Saturday, 13 January 2018

Bestfriend Ke?

PengakuanKu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

First sekali, terima kasih pada pihak admin kerana siarkan confession sis ni. Sis nak rant sikit kat sini sebenarnya. Sis nak cerita pasal kawan sis, namanya Puteri. Puteri ni bestfriend sis sejak hampir 10 tahun yang lalu. Kami kenal masa kat sekolah menengah. Sekarang, masing-masing dah bekerjaya. Dia kerja kerajaan, sis pulak kerja part time je. Sis duduk rumah, tolong jadi driver parents sis sebab mama sis, kaki dia patah sebab jatuh bilik air dalam sebulan lepas. Ayah sis pulak ada buah pinggang, kena pergi dialysis 3 kali seminggu. Bukan nak cerita fasal ni sebenarnya… hahahaha.

Okay, berbalik pada Puteri ni. Tahap rapat sis dengan Puteri ni memang rapat sangat-sangat sebab dia anggap family sis macam family dia, i.e., dia panggil adik-beradik sis dengan family sis ikut panggilan keluarga sis. Panggil mama, ayah, along, angah, etc… Sebabnya family sis memang selalu anggap kawan-kawan macam family. Cumanya, sis tak berapa anggap family dia macam family sis sebab family dia buka friendly-type. Dia anak bongsu, so adik-beradik dia tak berapa nak ada kat rumah. Adik-beradik dia memang anggap sis macam starngers. Kalau sis datang pun diorang tak tegur. Sis tak kisahlah pun, cuma nak pembaca sekalian bayangkan perbezaan family kami je.

Anyways, sebab sis tukar status Puteri ni dari bestfriend kepada tak berapa nak bestfriend ni adalah sebab perangai dia yang suka cakap lepas. Mungkinlah sis ni over-sensitif, tapi sis tak berapa boleh terimalah ayat-ayat pedas dan cakap lepas yang dikeluarkan oleh si Puteri ni. Salah satu contoh ialah time aku study degree dulu. Aku dulu study dekat luar negara, smbung degree dengan master sekaligus. Bila dudk negara orang, pertama kali jejak tempat baru sorang-sorang, kadang-kadang sis rasa down. Dia pulak mesej sis masa sis tengah down tu. Dengan menggunakan tiket bestfriend antara kami, sis pun kongislah masalah sis dengan dia, kononnya adalah pendengar masalah sis kan. Sekali, dia bantai sis dengan satu ayat yang sis rasa supppp! menusuk terus ke jantung. Ayat dia lebih kurang camnilah: “Aku rasa kau ni yang bermasalah. Kau je ada masalah pelik-pelik macam ni. Aku tengok orang lain happy je belajar oversea. Kau je yang selalu ada masalah.”

Dahlah sis tengah ada problem dengan housemates sis time tu. Sis terasa diperbodohkan, dapat pulak komen macam tu, memamng taubat lillah dahlah sis nak cerita masalah sis dekat dia. Tapi dia ni jenis obses sikit dengan sis. Setiap dua minggu sekali, dia mesti akan mesej sis, tanya sis buat apa, suruh sis share cerita dengan dia. Bila sis cerita dengan dia, mesti dia gelakkan sis macam sis orang paling bangang di atas muka bumi ALLAH ni. Huhuhuhu.

Lepas sis balik Malaysia, sis pindah KL dengan parents sis, dia pun kerja KL gak. Dia selalulah ajak sis lepak dengan kawan-kawan baik kitorang. Tapim tiap-tiap kali keluar, sis mesti jadi bahan lawak dia. Dia kata sis drive macam kura-kuralah, bawak kereta macam nak bunuh oranglah, padahal dia yang sibuk suruh sis ambik dan hantarkan dia macam sis ni driver abah dia. Tiap-tiap kali sis balik cuti time sis belajar kat luar negara dulu pun dia buat perangai sama jugak.

Time sis bertunang, sis rasa macam nak halau dia balik. Dia boleh bahan sis depan semua orang time tengah tunggu rombongan tu. Ada kawan sis cakap, “Cherry dah bertunang dah, kita ni bilalah. Dahlah boyfriend pun tak ada.” Dia boleh reply, “Ala, seakat macam si Cherry ni pun ada orang nak, kita ni confirm dah orang nak. Petik jari je. Tengok-tengok kita kahwin dulu dari si Cherry ni.” Pastu berdekah dia ketawa. Sakit betul hati sis time tu.

Memanglah si Puteri ni ramai peminat, dari zaman sekolah lagi. Tunang sis pun bagitau ramai kawan-kawan dia berkenan dekat si Puteri ni. Sebabnya dia cantik, sopan, ayu, lemah-lembut dan penuh sifat kewanitaan. Pandai masak, pandai urus rumah, jaga anak semua. Memang sis tak nafikan langsung. Tapi, tiap-tiap kali ada mamat hinggap kat dia, dia mesti cerita kat sis and then bagitau dia tak minat mamat-mamat tu semua. Tuanng sis memang anti dengan si Puteri ni. Sebabnya, ada sekali tu, ada kawan lelaki kitorang mesej dia, nak ajak kawan, dia tanya sis, “Mat ni geng-geng Awang (tunang sis) kan?” Sis pun cakpalah ya. Sekali dia cakap, “Aku tak minatlah geng tu. Bukan islamic mainstream.” Sis macam erkk, “Kau tengah mengata boyfriend aku ke?” Dia dengan selambanya cakap. “Aku memang tak minat spesis boyfriend kau tu, tak ada background tetap, main perempuan. Aku nak yang serius je. Boleh terus membawa ke syurga.” Dia ingat kahwin ni macam novel Imam Mudaku Romantik kot… Ha ha ha. Tak lawak, weh.

Ada sekali tu jugak, dalam bulan lepas, dia sibuk nak datang menempek dekat ofis sis time sis tengah kerja. Sebab dia cakap sis asyik busy bila dia ajak keluar, so dia nak jugak jumpa sis sebelum dia pindah balik ke Pahang next week. Lepastu, dia belek-belek file sis, dia ternampak pulak result sis. Dia pun komen, “Kau ni memang pandai belajarlah weh. Kalau kau nak pergi interview lagi lepas ni, bolehlah bagitau satu-satunya skill yang kau ada ialah kau pandai belajar je.” Pastu berdekah-dekah dia gelakkan aku. Staff sis ada tiga orang kot kat situ time tu. Terkebil-kebil diorang pandang sis. Aduhai….

Anyways, sis nak kahwin bulan depan. Tapi disebabkan kakak sis ni memang tau kewujudan si Puteri ni sebab dia follow semua media sosial kakak sis dan dia memang selalu datang rumah sis maka kakak sis telah buat satu suggestion yang tak masuk akal pada sis. Berikut adalah perbualan di antara sis dan kakak sis.

Angah (Kakak sis): Chik, Angah ada beli kain lebih haritu, bolehlah guna untuk buat kain bridesmaid.
Cherry (Sis): Bridesmaid nak cari kat mana, Angah? Kawan-kawan Achik yang dekat sini semua dah kahwin. Yang tak kahwin lagi semua duduk jauh, kerja kat tempat lain.
Angah: Apahal semua kawan kau kahwin awal sangat? Ke kau memang tak ada kawan?
Cherry: Takpelah Angah, Achik bagi staff Achik jelah jadi bridesmaid.
Angah: Eh, Puteri kan ada? Suruhlah dia jadi bridesmaid kau, Chik. Nanti suruh dia datang ambil kain pergi tempah baju siap-siap.

Bagus tak suggestion kakak sis? Bagus kan? Sis dah memang goodbye terus dah dengan si Puteri tu walaupun dia masih menghantui hidup sis dekat sosial media dan whatapps. Walaupun sis layankan je dia secara atas talian, tak bermakna sis nak dia jadi bridesmaid sis time sis kahwin nanti. Kakak sis pun dah baik hati pergi pos gambar kain kat sosial media and tag nama dia. Dan dia dah diberitahu tentang kewujudan kain tersebut dan dia bersetuju dan excited nak jadi bridesmaid sis. Agak-agak okay tak kalau sis bagitau je dia majlis kahwin sis cancel? Muahahahahaha. Sis tak nak dihantui oleh si Puteri Cendana tu di hari bahagia sis nanti. Tunang sis dah bagi amaran awal-awal dia tak nak ada gambar dia dengan Puteri dalam satu frame. Lagi kelakar mamat tu pun.

Tu je sis nak cerita. Saja nak lepaskan apa yang terpendam dalam hati ni. Dah lama sis simpan tak ada siapa pun tahu. Sis nak berterus-terang dengan dia, tapi dia ni jenis pendendam. Karang dhantui dengan perkara yang tak sepatutnya pulak. Hahahaha. And kalau boleh sis tak naklah putuskan silaturrahim dengan dia. Sis nak teruskan je kawan dengan dia, tapi not as bestfriendlah. Cumanya, sis tak nak dia jadi bridesmaid sis!! Doakan majlis sis berjalan lancar dan sis tak terbalik high heels atau tiara sis kat muka comel si Puteri tu bulan depan kay?

Sekian, Assalamualaikum!

– Sis Cherry

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.