Hai,nama aku Lily. Aku merupakan pelajar salah satu ipta islamik dalam malaysia ni.
Aku ada sorang kawan, nama dia minah (bukan nama sebenar). Minah seorang muslimah yang bertudung labuh, perfect lah dimata orang. Dia merupakan kawan baik aku, rapat, kemana² mesti dengan dia. Nak kata dia ada waktu susah dan senang tu, tak jugak. Sebab banyak kali waktu aku susah dan masatu aku perlukan seseorang yang bernama kawan, tapi dia takda. Malah dia semakin mengata di belakang aku. Tapi takpa sebabnya tak dinafikan dia pon pernah tolong ketika aku tengah susah.
Jadi aku anggap benda ni biasa ja untuk aku, walaupon kadang² tu sakit hati hanya tuhan ja yang tau. Yelah, kawan ni kan macam colour pensil, ada pelbagai warna kan ? ada yang datang sebagai pengajaran, ada yang datang sebagai ujian untuk kita.
Okay, the problem is Minah ni suka perli² aku kat socmed (konon nya teguran).
Setiap kesalahan aku (kengkawan lain dia pernah buat jugak. Tapi kebanyakkannya,silap aku ja lah yang dia nampak) dan kalau silap dia, tak pernah nya dia nak mengaku. Kalau aku atau orang lain tegur, mesti dia tak terima. Dia rasa diri dia ja betul.
(well said, manusia bnyak silap nya) lagi² aku ni yang tak berapa nak solehah sangat, o
tentulah bnyak silap nya. Tapi tak bermakna dia nak perli² aku dekat status ws, ig lah, twitter lah.
Aku tak pernah buat mcam tu pon kat dia.
Dia pantang nampak kesalahan atau senang cerita dosa orang lain confirm ada ja yang dia nak mengata, kat socmed pulak tu.
Tak salah kan kalau kau tarik orang tu, pastu cakap slow², ” weh aku rasa tudung pendek ni tak sesuai,pakai labuh sikit.” ” weh jangan lah rapat sangat dengan kawan lelaki takut orang fikir lain, atau takut dalam tak sedar timbul zina hati dan seangkatan dengan nya”.
See? boleh ja kan tegur macam tu. Tak salah pun, infact i will accept it dengan hati terbuka. Bersyukur ada kawan macam ni, takda masalah pun. Bukan nya aku tak boleh terima.
Hati aku ni tambah sakit,sedih bila dia perli kat status mana² socmed seolah² dia ja yg betul atau dia ja yang suci. Kenapa eh, orang bertuduh labuh semua berfikiran tertutup ! arghh aku benci. TAPI TAK SEMUA, YES I KNOW IT.
Tak dinafikan, zaman sekarang ni teknologi semakin pesat membangun, semua benda memerlukan whatssap and ofcourse class aku ada group whatssap yang mana dalam tu campur lelaki perempuan. Okay, bila budak lelaki bergurau dalam group tu kemudian sebut² nama dia, ewahh kemain lagi si minah ni reply. Rancak ! bom kat sebelah nak meletup pon dia tak perasan. Aku tak cakap pape pun, nak sakit hati lagi lah takda. Biasa la tu bila kawan² bergurau dalam group. Aku rilek ja. TAPI !!!!
Kalau aku yang masuk dalan group tu setakat gurau biasa. Astaghfirullah, dia takkan masuk group and dia mula perangai dia, dia akan mula update kat status, maksiat lah ape lah. Allahu, ya aku mengaku yang bergurau dengan ajnabi perkara yang patut kita hindarkan supaya perkara yg tak sepatutnya tidak berlaku. Masalah nya, ni dalam group, dan aku bukan nya gurau yang menggedik-gedik tu. Aku tau had aku.
Sedih bila ada manusia yg bernama kawan selalu berprasangka dekat kawan sendiri.
Aku penat main dengan perasaan sendiri. Penat nak jaga hati kawan yg tak pernah nak jaga hati aku. Ikot kan hati, rasa nak ja balas balik ape yang dia buat kat aku. Update segala jenis status kat socmed, tapi bila fikir balik, kita dah besar, handle sesuatu dengan cara matang. okay diam + sabar + senyum.
Yaa, sepatut nya aku kena bersangka baik, mungkin status yg dia buat bukan untuk aku tapi untuk orang lain. Mungkin aku ja yang sentap lebih.
But, benda tuh terlalu nampak yang dia buat memang khas untuk aku. Dan aku pernah buat sesi luahan jujur dan dia pernah mengaku yang status tu memang untuk aku. Sebab nya dia geram la apa la, entah, aku pon tak faham.
Owhh yes, dia ni kadang-kadang bersikap childish. Sentuh privasi orang macam handfone, main bukak ja lepastu mula lah nak fikir yang bukan². Kadang² aku takut dengan dia, takda lah tiba² terfikir dia ni betul² sihat ka macam mana huhu. Perangai dia ni unpredictable ! Serious aku dah lama pendam, kalau terasa hati tuh, tak payah cakap lah. Memang dah banyak kali. Satu ja sebab aku malas nak layan benda² ni sebab aku tanak gaduh. Tapi hati aku yang sakit, aduhh.
Pernah lah nak give up dengan friendship ni, tapi bila aku fikir yang dia ni baik dan banyak lagi kebaikkan dia aku rasa sayang sangat dengan friendship ni. Moga Allah jaga ukhuwah ini.
Mohon jangan kecam aku, komen yang positive please. Bagi kata² semangat kat aku. Thankyou.
– Lily
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment