Assalammualaikum untuk semua untuk readers. Aku harap agar confession ini dapat disiarkan and thanks kepada admin jika sudi siarkan.
Kau pernah kena kecam tak ? Best tak rasa ? FYI, aku pernah unfollow page ni sebab kecaman reader. Aku tak tahan dengan mereka yang sesuka hati judge manusia yang mengenali aku hanya dengan satu confession sahaja. Rasa geram, nak makan orang pun ada. Aku tak kisah korang nak cakap aku kuat sentap ka, orang tua ka, hati tak kuat ka. Yang mana kena kecam, tahu lah rasanya macam mana kan. Dan aku harap dengan karangan aku ni, boleh menjentikkan akal dan hati manusia supaya kurangkan kecaman. Eh, boleh tekanan emosi tau bagi mereka yang tak kuat.
Nota untuk reader yang pertama. Aku nak ingatkan yang korang ni tak kenal langsung siapa confessor. Kau hanya kenal mereka melalui penulisan yang dipublishkan oleh admin. Jadi, tak payah lah nak judge dia. Contoh, “kau ni busuk hati”, “aku rasa, kau ni talam dua muka”. Aku rasa nak hempuk je manusia macam ni. Bagi pendapat aku, kalau confession dia menunjukkan dia salah, point out kesalahan tersebut dengan cara yang baik. Bukan sesuka hati judge dia. Ada faham ?
Second, apa yang aku dapat analize, mostly confessor dapat kecaman apabila isi confession tidak terlalu detail. Aku pernah lah confess kat sini, pastu aku lupa nak letak point kenapa aku buat benda tu, peh, mula lah mak cik bawang ni dok kondem aku. Tak cukup mak cik, pak cik bawang pun sama join. Panas je hati ni tau. So, apa yang aku nak point kat sini, as a reader, cukuplah, kau sekadar membaca, fahamkan, ambil iktibar dan fullstop. Kalau ada pendapat yang berguna atau boleh membuatkan manusia lain mendapat manfaatnya sekali, silakan tulis. Tapi, kalau kau nak komen benda yang menyakitkan hati, please stop it!
Korang tak takut ke tulis benda-benda yang menyakitkan hati manusia kat laman social ? Kot-kot lah ada yang berdendam, pastu santau korang. Nak ke ? Aku tulis bukan sebab imaginasi atau rekaan, tapi pengalaman orang. Manusia akhir zaman ni, rambut je kaler hitam. So, kena hati-hati lah ye dari segi percakapan dan tulisan. Orang yang duduk diam tu pun, alih-alih dah kena santau bagai. Huhu.
Next, confession yang mengaibkan. Akak, kau tau tak maksud mengaibkan tu apa ? Ha, menyebarkan keburukan manusia. Kau baca confession kat sini, ada tak confessor mention nama orang-orang tu ? Kalau ada pun, bukan nama sebenar kan ? Contoh, aku ada seorang kakak yang perangai macam hantu, nama dia Minah binti Jebon. Pastu bila orang baca, “laa,,si Minah yang berjiran dengan Nur Rambutan tu ka. Macam s***l perangai dia doh!.” Haa, yang ni baru mengaibkan kak oi. Ni tidak, pantang jumpa post pasal adik aibkan kakak, mula lah komen “adik tak guna, mengaibkan darah daging sendiri!”. Alahai kak, tang mana yang mengaibkan tu. So, harap-harap lepas ni, readers lebih bersikap rasional dan matang sebelum menulis komen.
Confession yang berbentuk negative vibes. Aku ambil contoh dari confession Perempuan Keji untuk Lelaki Keji. Dapat kecaman yang teruk jugak dan aku salah seorang backup confessor. Pastu bila aku backup, ada lah sekoq dua jebon yang tanya, “kau confessor eh ?” Haih, aku lah, paling lemah soalan macam tu. Tak dek soalan yang lagi mencabar ke ? Okay, para readers sekalian, tujuan confessor point out negative vibes tak kisah lah pasal kakak dia ka, mak sedara ka, sebab nak tunjukkan ada pengajaran di sebalik kisah tu. Yang readers ni kena lah faham. Ambil lah kisah-kisah tu sebagai positive vibes pulak. Ni boleh dia tanya, “tak dek yang baik ke pasal kakak awak ?” Hang ingat ni karangan ka apa tulis nilai-nilai murni. Huhu
Kisah yang melibatkan sejarah atau kisah dulu. Hat ni pun ramai yang tak faham. Aku tak ingat nama confession apa, tapi cerita dia pasai sorang budak laki ni dok bercinta dengan perempuan A, pastu B pastu tak jadi apa. And dia mention dalam confession, yang dia menyesal dengan semua tu. Then, ada yang komen, “kau ni lelaki yang tak guna. Patutlah kena tinggal.” Gosh, yang dia cerita tu kisah lama kak. Kenapa nak judge dia berdasarkan kisah lama dia. Supposed to be, kau compliment dia sebab dia berubah. Betul tak ? And reason dia nak share kisah lama dia sebagai pengajaran untuk readers. Alahai, aku kesian sungguh tengok adik tu. Kalau kau tak mampu bagi nasihat atau tulis benda baik-baik, baik kau move on daripada cerita tu. Serious talk!.
Pernah dengar, selagi kita boleh bersangka baik, sangka lah baik terhadap orang itu. Readers pun kena lah bersangka baik setiap kali baca confession. Tak kan lah confessor nak cerita satu-satu, tu yang jadi macam RDS sampai berepisod-episod. Baguih lah apa yang Butan buat. Yang penting sebelum tulis komen, pikiaq dulu, adakah itu akan menyakitkan hati atau tak. Korang tau tak,menyakitkan hati manusia ni, berdosa ? Kalau tak dimaafkan, kena tangguh masuk syurga. Tau dak ni ? Yang suka kecam-kecam orang sangat ni ? Haa, kan ustajah dah marah (kidding, okay).
Okay, aku rasa cukup dah kot nota untuk readers. Aku sedar yang masing-masing ada hak untuk menulis dan memberi pendapat. Tapi, jangan kerana itu, kita boleh bergaduh sesama sendiri. Malu beb. Kita tak kenal antara satu sama lain, jadi kenapa perlu ada pergaduhan. Cukup lah sekadar beri pendapat. Fullstop. Agama kita sendiri ajar supaya hormat antara satu sama lain. Masa kecik-kecik dulu pun kita belajar Sivik. So, aku rasa, tak ada masalah kalau bab respect ni. Lagi satu, bila ada kecam-kecaman ni, orang ramai dah malas nak buat confession. Benda yang baik, dah jadi kurang. Aku tak nak lah macam tu kan. Admin pun makin sedih sebab ramai yang unfollowed, hewhew.
Nota untuk confessor, kau mestilah seorang yang berjiwa kental. Dan detail kan confession kau sampai readers tak boleh persoalkan apa-apa. Kalau tak boleh details kan, mention sebab, maybe privacy sebagai contoh. Peh, aku ni dah macam guru Bahasa Malaysia ka apa. Tapi, betul lah tu. Kalau kau guna nama samaran dalam confession, jangan lupa mention. Aku pernah lah guna nama tapi nama samaran lah, tapi lupa nak mention, sampai ke mampus depa ni ingat tu nama betui. Alahai (sigh).
Okay, minta maaf kalau ada terkasar bahasa atau menyakiti hati mana-mana pihak. Please make a change, readers. Be smart and matured. Adious.
– Confessor
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment