ALLAH MASIH SAYANG :’)
Assalamualaikum. Terima kasih kepada admin jikalau confession ini disiarkan. Namaku Amy (Bukan Nama Sebenar). Dua bulan lepas aku baru memasuki usia 21 tahun. Confession ini adalah salah satu luahan hati aku yang daif lagi hina ini. Confession ini juga bukan untuk mahu mengaibkan diri. Ianya sekadar untuk berkongsi untuk dibuat renungan dan tauladan. Confession ini panjang dan harap kalian semua sudi membaca.
Kenapa tajuk Allah masih sayang? Kita sebagai hamba tidak lari dari melakukan dosa. Aku salah satunya. Jika di ceritakan tentang solat, aku malu mahu mengaku bahawa aku sejak akhil baligh, tidak pernah cukup solatku. Padahal emak ayah ku tidak pernah tinggal solat, adik beradikku juga. Tetapi aku degil. Aku buat kepala taknak solat. Aku sanggup menipu emakku, adik beradiku pasal sudah solat. Aku masih ingat, waktu sekolah menengah dulu. Kelasku sesi petang. Jadi diwajibkan kami untuk solat zohor berjemaah. Aku sanggup menipu ustazahku menyatakan bahawa aku uzur tidak boleh solat. Allahurabbi. Selepas arwah ayahku meninggal, mak aku selalu berpesan, “solatlah mii, kesian kat ayah setiap waktu kena pukul sebab kamu tak solat. Tak kesiankan kat ayah ke?”. Tetapi, aku tetap buat keras kepalaku. Aku solat. Tapi ikut suka hati aku. Kadang 2 @ 3 waktu saja, kadang semua waktu lebuh. Sampai mak aku pernah kata “Amy, ustazah mak kata, tak guna mak pergi mengaji sana sini tetapi anak tak solat” aku ingat ayat tu sampai sekarang, aku hormat dan sayang mak aku. Tapi aku buat bodoh. Teruknya aku Ya Allah. Selepas SPM aku dapat masuk sebuah IPTA di utara. Waktu sem 1, aku cukup solat 5 waktu. Selepas daripada itu aku hanyut. Aku solat ikut suka. Balik rumah memang tak solat. Astaghfirullah. Sepanjang 2 tahun di IPTA boleh dikatakan tidak pernah cukup solatku. Tak terkira bertapa banyak dosa aku kat ALLAH Swt.
Awal tahun 2017 aku mengambil lesen kenderaan, baru aku bersungguh solat, siap solat hajat. Hatiku mengejek diriku sendiri “Nak mintak tolong, susah baru ingat ALLAH”. Malangnya aku gagal dalam ujian JPJ. Aku hold dulu ambil lesen. Solat juga aku tinggal Selepas rasa kecewa hilang, bulan lepas aku ambil lagi ujian JPJ. Aku solat bersungguh. Solat hajat pon aku buat. Tapi terlintas jugak difikiranku, kalau dah lulus nie mesti tak solat dah. Tapi aku tersedar, aku nak berubah. Aku ambik Ujian JPJ nie sebagai turning point dalam kehidupan aku. Dua hari sebelum ujian, aku mimpi pasal seperti hari kiamat. Allahhurabbi. Didalam mimpi tu aku menyaksikan semuanya hampir hancur. Aku ingat lagi aku merayu, Ya ALLAH, AKU BELUM SEMPAT BERTAUBAT YA ALLAH. MAAFKAN AKU YA ALLAH. Terus aku tersedar. Aku takut. Takut akan mimpi itu. Bagaimana kalau aku tak sempat bertaubat
Alhamdulillah Allah bagi aku kesedaran. Allah masih sayang aku :’) Lepas ujian JPJ aku lulus, aku sedaya upaya cukupkan solat. Aku paksa diri untuk solat. Payah, berat hati tak kusyuk, aku tetap juga solat. Dan azam tahun 2018 aku adalah untuk cukup solat 5 waktu. Alhamdulillah :’) Sejak awal tahun haritu aku cukup solat lima waktu walaupun kadang2 hujung waktu baru solat. Aku juga perasan, dulu jika aku tak solat, maka aku akan ternampak hadith2 tentang azab kubur dan sebagainya tentang meninggalkan solat di FB ku. Sekarang setelah aku jaga solat, banyak di FB tentang rukhsah2 solat, cara perbaiki solat dan sebagainya orang share. Nampak tak betapa ALLAH SWT nak bagi aku sedar tentang solat? Nampak tak ALLAH SWT cuba tarik aku kembali untuk patuh kepadanya? :’) Terima Kasih Ya ALLAH. Aku nampak dan tahu betapa rinduNya mu kepada ku. Kau beri aku kesedaran YA ALLAH. <3 Kau izinkan aku kembali mengenali MU YA ALLAH. Aku juga tahu, mak aku juga memainkan peranan penting untukku. Doa dia didengari ALLAH. Dia tidak pernah putus berdoa untukku. Terima kasih emak :’)
Mungkin ada di antara kalian akan mengkecamku selepas membaca confession ini. Tak apa. Akan ku ambil dari sudut positif dari kecaman itu. Aku minta kalian doakanku supaya aku istiqomah dalam mengerjakan dan memperbaiki solat, dan supaya aku dapat qadha’ balik solat2 yang selama ini aku tinggalkan :’) Doakan aku juga supaya menutup aurat dan selalu membaca AlQuran. Mungkin diantara doa2 kalian, ALLAH dengar dan DIA makbulkan Terima kasih kerana sudi membaca confession ku ini. Ingatlah ALLAH takkan sesekali meninggalkan HambaNYA. Semua terletak pada diri kita sendiri. Ingatlah, ALLAH MASIH SAYANG kepada kita :’) Doakan aku ya? Doakan arwah ayahku juga supaya ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Allahhumma Aamin. Assalamualaikum
– AMY2018
– AMY2018
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment