Thanks admin kalau siarkan cerita ni, aku kenalkan diri aku sebagai N. Usia dalam lingkungan 20an dan baru tamatkan pengajian di IPTA. First aku nak mintak maaf kalau ada yang tak faham cerita aku, almaklumlah dah lama tak buat karangan aku pun tak pandai sangat nak bercerita. Cuma nak kongsi sikit pengajaran. Kenapa aku panggil sekolah aku sekolah budak jahat, aku tak ada niat nak aib kan sesiapa dan aku tahu ramai kawan aku follow page ni, so aku memang tak akan bagi hint pun aku sekolah dekat mana. Kalau dulu orang Tanya aku sekolah dekat mana aku akan jawab aku sekolah dekat smk dot dot dot sekolah budak jahat tu. So diorang pun akan “ohhhh sekolah tu” memang tak akan tanya banyak sebab dah tahu sekolah tu macam mana. Mula-mula aku nak highlight point yang aku nak sampaikan dekat sini first is pentingnya ibubapa pilih sekolah terbaik untuk anak-anak dan second tak semestinya budak-budak nakal tak ada masa depan.
Aku masuk sekolah ni tahun 2006 tingkatan 1, mula-mula aku tak nak pun masuk sekolah ni, aku nak sekolah asrama tapi sebab mak ayah aku tak bagi aku duduk asrama sebab aku anak bongsu diorang cakap nanti sunyi rumah sebab akak dan abang aku semua duduk asrama. So aku pun redha jela masuk sekolah ni sebab sekolah ni je paling dekat nak ulang alik dari rumah. First day aku t1, sesi orentasi so masa nak balik tu memang student lalu tangga belakang bangunan sebab bas sekolah tunggu dekat pagar belakang sekolah, aku pun lalu jela turun tangga aku nampak student form 4 or 5 aku tak pasti tengah date dekat penjuru tangga dengan slamber je lelaki tu duduk atas kerusi and perempuan tu duduk atas riba laki tu tanpa segan silu, di perhatikan adik2 form1 yang baru nak kenal dunia remaja ni. Mula2 aku terkejut tapi dah beberapa bulan dekat sekolah tu benda tu biasa je, memang selalu nampak ada lebih lagi dari tu.
Selalunya budak2 form 4 lelaki akan cari budak2 form 1 or 2 untuk jadikan pasangan couple, so siapa yang couple dengan budak2 form 4 memang top la masa tu, time cikgu tak ada perkara biasa duduk dalam kelas beriba berpeluk sakan kadang-kadang yang lepas pmr tak ada kelas lepak dalam surau baring beriba. Tu pun perkara biasa dekat sekolah kitorang. Cerita bab pernah berom*n pun perkara biasa macam makan kacang “wei semalam aku dot dot dengan pakwe aku” benda tu dah biasa dengar tak pelik dah. Ada yang bawak phone tengok video lucah belakang kelas, ada yang berci*m belakang kelas, semua tu bagi kitorang perkara biasa.
Sekolah kitorang jugak terkenal dengan kes gaduh, dalam sekolah pun bergaduh luar sekolah pun bergaduh, kadang2 bergaduh dengan sekolah sebelah. pernah ada budak luar pakai baju sekolah menyamar jadi student semata-mata nak belasah student sekolah kami. Kadang-kadang bas sekolah kena tahan dengan budak-budak luar sebab nak bergaduh dengan budak sekolah kami. Ponteng kelas perkara biasa, tapi jarang ada kes ponteng sekolah, yela buat apa nak ponteng sekolah kalau dekat sekolah boleh enjoy puas2kan. Merokok tu macam ala pegi jela tandas tu bersepah budak merokok, balik masuk kelas berbau je semua. Dah tahukan kenapa aku panggil sekolah aku sekolah budak jahat. Bukanlah semua jahat tapi ada segelintir yang memang perangai macam hantu.
Cikgu tak buat apa2 ke? Cikgu tak mampu dah nak buat apa2. Tapi semenjak aku masuk f4 ada perubahan sebab dah tukar pengetua, masa ni keadaan dah ok sikit. Maksud ok sikit tu sebab pengetua selalu meronda so dah kurang jumpa student yang melepak ponteng kelas.
Aku tak terjebak ke? Hahaha malangnya aku terjebak jugak, Cuma tak terlalu hanyutlah, zaman sekolah aku rasa zaman enjoy pegi balik sekolah macam biasa. Istilah study tak ada dalam kamus hidup aku atau kawan2 aku, kerja sekolah aku jarang buat, bukan tak pernah buat langsung. Aku balik sekolah tengok tv mcg pakwe, dulu zaman sms tak pernah nak hadap buku. Homework esok dekat sekolah aku tiru orang yang dah buat lantaklah betul ke tak asalkan siap. Cuma dekat sekolah aku bukan jenis ponteng kelas sebab bagi aku, walaupun aku tak minat nak belajar tapi aku kena hormat cikgu, so aku akan dengar semua cikgu ajar walaupun masuk telinga kanan keluar telinga kiri, aku tak akan tidur. Mungkin sebab tu result aku selalu ok walaupun aku tak study, bukan nak riak tapi aku anggap tu rezeki Allah bagi sebab cikgu selalu letak aku masuk golongan student harapan straight A. walaupun tak pernah dapat straight A pun hahaha.
Macam aku cakap tadi aku tak terlalu hanyut sebab walaupun aku couple macam orang lain tapi aku tak pernah couple dengan budak sekolah aku, aku couple dengan budak sekolah sebelah walaupun sama je perangai macam hantu tapi kitorang jarang date, kalau date pun ada kawan teman, sebab mak ayah aku tak akan bagi aku keluar sorang mesti ada kawan. Macam tu jela zaman sekolah aku sampai spm, sebelum spm aku putus dengan pakwe aku so broken teruk masa tu, result spm pun hanyut. Aku sambung STPM dekat sekolah lain masa ni duduk asrama, masa ni aku dah berubah ke arah yang lebih baik sikit, kalau dulu solat boleh kira pakai jari dekat asrama solat aku penuh 5 waktu siap mengaji and solat sunat. Kalau dulu aku pakai baju ketat macam sarung nangka walaupun bertudung. Dekat sekolah baru aku dah start baju longgar and tudung tutup dada walaupun tak labuh sangat. Ni mungkin pengaruh kawan2 aku dekat asrama jugak. Memang sangat lain dengat sekolah lama aku. Kalau dulu tak ada istilah study, dekat sekolah baru ni memang aku pulun study betul2 siap bersaing dengan kawan2 lain. Still jadi student harapan sekolah walaupun tak staright A. Tapi alhamdulillah aku dapat sambung degree dekat IPTA. Tu pun dah kira aku syukur sangat2. Sebab tu aku highlightkan point pentingnya ibubapa pilih sekolah yang terbaik untuk anak2. Nampak sangat ketara sekolah lama aku dengan sekolah baru.
Ada jugak kes nakal budak2 sekolah baru ni, tapi aku tak nak ceritalah panjang sangat nanti. Point yang kedua, kawan2 aku yang zaman nakal dulu bukan semua tak Berjaya, ada yang dah berjaya walaupun tak sambung belajar, hidup dah kukuh dan ada harta sendiri berbanding aku yang fresh graduate and baru nak kumpul pengalaman ni, harta pun tak ada lagi. Rezeki masing2 berbeza, kalau dulu zaman baru nak up aku macam tu, aku tak tahu zaman sekarang budak2 sekolah macam mana. Aku harap sekarang lebih baik dari zaman aku dulu. Aku harap ada yang ambik pengajaran dan mintak maaf kalau tak faham atau ada typo ke apa, aku undur diri dulu. Assalamualaikum.
– Cik rabbit
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment