Sejahtera keatas kalian. Terima kasih admin IIUM Confessions kalau siarkan artikel ni.
Konfesi ni lebih kepada mengimbau kenangan waktu sekolah dulu. Zaman jahilliyah. Waktu tu otak pun kurang matang jadi macam-macam benda yang kita buat tanpa berfikir terlebih dahulu. Tipu lah kalau tak pernah buat perangai masa zaman sekolah. Hhm..kalau tak pernah rugi lah korang tak menikmati zaman muda remaja korang. Haha. Dulu masa aku sekolah boleh dikatakan hampir setiap hari aku datang lambat. Paling gerun bila terkantoi dengan cikgu disiplin. Yang lambat akan ditahan di perhimpunan dan makan rotan(disebat) sebelum masuk ke kelas. Jadi apa aku buat supaya tak kantoi? Sebelum ada motor aku panjat pagar je. Bila dah ada motor aku matikan enjin then tolak senyap-senyap masuk kawasan sekolah. Lepas tu lalu kantin(aka jalan belakang) supaya tak terserempak dengan cikgu disiplin. Strategi aku berhasil mula-mula tapi kejap je sebab tak lama lepas tu ramai pulak yang tiru taktik aku. Akhirnya kantoi jugak sebab ramai tak masuk perhimpunan. Adik-adik jangan tiru aksi ni disekolah ye.
Untuk pengetahuan, sekolah aku masa tu baru lagi bukak & pelajar pun kebanyakannya bermasalah disiplin. Tapi tak hairan lah sebab kawan-kawan aku sama ada kategori miskin/sederhana, ada ibu/bapa tunggal atau pun “broken family”. Kebanyakan mereka ni saja buat masalah di sekolah untuk tarik perhatian mak bapak atau release stress. Paling tak boleh blah, ketua kelas ajak ponteng berjemaah jadi semua ikut ponteng sekali dan akhirnya satu kelas kena denda. Haha kenangan betul. Walaupun aku banyak masalah disiplin tapi entah macam mana aku boleh dapat nombor satu dalam kelas. Mungkin sebab kelas aku “ranking second last” kot hahaha.
Lepas PMR, keputusan aku sangat lah memberangsangkan sampai aku dipindahkan ke kelas “ranking first” & terpaksa ambil sains tulen. Mula-mula tu memberontak jugak nak ambil seni sebab konon-konon nya berjiwa seni. Ala-ala rebellious la katakan. Tapi kena “reject” sebab murid seni dah terlalu ramai & murid sains tulen tak cukup kuota. Tinggal lah kami yang berapa kerat je terpaksa ambil sains tulen. Masuk kelas first ni agak awkward mula-mula sebab masing-masing nerd je. Aku pulak jenis tak banyak cakap & suka buat hal sendiri. Kalau tak siap kerja rumah budak nerd akan gelabah dan copy homework orang tapi aku dengan muka selenge tunjuk buku yang suci murni sebab tak buat kerja rumah. Lepas tu bila kena denda duduk luar kelas pergi merayau. Nak mintak maaf jugak lah kat cikgu-cikgu sebab dulu aku sangat lah liat nak siapkan kerja rumah. Walaupun aku ni pemalas tapi aku tak pernah lagi melawan cikgu sebab aku tetap hormat kepada pemberi ilmu(pendidik).
Tapi aku slowly berhijrah dari perangai mazmumah kepada perangai mahmudah. Kawan-kawan aku yang nerd ni jugak lah banyak bimbing aku pasal agama walaupun aku agak brutal dulu. Paling tak boleh lupa aku boleh mengalir air mata masa jamuan perpisahan sebelum SPM. Ini agak rare bagi seorang yang hati kering & brutal macam aku. Al kisahnya, fast forward masa SPM result keluar aku still lagi lambat untuk pergi ambil result (perangai ni susah nak buang), sampai je sekolah semua pakat ucap tahniah. Kawan aku kata “Tahniah weh, kau jadi best student. Dah agak dah mesti kau yang dapat. Btw tadi pengetua panggil nama kau untuk naik atas pentas tapi kau tak sampai lagi”. Aku dengan muka blur tak tau nak kata apa. Masa tu cuma ingat nak jumpa cikgu-cikgu & ucap terima kasih. Sebab walaupun dalam kelas aku macam main-main, tapi aku tetap fokus bila cikgu mengajar. Semua ni berkat doa ibu ayah, cikgu-cikgu & kawan-kawan (btw parents aku sibuk tak ada masa nak teman aku ambil result & peluk cium macam kat TV tu).
Sekarang aku sedang menuntut di sebuah IPTA untuk ijazah sarjana muda. Aku ambil degree lambat sikit sebab ikut jalan kampung. Jalan jauh berliku-liku. Semua benda yang terjadi masa zaman sekolah tu tinggal kenangan. Dulu aku terpaksa belajar sebab tak ada pilihan, sekarang walaupun ada pilihan lain aku tetap pilih untuk mengejar ilmu. Bila dah kenal dunia yang penuh dengan manusia yang bermacam ragam baru aku sedar akan kepentingan ilmu. Kawan-kawan sekolah dulu ada yang dah berkahwin, ada yang beranak-pinak, ada yang dah bercerai & ada jugak yang “forever alone” macam aku. Mungkin sebab aku masih tunggu “first love” aku kot. Apa pun aku sentiasa doakan kalian semua sejahtera dunia akhirat. Tak kira apa pun pilihan yang dipilih selepas habis SPM, aku harapkan yang terbaik untuk kalian. Perjalanan kita masih jauh. Cinta & cita-cita adalah rencah kehidupan yang jalan beriringan. Semoga perjalanan kita mencari bekalan akhirat dipermudahkan. Doakan supaya aku dapat membanggakan ibu & ayah di samping berjaya dunia akhirat. Terima kasih semua.
– Cik 90-an
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment