan kita sehingga ke Jannah.

– Sahabat dunia akhirat

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Ilmu Dari KDrama

PengakuanKu

Hi admin, tq kalau sudi siarkan confession aku. Hi semua. Aku suka tengok drama korea. Tapi tak pulak minat kpop yang nyanyi nyanyi tu.

Aku terpanggil untuk jawab pasal kebidasan confessor yang benci kpop tu. First, setiap orang ada minat masing masing dik. Memang kalau minat melampau boleh buat rasa meluat. Tapi tak boleh jugak pukul rata semua. Setiap benda ada baik buruk. Kalau kita pilih yang baik tu,kita dapat baik la.

Aku tak suka betul bila orang tengok aku layan drama korea, orang label aku minah kpop. Dik, layan Running Man bukan kpop. Layan drama korea pun bukan kpop.
Ada beza tu. Aku layan jugak drama drama Barat sana. Sanggup follow ber-season season lagi. Tapi asal nampak je layan kdrama kene hentam.

Meh sini aku nak cerita. Memang la drama korea penuh dengan cerita cinta sweet sweet kalah gula merah, pastu penuh dengan tangisan syahdu syahdu. Tapi dari kdrama la aku dapat ilmu jugak.
Contohnya istilah istilah dalam perubatan sakit jantung. Korang tau Prosedur Saver? Tu salah satu nama prosedur untuk bedah jantung. Aku belajar dari cerita Doctor Stranger. Kdrama. Kalau nak tau korang google la sendiri proses pembedahan tu camane.

Lepas tu, korang tau tak kenapa dalam kepala kita ni kita tak boleh ingat semua benda? Ada benda yang kita lupa. Setahun kemudian baru kita ingat balik. Ataupun bila ada orang yang ingatlan kita pasal sesuatu perkara tu. Sebab kalau kita mampu ingat semua benda tanpa lupa, lama lama otak kita takkan mampu nak simpan pastu terus hilang semua memori. Contohnya, kena alzheimer. Aku tengok cerita Remember. Yes. Kdrama jugak. Cerita pasal hero dia ada satu penyakit dimana dia boleh ingat semua benda yang dia nampak. Tapi impact dia, dye kene alzheimer diusia yang muda. Lepas tengok cerita ni la baru aku paham kenapa Allah bagi kita lupa.

Lepas tu dalam cerita Secret Forest. Kdrama jugak. Korang tau tak dalam otak kita ada satu bahagian yang boleh kawal emosi? Kalau diusik contoh nya kena operation ke ape, kita takkan boleh beremosi langsung? Korang tau tak camane hidup orang yang langsung tak ada emosi? Tak ada marah, tak ada suka, tak ada happy gelak ketawa. Betul betul macam robot? Korang boleh bayang camane dia menjalani kehidupan dia? Tak korang tak pernah pikir pun. Korang cuma pikir hidup korang je. Ni bukan acah acah Mr. Arrogant ye. Yang konon konon heartless padahal suka. Ni namanya penyakit. Kalau nak tau lebih lanjut pergilah tengok cerita tu. Memang menarik. Oh, and dia adalah seorang prosecutor.

Banyak lagi drama drama yang korang benci tu bagi knowledge. Pasal law. Pasal rasuah. Tak banyak pun korang akan tau sikit sikit. Pandai pandai lah pilih.

Lainlah kalau korang jenis layan drama lelaki itu pemilik hatiku atau pun drama paling meletup tu, titian cinta. Pasal penyakit si Aisy pun dorang tak boleh terangkan betul betul. So poor. So jangan soal banyak banyak kenapa ada orang layan kdrama. Pada aku, aku layan sebab ni la. Bukan 100% cinta je. Pakai kot doktor tapi 24 jam asyik bercinta. Spoil.

Sekian, tu je la confession aku. Aku cuma nak korang bukak minda sikit. Berfikir diluar kotak. Jangan jadi katak bawah tempurung. Balik balik bukak phone, kecam kecam kecam orang tak sudah sudah.

– Lemonade

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Mak

PengakuanKu

Asalammualaikum semua pembaca .. Tujuan saya menulis di sini adalah untuk meluahkan serta mahu meminta pendapat para pembaca .. Saya merupakan anak perempuan tunggal. Ibu bapa saya sudah berpisah sejak saya kecil lagi . Ibu saya sudah banyak menderita dengan perangai ayah kandung saya . Saya mempunyai 2 orang abang tetapi tak mahu lah saya cakap lebih lebih cukup lah sekadar para pembaca tahu ‘harap je anak jantan tapi tak guna’ . Ketika saya sudah hampir tamat sekolah menengah ibu saya berkahwin lagi dengan lelaki yang hampir sebaya dengan arwah atok saya , tetapi saya tak kisah pun sebab ibu saya dah lama menjadi ibu tunggal . Bukan senang membesarkan anak seorang diri , kalau semua anak perangai elok takpa la jugak ni tak .

Bagaimanapun , Alhamdulillah syukur saya mampu merealisasikan impian mak saya yang teringin lihat anaknya ke menara gading walaupun saya takde lah ANC pun. Berbalik kepada cerita asal tadi , mak saya jaga ayah tiri saya dgn baik sekali walaupun dia sering jatuh sakit atas faktor umur yg sudah lanjut. Mak saya tak pernah tinggalkan bapa tiri saya . Untuk pergi mengaji di surau pun kalau bapa tiri saya tak izinkan mak saya tak kan pergi. Mak seorang yang cantik dan nampak sangat muda walaupun umurnya dah menjangkau 50+ . Saya pun sayang ayah tiri saya cuma sometimes tu ada la pertelingkahan sikit biasa la keluarga mana yang perfect tiada salah faham kan .. Mak pun pernah bergaduh dengan ayah tiri saya kerana dia seorang yang agak kedekut tapi mak tak pernah tinggalkan dia dan masih bertahan. Mak cakap la dia seorang yg baik cuma ‘kedekut’ tu saja tak boleh buang.. takpe lah kami boleh terima kekurangan dia tu ..

Pada penghujung tahun lepas bapa tiri saya sakit teruk. Hampir 2 bulan dia berada di hospital dan selama itu juga lah mak sentiasa berada di sisi dia .. para pembaca bayangkan lah selama 2 bulan tu hanya sekali atau 2 kali saja mak saya pulang ke rumah . Saya sendiri kasihan melihat ibu saya , kurus kering tak terurus macam mak pulak yg sakit. Mak memang lah nampak muda tapi umur mak tetap dah lanjut.. ada sekali tu mak menangis sebab letih sangat .. Saya pulak ketika tu bekerja jauh dari rumah cuti pun susah dapat. Seminggu sekali je cuti mana sempat nak balik lawat mak . Kalau nak cuti lebih dari 2 hari kena apply awal2 dan sebulan hanya sekali sahaja boleh.

Ada sekali tu saya balik , mak bagitahu saya mak pakai baju yg sama berulang kali sebab xde baju .. baju dalam dan seluar dalam pulak mak basuh guna sabun mandi je dan bila malam takde orang baru mak sidai di tepi katil.. Allah sedihnya saya dengar .. saya terus kutip baju mak dan bawa ke dobi. Mesti ramai tertanya mana perginya anak anak bapa tiri saya ? Ada .. cuma mereka semua dah besar dan berkahwin dan bapa tiri saya pula mmg nak mak je yang jaga dia xnak orang lain. Mereka ada lah juga membantu serba sedikit ..

Namun begitu, Allah lebih sayangkan ayah tiri saya.. Akhirnya dia pergi .. mak sedihhh sangat .. mak tak gila harta mak serahkan segala dokumen buku bank kad bank geran kereta geran tanah semua kepada anak2 dia .. bapa tiri saya mempunyai pencen .. Saya pula berhenti kerja sebab nak balik jaga mak , saya tak mampu nak bawak mak tinggal dgn saya di ibu kota kerana living cost dekat sana sangat tinggi. Tak kan saya nak sewa bilik untuk mak pulak . Kemudian kami buat keputusan untuk berpindah dari rumah bapa tiri kerana rumah tu nama anak papa lepastu pulak rumah tu besar dan agak jauh dari bandar . Hampir sebatu untuk ke pekan . Kalau saya nak berulang alik kerja jauh dan banyak gunakan duit untuk minyak.. kalau nak menyewa di luar saya kesian nak tinggal mak sorang sebab kawasan situ agak sunyi..

Saya malas nak cerita panjang tentang hal ni sebab saya depressed bila pk pasal ni. Saya cuma nak tanya betulkan wang pencen bapa tiri saya tu harus difaraid. Mereka cuma bagi mak 100+ sahaja sebulan . Gaji yg saya ada skrg pun tak cukup nak tampung kehidupan kami , nak bayar sewa rumah lagi keperluan rumah lagi api air lagi .. mak pula buat kerja part time di rumah .. Saya kesian tengok keadaan mak .. Saya pulak gaji kecik , kalau gaji saya besar mak tak payah kerja .. saya tak kesah kalau saya tak kahwin pun .. janji saya dapat jaga mak .. Maaf lah kalau luahan saya ni beterabur .. Saya cuma nak tahu tentang hak mak .. Mak cakap mak tak kisah pun pasal harta yg lain cuma mak sedih kenapa sikit sangat wang sara hidup yang mak dapat .. Pembaca bayangkan lah 100+ bayar sewa rumah pun tak cukup. Saya harap xdela yang cakap saya tak bersyukur .. Buat pengetahuan pembaca anak2 bapa tiri semuanya hidup senang ..

Bila ditanya mereka kata mereka rujuk kepada ustaz , dan ustaz kata wang pencen bapa tiru tu mesti lah difaraid .. betul kah ?

– Anak mak

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Apa Aku Patut Buat

PengakuanKu

Assalamualaikum. Terima kasih kepada admin kalau confession ini disiarkan. Nama aku manggis. Hihi. Manggis seorang pelajar di sebuah ipta. Manggis nak luahkan tentang langsat yang merupakan roommate dan classmate manggis. Sebab manggis and langsat sama course. Dan nak dijadikan cerita kitorang jadi ‘bff’ masa tahun kedua sem pertama.

Sebab jadi bff adalah secara tak sengaja. Kenape manggis cakap macam tu. Sebab langsat tak nak pun kawan dengan manggis. Tapi manggis yang nak kawan dengan langsat. Kesian kan. Desperate. Haha. Langsat ni jenis memang tak berapa nak berkawan dengan orang. Dia hanya kawan dengan orang yang dia rasa nak kawan. Memang tak mudahlah nak berkawan dengan langsat. Langsat lagi suka kawan dengan buku, laptop, earphone. Pergi kelas pun pakai earphone sebab malas nak layan orang. Haha. So kenape manggis nak kawan dengan langsat? sebab langsat budak bijak. Manggis ni slow. So kena lah cari tok guru. Surprisingly, langsat layan. Baru manggis tahu langsat ni akan layan orang kalau orang minta langsat ajar. Part ni memang manggis puji. Langsat sangat tak kedekut ilmu. Jadi lama2 kami makin rapat. Bukan atas sebab ilmu, tetapi sebab ,manggis dah sayang kat langsat.

Tapi of course, bukan ni yang manggis nk sampaikan. Manggis nak cerita part kurang langsat sikit. Dan ini bukan untuk mengaibkan langsat. Tapi manggis nak tanya pendapat readers semua. Manggis tak tahu nak tanya siapa dah. So harap korang membantu manggis.

Macam ni. Manggis respect kawan manggis ni kalau dari sudut ilmu. Sebab langsat sangat menghormati ilmu dan tak lokek ilmu. Tapi satu menda yang agak kurang disenangi oleh KAMI adalah sifat ‘EGO’ dan ‘I’m always right’ langsat. Kami tu adalah manggis dan roommates langsat yang lain. Selama manggis hidup, memang manggis tak pernah jumpa spesies ego setinggi Burj Khalifa macam langsat ni. Kitorang memang susah nak dengar kata maaf atau terima kasih dari mulut langsat. Even kalau memang dah terang2 tu salah langsat, langsat akan buat2 tak tahu macam tak ada ape2 yang berlaku. Rommate manggis yang lain pernah menangis sebab terlalu sakit hati dengan langsat tetapi sebab dah tahu kalau cakap kat langsat pun, langsat buat tak tahu je. Manggis dah biasa makan hati menangis bawah selimut tetapi sabarkan aje. Bff kan. Hihi. Sebab langsat ini bukan lah jenis sound orang atau outspoken tak tentu pasal, tapi sindiran dia kalau dah sekali buka mulut pedas dan tajam. Menusuk kalbu. Mentally abuse gitu. hihi.

Langsat memang tak kisah pasal orang. Nasiblah kalau kau keluar berdua dengan dia, banyak mana pun barang kau, dia tak akan offer untuk angkat barang kau. Melainkan kau minta tolong, dia akan tolong lah. tetapi tak kan lah setiap kali kite nak minta tolong kan. Nak harap common sense langsat muncul, memang tidak akan kunjung tiba lah ceritanya. Langsat ni lagi satu memang tidak akan minta tolong orang. Langsat rela buat semuanya sendiri atau tak buat langsung dari minta tolong orang. Ni lah tahap ego langsat. Nak kata langsat tak nak menyusahkan orang memang lah. Tapi kalau dah susah sangat tu, minta jelah tolong. Jadi kebanyakan hal manggis yang offer nak tolong sebab manggis tahu menda tu tak boleh buat sorang2. Dan dia malu kalau salah bertanya. Pergi kedai buku, nak cari buku yang langsat dah aim nak beli. Pusing semua rak berejam, rela tak tanya staff situ. Last2 bila manggis pergi tanya, tgk buku tu memang takde rupanya. Kwang3. Kalau tanya dari awal kan bagus. Tu satu.

Kedua, I’m always right. Pernah ada perselisihan faham antara kami berdua. Dan ini melibatkan orang ketiga. Memang sebahagian besar dari salah faham tu berpunca dari manggis sebab manggis yang salah faham kat langsat. Ceritanya lebih kurang macam ni. Langsat ada lagi sorang kawan yang dia agak rapat. Manggis namakan dia tembikai. Tengah manggis nak masuk bilik langsat, manggis dengar langsat borak dengan tembikai. Manggis dengar langsat macam duk puji tembikai . Bunyinya lebih kurang begini “ alah, tembikai janganlah tergugat dengan DIA tu. Langsat lagi suka berkawan dengan tembikai. Tembikai seribu kali lagi baik dari DIA. Lagi tu lagi ni dan la la la la… “. So manggis tak jadi masuk. Biarkan langsat dan tembikai habiskan borak. Tetapi di fikiran manggis, siapakah DIA yang dimaksudkan langsat. Sebab manggis tahu tak ramai kawan langsat. Manggis asyik fikir dia tu adalah manggis. Untuk bersihkan fikiran manggis, Hari esoknya, manggis beranikan diri manggis untuk bertanya kepada langsat, siapa Dia tu. Dan langsat hanya tersenyum. Dan manggis terus assume, memang itu adalah manggis.

Manggis terlalu sedih dan rasa diri ini dibandingkan dan direndahkan untuk gembirakan hati tembikai. Jadi manggis membawa diri dan upload status sedih hati retak seribu. Tetapi langsat juga upload status seolah2 semua salah manggis . Dia cakap manggis yang salah faham kat dia. Dia cakap bukan manggis je yang ada dalam hidup langsat. Seolah2 DIA tu bukan manggis. Manggis terkedu dan fikir kenapa langsat tak nafikan masa manggis tanya siapa Dia mula2 tu. Tapi untuk tidak keruhkan keadaan, manggis minta maaf kat langsat sebab telah salah faham terhadap dia. Tapi selepas kejadian ini, persahabatan kami agak renggang. Langsat layan manggis seperti menghukum dek salah faham tu. Manggis seolah2 telah melakukan kesalahan besar. Yang manggis lagi sedih, langsat tiada langsung rasa bersalah dan totally rasa dirinya betul. Manggis fikir kalaulah langsat nafikan dari awal, salah faham ini tidak akan berlaku. Banyak lagi sebenarnya. Tetapi tak mampu nak tulis semua. Tetapi apa yang boleh manggis simpulkan, langsat selalu rasa dan fikirkan diri dia betul dalam kebanyakan perkara. Sampaikan roommates manggis yang lain tak berani cakap masalah mereka depan langsat. Bimbang dianggap remeh, entah ape2.

Jadi akhir2 ini, memang manggis dapat rasakan kami memang tidak ditakdirkan untuk jadi bff. Sebab bila manggis berkawan dengan langsat, manggis selalu rasakan manggis tak dapat jadi diri yang sebenar. Manggis kena menjadi satu watak yang sangat berhati2 dan ikut kepala langsat. Kena jaga hati langsat dan kena ikut cara langsat. Sebab sejujurnya, manggis sangat sayang langsat tetapi manggis dah tak tahan. Sampai bila manggis perlu ikut dia. Manggis banyak mengalah sebelum ni sebab manggis terlalu sayangkan langsat. Tetapi betul lah kata orang sayang tidak semestinya memiliki. Cuma manggis nak langsat tahu, manggis sayang dia. Hargailah orang yang sayang kite sebab tak semua orang dapat terima cara kite. Dan sesekali langsat perlu mengalah dan belajar ucapkan kata maaf sebab hidup ini bukan untuk sorang2. Jadi readers semua rasa patut ke manggis berhenti berharap hubungan kami kembali rapat?Dan betul tak keputusan manggis kalau manggis nak berhenti cari dia dan nak lupakan dia? Apa patut manggis buat.

– Manggis yang buntu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Powered by Blogger.